TAJUK WATAK
Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Dia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada ramarama, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.
Belalang Lebah
: Seronok betul bermain di taman ini kan kawan-kawan? : Ya, betul tu. Kita bebas bermain dan menyanyi. Tiada siapa yang menganggu kita.
Rama-rama : Betul tu. Tapi lebah.. saya dengar cerita tak lama lagi akan tiba musim hujan. Mungkin dalam dua atau tiga hari nanti, hujan akan turun dengan lebatnya. Apa yang patut kita lakukan? Semut : Kita perlu kumpulkan bekalan makanan sebanyak mungkin kerana semasa musim hujan nanti kita tidak dapat keluar untuk mencari makanan. Kalau tiada makanan, mati kelaparan la kita semua. Lebah : Betul juga tu. Tapi kalau hujan nanti, tak dapat lah kita bermain di taman ini lagi kan? Sedihnya..
Belalang
: Ahh..itu semua khabar angin sahaja. Saya tidak percaya. Sekarang, saya cuma mahu bermain dan menyanyi. Mari kawan-kawan, kita ke kawasan sebelah sana pula. Bunga-bunga di sana cantik juga. Aku pasti
lebah mesti suka. Dia kan suka makan madu dari bunga yang segar-segar dan cantik..
Semuanya
Keesokan harinya, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba.
Belalang
: Eh! Di mana kawan-kawan aku ni? Selalunya pada waktu petang sebegini, mereka sudah ada di taman bunga. Kemana mereka pergi? Baik aku pergi ke rumah mereka.
Di pertengahan jalan.. Belalang : Semut! Mengapa kamu dan saudaramu membawa gula yang banyak? dan untuk apa ini semua? Semut : Kesemua gula ini saya akan simpan sebagai bekalan makanan. Saya bimbang saya dan saudara-saudara saya kelaparan semasa musim hujan nanti. Kamu pula belalang, tidak menyimpan bekalan makanan kah? Belalang : Saya tidak rasa musim hujan akan tiba dengan cepat. Saya lihat langit amat cerah. Mustahil hujan akan turun. Sudah la! Saya mahu ke rumah rama-rama. Saya mahu mengajaknya menemani aku bermain dan menyanyi di taman bunga. Semut : Jangan begitu. Baik kamu mengambil langkah awal. Nanti kamu yang akan menyesal kalau terlewat mengambil tindakan.
Belalang berlalu tanpa menghiraukan kata-kata semut. Setelah tiba di rumah ramarama.
Belalang
: Rama-rama! kamu dimana? Saya mahu mengajak kamu bermain ditaman bunga. Jom la
Rama-rama : Oh..belalang.. kamu rupanya. Saya minta maaf kerana tak dapat menemani kamu bermain di taman bunga kerana aku sedang berkemaskemas untuk berpindah ke pokok yang daunnya lebat. Supaya semasa musim hujan nanti, aku dan keluargaku dapat berlindung daripada kesejukan yang amat sangat. Lagi pun, selepas ini aku mahu menolong keluargaku mencari makanan selepas ini untuk dijadikan bekalan semasa musim hujan nanti. Belalang : Kamu sudah merugikan masa kamu. Daripada kamu mendengar khabar angin itu lebih baik kamu bermain denganku di taman bunga. Itu lebih menyeronokkan daripada bersusah payah mengangkat barang ke sana ke mari. Baik aku ke rumah lebah. Buang masa aku saja melayan kamu.
Belalang kemudiannya ke rumah lebah tetapi lebah juga seperti kawan-kawannya yang lain, sibuk mengumpul makanan untuk di jadikan bekalan semasa musim hujan nanti.
Belalang
: Sungguh membosankan! Mereka percaya musim hujan akan tiba tapi aku lihat langit cerah tiada tunjuk tanda-tanda hujan akan turun. ahhh! pedulikan! ak nak bersuka ria di taman bunga. (lalalalalalala..sambil menyanyi..)
Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Belalang : Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan, Baik aku sambung tidur. Ahsedap betul.
Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit.
Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.
: Belalang! apa yang terjadi pada kamu ini? : Aku kelaparan lebah..aku berasa lemah sangat.. : Belalang bertahanlah. Aku akan berjumpa rama-rama dan semut untuk membantu kamu.Kami akan membawa makanan pada kamu.
Belalang
: Terima kasih sangat-sangat lebah. Ak menyesal tidak mendengar katakata kamu semua daripada awal lagi. Kalo tidak semua ini tidak akan berlaku. Saya minta maaf kerana menyusahkan kamu semua.. (cakap smbil terbatuk2)