Anda di halaman 1dari 2

Tutorial Minggu 5 Tajuk : Pelajar diminta melaksanakan aktiviti seperti di Lampiran 3 iaitu Developing Assertiveness Skills (Aktiviti Membina

Kemahiran Asertif). Aktiviti ini akan membolehkan pelajar membina kemahiran asertif. Tarikh Masa : 01.02.2013 : 9.30 am 10.30 am 1. Chan Yee Teng 2. Chea Tik Fui 3. Leong Chun Hung 4. Wong Ming Fun

Nama Ahli Kumpulan :

Keadaan A: Sebagai seorang guru, saya akan mendengar sebab Scott tidak dapat menghantar tugasan dalam tempoh masa yang telah diberikan. Sekiranya alasan yang diberikan adalah munasabah, saya akan memberi masa yang lebih kepada Scott dan memastikan dia akan menyiapkan tugasan tersebut dalam masa yang saya telah berikan.

Keadaan B: Saya akan memastikan Alyson dan Maria akan meletakkan kembali semua peralatan gym ke tempat asal sebelum masa rehat tamat. Saya akan memberi mereka rehat terlebih dahulu dan menyelesaikan tugas mereka.

Keadaan C: Terlebih dahulu, saya akan bertanya kepada Victor sekiranya dia menghadapi sebarang masalah dalam membuat tugasan yang diberi. Seterusnya, saya akan memberi tunjuk ajar kepadanya sekiranya dia menghadapi masalah. Namun, sekiranya dia sengaja mengganggu murid lain saya akan memberi amaran kepada Victor akan mendenda dia jika tidak membuat tugasan.

Keadaan D: Saya akan menegur murid tersebut bahawa perkataan tersebut adalah tidak sopan dan boleh menyebabkan pergaduhan.

Keadaan E: Terlebih dahulu, saya akan memberi amaran kepada Daphne untuk menyimpan gula-gula tersebut dan tidak mengunyah dalam kelas. Sekiranya dia berdegil, saya akan merampas gula-gula tersebut dan mengembalikan kepada dai selepas kelas saya tamat.

Keadaan F: Saya akan bertanya kepada Susan dan Kris tentang topik apa yang sedang mereka bincang. Setelah itu, saya akan memberi nasihat supaya mereka tumpukan perhatian dalam kelas. Sekiranya mereka tetap juga bercakap dalam kelas, saya akan menukar tempat duduk mereka agar tidak mengganggu murid lain.

Keadaan G: Perkara pertama yang akan saya buat semasa masuk kelas adalah bertanya kepada murid-murid apa yang telah berlaku semasa guru ganti masuk dalam kelas. Saya akan memberi peluang kepada mereka untuk mengaku kesalahan sendiri terlebih dahulu. Namun sekiranya tiada yang mahu mengaku, saya akan mengenal pasti murid yang menimbulkan masalah dan memberi amaran kepada mereka.