Anda di halaman 1dari 4

Mee Kari Sodappp

acucita@gmail.com@myresipi.com

Resepi yang saya adjust untuk memantopkan lagi rasanya.

Created on : 11-07-2012 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan Hubungi acucita@gmail.com

Bahan-bahan ( 5-6 orang makan )



8 ulas bawang merah dikisar 4 ulas bawang putih dikisar 10 tangkai cili kering dikisar 1 cawan udang kering - direndam dan dikisar 1 cawan rempah kari daging Santan dari sebiji kelapa (kalau tak suka lemak boleh kurangkan) 1 ibu jari halia dan lengkuas dititik 2 batang serai dititik 2 keping asam keping dan garam serta gula secukup rasa 600g kaki ayam @ gantikan dengan daging (direbus daging dan boleh ambil airnya) kalau tak suka kaki ayam 10 ekor udang sederhana @ besar rebus kepala, kisar dan tapis rebusan airnya Fish ball/fishcake serta tauhu sponge yang dah di goreng Mee kuning Tauge dan Sawi celur Kerang rebus dan ambil isinya Telur rebus , daun sup dan daun bawang , boleh tambah daun pudina untuk rasa lebih segar Bawang goreng dan limau kasturi

Cara-cara
1. Tumis bahan yang dikisar hingga garing dan naik bau. Masukkan rempah kari daging yang dibancuh dengan air, serta halia,lengkuas dan serai. Bila dah pecah minyak masukkan kaki ayam dan teruskan masak. Masukkan air rebusan udang dan biar ia mendidih. Kemudian masukkan santan dan biar hingga merenih. Masukkan fish ball dan udang. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan tauhu sponge goreng. 2. Kari ni di makan bersama mee kuning, kerang, telur, taburan bawang goreng,sawi, tauge dan hirisan daun sup dan daun bawang (saya lebih suka letak daun pudina sebab rasa lebih segar). Perahkan limau kasturi sebelum makan untuk menambah aroma yang segar

Mee Kari Bonda

rossitamz@myresipi.com

Resepi dari emak. Memang sedap dan senang penyediaannya.

Created on : 15-03-2008 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan Hubungi rossitamz

Bahan-bahan ( 6 orang )

*** Bahan untuk kuah : 4 sudu besar serbuk kari daging dibancuh dengan sedikit air / santan 1.5 liter air + 1 kotak santan (200ml) - guna santan fresh pun boleh 1 tin sardin kecil dikisar sedikit, jangan sampai terlalu hancur (**) - dikisar berasingan dari bahan (*) 500gm ayam dipotong kecil-kecil (boleh dikurangkan jika terlalu banyak) 4 tangkai daun kari Bunga cengkih & kayu manis secukupnya 1 labu bawang besar dikisar (*) 6 ulas bawang merah dikisar (*) 6 ulas bawang putih dikisar (*) 200gm isi kerang lebih banyak lebih sedap pada yang suka kerang Fish ball & fish cake secukupnya dihiris mengikut citarasa 4 keping asam keping / asam gelugur Garam & perasa secukupnya *** Lain-lain bahan & hiasan : 1 kg mee kuning dicelur sedikit dengan air panas dan toskan Taugeh dicelur Kacang panjang dipotong anggaran 1 dan dicelur Tauhu digoreng dan dihiris mengikut citarasa Telur rebus boleh guna telur ayam @ telur puyuh Fish cake secukupnya goreng dan hiris mengikut citarasa

Cili merah dihiris halus Daun bawang & daun sup dihiris halus Limau kasturi secukupnya - dibelah dua

Cara-cara
1. Untuk kuah : Tumis daun kari, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Masukkan bahan yang bertanda (*) dan tumis hingga naik bau. 2. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak. 3. Masukkan sedikit santan dan juga ikan sardin yang telah dikisar tadi. Biarkan hingga mendidih. 4. Masukkan ayam, tambah sikit santan jika perlu, dan masak lagi hingga ayam empuk. 5. Masukkan pula asam keping baki santan tadi dan masak hingga mendidih. 6. Akhir sekali masukkan kerang, fish ball, fish cake dan juga garam dan perasa. 7. Biarkan hingga mendidih. Siap kuahnya... 8. Cara hidangan : Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk, letakkan taugeh, kacang panjang, tauhu, fish cake dan telur rebus di atasnya. Tabur cili merah, daun sup/bawang, perah limau kasturi dan tuang kuah. Siap untuk dimakan!

Mee Kari..

farihafaizal@myresipi.com

belajar dari mak..senang jer

Created on : 03-03-2010 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan Hubungi farihafaizal

Bahan-bahan ( 2 orang makan )



1/2 paket mi kuning-basuh&celur 1 biji kelapa(santan)-santan kotak&santan serbuk boleh juga 1 sudu besar lada kisar 2 sudu besar serbuk kari sedikit serbuk kunyit sedikit air asam jawa 6 ekor udang&isi kerang-ikut suka nak byk atau sikit isi ayam yg telah dipotong kecil 1 keping fishcake-dipotong

6 biji fishball 1 batang bunga kantan-belah dua 6 keping tauhu kembong *1 ulas bawang merah,1 ulas bawang putih,sikit halia *bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga&kulit kayu manis Bahan2 hiasan: -sayur sawi&taugeh(celur) -1 biji telur rebus(belah 2) -tauhu goreng(potong dadu) -bawang goreng&daun sup(kalau suka)

Cara-cara
1. Bancuhkan serbuk kari,lada kisar&serbuk kunyit dgn sedikit air. 2. Panaskan periuk dgn sedikit minyak.Tumis bahan2 yg bertanda * sehingga naik bau.Masukkan adunan serbuk kari yg telah dibancuh dgn air.Masukkan juga air asam jawa sedikit. 3. Masukkan isi ayam,fishball,fishcake.Tggu sebentar,masukkan pati santan&sedikit air.Masukkan sedikit garam. 4. Masukkan juga udang,kerang,tauhu kembong.Tggu sehingga mendidih dan kuah masak bolehlah ditutup api. 5. Hidang mee kari dgn bahan2 hiasan.