Anda di halaman 1dari 3

PENGURUSAN EPISIOTOMI

Antara pengurusan episiotomi yang perlu dilakukan ialah dari segi :

1. Pencucian

- Basuh tangan sebelum dan selepas mencuci perineum ( alat sulit ) dan menukar pad
( tuala wanita ) .

- Basuh perineum ( alat sulit ) dengan sabun ( mild soap ) yang bersesuaian dan air
suam sekurang – kurangnya sekali sehari .

- Cuci dari simpisis pubis ke kawasan anal ( anus ) .

- Aplikasikan pemakaian pad yang betul iaitu dari depan ke belakang untuk
mengelakkan sebarang jangkitan pada bahagian dalam perineum ( alat sulit ) .

- Bungkus pad yang telah dipenuhi darah kotor dan buangkan ke dalam tong sampah
yang telah disediakan .

- Tukar pad sekurang – kurangnya 4 kali sehari .

- Nilai amaun dan jenis lokia pada setiap pad .

2. Bungkusan ais

- Aplikasikan bungkusan ais pada perineum ( alat sulit ) dari depan ke belakang .

Ini untuk mengurangkan edema dan rasa lebih selesa pada 2 jam pertama .

Manakala selepas 2 jam pertama , ianya akan memberi kesan kepada anesthetic .

3. Botol perahan

- Tunjukkan dan bantu pesakit tersebut dalam melakukan proedur .


- Isikan botol tersebut dengan air paip suam dalam anggaran 38°C ( bersesuaian suhu
apabila diletakkan di atas tangan ) .

- Suruh pesakit tersebut berada dalam posisi ‘nozzle’ supaya air tersebut dapat
dipancutkan ke perineum ( alat sulit ) seperti duduk atas tandas duduk . Terangkan
bahawa ianya memerlukan semua air yang berada dalam botol tersebut untuk
mencuci perineum ( alat sulit ) .

- Ingatkan pesakit tersebut agar mengelap perineum ( alat sulit ) yang basah tersebut
dengan tisu tandas atau tuala yang bersih .

- Ingatkan pada pesakit agar elakkan jangkitan daripada kawasan anal ( anus ) .

- Aplikasikan pencucian pad ( tuala wanita ) .

4. Tempat mandi

- Sediakan tempat mandi dengan cara menyental dan bilas bahagian dalam sehingga
bersih .

- Lapik dengan tuala sebelum isikan air untuk mengurangkan kelicinan dan
mengelakkan daripada tergelincir .

- Isikan 1/2 hingga 1/3 dengan air yang bersesuaian dengan suhu iaitu 38°C hingga
40.6°C . Sesetengah pesakit lebih selesa dengan mandian air sejuk . Ais
ditambahkan ke dalam air untuk menurunkan suhu yang bersesuaian dengan pesakit
tersebut .

- Galakkan pesakit tersebut supaya mandi sekurang – kurangnya 2 kali sehari selama
20 minit .
- Ajarkan pesakit tersebut supaya ketatkan otot gluteal apabila memasuki tempat mandi
dan kemudian rehatkan otot tersebut selepas pesakit sudah berada dalam tempat
mandi .

- Pastikan privasi pesakit diambil kira .

- Hendaklah periksa pesakit dalam masa 15 minit selepas mandi seperti nadi untuk
mengetahui keabnormalan selepas mandi .

5. Haba kering

- Inspeksi lampu untuk mengetahui berfungsi ataupun rosak .

- Tutupkan lampu tersebut dengan tuala .

- Posisi lampu daripada perineum ( alat sulit ) sejauh 50 cm . Gunakan 3 kali sehari
selama 20 minit .

- Gunakan kuasa lampu iaitu 40 watt .

- Pastikan pesakit diberikan privasi .

- Jikalau lampu yang sama juga perlu digunakan untuk pesakit lain , pastikan lampu
tersebut dicuci dengan berhati – hati .

6. Perkara yang sentiasa perlu dilakukan

- Aplikasikan krim anesthetic atau spray selepas mencuci kawasan perineal . Gunakan
3 atau 4 kali sehari .

- Pastikan sentiasa menukar pad ( tuala wanita ) 4 kali sehari serta mencuci perineum
( alat sulit ) daripada depan ke belakang untuk mengelakkan infeksi .

Anda mungkin juga menyukai