Anda di halaman 1dari 30

Pengenalan Komunikasi Antara Budaya

Pengenalan
Manusia di dunia ini terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa yang mempunyai budaya yang berbeza. Oleh itu, kewujudan satu komunikasi budaya yang bersifat sejagat dalam masyarakat tidak mungkin wujud.

Contohnya, orang berkulit putih dan orang berkulit hitam mempunyai budaya yang berbeza.

Definisi
Komunikasi antara budaya
apabila sebuah pesanan (message) dihasilkan oleh anggota dari budaya tertentu kepada anggota dari budaya yang lain (Samovar & Porter, 1994).

Definisi
Komunikasi antara budaya
interaksi antara peribadi dan komunikasi antara peribadi yang dilakukan oleh beberapa orang yang memiliki latar belakang kebudayaan yang berbeza (Liliweri, 2003) .

Definisi
Secara umumnya,
komunikasi antara dua golongan daripada budaya yang berbeza.

Perkaitan antara Komunikasi Dengan Budaya


Peranan dan pengaruh budaya ke atas komuniksi
budaya mempengaruhi cara kita berkomunikasi.

Respon terhadap budaya terdiri daripada


cara berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa, perilaku bukan verbal.

Perkaitan antara Komunikasi Dengan Budaya


Budaya akan mempengaruhi cara kita berkomunikasi. Budaya yang berbeza, maka
tingkah laku dalam komunikasi juga akan berbeza.

Perkaitan antara Komunikasi Dengan Budaya


Respon terhadap budaya melambangkan nilai budaya kita. Nilai yang dipegang akan membentuk perilaku yang akhirnya akan terbawa ke dalam proses komunikasi. Perilaku dalam komunikasi dibentuk berdasarkan budaya yang dimiliki ini menunjukkan bahawa perilaku terikat dengan budaya. Budaya bersifat kompleks, abstrak dan luas yang akan menentukan perilaku seseorang.

Perkaitan antara Komunikasi Dengan Budaya


Setiap komunikasi mengandungi potensi komunikasi antara budaya kerana kita selalunya mengamalkan budaya yang berbeza dengan orang lain.

Apabila budaya seseorang berbeza, maka sistem nilai yang dipegang akan turut berbeza.
Cara komunikasi kita adalah bergantung kepada budaya kita iaitu bahasa yang digunakan, aturan serta norma.

Faktor menyebabkan kewujudan Komunikasi antara Budaya


Komunikasi antara budaya berlaku apabila kita bercakap dengan orang berbeza
bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan, status sosial.

Faktor menyebabkan kewujudan Komunikasi antara Budaya


Faktor Individu. Contohnya,
Di Malaysia, seseorang kaum Melayu sudi bertegur sapa dengan jiran barunya yang berbangsa Cina.

Faktor menyebabkan kewujudan Komunikasi antara Budaya


Faktor Kumpulan. Contohnya,
Kontinjen sukan negara kita yang menyertai sukan olimpik di London dan berkomunikasi dengan kontinjen sukan dari negara lain.

Faktor menyebabkan kewujudan Komunikasi antara Budaya


Faktor Situasi. Contohnya,
Seseorang individu yang sesat jalan semasa melancong di luar negara, dia terpaksa meminta bantuan daripada orang tempatan.

Faktor menyebabkan kewujudan Komunikasi antara Budaya


Faktor Tugas. Contohnya,
Seseorang guru berasal dari negeri Kelantan dan bertugas di negeri Johor. Seseorang pengurus dari negara Jepun diarahkan untuk bertugas di Malaysia.

Faktor menyebabkan kewujudan komunikasi antara budaya


Faktor Organnisasi. Contohnya,
Sesebuah syarikat terdiri daripada pekerja yang berbilang bangsa, maka pekerjapekerjanya perlu berkomunikasi untuk menyesuaikan diri.

Halangan Komunikasi antara Budaya


Halangan komunikasi antara budaya dikenal sebagai segala yang menjadi penghalang untuk terjadinya komunikasi antara budaya yang efektif. Contohnya,
Di Amerika Syarikat, anggukan kepala bermaksud bahawa seseorang tersebut memahami apa yang diberitahu manakala di Jepun anggukan kepala hanya bererti bahawa orang tersebut mendengarkan.

Halangan Komunikasi antara Budaya


Berikut adalah aspek budaya yang boleh menjadi penghalang kepada komunikasi antara budaya secara berkesan:

Halangan Komunikasi Antara Budaya


Bahasa (Linguistic) Halangan komunikasi ini terjadi apabila wujudnya situasi di mana kedua-dua pihak komunikator menggunakan bahasa yang berbeza atau komunikator tidak fahami mesej yang disampaikan.

Halangan Komunikasi Antara Budaya


Nonverbal Komunikasi nonverbal adalah komunikasi berbentuk isyarat atau simbol. Setiap masyarakat menggunakan simbol yang berbeza dan mungkin mempunyai makna yang berbeza.

Halangan Komunikasi Antara Budaya


Kesan etnosentrime Etnosentrime ialah menggunakan budaya sendiri sebagai kayu pengukur bagai menilai kebudayaan orang lain. Etnodsentrime dalam diri seseorang akan menyebabkan kesukaran dalam proses memahami komunikasi orang lain sebab bahasa dan nilai yang berlainan.

Halangan Komunikasi Antara Budaya


Stereotaip Membuat generalisasi atas sekumpulan orang, objek atau peristiwa secara luas berdasarkan satu budaya. Maklumat yang digunakan untuk menilai seseorang adalah terbatas kerana hanya merujuk kepada budaya sendiri. Sebagai contoh, orang Yunani distereotaip sebagai orang yang suka menipu atau mencuri milik orang lain.

Halangan Komunikasi Antara Budaya


Prasangka Penilaian awal individu atau kelompok yang bersifat negatif terhadap individu atau kelompok yang lain. Prasangka boleh membentuk cara dan gaya individu berkomunikasi dengan orang yag diprasangkakan.

Halangan Komunikasi Antara Budaya


Norma manusia Norma didefinasikan sebagai panduan yang dikongsi bersama oleh anggota masyarakat tentang tingkah laku yang dijangka dan tingkah laku yang diterima , yang mana jika dilanggar, individu boleh dikenakan tindakan. Norma berbeza daripada undang-undang yang hukumnya adalah berat kerana orang yang melanggar norma mungkin hanya dipulau dan dikutuk oleh masyarakat. Norma mempunyai kaitan dengan sistem budaya dan juga agama.

Halangan Komunikasi Antara Budaya


Gender Faktor gender boleh menghalang komunikasi dalam konteks antara budaya dapat dilihat dalam hubungan persahabatan antara lelaki dan wanita.

Cara Mengatasi Halangan Komunikasi Antara Budaya


Strategi mengatasi cabaran komunikasi silang budaya terdiri daripada
strategi kognitif, strategi afektif strategi tingkah laku.

Cara Mengatasi Halangan Komunikasi Antara Budaya


Strategi kognitif. Meningkatkan kefahaman budaya orang lain seperti melalui internet atau bertanya kepada orang yang berpengalaman. Kita perlu mengenal pasti perbezaan dan halangan komunikasi yang mungkin berlaku dalam interaksi seperti pola komunikasi, adat resam, nilai dan sikap. Pembelajaran bahasa tempatan akan memudahkan proses komunikasi.

Cara Mengatasi Halangan Komunikasi Antara Budaya


Strategi afektif. Berfikiran terbuka, sabar, memandang perbezaan secara positif dan unik serta menyenangkan hati. Kita perlulah bersifat adaptif dan fleksible dengan keadaan yang sentiasa berubah. Kita perlu bersedia berkompromi, mempunyai sikap diplomasi dan sensitif kepada situasi.

Cara Mengatasi Halangan Komunikasi Antara Budaya


Strategi tingkah laku. Strategi ini terbahagi kepada dua:-

Akomodasi Divergen

Cara Mengatasi Halangan Komunikasi Antara Budaya


Akomodasi Memberi tumpuan ketika orang lain sedang bercakap dan cuba memahami apa yang disampaikan olehnya. Kita perlu perlahan kadar percakapan, ulang perkataan yang berpotensi disalah dengar atau menimbulkan salah faham, sesuaikan tabiat komunikasi dengan situasi serta memberi masa kepada komunikator untuk menyampaikan mesej.

Cara Mengatasi Halangan Komunikasi Antara Budaya


Divergen. Cuba mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang lain Elak dari suasana yang mungkin akan timbul konflik Tidak mengambil berat terhadap konflik yang timbul dan menunjukkan perbezaan dari segi tabiat komunikasi.

Anda mungkin juga menyukai