Pen Gurus An Episiotomi o & G (Assignment)
Pen Gurus An Episiotomi o & G (Assignment)
2. Bungkusan ais
– Aplikasikan bungkusan ais pada perineum ( alat sulit ) dari depan ke belakang .
Ini untuk mengurangkan edema dan rasa lebih selesa pada 2 jam pertama .
Manakala selepas 2 jam pertama , ianya akan memberi kesan kepada anesthetic .
3. Botol perahan
– Tunjukkan dan bantu pesakit tersebut dalam melakukan proedur .
– Isikan botol tersebut dengan air paip suam dalam anggaran 38°C ( bersesuaian suhu
apabila diletakkan di atas tangan ) .
– Suruh pesakit tersebut berada dalam posisi ‘nozzle’ supaya air tersebut dapat
dipancutkan ke perineum ( alat sulit ) seperti duduk atas tandas duduk . Terangkan
bahawa ianya memerlukan semua air yang berada dalam botol tersebut untuk
mencuci perineum ( alat sulit) .
– Ingatkan pesakit tersebut agar mengelap perineum ( alat sulit ) yang basah tersebut
dengan tisu tandas atau tuala yang bersih .
– Ingatkan pada pesakit agar elakkan jangkitan daripada kawasan anal ( anus ) .
– Aplikasikan pencucian pad ( tuala wanita ) .
4. Tempat mandi
– Sediakan tempat mandi dengan cara menyental dan bilas bahagian dalam sehingga
bersih .
– Lapik dengan tuala sebelum isikan air untuk mengurangkan kelicinan dan
mengelakkan daripada tergelincir .
– Isikan 1/2 hingga 1/3 dengan air yang bersesuaian dengan suhu iaitu 38°C hingga
40.6°C . Sesetengah pesakit lebih selesa dengan mandian air sejuk . Ais ditambahkan
ke dalam air untuk menurunkan suhu yang bersesuaian dengan pesakit tersebut .
– Galakkan pesakit tersebut supaya mandi sekurang – kurangnya 2 kali sehari selama
20 minit .
– Ajarkan pesakit tersebut supaya ketatkan otot gluteal apabila memasuki tempat mandi
dan kemudian rehatkan otot tersebut selepas pesakit sudah berada dalam tempat
mandi .
– Pastikan privasi pesakit diambil kira .
– Hendaklah periksa pesakit dalam masa 15 minit selepas mandi seperti nadi untuk
mengetahui keabnormalan selepas mandi .
5. Haba kering
– Inspeksi lampu untuk mengetahui berfungsi ataupun rosak .
– Tutupkan lampu tersebut dengan tuala .
– Posisi lampu daripada perineum ( alat sulit ) sejauh 50 cm . Gunakan 3 kali sehari
selama 20 minit .
– Gunakan kuasa lampu iaitu 40 watt .
– Pastikan pesakit diberikan privasi .
– Jikalau lampu yang sama juga perlu digunakan untuk pesakit lain , pastikan lampu
tersebut dicuci dengan berhati – hati .
6. Perkara yang sentiasa perlu dilakukan
– Aplikasikan krim anesthetic atau spray selepas mencuci kawasan perineal . Gunakan
3 atau 4 kali sehari .
– Pastikan sentiasa menukar pad ( tuala wanita ) 4 kali sehari serta mencuci perineum (
alat sulit ) daripada depan ke belakang untuk mengelakkan infeksi .