Anda di halaman 1dari 15

Pencerahan Dakwah Para Rasul AS

Oleh Hanizi Mohamad (Terjemahan bebas ke Bahasa Melayu dan tidak disahkan oleh Jawatankuasa Penterjemahan Ansar Imam Al-Mahdi pbuh as)

Dari e-book

Enlightenments from the Calls of the Messengers pbut Volume 1 1st Edition By Sayyed Ahmad Al-Hassan The successor and messenger of Imam Al-Mahdi pbuh

Certified accurate by the English Translation Committee Of Ansar Imam Al-Mahdi pbuh For more information and other works by Sayyed Ahmad Al-Hassan please visit either www.the-savior.com or www.almahdyoon.org

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam Semoga Allah menyanjung tinggi ke atas Muhammad dan keturunannya, Imam-Imam, dan Mahdi-Mahdi

Pencerahan Dakwah Nuh as


1. Nuh as adalah nabi pertama bergelar Uli Al-Azem [Yang Memiliki Keteguhan Hati] yang diutus Allah, dan dakwah beliau kepada kaumnya mempunyai pendekatan belas kasihan dan pengajaran yang baik adalah jelas sekali, walaupun amaran seruan Nuh as sesuai dengan acuan ini, ("Aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata") [Surah AshShuara 26:115] Oleh itu Nabi Nuh tidak berkeras dengan mereka walaupun dalam memberi amaran, walaupun mereka berlaku zalim dan menindas, (Mereka berkata, "Jika kamu tidak berhenti, wahai Nuh, kamu pasti akan menjadi orang-orang yang direjam mati") [Surah Ash-Shuara 26:115] Inilah yang Nuh as katakan dalam Surah Al-Araf, "Adakah kamu merasa hairan dengan datangnya kepada kamu peringatan dari Tuhanmu kepada seorang lelaki dari kalangan kamu, supaya dia boleh memberi amaran kepada kamu dan supaya kamu takut akan Allah dan supaya kamu beroleh rahmat? ") [Surah Al-Araf 7:63] Dan Nuh as juga berkata di dalam ayat, (25 Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, [berkata], "Sesungguhnya aku bagi kamu (adalah) pemberi amaran yang jelas 26 bahawa kamu tidak menyembah melainkan Allah, sesungguhnya aku khawatir kamu akan diazab pada hari yang pedih.") [Surah Hud 11:25-26] Dan Nuh as juga berkata, (Dia berkata,: "Wahai kaumku! jika keadaanku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, serta Dia mengurniakan pangkat Nabi kepadaku dari sisiNya, kemudian bukti yang nyata itu menjadi kabur pada pandangan kamu, maka adakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itu sedang kamu tidak suka kepadanya?) [Surah Hud 11:28] Jadi amaran dikaitkan dengan rahmat pada satu masa dan pada masa yang sama dia khawatir mereka akan diazab. Dan kemurahan hati dari Nabi Nuh as ini adalah sama untuk tujuan taqiyyah [Menyembunyikan iman kerana takut penzalim -Penterjemah] dan mengelakkan pertembungan sengit dengan orang-orang kafir, dan bahaya yang akan menimpa kepada orang-orang yang beriman, atau ia adalah usaha melembutkan hati mereka, dan akhirnya mengharapkan agar mereka beriman.

Dari sudut pandangan kedua adalah lebih cenderung daripada taqiyyah dan ini adalah kerana apabila dia tahu dari Allah bahawa tiada dari kaumnya akan beriman selain daripada orang-orang yang sudah beriman, beliau bertegas dengan mereka, memperkecil-kecilkan mereka, mengancam mereka dengan tegas dan kasar. Allah Yang Maha Kuasa berfirman, (36 dan setelah diwahyukan kepada Nuh bahawa ,"Sesungguhnya tiada siapa yang akan beriman dari kaummu kecuali mereka yang telah beriman, maka janganlah tertekan dengan apa yang mereka telah lakukan. 37 dan binalah bahtera dengan (pengawasan) Mata Kami dan Wahyu Kami dan janganlah Engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum Yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan. 38 Dan dia membina bahtera, dan dan tiap-tiap kali kaumnya yang terkenal melalui tempat itu, mereka mengejek-ejeknya, dia pun berkata , "Jika kamu mengejek-ejek kami, maka kami akan mengejek-ejek kamu sebagaimana kamu mengejek-ejek. 39 Dan kamu akan tahu siapa yang akan menerima azab yang akan memalukannya dan kepada siapa akan turun azab yang kekal.") [Surah Hud 11:36-39] 2. Kesabaran dan pengunduran: (5 Beliau berdoa, "Wahai Tuhan! Aku telah menyeru kaumku siang dan malam. 8 Kemudian aku telah menyeru mereka secara terbuka 9 disamping itu, saya telah bercakap dengan mereka di tempat awam dan merayu kepada mereka secara bersendirian." ) [Surah Nuh 71:5,8-9] Kesabaran dan pengunduran yang diperlukan untuk sesiapa yang inginkan keimanan orang yang didakwahnya, kerana bagi kebanyakan orang, kamu akan menyeru mereka kepada kebenaran tetapi mereka tidak percaya pada mulanya, sebaliknya, mereka menghadapi kamu dengan tegas dan kasar. Walau bagaimanapun, apabila hari-hari berlalu, mereka ditolong [oleh Allah] untuk beriman pada kebenaran dan mungkin menjadi seorang daripada pendakwah yang ikhlas kepada kebenaran. 3. Mengambil perlindungan daripada Allah swt, bersandar kepadaNya dan bergantung kepada perancangan dan pengaturan Allah Swt, dan lebih-lebih lagi memohon kemenangan dari Allah selepas gagal dari berimannya orang-orang yang menolak keimanan. (Lalu Dia berdoa merayu kepada Tuhannya, Sesungguhnya Aku ini dikalahkan, oleh itu menangkanlah daku!) [Surah Al- Qamar 54:10] 4. Rahmat kepada orang yang beriman, dan melayan mereka dengan rendah hati, dan hadapi masa lalu mereka sebelum mereka menerima seruan, tanpa mengira apa masa lepas itu, dan yang paling penting mempertahankan kumpulan kecil ini dan berbangga berada di dalamnya (111. Mereka berkata: "Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang-orang yang rendah?" 112. Nabi Nuh berkata: "Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan mereka? 113. "Sebenarnya hitungan amal mereka hanyalah terserah kepada Tuhanku; kalaulah kamu menyedari dan memahaminya . 114. "Dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman. 115. "Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran Yang jelas nyata.)" [Surat Ash-Shuara 26:111115] 5. Kerja keras untuk menghadapi bah adalah dengan membuat bahtera yang diberkati dan menyediakan makanan untuk orang-orang dan haiwan, dan menyediakan peralatan dan mengikut bilangan. Ini adalah satu perkara yang tidak boleh dibayangkan sebagai kerja mudah, bahkan sebaliknya, ia adalah suatu perkara yang sukar dan orang yang melakukan ini sudah tentu akan menghadapi pelbagai masalah terutama jika dia seorang yang tersisih dari kaumnya, kerana ia tidak mempunyai banyak kemudahan untuk melaksanakan tugas yang besar ini. Oleh itu, kita bayangkan betapa hebatnya kesabaran Nabi Nuh, dan betapa

besar penyerahan dan pergantungannya kepada Allah yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa , dan bagaimana besar rahmat dan nikmat Ilahi yang meliputi Nuh, kerana dia berdakwah dengan tangan yang hampir kosong hanya mengharap rahmat Allah dan dia juga berhadapan dengan masyarakat yang tidak tahu apa-apa melainkan ejekan, penghinaan dan sindiran kepadanya 6. Kepastian, saya tidak maksudkan kepastian dalam kewujudan Allah SWT atau kenabian Nuh as, saya maksudkan makna kepastian dalam kemenangan terhadap orang-orang kafir dan berkuasa ke atas kehidupan mereka. Kepastian ini menjadikan keazaman Nuh as yang sangat kuat untuk menyampaikan seruan dari Langit dan mempunyai kesabaran terhadap bahaya, dan tidak berlalu ejekan manusia , sebaliknya dia memperkecil-kecilkan mereka, kerana dia yakin dengan firman Allah Swt, (171. Dan Demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan kami, bagi hamba-hamba kami yang diutus menjadi Rasul 172. Bahawa Sesungguhnya merekalah orang-orang Yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan. 173. Dan bahawasanya tentera Kami (Pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang Yang mengalahkan (golongan Yang menentang kebenaran). [Surah As- Saffat 37:171-173]

Ringkasan:
Dakwah kepada kebenaran dengan kemurahan hati, belas kasihan, dan kelembutan, maka berbelas kasihan terhadap orang yang beriman kepada kebenaran, dan bersabar dengan orang-orang yang tidak percaya pada mulanya, menyedari bahawa mungkin kemudian nanti mereka akan beriman kepada kebenaran, dan bekerja siang dan malam, secara rahsia dan secara terbuka, untuk menyampaikan kebenaran tanpa bosan atau letih: (Dan janganlah Engkau memberi (sesuatu, Dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.) [Surah Al-Mudathir 74:6 ] Dalam semua keadaan ini, mesti ada kepastian dalam Kemenangan Ilahi, dan mengambil perlindungan daripada Allah dan yang diperkaya oleh Allah dan bergantung kepadaNya dengan kebergantungan yang hakiki, yang bermaksud bahawa hamba itu adalah pengesahan ayat suci Al Quran, (Tiada daya dan upaya melainkan Dengan pertolongan Allah [ Surah Al -Kahfi 18:39 ]

Pencerahan hujah Nuh as ke atas kaumnya


("Tidakkah kamu melihat [dan memikirkan] bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit berlapis-lapis ...) [Surah Nuh 71:15] Nuh as sama seperti semua para nabi, mereka telah diutus untuk pembaharuan ideologi, perundangan, akhlak, politik, dan kebejatan ekonomi, dan hujah-hujah semua para nabi adalah mudah dan bebas daripada sebarang kerumitan, mereka tidak perlu banyak pertimbangan dan pemeriksaan yang serius untuk membuat kesimpulan bahawa kebenaran mereka adalah jelas. Apabila hujah itu disampaikan kepada orang-orang yang telah mencemarkan alam (fitrah) Allah, dan mengukur diri dengan ukuran yang berbeza dengan ukuran Allah, hujah-hujah ini menjadi sangat kompleks dan kabur kerana mereka telah menyampaikan kepada orang-orang yang mempunyai hati, yang mereka tidak menyedari, dan mempunyai telinga yang mereka tidak mendengar.

Bantahan orang ramai:


1. Kamu adalah manusia seperti kami: (Jadi yang terkenal di kalangan orang-orang kafir dari kaumnya berkata, "Kami tidak melihat kamu melainkan sebagai seorang manusia seperti kami ...") 2. Orang-orang biasa dan orang-orang yang lemah pendapatnya mengikuti kamu: ( "... dan kita tidak melihat yang mengikuti kamu melainkan orang-orang yang paling rendah di antara kita [dan] yang pendapatnya lemah...") 3. Kami percaya bahawa kamu dan orang-orang yang bersama dengan kamu adalah pembohong : (" ... dan kami juga tidak melihat kamu mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan kami menganggap kamu orang-orang pendusta".") [ Surah Hud 11:27 ] Dan semua bantahan ini jauh dari inti dakwah dan jauh dari asal punca yang dibentangkan untuk perbahasan itu. Jadi ini hanya kekeliruan dan menyesatkan, bahkan bantahan kosong di mana mereka meyakinkan kesombongan diri mereka, dan ulama menggunakannya untuk memperkecilkan orang-orang yang lemah dalam perkara-perkara agama, bersama-sama dengan pengikut dan peniru yang akan dipenuhi dengan kejahilan dan kebutaan mereka: (Berkata orang yang terkenal di kalangan kaumnya , ...) yang terkenal sebagai orang-orang penguasa agama dan pembesar dunia, ( ... " Malah, kami melihat kamu berada dalam kesesatan yang nyata "), [ Surah Al- Araf 7:60 ] bukan hanya kesesatan, malah kesesatan agak jelas dan jelas menurut mereka.

Pencerahan Dakwah Ibrahim as


1. Penentangan dengan ketegasan dan kekerasan yang tidak memiliki kelonggaran, sehingga Ibrahim as menghadapi umat-Nya dan berkata, (52. ... "Apakah patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?" 53. Mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek Kami selalu menyembahnya". 54. Ia berkata: "Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata". 57. "Dan Demi Allah, Aku akan jalankan rancangan terhadap berhala-berhala kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini)". [Surat Al-Anbiya 21:52-54,57] Berikut adalah di mana penentangan mengubah pada kelajuan yang menakjubkan, dari segi hujah dan lisan kepada penafian dengan tangan dan menggunakan senjata yang berbahaya pada masa itu, kapak : (Lalu dia memecahkan semuanya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala mereka yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadanya). [Surah Al Anbiya 21:58] Lalu mereka membawa kepada Nabi Ibrahim, satu-satunya orang yang beriman di kalangan ramai ulama yang sesat dan pengikut-pengikut dan hamba-hamba taqlid buta kepada penguasa kejam, dan Ibrahim tidak menyerah atau dia tidak mengambil pendekatan lembut, dia lebih memilih menghadapi mereka dengan ketegasan dan kekasaran. Mereka bertanya kepadanya , (Mereka berkata, "Engkaukah yang melakukan demikian kepada tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?"), [Surah Al-Anbiya 21:62 ] lalu dia menjawabnya dengan ejekan dan sindiran , (Ia menjawab: "(Tidak) bahkan yang melakukannya ialah (berhala) yang besar di

antara mereka ini! maka bertanyalah kamu kepada mereka kalau-kalau mereka dapat berkata-kata " ) [Surah Al -Anbiya 21:63] Bertanyalah kepada mereka, Wahai orang-orang yang tidak meilhat, orang-orang yang dicemari sifat semula jadi kamu di mana Allah menciptakan kamu. Tanyalah mereka, orangorang kamu yang ukur dengan ukuran yang berbeza dari yang dikehendaki Allah. Tanyalah mereka, orang-orang yang melindungi diri dengan sains yang dipenuhi dengan hujah dan fikiran iblis, dan mendakwa bahawa mereka mewakili agama. Tanyalah mereka yang berpatah balik. Lalu mereka dapati tiada jawapan untuknya kecuali, ("Engkau telah sedia mengetahui Bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berkata-kata.) [Surah Al -Anbiya 21:65] Maka nabi yang mulia ini ditangani secara kasar dikutuk oleh kumpulan yang dilaknat dan berpaling, (66. Nabi Ibrahim berkata: "Jika demikian, Patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu? 67. "Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?") [Surah Al -Anbiya 21:66-67 ] (75 Nabi Ibrahim berkata ," Kemudian, adakah kamu melihat apa yang telah kamu sembah itu? 76 kamu dan nenek moyang kamu yang dahulu? 77 Kerana sesungguhnya, mereka adalah musuh kepadaku, melainkan Tuhan semesta alam ") [Surah Ash- Shuara 26:75-77] Dan pada akhirnya, mereka dapati tiada jawapan untuk Ibrahim as, kecuali api yang membara di dalam hati mereka, (Mereka berkata, "Bakarlah Dia dan pertahankanlah tuhantuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!") [Surah Al-Anbiya 21:68] Maka di sini, Tangan Rahmat Ilahi sampai untuk melindungi orang yang beriman ini yang marah demi membela Allah, (69 Kami berfirman: "Hai api, Jadilah Engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! " 70. Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang amat rugi, (kalah Dengan hinanya). 71. ... Dan Kami selamatkan dia ... 73 Dan Kami jadikan mereka Imam-Imam yang membimbing dengan perintah Kami ...) [Surah Al-Anbiya 21:6971,73] 2. Tiada pengunduran dalam dakwah Nabi Ibrahim as, sebaliknya ia adalah penentangan yang cepat yang berjalan pada kelajuan yang menakjubkan. 3. Menentukan sasaran dan serangan yang akan membawa maut kepada Jahiliah, dan bertembung dengan Jahiliah secara keras dan cepat tanpa mengambil kira isu-isu kebendaan atau pihak berkuasa agama dan dunia yang dipegang oleh orang-orang Jahiliah, yang membolehkan mereka untuk memperkecilkan manusia. Apabila hamba mempunyai kepastian bahawa tidak ada kekuatan kecuali pada Allah, beliau menghadapi berjuta-juta orang dengan sendiri tanpa mengambil kira bilangan dan senjata mereka, kerana bilangan dan senjata adalah Yang Esa, yang Maha Perkasa, Allah Swt

Ringkasan:
Perkara yang paling penting yang berkaitan dengan dakwah Nabi Ibrahim as adalah ketegasan dan penentangan terang-terangan dan pantas. Sesungguhnya, penentangan ini telah didahului oleh satu rahsia yang menyebabkan Lut as percaya dalam dakwah Ibrahim,

Pencerahan dari Dakwah Nabi Ibrahim dan Nabi Nuh pbut


Al-Quran tidak bercakap tentang mukjizat yang dibawa oleh Nabi Nuh as, atau Abraham as untuk membuktikan kejujuran mereka, kerana mukjizat adalah sokongan untuk dakwah para nabi dan bukan bukti kesahihan dakwah. Oleh itu dakwah mereka adalah untuk kembali kepada sunnahtullah, [dan] sunnah Allah tidak memerlukan bukti kerana ia adalah sunnah di mana Allah menciptakan manusia. Dan adalah benar, hanya menyembah Allah, memujiNya, bertasbih kepadaNya , dan yang mempunyai akhlak yang baik di mana manusia telah dicipta di atas kasih sayang mereka, [sunnahtullah ini adalah] ukuran Allah , dan tiada satu ukuran pun yang lebih baik daripada ukuran Allah . Rama-rama terbang ke arah cahaya , tetapi apabila sensor optiknya rosak ia terbang dalam kegelapan. Perkara yang sama berlaku kepada manusia iaitu para nabi dan Rasul memberikan bukti-bukti besar daripada Allah, dan mereka mengangkat tabir daripada pandangan manusia, kemudian mereka biarkan dia memilih sama ada untuk membuka mata dan kepalanya ke arah cahaya, atau tutup matanya dan biarkan tabir ke atas dirinya dan menyusut ke dalam kulit dalam kegelapan, satu [kegelapan] ke atas yang lain, (mereka meletakkan jari ke dalam telinga mereka, berselubung dengan pakaian mereka, berterusan, dan sombong takbur dengan keangkuhan [yang besar]. ) [Surah Nuh 71:7] Dan bukti terbesar kejujuran para nabi adalah perjalanan mereka diberkati dan keindahan akhlak mereka, dan banyak kata-kata keluar dari mulut mereka yang datang dari hati mereka. Walau bagaimanapun, walaupun perjalanan murni dan mukjizat yang hebat ini dengan datangnya para nabi, manusia jahiliah, terutama ulama yang sesat, tidak mampu membantah dengan menyebarkan kesilapan dan hasutan syaitan, setelah manusia mendapat nilai (ukuran) dengan ukuran mereka sendiri, yang mana ukuran jahiliah mereka menentang ukuran Allah swt. Oleh itu mereka mencipta untuk diri mereka dataran (platform) subur dalam masyarakat manusia, supaya ia [platform ini] akan menerima segala-galanya daripada mereka, dan mengikuti mereka dalam segala hal, kerana kezuhudan (kesederhanaan) para nabi adalah kegilaan, mukjizat mereka adalah sihir dan kebijaksanaan mereka adalah puisi.

Pencerahan dari Dakwah Nabi Musa as


(Dan ketika Musa sampai ke peringkat umurnya yang cukup kekuatannya dan sempurna, kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikian Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.) [Surah Al-Qasas 28:14] Di sini, dengan Musa as -selepas Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan dan pengetahuan -kita memasuki bandar, ibu negeri Firaun, yang dipenuhi dengan kerusakan, kezaliman, membunuh orang-orang yang beriman, menganiaya kehormatan rakyat, dan menindas yang lemah supaya berkhidmat kepada jentera jenayah besar-besaran beliau. Dan di sinilah Nabi Musa as, menghampiri dua jenis manusia iaitu salah satu dari mereka Bani Israel yang beriman dan yang satu lagi adalah pengotor dari tentera Firaun yang mahu menundukkan dan menghina Bani Israel. Bani Israel menolak penghinaan dan perendahan diri, di mana kebanyakan Bani Israel menghayatinya. Bermula dengan Musa as membunuh seorang yang terkutuk, dan menerangkan beliau sebahagian dari kerja-kerja dan usaha syaitan. Dan hanya

kerana syaitan adalah musuh Allah dan musuh hamba Nya, yang jelas kepada setiap orang sebagai sunnatullah, hingga terjadilah pada Firaun terkutuk. Dan bermulalah perjuangan Nabi Musa as terhadap Firaun dan kumpulan iblis terkutuknya; perjuangan yang tidak sama rata dari sudut kebendaan. Nabi Musa as kemudian meninggalkan bandar, takut dan berjaga-jaga, meminta Allah menyelamatkannya dari para penindas, bukan dalam mengejar kehidupan kebendaan yang seumpama penjara kepada Nabi Musa as, tetapi supaya dia boleh menggalas panji-panji (Tiada Tuhan melainkan Allah). Dan di sini, Musa tidak membawa kapak untuk menghancurkan patung yang mewakili ideologi orang-orang sesat, sebaliknya dia menyerang orang-orang secara langsung dan membunuh salah seorang daripada mereka dan kemudian cuba untuk membunuh yang lain, dan langkah ini adalah lebih maju daripada yang terdahulu, dan selepas menghilangkan diri selama sepuluh tahun, di mana Musa as menghabiskan masa dengan seorang nabi agung Shuaib as, Musa as pulang ke Mesir, dan kali ini dia membawa seruan kepada penzalim Firaun, seruan yang dibawanya semasa dalam perjalanan pulang [ke Mesir], dan dengan itu dia membawa (Tiada kekuatan melainkan Allah). Tuhan yang Berkuasa di langit dan bumi berfirman kepadanya , ("Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu Wahai Musa?"). [Surah Ta Ha 20:17] Dan Allah swt mengetahui apa yang ada di tangan kanan Musa, tongkat menurut penilaian mereka yang diselubungi dengan kebendaan dan tongkat ini tidak boleh menjadi senjata bagi Musa untuk melawan tentera Firaun, yang bersenjata dengan senjata yang paling moden pada masa itu, tetapi Allah swt membuatnya menjadi ular yang bergerak dengan kekuatan-Nya, kekuatan yang dengannya wujud langit dan bumi, dan Dia menjadikan tangan Musa putih tanpa bahaya, yang merupakan mukjizatnya yang lain. Walaupun mukjizat ini adalah hebat, senjata Musa bukan hanya tongkat atau tangan putih yang ajaib, tetapi senjata yang kuat dan kebal kepada Musa adalah Tiada kekuatan melainkan Allah. Dan mukjizat ini, bagi Musa, bukan untuk beliau melihat mukjizat Tuhannya yang paling besar. Dan Nabi Musa pergi kepada Firaun, penguasa zalim, membawa dalam hatinya makna yang besar Tiada kekuatan melainkan Allah; makna ini yang membuat Firaun, Haman, dan tentera mereka, di mata Musa as, lebih keji daripada lalat; lebih-lebih lagi mereka tiada sesuatu yang benar-benar boleh disebut. Musa dan Harun melaungkan di hadapan Firaun: (47 "Kami telah datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhanmu. Dan kesejahteraan adalah ke atas sesiapa yang mengikuti petunjuk. 48 Sesungguhnya, ia telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa adalah kepada sesiapa yang mendustakan. ") [Surah Ta Ha (20:47-48)] Dan si penguasa zalim mula mendesak dan berhujah," Siapakah tuhanmu? "... "Bagaimana pula dengan generasi terdahulu?" ... kemudian si terkutuk itu melepaskan kata, (57 Dia berkata, " Patutkah kamu datang kepada kami untuk mengusir kami dari negeri kami dengan sihir kamu, wahai Musa? 58 Kalau demikian Kami juga akan bawakan kepadamu sihir yang seperti itu untuk melawanmu maka tentukanlah suatu tempoh pertemuan antara Kami denganmu, Yang kita bersama tidak akan memungkirinya, di suatu tempat Yang sesuai bagi kedua belah pihak.") [Surah Ta Ha20:57-58] Dan Firaun dan tenteranya menjadi sombong dan memperoleh azab, maka mereka telah lemas dalam lautan dosa-dosa mereka supaya mereka boleh menjadi pengajaran kepada firaun masa ini dan tentera mereka. Jadi adakah sesiapa yang bersedia untuk belajar pengajaran sebelum Firman tiba?

Beberapa Perkara Paling Penting untuk diingat mengenai dakwah Musa as:
1. Musa as bermula dengan membunuh salah seorang daripada tentera Firaun dan pendirian ini adalah kekasaran melampau, kerana membunuh dan berjuang biasanya kaedah terakhir untuk dakwah dan untuk menyebarkan kalimah tidak ada tuhan melainkan Allah. Jadi apa yang menjadikan ia langkah pertama di sini? Sebenarnya, terdapat beberapa sebab, yang mana: A. Musa menentang seorang penguasa yang kejam yang menguasai kehidupan manusia, membunuh, mencuri, merompak, dan menguasai orang-orang di muka bumi dengan tidak ada penghalang. Oleh itu, tindakan Musa yang diberkati membunuh tentera iblis ini merupakan tikaman berkesan dan penghalang yang hebat kepada Firaun, kumpulan dan tenteranya. B. Tindakan ini mempunyai kesan yang besar dalam menggalakkan Bani Israel dan menjadikan mereka bangun menentang Firaun dan tenteranya , dan menyediakan mereka untuk revolusi masa depan yang dilakukan Musa as selepas dia kembali. C. Proses ini mempunyai kepentingan dalam menunjukkan watak Musa as sebagai penentang penindasan Firaun dan tenteranya, dan memperkenalkan kepada Bani Israel kepentingan pemimpin besar ini yang akan menyelamatkan mereka daripada Firaun dan tenteranya di kemudian hari. D. Proses ini mempunyai kepentingan dalam keputusan membebaskan Musa as dari tuduhan setia kepada Firaun (semoga Allah melaknatnya) yang dia terpaksa tanggung kerana dia adalah anak tiri Firaun dan tinggal di istananya. 2. Selepas Musa pulang dari kota Madyan, dakwah kepada Kebenaran mengambil bentuk lain; ini masa kemurahan hati, jadi Firaun atau salah satu daripada penyokongpenyokongnya atau tentera ingat atau takut kepada Allah swt, dan dengan itu mengikuti agama Yaakub as dan Yusuf as yang merupakan seorang yang berkuasa dan seorang bekas menteri raja mereka dahulu. Dan sehingga tempoh masa itu, Musa tidak membawa perundangan yang membatalkan (memansuhkan) Yakub as, Ishak dan Ibrahim as, yang merupakan fiqh Hanafi (Agama Hanif), walaupun pada hakikatnya ia telah diputarbelitkan dan tidak digunakan kecuali mengikut kehendak syaitan dan dakwaan ulamak agama Israel. 3. Terdapat hukuman Ilahi dan tanda-tanda Ilahi yang berlangsung bersama seruan Musa as di Mesir, jadi Firaun, tentera, atau yang sombong takbur dari kaum Bani Israel seperti Qarun, akan Beriman. Sebahagian daripada hukuman-hukuman itu adalah bahawa air mereka menjadi darah dan tanah mereka telah dipenuhi dengan katak. Dan mereka akan meminta Musa as bermohon kepada Allah untuk menghilangkan azab itu daripada mereka. Sungguh pun begitu, hanya satu keturunan dari kaumnya beriman kepada Nabi Musa, dan malang sekali kepada hamba-hambaNya. 4. Pada akhir dakwah, terdapat penghijrahan Nabi Musa as dan orang-orang yang beriman, mereka keluar dari Mesir kerana takutkan Firaun, yang terkemuka, kumpulan dan tenteranya akan memaksa, menyakiti, dan membunuh mereka. Oleh itu, apabila kedua-dua kumpulan berhadapan di antara satu sama lain, ketakutan ini merebak dan timbul di kalangan Bani Israel, yang bersetia dengan iman yang lemah dan tidak stabil. Oleh itu, mereka berkata,

"Sesungguhnya kita akan dapat ditawan oleh Firaun dan tenteranya." Tetapi, Musa as memarahi dan menasihati mereka bahawa mereka telah berhijrah kepada Allah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa. Dia berkata, "Tidak, sesungguhnya Tuhanku bersamaku. Dia akan membimbingku." Jadi Bani Israel terselamat dalam menghormati Musa as, dan beribu jiwa terselamat demi bersatu hati. Dan Firaun dan tenteranya mati lemas, jadi jauh daripada mereka.

Pencerahan dari Dakwah Nabi Isa as


Sebenarnya dakwah Nabi Isa as adalah sejenis dakwah kepada Allah swt yang paling kompleks dan sukar, kerana dia berada dalam masyarakat yang kononnya adalah satu masyarakat beriman yang ideologinya tidak dicemari oleh syirik yang jelas. Dan juga, Isa as terpaksa menghadapi para ulamak dan rabbi dari Bani Israel yang telah mengamalkan dalam perbincangan dan perbahasan dalam ideologi dan perkara-perkara agama yang lain. Oleh itu, seruan Isa telah dibezakan oleh banyak isu, seperti:

1. Kezuhudan:
Penjelmaan yang paling ketara pada kezuhudan ini adalah pada Isa as dan dua belas pengikutnya. Dan kezuhudan ini, yang Isa as secara mendalam menunjukkan kepada manusia, adalah penawar kepada keadaan kemewahan yang tersebar di kalangan ulamak dari Bani Israel yang menikmati kehidupan di bawah kuasa orang-orang kafir Rom, dan menjadi seperti haiwan di tempat makanannya, mereka tidak memperdulikan sesuatu apa pun melainkan berpesta dan mengisi perut mereka. Dengan itu, Isa as dan pengikutnya menunjukkan Bani Israel dan orang-orang Yahudi, dan menunjukkan bagaimana semua orang yang mengamalkan ketuhanan ulamak, yang cenderung kepada Allah, patut meninggalkan dunia ini dan mengejar hari akhirat, terutamanya dalam masyarakat yang berperikemanusiaan yang telah letih dengan kuasa pemerintahan zalim, di mana golongan miskin tidak mempunyai sebuku roti yang tinggal untuk dimakan dengan bermaruah, mahupun kaedah intelektual yang kukuh di mana ia boleh diterangkan, selepas pemerintahan zalim ini menenggelamkan mereka dalam kerosakan moral dan sosial. Oleh itu, kezuhudan Isa dan pengikut-pengikutnya adalah sesuatu yang memalukan ulamak Bani Israel, dan ia menunjukkan manusia jalan yang lurus dan kaedah yang betul yang ulamak suci dan pemimpin mesti ikut untuk menjadi cahaya ikutan orang yang dipimpin dan sinar penyelamat bagi mereka daripada pihak berkuasa zalim, dan seorang pemimpin ke jalan Allah Yang Maha Esa, lagi Maha Berkuasa..

2. Keikhlasan dalam menyembah Allah swt :


Orang-orang Yahudi tidak menyembah berhala pada masa Isa telah diutus, tetapi mereka telah memberi penghormatan kepada Caesar, dan mereka mengikuti ulamak-ulamak mereka dalam semua perundangan mereka, dan meniru mereka secara membuta tuli, (Mereka menjadikan pendita-pendita (rabbi) dan ahli-ahli ugama mereka sebagai tuhan selain Allah, dan juga Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan melainkan dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.) [Surat At-Tawbah 9:31] Dan perbuatan itu adalah syirik (menyegutu) kepada Allah Swt, kerana mereka tidak hanya meninggalkan jihad dan meninggalkan penolakan kehadiran kuasa-kuasa kafir Rom di Tanah Suci, tanah pengamal tauhid, tetapi mereka juga bekerja untuk mengukuhkan keadaan pendudukan dan penzalim dan mewujudkan kuasa dengan membayar penghormatan kepada Caesar Rom. Dan dengan tindakan ini, mereka menjadi hamba-hamba kepada penzalim dan bukan pengamal tauhid yang menyembah Allah, walaupun mereka mendakwa sedemikian. Selain itu, mereka mengikuti ulamak-ulamak mereka apabila keduanya melanggar undangundang para nabi dan wasi, dan tindakan ini adalah satu sembahan kepada ulamak-ulamak sesat selain Allah Swt kerana ulamak-ulamak sesat meletakkan pendapat mereka yang bertentangan dengan undang-undang Allah Swt, dan mereka menuntut supaya manusia mengikuti mereka dan mereka menipu manusia [secara pemikiran] bahawa ketaatan kepada mereka adalah ketaatan kepada Allah, manakala dalam apa jua keadaan, ketaatan kepada mereka adalah ketaatan kepada syaitan, semoga Allah melaknat dan memalukannya. Oleh itu, Isa as bersedia mengajar orang dan menjelaskan kepada mereka kebenaran Ilahi ini dan pada satu masa, menyeru mereka kepada keikhlasan dalam menyembah Allah swt, dan pada masa yang lain, memanggil mereka untuk menolak penzalim dan melawannya dan merobohkan tiang ekonomi, ketenteraan dan media negaranya. Isa as menyeru rakyat untuk memberontak terhadap ulama dari Bani Israel yang telah memberikan diri mereka kuasa untuk menggubal undang-undang dalam membangkang Allah swt, dan mereka menyeru orang untuk taat kepada mereka dan mengikuti jejak langkah mereka. Oleh itu, mereka sesat dan orang-orang selepas mereka sendiri telah sesat , kerana mereka menjadikan diri mereka tuan-tuan untuk disembah selain Allah swt.

3. Keadilan Dan Belas Kasihan:


Tanpa keadilan dan belas kasihan, kehidupan menjadi gelap dengan hanya penindasan, ketidakadilan, kekejaman, dan kesakitan. Dan penzalim yang tidak adil dan tidak berbelas kasihan, kerana ia adalah penindasan, kekasaran dan kekejaman yang menyebabkan Firaun, Namrud, Caesar dan yang seperti mereka yang berkuasa dan menerajui dan mengawal kepimpinan iblis supaya mereka boleh membawa penyokong mereka dan mereka yang mengikuti jejak langkah mereka ke dalam jurang neraka. Dan sesiapa yang menjangka bahawa keadilan dan belas kasihan dari penzalim adalah seperti orang yang ingin menghidu bau yang wangi dari najis. Inilah sebabnya mengapa senjata yang kuat di tangan para nabi ialah keadilan dan belas kasihan. Oleh itu, Isa as berusaha menyebarkan dan menyeru untuk keadilan dan belas

kasihan dalam masyarakat: keadilan yang ditolak oleh ulama Bani Israel apabila mereka menyimpan wang kebajikan untuk diri mereka sendiri dan meluluskan undang-undang mengikut hawa nafsu mereka dan dakwaan bodoh dan jahil, dan belas kasihan yang tidak dikenali semasa berada di bawah bayang-bayang para penzalim. Dan belas kasihan Isa as juga termasuk pemungut cukai yang secara langsung bekerja untuk Caesar, kerana Isa as cuba untuk menyelamatkan mereka daripada akhirnya menjadi hitam dan gelap yang menanti mereka jika mereka terus berjalan mengikut jejak langkah Caesar..

Pencerahan dari Dakwah Nabi Muhammad saw


Seruan Muhammad saw adalah dakwah umum dan menyeluruh, seolah-olah ia termasuk semua yang datang dari dakwah para nabi malah lebih dari itu. Dan makna ini telah disebut dalam riwayat-riwayat kitab yang ada di dalam Taurat, Injil, Mazmur dan dalam al-Quran. Allah berfirman, (Dia telah mensyariatkan kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan kepada Nuh dan nabi yang Kami telah wahyukan kepadamu, dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa untuk menegakkan agama... ) Surah Asy-Syura 42:13 ] Jadi kita dapati bahawa Rasulullah saw berhadapan dengan ulama daripada tiga agama ketuhanan yang diputarbelitkan iaitu Hanafi (Hanif), Kristian, dan Yahudi. Dan adalah jelas bahawa menghadapi ketuhanan ulamak-ulamak yang menyeleweng dalam ideologi atau dalam undang-undang oleh nafsu mereka, adalah lebih sukar daripada menghadapi orangorang musyrik atau seorang atheis yang tidak percaya kepada kewujudan Allah. Ia adalah kerana ketuhanan ulamak yang sesat menterjemahkan perkataan Allah mengikut nafsunya, dan dia menggambarkan ideologi ketuhanan juga menurut nafsunya, dan dia membentangkan hujah-hujah dan kesilapan untuk membuktikan kepalsuan sebagai kebenaran. Oleh itu, orang yang memfitnah mempunyai banyak hujah-hujah dan kepalsuan untuk meyakinkan dirinya, kerana baginda saw bersabda , ("Orang yang memfitnah mempunyai banyak hujah-hujah dan kepalsuan untuk meyakinkan dirinya sehingga masanya tiba, maka apabila tiba masanya, fitnahnya akan membakarnya di dalam api. "). [Wasail alSyiah Jilid 12 halaman 198 riwayat 8] Oleh itu, saya mengatakan bahawa jika Muhammad saw tidak menyeru dakwah Islam, tidak ada nabi lain yang akan dapat melakukannya. Oleh itu baginda, demi kedua ibu dan bapa ku, apa yang diterima tidak ada manusia lain yang boleh bertolak ansur dan baginda pun menyampaikan dakwah, yang berhadapan dengan ulamak yang sesat dan zalim yang menguasai rakyat. Pada satu masa baginda akan menghadapi mereka dengan pengetahuan baginda yang hanya melahirkan Ali as, kerana baginda adalah pintu kepadanya saw, baginda menjelaskan dengan sabda, ("Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya.") Dan pada masa yang lain baginda akan menghadapi mereka dengan kekuatan yang bermula dari

pergantungan baginda kepada Allah, yang tidak pernah dialami sama dengan yang dialaminya. Di bandar Al-Taif baginda berdiri di atas batu-batu yang menyebabkan badan mulianya mengalir darah, penuh dengan kesakitan dan berdoa kepada Allah dengan katakata yang, apabila mendengarnya, hati orang yang beriman akan bergoncang dan mereka akan mencucurkan air mata, ("Ya Tuhanku, kepada Engkau aku mengadu akan kekurangan kekuatanku, kekurangan cara, dan penghinaan di hadapan manusia. Kepada siapa yang Engkau hadapkan aku, wahai Tuhan yang menguasai dan Engkaulah Tuhanku? Adakah Engkau hadapkan aku kepada musuh yang Engkau telah diberikan kawalan ke atasku, atau kepada yang jauh yang menerimaku dengan kekejaman? Jika Engkau tidak marah denganku, maka aku tidak peduli ... ") [Bihar Al -Anwar Vol 19 halaman 22] Muhammad saw tidak peduli apabila orang-orang bodoh menghasut anak-anak mereka untuk melontar baginda dengan batu menyebabkan baginda berdarah dan dihina kerana Allah, dan baginda tidak peduli jika manusia menafikan baginda. Tetapi yang menyebabkan kesakitan baginda apabila mereka tidak beriman, kerana baginda melihat neraka yang mengintai di hujung jalan yang mereka pilih. Oleh itu, Muhammad saw diutus, pada satu masa yang menyeru ke jalan Allah dengan hikmah dan berbicara, dan pada masa yang lain berhujah dengan cara yang terbaik, dan pada masa yang lain melawan orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan melayan mereka dengan ketegasan, kesemuanya selama dua puluh tiga tahun, di mana Rasulullah saw tidak berehat dan tidak henti-henti berbicara, berhujah, berjuang, dan menyeru kepada Allah sehingga nafas yang terakhir. Dan pada hari-hari terakhirnya, baginda keluar sambil bersandar pada Ali as dan Al-Abbas as, menggesa manusia untuk berjihad dan menyertai tentera Usama bin Zaid, dan pada masa yang sama dalam ketaatan kepada Tuhan dan dalam ibadah yang baginda gagahkan sehingga Allah awj tujukan kepadanya, (1 Ta Ha. 2 Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu supaya Engkau menanggung kesusahan.. ) [Surah Ta Ha 20:1-2] dan dengan kemurahan hati dan zuhud di dunia ini, sehingga baginda saw berkata kepada umat Islam , ("Demi Allah yang menguasai jiwaku, jika aku mempunyai banyak lembu sebagai pokok Tohamah, aku akan membahagikannya di antara kamu. Maka kamu tidak akan menganggap aku pembohong, pengecut, atau bakhil .") [Al- Wasail Vol 7 halaman 26-27 riwayat 2. Majma Al- ZawaedVol 5 halaman 239. ] Walaupun harta rampasan peperangan yang banyak, baginda saw hanya mengambil sedikit dan apa yang mencukupi, begitu banyak yang Hafsah dan Aishah mengadu kerana kehidupan terhad, dengan itu ayat-ayat penggantian terkenal dalam al-Quran diturunkan. Jika hari ini kita mempunyai umat Islam yang hanya mengikut satu per sepuluh daripada contoh Muhammad saw, Islam akan menang atas segala agama. Dakwah Nabi Muhammad saw mencakup semua yang berada di bawah dakwah para nabi sebelumnya: menyeru manusia dengan lembut dan belas kasihan, menyerang mereka dengan ketegasan dan kekerasan, menghancurkan berhala, membunuh musuh-musuh Allah dan mengancam mereka dengan kesalahan mereka di dunia ini dan di akhirat . Rasulullah saw itu sangat lembut, penyayang, dan sabar dengan orang-orang beriman, dan sangat keras, kasar, dan ganas dengan orang-orang kafir. Percanggahan luaran di antara keseimbangan dakwah Ilahi dan kebenaran ini tidak dapat diharungi kecuali oleh jiwa yang besar seperti Muhammad saw, satu jiwa yang memegang Syurga di sebelah tangan dan Neraka di sebelah tangan yang lain untuk ditunjukkan di hadapan manusia, menjanjikan berita gembira kepada orang-orang beriman dan peringatan dan ancaman kepada orang-

orang kafir, (Kami turunkan Al-Quran, dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran) [Surah Al-Israa 17:105 ] Allah Yang Mahakuasa juga mengatakan , (1 Segala puji bagi Allah, yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab dan tidak dijadikan dalamnya penyimpangan apapun. 2 Tetap lurus, untuk memperingatkan azab berat dari sisiNya dan memberikan berita gembira kepada orang beriman yang mengerjakan amal saleh bahwa mereka akan memperoleh balasan yang baik.) [Surat Al Kahfi 18:1-2] Perkara yang paling penting yang membezakan seruan Rasulullah saw adalah bahawa ia ada suatu mohor risalah ketuhanan, dan sudah tiba masanya untuk melaksanakan dakwah itu, amaran, janji, dan ancaman yang dibawa oleh Rasulullah saw, dan pelaksananya adalah dari keturunan Nabi saw dan dia adalah Imam Al-Mahdi as. Akibatnya, Janji sebenar yang Allah swt janjikan kepada semua nabi dan rasul sudah dekat . Dan Hari Yang Dikenal Yang Dijanjikan Kepada Iblis (semoga Allah melaknatnya) sudah dekat, dan itu adalah hari akhirnya (Iblis). Allah Yang Mahakuasa mengatakan, (Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha suci Allah dan Maha Tinggilah atas apa yang mereka persekutukan denganNya. [Surat An- Nahl 16:1] Allah Yang Mahakuasa juga mengatakan , (Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.) [Surat Al Anbya 21:1]

Allah juga berfirman, (1. Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan. 2. Dan kalau mereka melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir Yang terus menerus berlaku.") [Surah Al-Qamar 54:1-2] Akhirnya, saya mengatakan bahawa dakwah para rasul mempunyai banyak pengajaran dan orang yang beriman akan mendapat manfaat daripadanya untuk menjadi seorang penyokong dari Ansar Imam Al-Mahdi as dan bukan menjadi salah seorang daripada musuhmusuhnya. Dan dakwah para rasul mempunyai Kebenaran, pertempuran yang perlu diperjuangkan oleh orang yang beriman yang mahu menyokong Imam AlMahdi as, dari perjuangan, pengalaman pahit, kerja keras, jihad, membunuh, bergaduh dan sakit yang mungkin melampaui badan untuk jiwa dan roh, untuk ejekan dan sindiran dan cemuhan, dan untuk penyingkiran dan kekurangan penyokong; sakit, dan kesakitan. (Sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datang pertolongan Allah?" Sesungguhnya pertolongan Allah sudah dekat.) [Surah Al-Baqarah 2:214]

Anda mungkin juga menyukai