Anda di halaman 1dari 1

KESIMPULAN Kesimpulannya, dalam komunikasi interpersonal , proses komunikasi sering berhadapan dengan konflik sama ada komunikasi berbentuk

lisan ataupun komunikasi bukan lisan. Konflik ini sering berlaku kerana setiap individu lain adalah berbeza antara satu sama lain. Konflik dalam komunikasi ini merupakan pergeseran antara sekurang-kurangnya dua pihak yang saling bergantungan dan satu pihak itu merasakan perbezaan matlamat,

kekurangan ganjaran dan halangan daripada pihak yang satu lagi dalam mencapai matlamat masing-masing. Oleh itu, teori-teori yang terdapat dalam teori komunikasi interpersonal adalah kaedah yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat dalam komunikasi berkesan. Teori itu juga mampu membantu kita untuk menilai dan membuat keputusan. Secara keseluruhannya, kehidupan kita saling

bergantungan antara teori-teori yang dikemukakan oleh para sarjana komunikasi.

Anda mungkin juga menyukai