Anda di halaman 1dari 40

SUMBANGAN

INTELEKTUAL ISLAM
DALAM BIDANG
PSIKOLOGI, FALSAFAH
dan PENDIDIKAN
PEN GEN ALA N
 Pengertian tamadun-menurut pendapat sarjana
Islam:
a)Ibn Khaldun dalam kitabnya al-
Muqaddimah memperkenalkan 2
terminologi al-umran dan al-hadharah
abad ke-14 membawa maksud
sekumpulan manusia yang tinggal kekal
di sesuatu tempat atau kota dan wilayah
yang akhirnya merintis
kemajuan,kemakmuran dan pencapaian
b)Abu Nasir al Farabi telah
memperkenalkan istilah al-
Madaniah dalam abad ke 11
Masihi dalam kitabnya as-
Siyasah al Madaniah.Madaniah
yang digambarkan oleh al-
Farabi ialah pencapaian umat
islam di kota yang berasaskan
wahyu iaitu akidah,syarak dan
akhlak.
SUMBANGAN
INTELEKTUAL ISLAM
DALAM BIDANG
PSIKOLOGI
 PsikologiIslam lebih mementingkan kejiwaan
daripada tingkah laku
 Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah hadis yang
bermaksud, ‘Ketahuilah bahawa dalam tubuh itu ada
sepotong daging,sekiranya ia elok maka eloklah
seluruh tubuh badan itu.Sekiranya ia rosak, maka
rosaklah seluruh tubuh badan pula. Ia merupakan
hati’.
 Ab. Alim Abdul Rahim (1994), konsep kejiwaan dalam
Islam meliputi empat aspek iaitu nafs (jiwa), qalb
(hati), roh dan aql (akal)
 Istilah nafs lebih menyatakan unsur penggerak dan
aktiviti biologi.
 Istilah qalb (hati) selalu digunakan berkaitan dengan
emosi dan akal pada manusia
Al-Farabi
 Menurut Al-Farabi, akal adalah satu gejala yang
mempunyai daya kekuatan yang dapat memancarkan
roh.
 . Dalam daya kekuatan itu terdapat beberapa daya
yang lain seperti daya keinginan untuk hidup
(survival instinct), dalam pemeliharaan diri (self
defence mechanism) dan pengembangan zuriat
(breeding mechanism).
 Menurut Al-Farabi lagi, akal juga mempunyai dua
bahagian kekuatan lain, iaitu dapat berfikir sesuatu
yang berbentuk abstrak yang terpisah daripada
kebendaan yang dapat diinderai, dan daya kekuatan
untuk mencari sesuatu yang dapat memberi
faedah,kebaikan dan kesempurnaan jasmani.
 daya kekuatan yang kedua ini akan hancur jasad
ditelan bumi sedangkan daya kekuatan yang pertama
akan dibangkitkan bersama roh pada hari kiamat
Ibnu Sina
 terdapat tiga bahagian roh iaitu roh manusia,
roh haiwan dan roh tumbuh-tumbuhan yang
mempunyai daya kekuatan masing-masing.
 roh manusia menurutnya adalah unik kerana
keupayaan roh untuk hidup tanpa jasad.
Tetapi mustahil jasad hidup tanpa roh kerana
sekiranya roh memisahkan dirinya dari jasad,
jasad akan menjadi mayat.
Ibnu Rusyd
 dalam karya agungnya al-Tahafut menyatakan
bahawa roh membolehkan jasad seseorang itu
hidup
 apabila mati, roh itu akan terus hidup dalam
alam kerohanian yang tidak berbentuk
kebendaan.
 Pada hari kiamat kelak, hanya roh sahaja yang
akan dibangkitkan kembali, sedangkan jasad
telah menjadi tanah tetap musnah
Imam Ghazali
 menjelaskan bahawa rohanilah yang
menguasai jasad manusia
 menganggap bahawa jasad manusia dengan
segala anggotanya merupakan tentera kepada
hati dan rohani manusia
 karyanya Ihya’ Ulumuddin telah membezakan
roh dan jasad manusia
 Menurut Ghazali, terdapat tiga unsur di dalam roh
manusia iaitu al-qalb (hati), al-nafs (nafsu) dan
al-‘aql (akal).
 Di dalam hati menurutnya, sifat semula jadinya
cintakan kebaikan
 Nafsu pula mempunyai dua unsur kekuatan iaitu
kebaikan dan kejahatan yang mempengaruhi hati
 Akal pula berfungsi untuk mencari ilmu bagi
membersihkan hati ke arah kebaikan dan kebenaran
 Menurut Ghazali, terdapat tiga unsur di dalam roh
manusia iaitu al-qalb (hati), al-nafs (nafsu) dan
al-‘aql (akal).
 Di dalam hati menurutnya, sifat semula jadinya
cintakan kebaikan
 Nafsu pula mempunyai dua unsur kekuatan iaitu
kebaikan dan kejahatan yang mempengaruhi hati
 Akal pula berfungsi untuk mencari ilmu bagi
membersihkan hati ke arah kebaikan dan kebenaran
SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM
DALAM BIDANG FALSAFAH
 Falsafah Islam diasaskan atas kekuatan wahyu
dan akal
 Kedatangan Islam telah membawa
perkembangan yang baharu di dalam falsafah
dunia
 Antara tokoh yang menyumbang dalam bidang
falsafah Islam ialah Al-Kindi, al-Farabi, Ibnu
Rusyd, Al-Ghazali, Ibnu Hazm, Ibnu Maskawaih,
Ibnu Sina
Al-Kindi
 Orang pertama dalam Islam membincangkan
falsafah sebagai suatu ilmu yang tersendiri
 Falsafah Al-Kindi membincangkan tentang :
 adanya Tuhan menyebabkan adanya alam
 kegiatan Tuhan berkembang di antara langit
dengan bumi
 jiwa bumi adalah daya penggerak Tuhan
 jiwa bumi telah menyebabkan terjadinya langit,
bintang dan planet-planet di angkasa lepas
 jiwa manusia merupakan pancaran jiwa bumi
 manusia bersifat dualisme
 kemerdekaan kekal dan abadi hanya dapat dicapai
dalam dunia akal budi keamanan dan ketakwaan
kepada Allah s.w.t
 orang yang hendak mencapai kemerdekaan dan
kebebesan itu harus memperkembangkan kekuatan
akalnya dengan jalan ilmu ketuhanan dan ilmu
tentang alam semesta.
Al- Farabi
 Nama sebenar beliau ialah Abu Nasr al-Farabi
(870-950 M) dan dikenali di dunia Barat
dengan panggilan Alpharabius
 mempelajari falsafah daripada Yuhanna Ibnu
Khailan dan berminat dengan falsafah yang
dikemukakan oleh Aristotles
 berpendapat bahawa kebenaran yang sempurna
dan mutlak adalah berdasarkan kepada akidah
Islamiah
 Berpendapat bahawa seorang ahli falsafah tidak
seharusnya memisahkan dirinya daripada sains
dan politik
 mencadangkan agar diwujudkan sebuah Negara
kebajikan
 Antarabuku-buku yang masyhur ialah seperti al-
Mahaniyatul Fadhilah (bidang politik), Bandar
yang Ideal ( al-Madinah al-Fadila) dan Bandar
Kerajaan (al-Siyasah al-Madaniyyah).
Ibnu Rusyd
 buku-buku yang telah dihasilkan mengenai
falsafah ialah Mahadi al-Falasifah dan Tahafut
al-Tahafut.
 Menurut Mustafa Hj Daud (1991), Ibnu Rusyd
telah membuat pembaharuan dalam bidang
falsafah Islam dengan membawa pandangan
baru berkaitan Al-Quran.
 Beliau telah menjelaskan, “Al-Quran itu
diturunkan oleh Tuhan untuk semua
manusia.Oleh sebab manusia mempunyai
tingkat-tingkat tertentu, ada yang berilmu, ada
yang bodoh, maka pengertian Al-Quran itu pun,
tentu bertingkat pula menurut tingkat
mereka.”
 Pada pertengahan abad ke 13 Masihi, hampir
kesemua karya falsafah Ibnu Rusyd telah
diterjemahkan ke bahasa latin dan telah
mempengaruhi ahli pemikir Eropah.
Al-Ghazali
 nama sebenarnya Abu Hamid Ibnu Muhammad
al-Tusi al- Ghazali
 merupakan tokoh falsafah Islam yang paling
agung
 berjaya menggabungkan antara falsafah dan
tasauf dengan akidah, syarak dan akhlak.
 Karyanya yang terkenal ialah Ihya Ulumuddin
 Kitab Ihya disusun di dalam empat bahagian
iaitu Ibadat, Adat, Muhlikat dan Mujiat
 Dalam kitab ini beliau telah menghubungkan
ilmu lahir dengan ilmu batin dan ilmu fekah
dengan tasawuf
 merupakan pandangan al-Ghazali mengenai
akhlak hasil daripada penyelidikannya bertahun-
tahun lamanya.
 Kitab-kitab lain Al-Ghazali ialah Mizan al-Amal,
Al-Arbain, Minhajul Abidin dan banyak lagi.
TOKOH LAIN
 Ibnu Hazm
 menyatakan bahawa mereka yang bertemankan
ilmu dan mengetahui kegunaannya, patut pula
menyampaikannya kepada orang lain dengan cara
yang sebaik mungkin
 Ibnu Hazm menganggap falsafah sebagai suatu alat
yang boleh digunakan untuk membela agama.
 Ibnu Maskawaih (936-1030 Masihi)
 sangat terkenal sebagai ahli falsafah akhlak,
terutama karyanya Tahzibul-Akhlak
 seorang teoritis dalam hal-hal akhlak iaitu mengupas
falsafah akhlakiah serta analisis pengetahuan.
 Beliau telah mengupas dengan begitu mendalam
tentang falsafah assa’adah (bahagia) dengan cara
ilmiah.
 Ibnu Sina ( 980-1037 Masihi)
 Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (1988),
falsafah Islam telah mencapai kesempurnaanya di
tangan Ibnu Sina
 menghasilkan buku al-Shifa’ yang menerangkan dan
menghuraikan semua sistem falsafah Yunani dengan
cara yang mudah.
 Antara karya falsafah beliau dalam falsafah ialah
Danesh Nameh ( dalam bahasa Parsi), Uyun al-
Hikmah (bahasa Arab), Mujiz Kahir dan Tis’u rasail
fi hikmati wal tabi’iyyat
SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM
DALAM BIDANG PENDIDIKAN
PENDIDIKAN
Imam Al-Ghazali
 Memegang falsafah :
"Sebahagian ilmu tidak akan menyerah
dirinya kepada kamu sebelum kamu menyerah
sepenuh jiwa raga kepadanya. Apabila kamu
telah menyerah sepenuh jiwa raga kepadanya,
sebahagian ilmu diberikan kapada kamu,
namun sebahagian lagi masih belum tentu
untuk menerima kamu" (Mahayudin Yahaya,
2001)
Sambungan..

 Menekankan aspek pembelajaran dan penyebaran


ilmu
 Menyarankan agar seseorang menuntut ilmu secara
tertib mengikut keutamaan
Al-Farabi
 Bertujuan untuk mencapai kesempurnaan
hidup yang dicapai melalui kebahagaian yang
diperolehi
Kesempurnaan
kehidupan
 Al-Farabi menyarankan negara harus menyediakan
belanjawan khas untuk pendidikan
 Belanjawan pendidikan diambil dari sebahagian
zakat dan kharaj (pajak tanah).
Ibn Khaldun
 Tujuan pendidikan :
Pendidikan menurut Ibn Khaldun
 Transformasi nilai-nilai yang diperoleh dari
pengalaman untuk mempertahankan kewujudan
manusia dalam peradaban masyarakat
 Dengan adanya pendidikan manusia berupaya
melestarikan dan mewariskan nilai-nilai yang ada
dalam masyarakat agar masyarakat dapat
mengadaptasi kehidupan dengan lebih sempurna
Pembahagian
Ilmu
SEKIAN TERIMA KASIH
LYN
DORIA
JAY