Anda di halaman 1dari 2

SUMBANGAN KERAJAAN BANI

ABBASSIYAH.
1) Kerajaan Abbasiyah mencapai zaman kegemilangan pada
abad
ke-9 Masihi, iaitu semasa zaman pemerintahan Khalifah
Harun al- Rashid dan anaknya, al- Makmun.
2) Pada zaman tersebut, kegiatan bercorak ilmiah berkembang
dengan pesat dan meluas melalui penulisan dan
penterjemahan buku.
3) Kota Baghdad berperanan sebagai pusat perkembangan dan
penyebaran intelektual.
4) Perkembangan keilmuan yang berlaku dapat dilihat dalam
jadual yang berikut.

Perkara Keterangan
 Merupakan sebuah institusi keilmuan yang
Baitulhikmah ditubuhkan oleh khalifah Harun al- Rashid.
 Institusi ini berkembang secara meluas dan
mencapai kegemilangannya pada zaman
pemerintahan Khalifah al- Makmun.
 Aktiviti penterjemahan dijalankan dengan pesat
dan mencapai kemuncaknya.
 Kerja-kerja penterjemahan lebih sistematik.
 Penterjemahan bekerja secara berkumpulan di
bawah kawalan seorang penyelaras.
 Penterjemahan karya falsafah dan sains,
khususnya daripada bahasa Yunani menjadi
kegiatan utama.
 Menjadi pusat pengajian yang menjadi tumpuan
para ilmuwan dalam pelbagai bidang.
 Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga
Penulisan tahap.
• Mencatat segala percakapan atau idea.
• Mengumpul idea yang serupa atau
mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w. ke
dalam sebuah buku.
• Mengarang
 Terdapat golongan ulama yang terlibat dalam
penulisan.
 Ramai ulama menyusun hadis dan menghasilkan
tulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah, dan
sebagainya. Antara mereka termasuklah:
• Imam Malik – menyusun buku al- Muwatta’
• Ibn Ishaq – menyusun sejarah hidup Nabi
Muhammad s.a.w.
• Abu Hanifah – menyusun fikah dan pendapat
ijtihad.
 Penterjemahan dibuat daripada bahasa Sanskrit,
Penterjemahan Suriani, dan Yunani kepada Bahasa Arab.
 Dua perkara penting berkaitan dengan
penterjemahan:
• Di samping menterjemah, orang Islam
mencipta dan membuat pembaharuan
dalam karya yang diterjemahkan ke dalam
bahasa Arab. Huraian dan
penambahbaikan dibuat terhadap karya
dengan memuatkan keterangan dan ulasan
• Orang Islam berperanan penting dalam
berbakti kepada kebudayaan dunia kerana
mereka berjaya memelihara warisan ilmu
daripada lenyap semasa masyarakat Eropah
dilanda Zaman Gelap.
 Penubuhan pusat pengajian tinggi dapat
mempertingkatkan kegiatan penyelidikan.
 Hasil kajian sarjana Islam tersebar ke Eropah dan
sejumlah hasil kajian diterjemahkan ke dalam
bahasa asing.
 Perkembangan ini membawa kepada kebangkitan
Eropah.
 Perkembangan tamadun Islam di Kota Baghdad
Perkembangan keilmuan dan Cordova memberi sumbangan yang besar
Islam kepada perkembangan keilmuan di Eropah.
 Perkembangan keilmuan di Eropah melahirkan
zaman pemulihan budaya atau Renaissance.
 Penulisan karya dalam pelbagai bidang oleh para
ilmuan Islam telah mempertingkatkan
pengetahuan manusia sezaman dan meninggalkan
warisan yang amat ternilai kepada generasi
kemudian.
 Kegigihan masyarakat Islam menimba ilmu
daripada pelbagai sumber asing banyak memberi
faedah kepada orang Islam sendiri.
 Para ilmuan Islam telah memperbaiki dan
meningkatkan mutu karya sehingga berlakunya
percambahan dan perkembangan ilmu
pengetahuan.

Anda mungkin juga menyukai