Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan kepada Aqidah

Perkataan Aqidah adalah berasal daripada perkataan Arab berbunyi "AQADA"


yang bererti menyimpul sesuatu. Dari segi istilahnya, ialah keimanan yang mantap
dan tidak boleh terurai oleh mana-mana pengaruh sama ada dari luar ataupun dari
dalam diri seseorang itu. Ikatan aqidah tidak boleh dibandingkan dengan ikatan
jasmani yang di lihat secara zahir kerana ia merupakan satu ikatan rohani yang
kukuh lagi abstrak antara makhluk dengan penciptaan.

Aqidah merupakan asas bagi suatu cara hidup yang lengkap, syumul (menyeluruh)
lagi terperinci. Cara hidup demikian tidak mungkin wujud tanpa mempunyai asas
yang kukuh. Ini jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

"....Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi


Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan
dia...." (Surah Yusuf : 40)

Sebagaimana yang telah digariskan oleh-Nya dalam al-Quran yang bermaksud:

Katakanlah : "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku


hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan
aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang
berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." (Surah Al-An'Am:162-163)

Peranan Aqidah

Aqidah menjadi benteng seseorang mukmin agar tidak dipengaruhi oleh anasir-
anasir yang boleh mencemarkan kesucian pegangan aqidah tauhid. Aqidah tauhid
yang dimaksudkan di sini ialah mentauhid serta mengesahkan Allah S.W.T. Ia
menjadi teras dan ruh terhadap kewujudan agama Islam; mengimani Tuhan Yang
Maha Esa, bagi-Nya tempat kembali. Dia adalah Tuhan pemelihara setiap perkara,
pentadbir semua urusan, hanya Dia sahaja yang layak disembah dan tidak boleh
diingkari, Dia layak diajukan kesyukuran, tidak dikufuri dan hanya Dia patut ditaati.
Sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud:

"Yang demikian (sifat-sifat dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu tiada
Tuhan (yang disembah dengan sebenar-benarnya), melainkan Dia yang
menciptakan tiap-tiap sesuatu. Oleh tiu beribadatlah kamu kepada-Nya dan
(ingatlah), Dialah yang mentadbirkan segala-galanya." (Surah al-An-Am:102)

Kepentingan Memelihara Aqidah

Aqidah seseorang perlu dijaga sehingga ajalnya. Mereka yang dapat menjaga
aqidahnya dijamin masuk syurga. Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud :

“Wahai orang-orang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar


takwa dan janganlah kamu mati melainkan sebagai seorang muslim.Manakala hadis
Rasulullah menyebut yang bermaksud : Sesiapa yang akhir kalamnya mengucap
akan masuk syurga.” (Ali-Imran, 102)

Antara Perkara – Perkara Yang Merosakkan Aqidah

1. Menyekutukan Allah (Syirik)


2. Menenung nasib dan bermain sihir (Amalan – amalan khurafat)
3. Bertawakal kepada makhluk (Bergantung nasib pada makhluk)
4. Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya. Dan tidak
mengkufurkan orang kafir yang telah nyata kufurnya.
5. Yakin dan percaya ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripada
sistem Islam.
6. Mencaci Nabi dan Sunnahnya.
7. Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan.
8. Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam
9. Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa-apa
10. Menolak sebahagian daripada Al-Quran dan menerima sebahagian Al-Quran.
Bagaimana Amalan khurafat boleh merosakkan Aqidah?

Dalam konteks Aqidah, khurafat bermaksud bidaah aqidah yang merupakan


kepercayaan kepada sesuatu yang menyalahi syariat yang dibawa oleh Rasulullah
S.A.W. Ia juga boleh diertikan sebagai amalan yang tidak mempunyai hakikat
kebenaran. Selain itu ia merupakan perkara tahyul yang pada kebiasaannya tidak
boleh diterima oleh akal. Seseorang itu boleh dianggap mengamalkan perkara yang
khurafat apabila ia berpegang dan beriktiqad dengan perkara-perkara yang bukan
daripada ajaran Islam, tidak munasabah dan tidak dapat diterima oleh akal yang
waras.

Umat Islam wajib mempercayai bahawa Islam merupakan agama yang suci daripada
segala sesuatu yang tidak berfaedah dan Islam juga tidak menghendaki umatnya
hidup dalam dunia khayalan atau berbuat sesuatu yang karut lebih-lebih lagi
sekiranya ia bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Firman Allah S.W.T. :

Maksudnya : Syaitan itu menjanjikan kepada kamu kefakiran dan menyuruh kamu
dengan kejahatan, tetapi Allah menjanjikan kamu dengan keampunan daripada-nya
dan kelebihan dan Allah maha luas pengetahuannya.

(Al-Baqarah ayat 268)

Ayat ini mengingatkan kepada kita bahawa matlamat syaitan adalah untuk
memperdaya dan mengelirukan manusia. Kepercayaan terhadap khurafat amat
besar kesannya kepada umat Islam kerana ia akan merosakkan aqidah hingga boleh
membawa kepada kekufuran dan syirik kepada Allah S.W.T.
Kepercayaan kepada perkara-perkara khurafat seperti kuasa penyakit berjangkit,
perkara kepada burung hantu boleh membawa keburukan, atau bala' bulan safar dan
lain-lain adalah satu anggapan buruk dan bidaah yang keji serta wajib dihindari oleh
umat Islam.

Sabda Rasulullah S.A.W :

Maksudnya : Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung hantu, tiada bala
bulan safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti engkau lari
dari singa. (Riwayat Bukhari)

Sesuatu bala' atau musibah tidak akan terjadi kepada manusia kecuali dengan
kehendak Allah S.W.T. disamping sebab musabab kejadian tersebut. Namun begitu,
ada di kalangan sesetengah masyarakat Islam yang masih mengamalkan amalan
berbentuk khurafat seperti mandi safar untuk menolak bala dan membersihkan dosa,
menyembah pantai untuk meminta agar mereka selamat apabila berada dilautan,
kepercayaan sesetengah orang tentang adanya sial seperti biawak yang melintasi
seseorang atau masuk ke dalam rumah dikatakan kecelakaan akan menimpa,
adalah karut semata-mata. Begitu juga dengan menepung tawar untuk menolak bala.
Semua itu adalah kepercayaan khurafat yang mesti dihapuskan.

Dari aspek psikologi pula, seseorang yang mempercayai khurafat fikirannya tidak
bebas dan berkembang kerana dibelenggu perasaan takut melanggar batas-batas
dan kepercayaan turun menurun.

Ia boleh menjadikan seseorang itu lemah akal dan imannya kerana kepercayaan
terhadap amalan khurafat tersebut telah menafikan kepercayaan kepada konsep
qada dan qadar Allah S.W.T. selain itu, ia boleh menjadikan seseorang itu malas
berusaha, mudah putus asa, tidak bertawakal kepada Allah S.W.T. dan tidak yakin
untuk menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Faktor-Faktor yang mempengaruhi Amalan Khurafat

Antara faktor yang mempengarui wujudnya amalan khurafat dalam masyarakat Islam
adalah kerana kurangnya pengetahuan agama dimana sesetengah masyarakat
Islam tidak mempunyai pegangan yang kuat terhadap agama Islam kerana masih
mencampuradukkannya dengan kepercayaan-kepercayaan karut yang diterima
turun-menurun dari nenek moyang. Oleh itu, kita sepatutnya sedar dan insaf dan
kembali kepada Allah S.W.T. dan rasulnya dengan merujuk kepada Al-Quran dan As-
Sunnah.

Disamping itu, kita mestilah memperkukuhkan keimanan kepada Allah S.W.T.


dengan menolak kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Tiada
konsep sial atau bertuah kerana orang yang beriman dan menurut perintah Allah dan
Rasulnya itulah orang yang bertuah, manakala orang yang ingkar dan tidak taat
kepada Allah S.W.T. adalah orang yang akan mendapat kecelakaan.

Bulan Safar adalah salah satu bulan diantara bulan-bulan Islam yang sama dengan
bulan-bulan yang lain, tiada bala' atau sial dalam bulan Safar.

Cara-cara Mengatasi kerosakan Aqidah

Bagi memastikan agar aqidah mencapai tahap kesempurnaan sebagai seorang


muslim, maka mestilah seseorang itu mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:-

• Mengimani bahawa Allah lah yang maha pencipta alam sejagat ini tanpa
bantuan dari luar.
• Menimani dan menyakini bahawa Allah mengutuskan para Rasul untuk
mengajaw dan memberi pedoman kepada manusia mengenal Allah dan
tentang matlamat kewujudan mereka di dunia.
• Mengimani dan menyakini bahawa matlamat hidup manusia di dunia ini
adalah untuk mengenal Allah serta sifat-sifatnya.
• Yakin bahawa syurga merupakan balasan dan ganjaran bagi mereka yang
mukmin dan taat kepada Allah sebaliknya neraka bagi mereka yang kafir.
• Mengimani dan meyakini bahawa pensyariatan undang-undang adalah hak
mutlak Allah, ianya tidak boleh diingkar dan di langgar.
• Mestilah mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata, iaitu tidak
mensyirikkan Allah dengan sesuatu.
• Bersyukur kepada Allah dengan segala nikmat dan kurnianya yang tiada
terhingga.
• Sentiasa beristighfar kepada Allah dengan menyesal segala perbuatan yang
lampau.

Hubungan Antara Kalimah Syahadah dengan Aqidah

Kalimah syahadah mempunyai perngertian yang luas dan mendalam dan


sekaligus menolak segala macam bentuk kepercayaan yang tidak Islam. Memahami
akan pengertian kalimah syahadah boleh membimbing umat Islam ke arah
mengenali ciri-ciri dan tabiat masyarakat Islam, memberi pedoman untuk
menghadapi masyarakat jahiliah, menentukan cara untuk merubah keadaan hidup
umat manusia seluruhnya serta cara membina satu masyarakat Islam yang sebenar.

Menurut seorang ulama terkenal iaitu Istaz Said Hawa bahawa pengakuan dan
persaksian insaniah cuma bererti sekiranya ianya dilafazkan dengan kegahaman dan
pentasyhidah isi hati. Al-Quran telah merakamkan hakikat ini yang bermaksud:

"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka


berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul
Allah. Dan Allah sememangnya mengatahui bahawa engkau sebenar-benarnya
ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan
mereka adalah dusta." (Surah al-Munafiqun:1)
Rujukan:

1) http://www.muftiselangor.gov.my/EBook/Koleksikhutbah/AntaraAdatDanAgam
a.htm
2) http://www.al-azim.com/masjid/sinopsis6.html
3) http://mommyotai.blogspot.com/2008/10/perkara-yang-merosakkan-
akidah.html
4) http://www.islam.gov.my/kesuma/pdf/PengukuhanAqidah.pdf
5) http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=29101&forum=3&
6) http://www.muftiselangor.gov.my/E-
Book/Koleksikhutbah/AntaraAdatDanAgama.htm