Anda di halaman 1dari 21

JABATAN PERHUBUNGAN ANTARABANGSA DAN STRATEGIK Auea 2309:perkembangan strategi moden.

Soalan 8)Terangkan strategi revolusi dan Perang gerila


Nama: Noorain binti Jamian No.Matrik: AEE 110035 Hari/Masa: Khamis(2.00petang-3.00petang) Pensyarah:Dr.K.Balakrishnen

PENDAHULUAN
Kebanyakan kes yang berlaku pada masa kini seperti pemberontakan melibatkan kebanyakan negara seperti Vietnam, Algeria dan lain-lain tidak mengubah unsur dan strategi penting perang revolusi bahawa mereka mencabar untuk menggulingkan kuasa tempatan yang mengawal pentadbiran, polis dan kuasa tentera yang sedia ada.Perang revolusi melibatkan satu perubahan yang mendadak dalam organisasi politik, struktur sosial, pengawalan ekonomi dan sumber ekonomi, dan perubahan order sosial yang jelas berbeza dengan keadaan sebelumnya. Perang ini juga melibatkan kewujudan satu kumpulan atau masyarakat yang bukan kerajaan dalam sebuah negara dan mengambil alih tampuk pemerintahan serta menguasai struktur politik dan ekonomi yang sedia ada. Perang di Korea, peperangan antara Pakistan dan india, perang Israil-Arab merupakan antara bentuk perang konvensional yang mendapat pelbagai gelaran antaranya partisan warfare, Brush-fire warfare, perang gerila, pemberontakan dan insurgensi1. Namun gelaran popular dalam jenis peperangan adalah insurgensi atau insurgensi komunis.Tetapi pada konteks kini gelaran yang diterima sekarang adalah perang revolusi. Perang revolusi adalah perang sivil, dan perang gerila serta insurgensi merupakan sebahagian dari perang revolusi. Pengamal dan penteori revolusi mengatakan betapa pentingnya bagi mencapai matlamat atau objektif dalam revolusi.Vo Nguyen Giap iaitu komander tentera Vietnam utara mengatakan the political work in (the armys rank) is of the first importance.It is the soul of the army, political work is the work of propaganda and education2. Revolusi juga

Robert Thompson. (1970) Revolutionary War in World Strategy 1945-1969. London:Martin Secker & Warbug Limited. hlmn 1. 2 John Wilson. (1973). Introduction to sosial Movement. New York: Basic Book. hlmn 69.

merupakan satu gerakan sosial dimana mereka menggunakan perang gerila dan mengubah objektif secara radikal dan realiti sosial3.

PERANG REVOLUSI
Definisi terbaik bagi perang revolusi bertepatan dengan pendekatan China iaitu satu pembentukan perang yang membolehkan kumpulan minoriti memperoleh kuasa dengan memaksa orang di negara dan merampas kuasa dengan kekerasan dan dengan cara tidak

mengikut perlembangaan.4Satu kumpulan minoriti yang kejam itu biasanya dari parti komunis tetapi semestinya teknik di dalam perang revolusi diguna oleh nasionalis, sosialis, rasialisme, parti fasis dengan organisasi yang sama seperti parti tersebut. Kebiasaanya, minoriti yang besar akan mempercepatkan kemenangan. Kebiasasaannya, perang ini banyak dipengaruhi soal ideologi yang dilakukan oleh sebuah sekumpulan yang mengganggap diri mereka sebagai Revolusioner. Kumpulan ini biasanya merupakan penganut fahaman Marxism yang berniat untuk menggulingkan dan mengambil alih tampuk pemerintahan dan menggantikannnya dengan sistem yang lebih radikal5. Mereka memeramgi dan menentang kerajaan sedia ada atas sebab-sebab tertentu.Maka bagi mencapai tujuan mereka, gerakan revolusi dilancarkan ke atas negara dan bertindak menukar kerajaan. Perang ini juga biasanya melibatkan kekerasan dan tidak berakhir selagi kerajaan sedia ada belum digulingkan, Mereka kebiasaanya mendapat sokongan dari kebendaan dan bantuan
3

Walsh, James Francis. (1984). Social Movement and social Reality: Rhetorical Discourse In Revolutionary Guerrilla Warfare. USA: University Microfilms International. hlmn 3 4 Robert Thompson.(1970) Revolutionary War in World Strategy 1945-1969. London :Martin Secker & Warbug Limited. hlmn 4 5 Mokhtar Mahmud. (2005) Perhubungan Antarabangsa: Cabaran Dan Harapan . Kuala Lumpur: Anzagain Sdn Bhd,. hlmn 61

dari negara lain yang bertindak melancarkan serangan revolusi ke atas negara mereka. Selain itu, perang revolusi juga mudah dilancarkan jika sesebuah kumpulan itu mendapat sokongan dari penduduk dan rakyat dalam negara yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan sedia ada misalnya pemerintah korup, atau pemerintah kuku besi. Selain itu, kemenangan sesebuah kumpulan revolusi juga berdasarkan kegagalan kerajaan sedia ada mengagihkan kekayaan dan sumber sedia ada yang terdapat dalam negara. Maka pejuang revolusi akan menggunakan kelemahan ini sebagai satu cara bagi menarik perhatian rakyat agar menyokong perjuangan mereka dalam menentang negara6.Mereka mengumpan dan mengatakan kepada rakyat bahawa jika berpihak kepada mereka maka kesenangan dan kemewahan akan diberikan kepada rakyat yang sebelum ini tidak dapat mereka kecapi. Populasi juga menjadi objektif atau matlamat kepada perang revolusi7.

6 7

Ibid David Galula. (1964)Counter-insurgency Warfare:Theory and Practice. London: Pall Mall Press, hlmn 9

FASA PERANG REVOLUSI


Dalam pembentukan moden, perang revolusi lebih mudah diterangkan melalui ciri-cirinya. Perang revolusi adalah perang yang menpunyai 3 fasa atau strategi yang nyata8. FASA PERTAMA Pada peringkat pertama ini, perang revolusi adalah melibatkan strategi defend atau pertahanan dalam karakter semasa organisasi dalam parti dengan populasi dalam negara sedang dibina.Namun proses ini mengambil masa yang lama bergantung kepada tarikan oleh parti untuk menarik seluruh kawasan populasi dan kebolehan untuk membentuk kerajaan. FASA KEDUA Seterusnya, fasa kedua memperlihatkan strategi statenate atau equilibrium.Selepas organisasi dalaman berjaya dibentuk, ia adalah masa bagi gerakan gerila bergerak secara perlahan tetapi membesarkan skala atau pengaruh mereka. Mereka bertindak membesarkan organisasi bawah tanah dan kemudiannya membentuk unit militari yang tetap dengan kekuatan battalion atau yang lebih besar. Kemudian apabila titik keseimbangan dengan kerajaan berjaya dicapai, maka keberkesanannya akan lebih baik. Oleh itu apabila tahap kesamaan atau keseimbangan tentera perang revolusi dengan tentera kerajaan hampir sama maka fasa seterusnya disusun bagi membuat gerakan bagi menyerang tentera kerajaan.

Roberte Thompson (1970). Revolutionary War in World Strategy 1945-1969. London : Martin Secker & Warbug Limited. hlmn 5.

FASA KETIGA Fasa seterusnya iaitu strategi counter-offico. Fasa ini merupakan fasa cara gerakan revolusi ini bergerak dan bertugas iaitu dari gerakan gerila kepada gerakan konvensional, tentera atau perang secara direct. Kemudian keseluruhan gerakan revolusi akan menyerang dan bersedia untuk berperang secara terbuka sehingga pihak kerajaan kalah dan kejayaan dapat dicapai. .

STRATEGI PERANG REVOLUSI


ORGANISASI.
Dalam menyusun sebuah pasukan revolusi, strategi amat diperlukan bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar. Sebelum melancarkan sebuah revolusi, revolusi haruslah bermula dari sifar. Kemudian sebuah organisasi ditubuhkan dan secara rahsia, para revolusi haruslah menyusun kemudian memanjangkan rangkaian konspirasi kepada rakyat dalam negara. Mereka perlu membina politik, kumpulan propaganda untuk memenangi penyokong dan kumpulan pengganas jika propaganda gagal. Mereka akan menyusun bidang, parti dan kumpulan penekan untuk menggerakkan kumpulan yang berfungsi sebagai golongan atau kumpulan penekan.. Kemudian agen akan menyusup masuk kedalam pentadbiran, tentera, polis, persatuan buruh, dan lain-lain pusat kuasa9. Penubuhan dan pengembangan kawasan pengkalan akan meningkatkan kekuatan tentera revolusi. Kekuatan tentera yang besar akan membenarkan pasukan revolutionaries untuk mempertahankan kawasan yang besar bagi menentang sebarang

John J.McCuen.(1966). The Art of Counter-Revolutionary War. London : Faber & Faber Limited.hlmn 30.

serangan10. Seterusnya, rangkaian perisik akan ditubuhkan. Revolutionaries kemudiannya akan membangkitkan demonstrasi, serangan, sabotaj dan rusuhan.Mereka akan menaikkan kelantangan dan suara dalam propaganda bagi menyerang autoriti atau kuasa kerajaan. Pertahanan adalah amat diperlukan jika counterinsurgensi bercadang untuk menindas parti serta serangan untuk menggulingkan dan berjuang di kawasan musuh apabila organisasi terpaksa terlibat dalam pemberontakan terbuka. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa pada peringkat awal ini pembentukan dan perkembangan parti sebaiknya perlu perlahan dan teliti11 agar tidak dapat dikesan oleh pihak kerajaan.

TERRORISM
Strategi dalam menjalankan langkah revolusi seterusnya adalah terrorism. Apabila organisasi sudah dibentuk, maka pihak berkuasa akan berhadapan dengan tingkahlaku terrorism. Revolusioner akan mendapati keganasan adalah perlu melainkan perjuangan mereka cepat mendapat sokongan terbuka dari majoriti rakyat12.Selain itu, keganasan juga tidak perlu dihadkan kepada bahagian negara. Secara faktanya, serangan ini seringkali berkesan dikawasan bandar seperti contoh kes di Algiers. Seperti di Malaya, Cyprus, Palestine and Algeria, keganasan menjadi strategi utama dalam perang revolusi. Revolutionaries juga menggunakan keganasan untuk apabila kawasan organisasi mereka adalah tidak mencukupi untuk perang gerila.Kawasan seperti di Cyprus dan Palestine adalah tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk perang gerila. Namun begitu, perang gerila ini jarang dilaksanakan di kota dan bandar serta tidak boleh beroperasi jika pihak berkuasa boleh untuk membuat kawalan tentera yang
10

James F. Walsh,Jr (1984). Social Movement And Social Reality: Rhetorical Discourse In Revolutionary Guerilla Warfare.U.S:University Microfilms International.hlmn 21 11 David Galula. (1964)Counter-insurgency Warfare:Theory and Practice. London: Pall Mall Press, hlmn 45 12 John J.McCuen.(1966). The Art of Counter-Revolutionary War. London : Faber & Faber Limited.hlmn 31.

berkesan dikawasan tertentu. Secara terangnya, revolusioner perlu menggunakan keganasan dalam setiap serangan jika mereka tidak berjaya untuk membangunkan politik dan organisasi militari untuk menyokong gerila. Untuk sebab ini, keganasan sering digelar senjata kelemahan untuk revolusi. Sejarah telah pun membuktikan bahawa mereka terlibat dalam pembunuhan, penyiksaan,pengeboman,serta penculikan .Namun begitu, keganasan bukan merupakan cara yang berkesan dalam peperangan. Para pejunag revolusi jiga tidak akan dapat mencapai sokongan yang tetap dan sepenuhnya dari populasi atau masyarakat sekeliling jika melakukan keganasan.

GUERILLA WARFARE
Pada tahap ini, Objektif utama perjuangan gerila adalah memperolehi pangkalan dimana kerajaan insurgensi dan pentadbiran akan ditubuhkan kemudian manusia dan sumbernya akan dieksploitasi dan pasukan askar tetap akan ditubuhkan13. Revolusionari juga mendapati mudah untuk menubuhkan pasukan mereka dikawasan luar bandar yang terpencil serta mempunyai kawasan muka buminya sukar dimana pihak berkuasa lemah serta tidak mempunyai pengetahuan yang banyak tentang selok belok kawasan tersebut. Selain itu, rangkaian revolusi politik dan propaganda mudah untuk mendapatkan secukupnya orang untuk merekrut bagi membentuk terrorist yang kecil dan dalam masa yang sama, mereka akan secara senyap akan mengawal kampung yang terpencil di mana mereka membentuk pangkalan gerila. Mereka beroperasi disebalik ketua kampung boneka dimana mereka diganti, dan dirasuah dan revolusioner mula menjalankan pentadbiran dengan mengutip cukai, menguruskan keadilan dan merekrut. Penduduk tempatan juga berdepan dengan ugutan serta pujukan menyebabkan mereka bertindak mendiamkan diri.

13

David Galula. (1964)Counter-insurgency Warfare:Theory and Practice. London: Pall Mall Press, hlmn 49

Selain itu, para revolusioner juga akan berjaya mengubah belia yang lemah dengan mempengaruhinya dengan propaganda, melatih serta meletakkan mereka sebagai agen politik atau sebagai tentera gerila. Selain itu, keyakinan dan senjata akan diberikan kepada kumpulan pelatih yang baru. Mereka juga akan memulakan pemberontakan dengan tahap operasi gerila yang rendah atau bermula dari peringkat rendah seperti serang hendap atau serangan menentang balai polis yang terpencil14. Dalam masa yang sama, pemberontak mula gigih menggerakkan orang ramai utuk menyokong pemberontakan mereka.

MOBILE WARFARE.
Setelah orgasisasi dibentuk dan langkah seterusnya dicapai, maka mobile warfare melengkapkan proses perang Revolusi ini. Mobile warfare merupakan tahap terakhir atau final bagi perjuangan mereka. Mobile warfare digunakan bagi memusnahkan tentera kerajaan.Pada dasarnya Mobile warfare akan memerlukan kumpulan yang tetap dengan peralatan konvensional. Tapi pada tahap ini unit yang kecil akan membesar dan berkembang menjadi saiz batilion. Tentera tetap adalah tentera yang berpengalaman dalam operasi latihan atau bertindak mempertahankan pangkalan mereka tetapi ketua tertinggi pemberontakan akan menyimpan mereka untuk combat dan akan mengeluarkan tentera gerila untuk berlawan. Apabila sudah bersedia, revolutionaries akan melibatkan mereka sekali atau mereka bercadang untuk melakukan kejutan atau surprise dengan menghantar mereka pada masa yang kritikal atau genting seperti yang dilakukan tentera Vietnam ke atas tentera Perancis dalam perang Indochina.

14

Ibid hlmn 33

PERANG GERILA
Perang gerila telah digunakan di Yugoslavia serta negara yang telah diduduki semasa Perang Dunia Kedua. Perang Gerila berjaya dilaksanakan di Cyprus dan Cuba yang pada asasnya merupakan kegiatan pemberontakan dalam negeri yang dilancarkan dengan campur tangan yang paling sedikit. Gerila juga merupakan antara salah satu cabang dan tambahan kepada teknikteknik kegiatan subversive revolusi15.Ilham dan ideologi gerila ini sebenarnya bermula dari pemimpin komunis China iaitu Mao Tse-tung. Gerila dimulakan sekumpulan kecil manusia yang berazam yang kuat. Mereka mengatur strategi dalam kalangan anggota unit tentera yang kecil dalam menghadapi pihak berkuasa di peringkat kampung. Politik utama perang gerila adalah untuk mendapatkan sokongan penduduk awam secara positif dan berterusan serta bertindak memisahkan penduduk dengan pemerintah. Matlamat perang gerila adalah mengurangkan kekuatan askar kerajaan secara perlahan-lahan sehingga mereka terpaksa menumpukan perhatian kepada bandar-bandar yang besar sahaja, dan ini telah membolehkan askar pemberontak memperkuatkan kedudukan mereka di kawasan luar bandar. Strategi perang gerila adalah untuk membentuk rintangan si seluruh kawasan yang dihuni dan menghadkan musuh ke bandar yang lebih besar dengan menghadkan pergerakan dan komunikasi.Selain itu, mereka juga menjalankan taktik dengan mengadakan serangan dengan cara mengejut sewaktu musuh berada dalam keadaan tidak sedia, cedera atau berada dalam keadaan tidak berjaga-jaga. Bagi menjalankan serangan perang gerila ini, pasukan ini mempunyai kekuatan dari segi risikan, kepantasan bergerak, kawasan dan taktik serangan.

15

Mokhtar Mahmud.(2005). Perhubungan Antarabangsa: Cabaran dan Harapan . Kuala Lumpur: Anzagain Sdn Bhd. hlmn 61

Perang gerila menjalankan serangan yang berulang melalui "Hit dan Run". Gaya pertempuran ini direka untuk mengelirukan dan mengganggu operasi musuh. Askar musuh dalam zon operasi juga tidak dibenarkan untuk tidur, berehat atau menyusun serta musuh juga perlu sentiasa merasakan bahawa mereka dikelilingi. Gangguan berterusan dari tentera gerila juga boleh mematahkan semangat untuk pasukan musuh. Kekuatan tentera gerila juga boleh dilihat apabila lima atau enam tentera gerila yang terlatih boleh menyebabkan unit musuh yang sepuluh kali lebih besar bertindak untuk berundur16 .

TAKTIK DAN STRATEGI PERANG GERILA17


Antara taktik yang dijalankan dalam serangan pasukan gerila ialah;

INITIATIVE
Pasukan gerila ini tidak akan berperang dalam tempoh jangka masa yang lama dan panjang.Selain itu, mereka juga hanya akan menyerang pasukan tentera kerajaan apabila mereka merasakan yang mereka boleh menang. Hal ini bermaksud, mereka hanya akan menyerang apabila mereka merasakan bahawa mereka telah bersedia untuk bertempur dengan tentera kerajaan.Selain itu, mereka juga akan mengelak untuk berperang dengan kumpulan yang lebih besar ataupun pasukan utama kerana hal tersebut akan member kesan yang buruk kepada pasukan gerila.Seterusnya, mereka juga kan menyerang apabila musuh berada dalam keadaan leka, sedang berehat, berada dalam keadaan tidak bersedia, keletihan atau cedera. Dalam keadaan tersebut, apabila pasukan gerila bertindak menyerang tentera musuh, pertahanan dan strategi

16

http://www.assatashakur.org/forum/guerrilla-warfare-tactic-technique-survival/5580-guerrilla-warfaretactics.html 17 Issued by General Headquarters, 1956,hlmn 9

10

mereka akan menjadi kucar kacir dan hal ini akan memberi kemenangan kepada pihak tentera gerila.

THE DECISION
Dalam tektik ini, setiap ahli pasukan harus cepat membuat keputusan apabila berada dalam keadaan kecemasan. Dalam keadaan huru- hara, mereka harus segera berundur dan menukar kawasan operasi mereka apabila pasukan tentera bertindak menyerang mereka atau mereka terserempak dengan pasukan tentera. Tentera gerila ini akan menukar kawasan operasi mereka apabila mereka berada dalam keadaan terkepung oleh musuh dan tiada jalan keluar18.Mereka juga akan bertindak sedemikian apabila mereka merasakan mereka tidak mampu untuk menawan musuh, kawasan tersebut tidak menguntungkan atau mereka tidak mempuyai bekalan yang mencukupi. Bagi kawasan yang tidak menguntungkan bermaksud apabila mereka merasakan kawasan tersebut tidak dapat memberikan perlindungan yang sepenuhnya kepada pasukan gerila. Pasukan gerila juga akan menumpukan perhatian kepada serangan sekiranya musuh berada dalam keadaan mara serta boleh dimusnahkan secara keseluruhan. Pasukan gerila pada dasarnya perlulah bijak memilih sasaran untuk mengelakkan kesilapan. Bagi pemilihan kawasan, pemilihan tersebut haruslah dibuat oleh orang yang mengetahui keadaan semulajadi kawasan yang diduduki19.

18 19

Ibid hlmn hlmn 10 Ibid hlmn hlmn 11

11

DECEPTION.
Merupakan salah satu taktik dalam pasukan gerila yang banyak diaplikasikan dalam perang revolusi contohnya seperti yang dilakukan oleh tentera Vietnam terhadap tentera Amerika Syarikat. Bagi menjalankan serangan, pasukan gerila haruslah mengetahui taktik serangan pihak musuh. Oleh itu, sebelum serangan dijalankan, perisik dihantar bagi mendapatkan maklumat tentang pergerakan dan taktik dan teknik yang digunakan oleh tentera kerajaan. Disebabkan itu, pasukan gerila lebih rapat dengan penduduk tempatan terutamanya penduduk pendalaman yang bertindak menyampaikan maklumat tentang kerajaan kepada pasukan gerila.Mereka haruslah bergerak secara senyap dan perlahan bagi memastikan gerakan mereka tidak dapat dihidu oleh tentera kerajaan. Mereka bergerak ke kawasan daratan serta dalam keadaan yang gelap dan mereka juga memanfaatkan kawasan yang berkabus bagi membantu dalam membuat serangan. Selain itu, tentera gerila juga sering melalui kawasan yang pedalaman serta akan bertindak menghindari dari melalui kawasan jalan utama dan kawasan Bandar. Bagi memastikan gerakan mereka tidak dihidu tentera kerajaan, mereka jarang menggunakan kenderaan bermotor serta sentiasa mengubah haluan mereka secara berterus atau kerap apabila mereka merasakan pergerakan mereka dapat diekori tentera kerajaan. Tentera gerila juga haruslah cekap menggunakan taktik muslihat bagi mengelirukan musuh serta bagi melengahkan pergerakan musuh.Antara strategi yang telah disusun pihak gerila adalah pasukan sniper akan bergerak dalam kumpulan kecil atau berbentuk satu seksyen yang bertidak melindungi laluan sementara pasukan gerila yang utama akan bergerak keluar bagi melakukan serangan kepada musuh20.Sebagai contoh, tentera Vietnam memenangi perperangan dengan Amerika Syarikat bukan disebabkan mereka mempunyai persenjataan yang hebat tapi kerana kebijaksanaan dan
20

Ibid hlmn 11

12

taktik mereka membina terowong beratus-ratus batu di tempat strategic bagi membolehkan pasukan gerilanya muncul dan lesap pada bila-bila masa.Terowong bawah tanah Chu Chi membolehkan pasukan gerila mereka bergerak dan berhubung antara mereka tanpa dikesan musuh dan bagi tujuan penyimpanan makanan dan senjata21.

CONDITIONS
Pada tahap ini, pasukan gerila hanya akan bergerak dan dapat beroperasi dalam dua keadaan22 iaitu berada di mana-mana pusat penentangan dan membuat tindakan di mana- mana kawasan. Sementara itu, pihak musuh hanya akan menumpukan serangan pada kawasan yang tertentu sahaja. Dengan ini mereka boleh melakukan serangan dan menghapuskan pihak musuh secara keseluruhan. Keadaan lain ialah Pasukan yang dipisahkan dari kumpulan utama yang perlu mendapatkan sendiri bekalan makanan, persenjataan serta perlu bijak menyebarkan propaganda dalam kalangan rakyat.

21 22

http://www.history.com/topics/cu-chi-tunnels Ibid hlmn 13

13

LARGE SCALE
Pasukan gerila memulakan operasi mereka bermula dari kawasan yang kecil kemudian kawasan mereka akan terus berkembang. Dalam kawasan yang besar mereka hanya akan menggunakan kemudahan telekomunikasi untuk berhubung antara satu sama lain. Namun begitu,mereka harus sentiasa berwaspada serta berhati-hati dengan pergerakan mereka agar tidak mudah dikesan oleh musuh. Tujuan utama mereka adalah memastikan agar musuh berada di luar kawalan untuk mencapai kemenangan.

DIMENSI PENTING DALAM PERANG REVOLUSI


DIMENSI POLITIK
Dalam perang revolusi tujuan utama peperangan ini adalah politik. Namun begitu, politik menjadi pelengkap kepada peperangan. Selain itu, politik dan militari sukar dipisahkan kerana ia saling berkait rapat. Menurut Mao Tse-Tung, Politics is war without bloodshed; war is politics with bloodshed23.Politik juga menjadi tujuan utama bagi parti komunis dalam negara untuk merampas kuasa dan memberi kesan kepada perubahan dalam sistem kerajaan dan struktur sosial. Namun begitu, kawalan faktor politik itu lebih penting serta perlu ada satu strategi tentang pembentukan strategi, organisasi gerila yang jelas serta ideologi dan objektif. Bagi gerkan revolusi,pejuang mereka perlu menubuhkan satu unit gerila dengan arah matlamat yang jelas dan segala kegiatan gerila akan mengambil kira faktor politik serta bergerak secara underground movement. Selain itu, revolusioner juga perlu mempunyai hubungan yang rapat bagi pihak
23

Robert Thompson, (1970 ). Revolutionary War in World Strategy 1945-1969. London: Martin Secker & Warbug Limited. hlmn 7.

14

tentera agar revolusi dapat dilancarkan dengan bantuan ketenteraan selain mendapatkan atau membeli senjata api dari pihak tentera.

DIMENSI POPULASI.
Bagi mencapai objektif peperangan revolusi dan mendapatkan kemenangan, populasi sangat penting. Politik utama perang revolusi adalah untuk mendapat sokongan dari penduduk awam secara positif dan berterusan disamping berusaha memisahkan penduduk dengan kerajaan yang memerintah. Kumpulan anggota gerila yang mahir akan bergerak mengalahkan tentera kerajaan jika rakyat mengambil sikap tidak menyokong kerajaan.Menurut Andrew Janos, Kerajaan jatuh bukan kerana mereka tidak mempuyai musuh yang ramai, tetapi mempunyai kawan yang ramai24. Kaum petani khususnya sering menjadi tumpuan mereka bagi mendapatkan bantuan makanan, pengangkutan dan bagi mendapatkan sebarang informasi.Tanpa bantuan populasi, sukar bagi gerakan revolusi untuk bergerak dan mencapai kemenangan. Selain itu, bagi mendapatkan sokongan dan pengaruh dari penduduk tempatan, pasukan gerila memberi insentif atau galakan dan menggunakan teknik keganasan. Selain itu, pemimpin revolusi juga akan mengemukakan pembaharuan tanah dan politik serta menyebarkan propaganda bagi mempengaruhi penduduk. Selain itu, petani serta orang ramai akan dihalang menyampaikan maklumat kepada kerajaan tentang kegiatan gerila mereka. Jika kegiatan mereka dihidu pihak kerajaan, mereka akan diculik serta dibunuh dan mereka juga berlaku ganas kepada penduduk awam. Seterusnya, kerajaan sulit atau kerajaan bayangan akan ditubuhkan.

24

Mokhtar Mahmud,(2005). Perhubungan Antarabangsa: Cabaran dan Harapan .Kuala Lumpur: Anzagain Sdn Bhd. hlmn56.

15

DIMENSI KETENTERAAN.
Selain perlunya sokongan, perkara utama dalam organisasi underground adalah menyediakan pengkalan sokongan untuk unit militari gerila. Tiada askar yang boleh kekal melainkan mempunyai pengkalan sendiri dimana mereka boleh bergantung untuk mendapatkan bekalan dan rekrut. Mereka memastikan bahawa pasukan ketenteraan mendapat sokongan dari populasi di kawasan sekitarnya. Populasi sangat diperlukan oleh pasukan revolusi kerana mereka bukan sehaja membekalkan sumber makanan, malah memberi ruang untuk bergerak serta memberi informasi kepada gerila.. Strategi militari dalam perang revolusi telah diterangkan oleh Mao Tse-Tung sebagai using the village to encircle the towns25.Ini bermaksud,menggunakan kampung untuk mengelilingi bandar. Perlunya kawalan terhadap rakyat dikawasan terpencil dan lembah seperti hutan dan sebagainya dan kawasan ini kemudiannyaa akan berkembang semasa fasa perang gerila. Populasi memberi kemudahan intelligence atau perisikan kepada pasukan revolusi sama ada maklumat tersebut diberikan secara sukarela oleh rakyat yang tidak mahu kerajaan sedia ada atau didapatkan secara paksaan dengan mengugut rakyat tempatan. Pejuang gerila juga mobility dengan menggunakan senjata yang ringan dan mudah dibawa. Pasukan gerila juga kan melancarkan elemen surprise iaitu serangan lebih kepada kejutan atau lightning attack atau membuat cara yang boleh melemahkan musuh.Serangan secara mengejut atau surprise dilancarkan pada waktu malam ketika musuh sedang tidur. Selain itu, serangan mengejut juga dilancarkan semasa masuk perubahan waktu semasa matahari terbit dan matahari tenggelam dimana keadaan menjadi kelam serta berlaku perubahan cuaca.Contohnya, Vietnam

25

Robert Thompson.(1970) Revolutionary War in World Strategy 1945-1969.London: Martin Secker & Warbug Limited. hlmn 9

16

menggunakan kelebihan geografi di Vietnam bagi menentang tentera konvensional Amerika Syarikat. Scattered, iaitu berselerak dan berkumpul kembali. Hal ini bagi melemahkan semangat musuh serta bagi meletihkan musuh.Oleh itu, serangan yang berterusan dan bertubi-tubi sangat diperlukan bagi menentang musuh.

DIMENSI BUDAYA DAN IDEOLOGI.


Para revolusioner juga berjuang untuk mencapai cultural supremecy dan untuk mencapai lebih tinggi dari budaya yang sedia ada..Selain itu, mereka juga mahu menonjolkan nilai perjuangan yang lebih tinggi dari kerajaan yang sedia ada. Ideologi merupakan hal yang besar dalam peringkat awal konflik. Kemudian apabila perang meletus, Perang itu sendiri menjadi isu utama sedangkan penyebab utamanya hilang kepentingannya 26.Ideologi adalah framework of consciousness27. Ideologi merupakan nilai tertentu, norma tingkah laku, hubungan masyarakat, dan peristiwa-peristiwa sejarah sebagai penting dalam memahami, menilai, dan memanipulasi dunia sosial.Kaedah yang paling penting untuk solongan adalah mencipta dan memperkukuhkan kepercayaan dalam revolusi ideoloi. Percaya dalam ideologi termasuklah menerima matlamat, taktik, struktur, kepimpinan dan nilai dalam gerakan revolusi.

26 27

David Galula. (1964)Counter-insurgency Warfare:Theory and Practice. London: Pall Mall Press, hlmn 14 James F. Walsh,Jr (1984). Social Movement And Social Reality: Rhetorical Discourse In Revolutionary Guerilla Warfare.U.S:University Microfilms International.hlmn 135

17

DIMENSI PSIKOLOGI
Menurut Ho Chi Minh, kejayaan dalam perang revolusi adalah setiap pejuang menjadi propagandis28. Bagi insurgensi, mereka tidak mempunyai tanggungjawab, bebas untuk menggunakan tipu helah, dan jika perlu mereka boleh menipu, mencuri, atau mengorek rahsia. Propaganda merupakan senjata yang berkuasa untuk mereka. Dengan propaganda yang baik insurgensi masih boleh menang. Charles roetter telah melakukan ujikaji peranan propaganda di dalam dua perang besar konvensional dimana Amerika Syarikat terlibat iaitu semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.Rotter ada menyatakan bahawa propaganda is no substitute for military victory29 bermaksud propaganda tidak boleh menggantikan kemenangan tentera.Roetter kemudian menyedari betapa bernilainya peranan propaganda dalam perang konvensional dan beliau mempercayai propaganda adalah kedua yang terpenting dalam urusan pertempuran fizikal. Namun dalam perang revolusi, propaganda adalah salah satu taktik kemenangan tentera. Dalam masa yang sama, gerila beralih kepada politik sebagai senjata yang paling penting untuk mencapai matlamat revolusi30.Matlamat rasional dalam perang revolusi adalah menaikkan semangat, meningkatkan sokongan dasar pemerintah perang, mencipta kebencian untuk musuh dan penentuan untuk menentang mereka.Selain itu, propaganda juga berfungsi mengurangkan moral musuh, dan mencetuskan perasaan ragu-ragu kepada musuh. Tetapi matlamat utama bagi perang revolusi adalah populasi.Revolusioner berusaha memujuk populasi atau penduduk tempatan untuk tidak menyertai kerajaan dan menyertai kumpulan pemberontak.

28 29

Leland M.Griffin, The rethoric of the Historical movement.Quarterly Journal of Speech 1952,hlmn 184 -188 Charles Roetter (1974), The Art of Psychological Warfare.New York:Stein and Day, hlmn 185. 30 James F. Walsh,Jr (1984). Social Movement And Social Reality: Rhetorical Discourse In Revolutionary Guerilla Warfare.U.S:University Microfilms International.hlmn 25

18

KESIMPULAN
Kesimpulannya, perang revolusi digunakan dalam kebanyakan perang seperti perang di Vietnam, Perancis, China dan lain- lain. Perang ini memerlukan daya serta strategi yang baik bagi menyusun strategi menyerang dan strategi bertahan. Pasukan revolusi memerlukan strategi yang tersusun bagi memastikan kejayaan dalam pasukan gerila dan seterusnya revolusi dapat dicapai. Perang revolusi juga memerlukan sokongan dari populasi dan rakyat di negara tersebut agar revolusi yang dirancang akan dapat dijalankan dan pentadbiran dan pemerintahan yang sedia ada dapat digulingkan. Tentera revolusi juga memanfaatkan kelebihan geografi bagi menawan dan memusnahkan musuh. Kes yang dapat dilihat adalah semasa peperangan tentera Vietnam dan Amerika Syarikat dimana pada peperangan tersebut Amerika Syarikat yang mempunyai ketenteraan yang kuat serta persenjataan yang hebat mengalami kekalahan dengan Vietnam. Hal ini kerana, tentera Vietnam mempunyai kemahiran serta pengetahuan tentang selok belok negara mereka. Bagi perang revolusi, Organisasi, terrorism, guerilla warfare dan mobile warfare merupakan taktik dan strategi yang digunakan bagi mengalahkan tentera

musuh.Manakala bagi perang gerila pula initiative, the decision, deception, conditions, dan large scale merupakan taktik yang digunakan.

19

BIBLIOGRAFI.
1)David Galula.(1964) Counter- insurgency Warfare: theory and practice.United State: Frederick A.Praeger Inc. 2)Girish Bihari.(1982) Civil Insurgency and Intelligence Operations. India:Lancers Publishers.. 3)Major Nazsir(1961). Perang Gerilja.Djakarta: C.V. Pembimbing. 4) Robert Thompson. (1970) Revolutionary War in World Strategy 1945-1969. London:Martin Secker & Warbug Limited 5)John Wilson. (1973). Introduction to sosial Movement. New York: Basic Book. 6) James F. Walsh,Jr (1984). Social Movement And Social Reality: Rhetorical Discourse In Revolutionary Guerilla Warfare.U.S: University Microfilms International.

20

Anda mungkin juga menyukai