Anda di halaman 1dari 3

Fungsi dan Kegunaan-Seni Ukiran Kayu

Ukiran Kayu
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan kerja seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti alat domestik, alat permainan, alat pertahanan diri, perhiasan diri (ornamen), batik, tekat, ukiran, tenunan, anyaman, tembikar dan lain-lain lagi. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. A. Kraf Tradisional Seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaanmasyarakat pada zaman dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat istimewa di kalangan masyarakat di Negara ini. Seni ukiran kayu yang unik ini diperlihatkanmelalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, kepala sampan, perabot,senjata dan peralatan untuk kegunaan harian .Sekarang mari kita lihat pula apakah fungsi-fungsi ukiran. Ukiran kayusebenarnya digunakan sebagai hiasan di bahagian bahagian bangunan,perabot, barang barang dapur serta peralatan rumah. Antara contoh contohseni ukiran kayu dapat di lihat pada : 1. almari 2. kerusi 3. Katil 4. dinding separuh tingkap 5. ambang tingkap 6. cucuran atap 7. tebar layer 8. dinding 9. siling 10. pintu

85

Fungsi dan Kegunaan-Seni Ukiran Kayu

86

Fungsi dan Kegunaan-Seni Ukiran Kayu

A. Kraf Dimensi Baru a) Kelengkapan rumah seperti pengadang ruang,hiasan dinding, rakrak,perabot,meja dan sebagainya. b) Reka corak dan motif dipelbagaikan supaya bersesuaian dengan rupa bentuk hasil serta fungsinya. c) Reka bentuk dipelbagaikan mengikut fungsi dan gaya aliran semasa. d) Gabungan alat seperti kayu dengan tanduk, keyu dengan logam. e) Bahan pewarna digunakan mengikut trend semasa.

87