Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PROGRAM INTERAKTIF KERJAYA (PINK)

ANJURAN:FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI JOHOR MALAYSIA


TARIKH: 21 DISEMBER 2013
HARI: SABTU
MASA : 8.00 PAGI - 1.30 PETANG
TEMPAT : DK 6, FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK, UTM
PENGACARA MAJLIS: FARHANA ADAWIYAH BT DAUD
Sebelum ketibaan
Yang Dihormati Tuan Penceramah
En. Mohd Nur Al-Sufi Bin Romele
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sidang hadirin yang dimuliakan,
Salam hormat dan Selamat datang ke PROGRAM INTERAKTIF KERJAYA (PINK).
Majlis kita akan bermula sebentar lagi, iaitu sebaik sahaja ketibaan Yang Dihormati
Tuan Penceramah, En. Mohd Nur Al-Sufi Bin Romele.Sehubungan itu pihak majlis
memohon kerjasama para hadirin agar dapat mematuhi adab majlis seperti berikut:
1. Sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman ketibaan Yang Dihormati Tuan
Penceramah, En. Mohd Nur Al-Sufi Bin Romele.
2. Mematikan telefon bimbit atau menukar modnya kepada mod senyap.
3. Terus berada di dalam majlis sehingga akhir dan hanya keluar setelah majlis
bersurai
4. Meminimakan sebarang pergerakan sepanjang majlis berjalan.
5. Para hadirin diminta untuk memenuhkan kerusi di bahagian hadapan.
6. Seterusnya, terdapat sedikit perubahan pada tentatif program kita pada hari ini.
7. Antara tentatif program kita pada hari ini ialah
7.30 - Pendaftaran peserta
8.00 - Bacaan doa
8.10 - Ucaptama dari Pengarah Program
8.30 - Slot 1- Teknik Penulisan Resume
10.30- Minum pagi/ Kudapan
11.00- Slot 2- Persiapan mengahadapi temuduga
1.00- Jamuan
1.30- Bersuari
Sekian sahaja maklumat awal dan semoga mendapat kerjasama dari Tuan-tuan dan Puan-

puan.
Mengumumkan Ketibaan Yang Dihormati Tuan Penceramah, En. Mohd Nur Al-Sufi Bin
Romele Pengarah Urusan Positive Rasional Spiritual Theraphy (PRST)
Bissmillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Serta sahabat dan keluarga baginda.
Yang Dihormati Tuan Penceramah, En. Mohd Nur Al-Sufi Bin Romele Pengarah Urusan
Positive Rasional Spiritual Theraphy (PRST)
Jawatankuasa pelaksana Program Interaktif Kerjaya
Serta hadirin yang dirahmati ALLAH sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu wataala kerana dengan limpah kurnia-Nya
diberi-Nya kita peluang untuk berkumpul bagi mengikuti
MAJLIS PROGRAM INTERAKTIF KERJAYA (PINK) ANJURAN:FAKULTI
PENDIDIKAN UTM SKUDAI JOHOR MALAYSIA
Sidang hadirin yang dihormati,
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama mengaminkan
bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudara Mohd Hakimi b. Mohamed Saad. Dengan
segala hormatnya majlis mempersilakan.
BACAAN DOA
Amin2x Ya rabbal alamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Mohd Hakimi b. Mohamed
Saad atas bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin hadirat sekalian,
Majlis pada hari ini dimualakan dengan ucapan alu-aluan oleh Cik Puan Norfazilah Bt.
Moh Sajat selaku Pengarah program Interktif Kerjaya (PINK). Majlis dengan segala
hormatnya dipersilakan

UCAPAN ALU-ALUAN
Terima kasih kepada Cik Puan Norfazilah Bt. Moh Sajat selaku Pengarah program
Interktif Kerjaya (PINK) atas ucapan sebentar tadi.
Sidang hadirin yang dimuliakan,
Tanpa melengahkan lagi masa saya ingin menjemput Yang Dihormati Tuan Penceramah,
En. Mohd Nur Al-Sufi Bin Romele Pengarah Urusan Positive Rasional Spiritual
Theraphy (PRST) untuk mengendalikan slot pertama prgram kita pada hari ini yang
bertajuk Teknik Penulisan Resume. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Nur Sufi Bin Romele atas kendalian slot
pertama itu tadi.
Seterusnya hadirin dan hadirat dijemput untuk minum pagi. Dan berkumpul semula pada
jam 10.50 pagi untuk slot kedua.
Seterusnya dijemput sekali lagi En. Mohd Nur Sufi Bin Romele untuk meneruskan slot
yang setrusnya iaitu slot kedua Persiapan menghadapi temuduga
Terima kasih diucapkan kepada tuan penceramah, ajk pelaksana atas kerjasama dan
komitmen yang diberikan . Dan tidak lupa juga kepada saudara dan saudari yang sudi
hadir untuk menyertai program ini. Terima kasih diucapkan. Semoga segala apa ilmu
yang ditimba pada hari ini dapat dijadikan input yang berguna kepada hadirin sekali
terutamanya ketika ingin menghadapi temudaga.
Saya wakil ajk pelaksana asdan pengajur mengucapkan selamat maju jaya kepada
saudara-saudari sekalian terhadap apa jua bidang yang ingin saudara-saudari ceburi kelak.
Sebelum majlis, bersurai hadirin dan hadirat dijemput untuk menjamu selera.
Akhir sekali, di kesempatan ini saya ingin memohon maaf jika ada tersalah bicara
sepanjang saya mempengerusikan majlis pada hari ini. Sekian sahaja dari saya ,
Wabilahitaufik walhidayah wassalam mualikum warahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai