Anda di halaman 1dari 1

Menjamin kualiti perkhidmatan dalam bidang perguruan pada abad ke-21 merupakan satu

cabaran getir. Stakeholders dan juga pelanggan pendidikan pasri akan membuat tuntutan

peningkatan utu pendidikan. Sejauh mana seorang guru, pensyarah dan kakitangan pendidikan

dapat memuaskan tuntutan pelanggan bergantung kepada sejauh mana tingginya kualiti

perkhidmatan pengajaran yang di curahkan. Arus pembangunan masa kini mendesak

peningkatan kualiti dalam semua bidang perkhidmatan social. Fenoena ini sudah tentu akan

meningkatkan lagi tuntutan social ke arah suatu tahap kualiti perkhidmatan yang cemerlang dala

professional perguruan.

Seorang guru dan pensyarah atau kakitangan pendidikan yang rata-rata mempunyai pendapatan

yang baik tentunya bersyukur Negara kita mempenyai system pengajaran dan pembelajaran yang

baik. Satu harapan yang jelas ialah bahawa meraka ini akan memberi ilmu pengetahuan yang

yang bermutu, kemahiran yang pelbagai serta memupuk sikap yang lebih positif dikalangan

pendidik dan pelajar demi kemajuan bangsa, agama dan Negara. Guru, pensyarah serta pendidik

juga perlu senantiasa menigkatkan ilmu pengetahuan umum, tugas penyeliaan dan ilmu-ilmu

mendidik professional ke suatu tahap yang selari dengan segala jenis perkembangan kemajuan

dan inovasi dalam masyarakat dunia. Mereka harus ingat bahawa kuasa ilmu dan keterampilan

seseorang itu lebih penting dan lebih mepengaruhi daripada pangkat dan jawatan. Pangkat dan

jawatan tanpa ilmu dan keterampilan dalam bidang perguruan tidak member banyak makna.

Anda mungkin juga menyukai