Anda di halaman 1dari 21

DISEDIAKAN: NUR AININA ASILAH BINTI MANAF NAJIHAH BINTI CHE ANWAR

Ajaran sesat

Kesenian yang menyesatkan

Elemenelemen

Pembomohan yang berunsurkan pemujaan

Persilatan yang menyesatkan

Ajaran sesat
Maksud :

Ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah

Ciri-ciri Ajaran Sesat


o Mencemarkan kesucian Al-Quran dan Hadis seperti memansuhkan, mengubah, mempertikaikan atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan Hadis. Contoh : Kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansuhkan semua Kitab Samawi. o Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam contoh mendakwa semua agama adalah sama - ajaran Bahai o Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, Al-Mahdi, nabi dan sebagai tuhan ajaran Qadiani. o Menolak perkara yang Qatie dalam Islam seperti menghapuskan jihad ajaran Bahai dan Qadiani.

o Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan berniat- ajaran Bahai o Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan kepada seseorang ajaran Tarikat AlMufarridiah o Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati o Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah SWT seperti menyeru nama-nama orang yang telah meninggal dunia didalam doa atau jampi bomoh o Menolak hadis Mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.

Bahai

Al-Arqam

Qadiani

Contoh Ajaran Sesat

Tarekat dan Tasauf yang Sesat

Al-Qadiani
SEJARAH Qadiani muncul di akhir kurun ke 19 Masihi di India selepas mantapnya penjajahan Inggeris di sana. Sebenarnya ajaran Qadiani adalah ajaran yang disokong dan dibantu oleh penjajah Inggeris untuk memecahbelahkan umat Islam dan memadamkan api jihad yang bersemarak di kalangan umat Islam untuk menentang penjajah.

Ciri-ciri Kesesatan Ajaran Qadiyani


* Mirza Ghulam Ahmad sebagai Al-Mahdi,nabi, dan jelmaan Krishna.

* Mirza Ghulam Ahmad memperolehi kitab Al-Tazirah dari Allah.


* Mirza Ghulam Ahmad ada sejuta mukjizat. * Menghapuskan jihad .

* Mengubah ayat Al-Quran seperti ayat pertama surah al-Qadar.


* Mendakwa bahawa Malaikat sebagai panca indera Allah. * Mendakwa bahawa Qadiyan tempat suci dan tempat menunaikan haji. * Mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan makamnya di Srinegar. * Penganut selain Qadiani adalah kafir.

Al- Bahai
SEJARAH
Ajaran Baha'i lahir pada tahun 1844 M berpunca

daripada ajaran Baabiyyah yang diasaskan oleh Mirza Ali Muhammad dan ajaran Bahaiyyah pula diasaskan oleh Mirza Husain Ali yang digelar dengan 'Al Baha' . Sebenarnya kedua-dua ajaran ini mempunyai hubungan yang rapat dengan perancangan Yahudi antarabangsa untuk memusnahkan imej aqidah Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

Ciri Kesesatan Bahai


* Beriktikad bahawa pengasasnya jelmaan Allah * Beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan didalam ajaran Bahai. * Kitab Suci Al-Bayan memansuhkan semua kitab samawi. * Beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa (kekal). * Beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib. * Mengagungkan Kod 19 hingga Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut. * Menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga dan neraka. * Memansuhkan agama Islam.

* Menganggap Acre di Palestin kiblat baru.


* Mengubah bentuk ibadat seperti puasa 19 hari. * Menghapuskan jihad.

(i) Sembahyang difardukan ke atas setiap orang yang baligh sebanyak 9 rakaat sahaja setiap hari pada 3 waktu dengan mengadap ke arah bandar 'Akka. (ii) Sembahyang dimaafkan kepada orang yang dalam perjalanan atau lemah, sama ada sakit atau tua sebagaimana dimaafkan juga kepada orang mengandung atau menyusu. (iii) Tidak ada sembahyang jemaah pada mereka kecuali pada sembahyang mayat. (iv) Puasa di sisi mereka adalah wajib selama sebulan mengikut kiraan mereka iaitu sebanyak 19 hari. Dimaafkan dari berpuasa orang-orang yang telah disebutkan tadi. (v) Haji di sisi mereka ialah pergi ke rumah di mana dilahirkan pengasas mereka iaitu Mirza Ali Muhammad di Syiraz atau ke rumah yang menjadi persinggahan Husain Ali al Maazandaraani yang digelarkan dengan "bahaullah" di Iraq. (vii) Perkahwinan dibolehkan hanya dengan seorang perempuan sahaja dan tidak ada perceraian di kalangan mereka. (viii) Pusaka menurut ajaran Baha'i adalah sama banyak di antara anak lelaki dan anak perempuan begitu juga sekalian hak-hak yang lain. (ix) Umur baligh disisi mereka bagi lelaki dan perempuan ialah 15 tahun.

Al- Arqam
(i) Mempercayai Syeikh Suhaimi sebagai Imam Mahdi
(ii) Mempercayai pemimpinnya sebagai pembawa bendera

Imam Mahdi.

(iii) Memutarbelitkan pengertian hadis dan atsar sesuai

dengan kepentingan dan selera mereka.

(iv) Mendakwa berdailog dengan Nabi s.a.w semasa jaga

dan Nabi s.a.w memanggil pemimpinnya dengan 'Tuan'

(v) Amalan Aurad Muhammadiyyah.

TAREKAT DAN TASAUF YANG SESAT


Di mana-mana boleh ditemui orang-orang yang mempercayai Syeikh

mereka mempunyai kuasa ghaib. Mereka sujud kepadanya dan bila Syeikh mereka mati mereka berkeliling di kuburnya, dikucup dan dibasuh kuburnya itu lalu diambil air basuhan itu sebagai sesuatu yang membawa berkat kepada kehidupan mereka. Kepercayaan bahawa bila seseorang telah sampai ke suatu maqam yang tertinggi maka dia tidak terikat dengan ikatan syariat dan terlepaslah dia daripada segala fardhu

sembahyang, puasa dan sebagainya bahkan sampai ke peringkat ia


telah bersatu dengan Allah S.W.T.

Kesenian yang Menyesatkan Kesenian bermaksud suatu hiburan yang tidak berlandaskan ajaran agama Islam yang sebenar dan jauh tersasar daripada sunnah wal jamaah serta mengandungi unsur-unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.

Dewa 19

Black mental

Muzik yang unsur mensyirikkan. Mengagungkan syaitan.

Pembomohan yang Berunsur Pemujaan


Bomoh, dukun, atau pawang ialah merujuk kepada

pengamal perubatan tradisional di dalam masyarakat Melayu yang menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai sumber perubatan serta menggunakan kepercayaan roh dan semangat alam sekeliling bagi mengubati pesakiti atau aktiviti-aktiviti lazim masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu.

Sihir atau Ilmu Hitam Menurut Syeikh al Jazairi, sihir ialah suatu ilmu ghaib yang boleh dipelajari oleh seseorang yang didalangi oleh syaitan bagi tujuan keseronokan diri atau menyakiti orang lain dengan perantaraan makhluk halus. Tangkal dan Azimat Sesuatu benda yang digantung atau dipakaikan pada diri seseorang seperti rantai atau gelang di mana mereka yang memakai azimat tersebut menyakini bahawa azimat tersebut berkuasa untuk melindungi dirinya daripada kesusahan dan kejahatan yang berlaku.

Penggunaan jampi-jampi yang menyebutkan nama-nama selain

daripada Allah dan tidak difahami maksudnya seperti lucu luci batang bertambah-tambah. Aku yang bersalah yang engkau sembah.Aku yang berdosa aku yang engkau puji. Walaupun sesetengah jampi berkenaan ada diselitkanbeberapa ayat Al-Quran, namun ia tidaklah boleh diterima kerana ayat-ayat yang diselitkan itu tidak tepat sebutannya serta salah ejaan dan ditulis pula dengan huruf rumi. Di samping itu ungkapan-ungkapannya banyak yang tidak difahami dan meragukan, contohnya ja leka luman as eya raban. Lebih menyimpang lagi apabila Allah dijadikan objek seperti makhluk, padahal Allah itu adalah suci daripada sebarang kekurangan seperti makhluk, contohnya Allah yang dikunci, Allah terbunuh baruaku terbunuh.

Persilatan yang Menyesatkan


Menyembah gelanggang silat. Penuntut-penuntut yang dimandikan

dengan minyak panas. Pembacaan mentera yang dicampur dengan ayat-ayat Al-Quran.

SEKIAN