Anda di halaman 1dari 1

Mengapa kita perlu menggalakkan penguasaan kemahiran proses sains?

Ada dua jawapan yang utama kepada persoalan ini. Pertama, nilai penguasaan kemahiran proses sains dari segi intelek adalah lebih tinggi daripada semata-mata penguasaan fakta dan prinsip sains. Kemahiran proses yang dipelajari dalam sains adalah sebenarnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Apabila murid-murid telah menguasai kemahiran ini, mereka boleh mengemukakan soalan dan mencari jawapan tentang alam sekeliling serta membentuk idea dan konsep dengan sendiri .Kedua, menurut kajian yang telah dijalankan oleh beberapa universiti di luar negara, mendapati murid-murid membentuk idea masing-masing tentang fenomena alam semulajadi sejak kecil lagi. Oleh itu, mereka sebenarnya bukanlah semata-mata mempelajari sesuatu yang baru di sekolah tetapi membina atau mengubahsuai pengalaman yang sediada melalui pendekatan inkuiri yang digunakan oleh guru. Pendidik di Victoria, Australia berpendapat pembelajaran sains bukan lagi difokuskan kepada pengetahuan isi kandungan semata-mata tetapi ia juga perlu merangkumi aspek-aspek berikut:penyelesaian masalah harian melalui teknologi Sains dalam konteks budaya & sosial peluang untuk murid perkembangan kendiri Di Amerika Syarikat kemahiran seperti memerhati dan mengelas diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak mereka berusia lima tahun lagi. Tujuannya adalah untuk melatih kanak-kanak menggunakan kemahiran ini dalam kehidupan mereka. Di Malaysia, Kurikulum Sains Sekolah Rendah menyarankan supaya strategi pengajaran dan pembelajaran adalah berbentuk inkuiri penemuan yang terbimbing. Melalui inkuiri penemuan murid-murid akan dapat menguasai kemahiran-kemahiran proses sains dengan lebih mudah dan bermakna.

Anda mungkin juga menyukai