P. 1
Pengertian Nabi Dan Rasul

Pengertian Nabi Dan Rasul

|Views: 16,188|Likes:
Dipublikasikan oleh Tembeleg

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Tembeleg on Sep 01, 2009
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/14/2013

pdf

text

original

Nabi Adam a.s. merupakan junjungan pertama pilihan Allah S.W.T. Selaku manusia

pertama dan juga merupakan keturunan pertama daripada golongan sekelian manusia. Nabi

Adam a.s dijadikan Allah S.W.T dari tanah sebagaimana firmanNya di dalam Al-Quran yang

bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dari tanah yang kering ,
dari tanah yang hitam yang busuk”

(Al-Hijir : 26)

Setelah disempurnakan bentuk Nabi Adam a.s, Allah S.W.T meniupkan roh ke

dalamnya dan berdirilah ia seperti manusia yang sempurna. Lantas Allah S.W.T

memerintahkan para malaikat sujud kepada Nabi Adam a.s lalu mereka sujud kecuali iblis

kerana iblis menggangap dia lebih mulia dan lebih unggul dari Nabi Adam a.s kerana

kejadian iblis dari api dan Nabi Adam a.s diciptakan dari tanah. Akibat kesombongan dan

keengganan iblis itu maka Allah S.W.T mengusirnya daripada syurga dan dikeluarkan

daripada barisan malaikat dengan disertai dengan kutukan dan laknat serta balasan neraka

bagi iblis . iblis dengan bongkaknya menerima baik ganjaran Allah S.W.T itu dan memohon

agar diberikan kesempatan untuk hidup sehingga hari khiamat dan bersumpah akan

mendatangi anak-anak adam dari pelbagai sudut untuk mengajak mereka berbuat maksiat,

hal-hal yang terlarang dan menyekutukan Allah S.W.T.

Nabi Adam a.s diberikan tempat oleh Allah S.W.T di syurga dan baginya diciptakan

hawa yang dijadiakan dari rusuk kiri sewaktu beliau tidur untuk mendampinginya dan

menjadi teman hidupanya. Sejak itu iblis sedaya upaya mengoda Nabi Adam a.s dan hawa

sehingga keduanya terpedaya lalu memakan pohon kayu yang dilarang oleh Allah S.W.T,

kemudian keduanya dikeluarkan dari syurga maka bumi inilah dijadikan tempat

kediamannya dan anak cucunya sehingga kepada kita semua. Nabi Adam a.s diturunkan di

tanah Hindustan dan Hawa di tanah Jeddah. Kedua-dua mereka bertemu semula di

Musdzalifah. Nabi Adam a.s wafat di tanah Hindustan dan Hawa pula wafat di Jeddah.

Meskipun Nabi Adam a.s dan Hawa telah melanggar larangan Allah S.W.T tetapi

Allah S.W.T Yang Maha Pengasih dan Penyanyang mengampuni mereka berdua kerana

telah bertaubat kepadaNya.

13

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->