Anda di halaman 1dari 27

1

1.0 PENDAHULUAN Kewujudan sastera sejarah dalam kesusasteraan Melayu Tradisional mengambarkan ketinggian intelek masyarakat pada zaman dahulu. Hal ini kerana hampir setiap kerajaan Melayu terutama yang ternama di daerah kepulauan Melayu telah mengabadikan sejarah awal masing-masing dengan menghasilkan beberapa karya historiografi tradisional. Karya tersebut tertulis dengan menggunakan bahasa persuratan Melayu tinggi dan menggambarkan gaya bahasa istana zaman karya itu ditulis. Sungguhpun tujuan utama karya historiografi ditulis adalah untuk memaparkan sejarah negeri atau kerajaan berkenaan, namun karya tersebut bukan sahaja menjadi sumber penting dalam kajian sejarah tetapi memberikan juga gambaran penting tentang pemikiran masyarakat, nilai hidup yang dipegang, corak kebudayaan serta sudut pandangan masyarakat itu tentang peristiwa yang disampaikan oleh pengarang. Dengan sendirinya, karya tersebut terus menjadi bahan rujukan masyarakat terkemudian dan sentiasa disanjung oleh masyarakat kini kerana pemikiran yang dikemukakan tetap menimbulkan penilaian semula yang dapat dilihat dari pelbagai sudut sudut (Siti Hawa Haji Salleh: 2009) Pengarang menggunakan segala alat yang ada padanya untuk mencipta sesuatu gambaran yang impresif dan berkesan. Terdapat unsur mitos dan lagenda dalam karya-karya sejarah. Kedua-dua unsur ini digembleng dengan baik. Dalam proses menulis itu, pengarang mengadunkan segala fakta yang diketahuinya seperti fakta sejarah dengan unsur-unsur mitos dan lagenda yang kebanyakan sudah diterima oleh masyarakat zamannya sebagai sebahagian daripada realiti. Di sini timbullah penilaian yang digunakan oleh pengarang historiografi Melayu. Penilaiannya yang dipakai memenuhi keperluan zamannya dan sesuai dengan cara pemikiran masyarakat pada zaman itu ditulis. Dalam pengemblengan fakta-fakta sejarah dengan unsurunsur mitos dan legenda, realiti yang dicapai adalah bersifat subjektif dan bukan bersifat objektif. Karya yang menjadi bahan kajian utama ialah Sulalatus Salatin. Sehubungan itu, karya ini mengfokuskan kepada unsur mitos dan lagenda dalam karya Sulalatus Salatin.

2.0 MITOS Sehingga hari ini, pengertian dan fungsi myth atau mitos masih lagi diperkatakan oleh para sarjana. Secara luasnya, perkataan myth itu digunakan daripada cerita-cerita tentang dewa-dewa orang Yunani tua, sehinggalah kepada cerita-cerita tentang asal usul benda-benda, kejadian alam dan cakerawala, culture-hero atau dewa-dewa, dalam pelbagai budaya di muka bumi ini yang dalam tanggapan budaya itu sebagai sacred atau kudus1. Hooykaas menekankan tentang cerita dewa-dewa, berunsur keagamaan, kuasa supernatural dan kepercayaan asal-usul sebagai definisi mitos. Manakala menurut Hugh Holman mendefinisikan mitos sebagai cerita-cerita kepercayaan turun-temurun sesuatu kaum atau bangsa yang terdiri daripada siri kisah-kisah untuk mentafsirkan kejadian alam, bertujuankan untuk mengukuhkan dan membina satu persepsi terhadap manusia atau sekitar2. Bagaimanapun Ali Ahmad menjelaskan mitos bukan sahaja mengandungi unsure luar biasa, malah sering dikaitkan dengan soal agama, kepercayaan dan adat istiadat. Ia dianggap suci walaupun hakikatnya jauh daripada kenyataan hidup sehari-hari3. Glosari Istilah Kesusasteraan pula memberi pengertian yang hampir sama dengan Hugh Holman. Mitos adalah cerita-cerita yang tidak diketahui pengarangnya, yang dipusakai turuntemurun dalam sesuatu masyarakat ssejak zaman primitif lagi, yang mengemukakan peristiwa-peristiwa luar biasa yang berlaku. Pentafsiran ini dilakukan dengan tujuan untuk mengukuhkan tanggapan khas atas pandangan dunia golongan masyarakat itu sendiri. Sebahagian besar unsur mitos digunakan oleh pengarang dalam penulisan sejarah Melayu Tradisional. Unsur-unsur mitos diperihalkan oleh pengarang dalam karya sejarah demi memperlihatkan kehebatan sesebuah karya sastera sejarah yang dihasilkan. Mitos secara umumnya dapat dijelaskan sebagai cerita-cerita yang mengandungi unsur-unsur luar biasa (supernatural) iaitu kuasa luar biasa yang ada pada manusia atau mahkluk-makhluk lain. Mitos selalu berhubung dengan soal agama, kepercayaan dan adat istiadat. Mitos di dalam sastera sejarah dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

Mohd. Taib Osman (ed), Pengkajian Sastera Rakyat Bercorak Cerita, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 335 2 Hugh Holman, A Handbook to Literature, hlm. 282- 283 3 Ali Ahmad, Karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm. 11

I. II. III. IV.

Mitos berhubungan dengan asal usul raja. Mitos berhubungan dengan pembukaan negeri Mitos berhubungan dengan kedatangan Islam Mitos umum. Mitos juga pada dasarnya merupakan cerita asal usul baik asal usul nama sesuatu tempat,

asal usul manusia dan sebagainya. Mitos yang terdiri dari pelbagai cerita, menjadi kepercayaan rakyat sesuatu kaum bahkan sesuatu bangsa dan selalunya oleh masyarakat Melayu lama. Hal ini kerana, mitos selalu berhubung dengan soal agama, kepercayaan dan adat istiadat. Oleh yang demikian, ia dianggap suci, kudus dan dianggap benar-benar berlaku walaupun pada hakikat kehidupan seharian ianya jauh daripada realiti kenyataan. Sekarang cerita-cerita mitos ini dikatakan sebagai dongeng, karut tidak masuk akal kerana dikaitkan dengan perubahan minda setelah kemasukan agama-agama besar seperti Hindu-Buddha dan kemudiannya Islam. Walau dipercayai benarnya cerita-cerita itu, namun tidaklah lagi merupakan pegangan kepercayaan. Pada masa kini, cerita mitos ini dianggap sebagai dongeng semata-mata oleh masyarakat. Kedudukan mitos dalam sastera rakyat menurut glosari Istilah Kesusasteraan adalah seperti berikut: Sastera rakyat atau folk-literature adalah sastera yang mempunyai sifat-sifat tertentu. Istilah ini adalah terhad dalam maknanya. Ia menunjukkan kepada hasil-hasil dan cirri budaya rakyat yang menggunakan bahasa. Pemakaian kata seperti budaya rakyat atau tradisi lisan adalah lebih luas dan merangkumi hasil-hasil dan ciri-ciri budaya bercorak perlakuan adat resam, tarian dan upacara-upacara dan yang bercorak kebendaan seperti artifak-artifak dan bahan-bahan kesenian. Begitu juga dalam pengertian yang lebih luas, ia merangkumi segala bahan kesenian tradisional, legenda, cerita, balada, nyanyian, peribahasa, teka-teki, drama dan persembahan yang merupakan suatu bentuk hiburan yang popular dalam kalangan masyarakat primitif4 Dalam karya sastera sejarah, mitos dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu mitos berhubung dengan asal usul raja, mitos berkaitan dengan permulaan atau pembukaan negeri, mitos berkaitan dengan pengislaman raja-raja Melayu dan mitos peristiwa aneh.

Safian Hussain et. Al., Glosari Istilah Kesusasteraan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 293.

2.1 MITOS ASAL USUL RAJA Arahan raja-raja dalam penulisan sastera sejarah ini menyebabkan kebanyakan karya sejarah tidak dapat lari daripada menceritakan tentang keagungan seorang raja tersebut. Asal usul raja menjadi isu yang utama dalam penulisan sastera sejarah. Setiap hasil karya sejarah mempunyai jalan cerita yang berlainan mengenai asal usul rajanya. Pengkisahan asal usul raja biasanya dikaitkan dengan unsur mitos. Keadaan sedemikian adalah untuk menunjukkan seseorang raja itu berbeza dengan individu lain. Asal usul raja-raja sering dikaitkan dengan sesuatu yang bersifat sakti juga merupakan perkaitan yang sering disebut untuk mengambarkan keluarbiasaan seorang raja itu. Binatang-bintang yang dipilih pula bukanlah lemah tetapi binatang yang gagah perkasa dan gah seperti gajah, naga, geroda dan lain-lain. Pokok-pokok tertentu misalnya buluh betung juga sering kali didengari bagi memerihalkan kelahiran seorang anak raja. Asal usul raja-raja juga dikaitkan dengan tokoh-tokoh istimewa seperti Iskandar Zulkarnain, nabi-nabi dan lain-lain. Bukan raja Melaka sahaja yang dikatakan berkaitan dengan Iskandar Zulkarnain namun ianya juga turut melibatkan Maharaja China. Hal ini dapat dilihat melalui pengakuan Maharaja China turut berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Surat di bawah cerpu raja langit, datang ke atas mahkota raja Melaka. Kita dengar raja Melaka raja besar, sebab itulah maka kita hendak bersahabat, berkasih-kasihan dengan raja Melaka, kerana kita pun daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-karnain, sebangsa juga dengan raja Melaka, kerana tiadalah ada dalam alam dunia ini raja-raja yang besar daripada kita. Tiada siapa pun tahu akan bilangan rakyat kita; maka daripada sebuah rumah sebilah jarum kita pinta. Itulah jarumnya sarat sebuah pulau kita kirimkan ke Melaka. (A.Samad Ahmad, 2010:131) Iskandar Zulkarnain dikenali sebagai raja dan penakluk yang tiada tolok bandingnya. Dalam kalangan umat Islam, beliau dikenali sebagai Iskandar Agung. Manakala dalam masyarakat Barat, beliau dipanggil Alexander The Great. Namun perbezaan nama nama itu menimbulkan persoalan yakni kedua-dua nama itu merupakan orang yang sama ataupun tokoh yang berbeza. Dalam kalangan ulama dan para sarjana, wujud pelbagai pendapat mengenai perkara ini kerana terdapat beberapa perbezaan dan ketidakselarasan cerita mengenai Iskandar Zulkarnain mengikut versi Islam dan Barat.

Iskandar Zulkarnain dipercayai hidup lebih 3500 tahun yang lalu. Mengikut kitab Sulalatus Salatin, raja-raja Melayu merupakan keturunan Iskandar Zulkarnain. Ianya bersifat mitos dan lagenda untuk mengangkat martabat dan menunjukkan kehebatan serta kemuliaan raja-raja pada zaman dahulu. Iskandar Zulkarnain merupakan seorang tokoh dunia yang begitu hebat sehingga namanya disebut hampir dalam kebanyakan peradaban besar dan utama dunia. Setiap bangsa dan peradaban mempunyai panggilan yang tersendiri terhadap Iskandar Zulkarnain. Mereka cuba menampilkan sifat-sifat Iskandar Zulkarnain mengikut acuan serta nilai masyarakatnya. Oleh yang demikian, bukan suatu perkara yang menghairankan kalau Iskandar Zulkarnain mempunyai nama dan panggilan yang lain selain daripada Iskandar Agung dan Alexander The Great. Hal ini kerana pada hakikatnya kesua-duanya merupakan tokoh yang sama. Setiap hasil sastera sejarah mengemukakan ceritanya tersendiri tentang asal usul rajanya. Misalnya Hikayat Raja-Raja Pasai menyatakan bahawa raja-rajanya berasal daripada buluh betung dan anak raja yang ditemui di atas seekor gajah sakti. Hal ini menunjukkan unsur-unsur mitos ataupun dongeng yang telah diterapkan oleh pengarang dalam hikayat tersebut. Menyatakan seorang anak raja itu berasal dari buluh betung atau dipelihara oleh binatangbinatang sakti mencerminkan perkaitan pemikiran masyarakat dengan unsur-unsur animism yang melatari kehidupan mereka dengan kepercayaan-kepercayaan lain. Mitos yang paling popular ialah berkaitan dengan buluh betung, buih, atau air, matahari, binatang-binatang buas yang sakti, ular, naga dan lain-lain. Mitos-mitos ini tidaklah dikemukakan secara teratur atau sewenang-wenangnya malah ianya adalah berdasarkan pola kepercayaan yang sememangnya telah wujud. Sebagai contohnya Salasilah kutai yang mengaitkan asal usul raja dengan bola emas (bulan), ular yang kemudiannya mengeluarkan buih dan di dalam buih tersebut terdapat seorang perempuan Teks Sulalatus Salatin pada bahagian awal penceritaan terdapat unsur mitos iaitu mengenai keturunan raja-raja. Mitos berhubungan dengan asal usul raja yang memerintah kerap mempunyai keajaiban. dalam Sejarah Melayu memang banyak tertumpu tentang asal usul rajaraja Melaka dan keturunannya.

Asal usul bermula apabila beliau dari Macedonia menjelajahi dan menakluk negeri Hindi dan berkahwin dengan puteri negeri itu iaitu Shahrull Bahariah. Hasil daripada perkahwinan itu lahirlah keturunan seperti Raja Suran, Nila Pahlawan, Nila Utama dan Raja Iskandar. Bukti mitos akan kebesaran dan keagungan keturunan raja-raja Melayu itu disampaikan dalam mitos lain. Semasa ketiga-tiga orang putera Raja Suran mencemar duli di Bulit Siguntang Mahameru, tanaman padi huma Wan Empuk dan Wan Malini menjadi seperti berikut: [] berbuahkan emas, berdaunkan perak dan batangnya suasa [] tanah negara bukit itu menjadi seperti warna keemasan; maka datang sekarang tanah itu orang seperti emas juga. (A.Samad Ahmad, 2010:18 ) Kedaulatan ketiga-tiga orang putera raja ini terbayang dalam lukisan selanjutnya. Maka dilihat oleh Wan Empuk dan Wan Malini di atas tanah yang menjadi emas itu ada tiga orang lelaki muda teruna, muda wangsa, duduk di atas lembu putih seperti perak, lengkap ketiganya itu memakai pakaian anak raja-raja yang bertatahkan ratna mutu manikam; memakai pakaian mahkota ketiga, terlalu sekali elok parasnya. (A.Samad Ahmad,2010:19) Putera Raja Suran menjadi raja di tiga buah negeri. Sang Sapurba menjadi raja di Tanah Minangkabau; Krisyna Pandita ditabalkan menjadi raja di Tanjung Pura, sementara Sang Nila Utama memerintah Palembang dengan gelaran Seri Teri Buana. Mitos berkaitan asal usul mereka dan mitos pengabsahan kelayakan mereka untuk menaiki takhta di negeri tersebut, hendaklah diinterprestasikan selari dengan latar belakang da nilai zamannya. Mitos ini juga wajar dilihat sebagai perlambangan yang mewakili pemikiran masyarakat aman yang sama. Perlambangan tersebut mestilah diterjemahkan dan

diinterprestasikan maknanya dalam konteks budaya Hindu, berdasarkan hakikat bahawa mitos adalah perlambangan yang mempunyai sistemnya yang tersendiri. Selain itu, dalam Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) juga turut terdapat asal usul rajaraja Kedah yang juga dihuraikan dengan berdasarkan unsur mitos. Dalam HMM terdapat berbagai-bagai unsur mitos yang berasal daripada pengaruh Hindu dan juga setempat. Pengaruh-

pengaruh yang berbeza juga dipertentangkan supaya ternampak yang satu lebih mengatasi yang lain. Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan. Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera. Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah. Oleh itu, seperti hasil-hasil sastera sejarah Melayu tradisional yang lain, Hikayat Merong Mahawangsa adalah penggemblengan unsur-unsur realiti dan mitos yang digunakan untuk menegakkan kedaulatan raja-raja Kedah dan keturunannya.

2.2 MITOS PEMBUKAAN NEGERI Keagungan seseorang raja tidak bermakna sekiranya baginda tidak mempunyai negeri untuk diperintah dan rakyat untuk menyembahnya. Raja sesebuah negeri meninggalkan negeri yang dipusakai daripada nenek moyangnya untuk membuka negeri baharu. Pada peringkat permulaan, pembukaan atau pemerolehan sebuah negeri tidak melibatkan peperangan atau pembunuhan, walaupun peperangan dan pembunuhan itu dilahirkan dalam bentuk perlambangan. Pembukaan

negeri baharu dihubungkaitkan dengan kesukaan raja memburu dan dengan itu ada rujukan pada pembunuhan atau penawanan terhadap rakyat yang sedia bermastautin di situ. Dari segi struktur penulisan sastera hikayat, keinginan mengembara, meninggalkan negeri asal dan belayar mencari daerah baharu untuk dijadikan negeri, memisahkan diri dari negeri induk untuk berdiri sendiri atau memulakan sejarah sendiri dan lain-lain, merupakan suatu tahap perkembangan naluri semula jadi yang perlu dialami oleh seseorang wira. Tidak aneh bahawa pengarang zaman dahulu berasa perkembangan ini juga perlu dilalui oleh seorang putera raja yang bakal mencipta suatu dinasti yang gemilang bagi keturunannya yang akan datang. Proses pengalaman dan pendidikan hidup melalui pengembaraan agung (the great search) ternyata bukanlah hanya untuk wira yang bakal menjadi raja dalam perkembangan sejarah sebenar. Sesebuah tempat atau negeri mendapat nama juga dikaitkan dengan cerita-cerita mitos. Sulalatus Salatin dalam sejarah Melayu banyak juga mengetengahkan mitos yang berkaitan dengan pembukaan sesebuah negeri. Dalam hal memilih dan memberikan nama negeri ini, penamaan tersebut dibuat berdasarkan kepada keyakinan para raja terhadap sesuatu keganjilan dan kejadian luar biasa yang pada pandangan mereka akan mendatangkan keberuntungan kepada negeri tersebut. Gambaran keganjilan itu diceritakan oleh pengarang dalam beberapa peristiwa penemuan dan pembukaan sesuatu negeri. Cara bagaimana sesuatu tempat dipilih untuk menjadi negeri baharu dan memberi nama pada tempat itu juga diterangkan dalam bentuk mitos. Pasai mendapat namanya daripada seekor anjing perburuan Raja. Anjing yang sebegitu garang telah dikalahkan oleh seekor pelanduk. Perbuatan anjing mengikut pelanduk ke tempatnya dan memeluk sebanyak kali dan apa yang berlaku selepas itu menakjubkan Raja. Peristiwa itu diterima sebagai tanda masa hadapan yang positif bagi tempat tersebut. Setiap karya sastera sejarah Melayu tradisional mengemukakan mitos yang hampir sama tentang pembukaan negeri. Sulalatus Salatin memberikan juga sebabsebab sesuatu tempat tidak sesuai dijadikan negeri, dan raja terpaksa berpindah randah sebelum baginda menemui tempat yang terbaik. Terdapat persamaan dalam mitos pembukaan negeri dan penamaan negeri dalam beberapa penulisan sastera sejarah Melayu tradisional yang tidak dapat dielakkan. Di sini wajar diperhatikan tekanan yang diberikan terhadap minda rakyat bukan sahaja raja yang merupakan orang terpilih, tetapi tempat yang dibukakan menjadi negeri juga

adalah tempat yang terpilih dan mempunyai pelbagai unsur keistimewaannya. Kedua-dua unsur ini bersatu dalam bentuk dan melahirkan konsep ke-raja-an dan konsep ke-negara-an Kita dapati, Hikayat Banjar memberi perhatian yang lebih terperinci kepada mitos pembukaan negeri. Saudagar Mangkubumi memberi panduan tegas yang harus diikuti oleh puteranya, Ampu Jatmaka ketika membuat keputusan memilih tempat: Hai Ampu Djatmaka, sepeninggalanmu mati pagi [pergi] baik-baik kamu diam di negeri Kaling ini, kerana banyak orang yang besar-besar. Ingat-ingat dan tahu-tahu diri kalau kamu dibenci orang akan lakumu. Lamun kamu masih diam di negeri Kaling ini tiada kamu menjadi orang besar. Baik kamu lari dari negeri Kaling ini mencari tempat lain. Adapun lamun kamu hendak berdiam pada tempat lain dari sini, cari tanah itu maka tebuk kira-kira sepencaluk di tengah msalam itu. Ambil sekepal tanah itu; lamun rasanya hangat serta bau harum itu baik tempat berdiam, banyak berkatnya pada bumi itu; barang ditanam menjadi, penyakit pun jauh, orang dagang banyak datang, seteru pun jauh, sukar ia mengira-ngirakan mencarang, berkat tuan tanah itu; banyak makmur sedikit yang sukar. Adapun tanah itu baunya harum, tetapi dingin, kurang berkat tanah itu, sama jahat sama timbang dengan baiknya itu. Manakala tanah hangat tiada harum baunya, banyak jahat, sedikit baiknya. Manakala tanah itu dingin, baunya busuk atau hangat, tanah itu celaka, tiada baiknya itu; jikalau tempat diam itu sadjari talawa [tidak lama] beroleh kebinasaan, jikalau tempat bertanam-tanam barang sesuatu tiada menjadi.

Walaupun tidak disebut, secara langsung Raja Iskandar Syah berpegang kepada panduan ini ketika berusaha memilih negeri baru, selepas meninggalkan Singapura yang sudah dikalahkan oleh Majapahit. Tetapi penyebutan sebab sesuatu tempat ditinggalkan, yang dikemukakan tidak sehalus petunjuk dan bimbingan yang disyarahkan oleh Saudagar Mangkubumi. Sulalatus Salatin menggambarkan betapa riuh rendahnya rakyat membuka negeri dan membina kota berkali-kali dan terpaksa meninggalkan kota-kota itu kerana terbukti tempat itu tidak baik dijadikan negeri. Pembukaan negeri Singapura dikaitkan dengan peristiwa kemunculan seekor binatang yang bernama singa di hadapan Sang Nila Utama yang ketika itu singgah berehat selepas kapalnya di landa rebut. Ketangkasan dan rupa paras haiwan yang gagah itu telah menarik minat Sang Nila Utama dan menganggap bahawa tempat tersebut merupakan tempat bertuah dan berpotensi untuk dibangunkan. Justeru itu, keputusan untuk membangunkan tempat itu dibuat

10

setelah dimaklumkan oleh Demang Lebar Daun. Akhirnya Singapura ini membangun dan menjadi pusat perdagangan yang pesat. Contohnya dapat dilihat di dalam petikan di bawah: Sekonyong-konyong melintas seekor binatang maha tangkas lakunya merah warna bulu tubuhnya, kehitam-hitaman kepalanya, dan putih dadanya; sikapnya terlalu perkasa, besar sedikit daripada kambing randuk. Setelah ia melihat orang banyak itu, lalu ia melompat, ghaib daripada mereka itu. Maka titah Seri Teri Buana, Apa nama binatang yang serupa itu? maka seorang pun tiada menyahut. Maka sembah Demang Lebar daun. Tuanku, ceritera orang patik dengar, yang demikian sifat dan kelakuan binatang itu, singa konon namanya, Maka titah baginda, Patutkah kita perbuat negeri tempat ini, kerana binatang gagah ada di dalamnya; dan sebutlah temasik ini Singapura. (Sulalatus Salatin:71) Seterusnya, pembukaan negeri Melaka juga dikaitkan dengan peristiwa ganjil apabila seekor pelanduk putih telah menendang dan mengalahkan anjing perburuan Raja Iskandar Syah. Kejadian ganjil ini telah menarik minat Raja Iskandar Syah untuk membuka negeri berkenaan. Ketika kejadian itu baginda bersandar pada sebatang pokok bernama Melaka. Peristiwa ini diceritakan seperti berikut:

Maka baginda pun datanglah ke sana, berhenti di bawah sepohon kayu, terlalu rampak, maka baginda menyuruh berburu;sekonyong-konyong terjun anjing dihambat pelanduk. Titah baginda baik tempat ini dperbuat negeri, anjing kalah oleh pelanduk; jikalau orangnya betapa lagi? Maka sembah segala Orang Besar-besar. benarlah seperti titah duli tuanku itu. Maka disuruh baginda tebas, diperbuat negeri. Maka titah baginda, apa nama kayu itu? Maka sembah orang, Kayu Melaka namanya, tuanku, Maka titah Raja Iskandar Syah, Jika demikian, Melakalah nama negeri ini. ( Sulalatus Salatin : 71) Berdasarkan petikan diatas kita dapat mengetahui bahawa ketajaman minda Raja Iskandar Syah membaca apa yang tersirat disebalik peristiwa ganjil itu ternyata tepat kerana akhirnya negeri Melaka menjadi masyhur sebagai pusat perdagangan yang terkenal. Pembukaan Samudera turut dikaitkan dengan peristiwa Merah Silu bertemu dengan seekor semut besar seperti kucing. Peristiwa dinyatakan seperti berikut:

11

Adalah pada suatu riwayat Merah silu pergi berburu, maka anjingnya bernama Si Pasai itu pun menyalak. Dilihat Merah Silu Pasai menyalak itu di atas tanah tinggi. Seperti ditimbun orang rupanya. Maka Merah Silu naik di atas tinggi itu, maka dilihatnya seekor semut besar seperti kucing; maka oleh Merah Silu semut itu diambil dan dimakannya. Maka tanah tinggi itu diperbuatnya akan tempat, dinamainya Samudera ertinya semut besar. ( Sulalatus Salatin : 55) Asal usul tempat samudera ini dikatakan berkait rapat dengan seoramg manusia yang bernama Merah Silu yang bekerja memasang lukah di sungai. Peristiwa ganjil yang berlaku ialah apabila gelang-gelang yang memasuki lukahnya jika direbus akan bertukar menjadi emas perak. Keadaan ini telah mengubah kehidupannya sehingga menjadi seorang yang berpengaruh sehinggalah ketika berburu bersama anjing perburuannya dia menemui semut yang besar sebesar semut. Dalam hal ini, pengarang turut mengambarkan bahawa manusia mempunyai kesaktian yang luar biasa dan menjadi ketua akan dihormati oleh masyarakatnya. Lebih-lebih lagi keganjilan dan keluarbiasaannya itu turut dikongsi bersama. Semut yang besar bukan sahaja dianggap sesuatu yang ganjil tetapi juga dipercayai membawa kemakmuran. Hal ini terbukti apabila akhirnya Samudera menjadi tempat persinggahan pedagang dan pusat penyebaran Islam. Mitos asal usul nama tempat ini dapat menunjukkan keagugan dan kebesaran tara seorang raja dengan melihat kepada bagaimana bentuk negeri serta kerajaan itu diasaskan. Ini jelas dilihat, dari keunikan asas bagaimana Melaka dibuka, lebih unik dan ganjil daripada pembukaan negeri-negeri lain. Keajaiban pelanduk yang bewarna putih jarang ditemui. Pelanduk itu menjelma seketika dan menghilang dalam sekelip mata. Sifat pelanduk yang sangat berani dapat mengalahkan anjing perburuan. Pada kebiasaannya anjing perburuan adalah jenis yang tersangat garang tetapi berkait dengan pembukaan Melaka, pelanduk puti lebih berani.

2.3 MITOS PENGISLAMAN RAJA-RAJA MELAYU Pengislaman rakyat Melayu atau penduduk Alam Melayu merupakan fakta sejarah tetapi hasil sastera sejarah Melayu tradisional mengguna peristiwa penting itu untuk membantu membina dan membentuk konsep ke-raja-an dan konsep ke-negara-an tradisionalnya yang semua bertumpu dan berpusat pada raja. Ini dicapai dengan menceritakan peristiwa itu berlaku sebagai

12

mitos yang boleh meninggikan taraf dan kewibawaan raja di mata rakyat. Semua mitos yang menerangkan kisah kedatangan Islam ke beberapa negeri Melayu menyatakan orang pertama yang diislamkan ialah raja sendiri, selepas itu barulah diikuti oleh para pembesar dan rakyatnya. Dalam karya sastera sejarah, ketibaan agama Islam dan pengislaman raja-raja Melayu menjadi satu bahagian penting dalam kebanyakan hasil sastera sejarah. Ini kerana ketibaan agama Islam telah mengubah corak hidup masyarakat pada zaman itu. Ianya dirakamkan pengarang dalam penulisannya. Ketibaan agama Islam telah membawa kepada pengislaman rajaraja Melayu dan ini mendapat sorotan teliti daripada pengarang dengan mengemukakan mitos dan cerita untuk mengukuhkannya. Unsur mitos juga ditulis oleh pengarang memberi pengetahuan berkaitan dengan perkembangan Islam di alam Melayu. Islam berkembang dan bermula daripada peringkat raja dan kemudian barulah Islam tersebar dalam kalangan pembesarpembesar dan akhirnya barulah saampai kepada rakyat jelata. Orang yang pertama sekali agama Islam baik di Pasai mahupun Melaka ialah raja yang memerintah dan dikatakan bahawa mereka memeluk Islam secara langsung dari Mekah melalui mimpi. Dalam mimpi tersebut ditemukan tokoh-tokoh Islam seperti nabi Muhammad s.a.w dan beberapa wali yang ada hubungan dengan penyebaran agama Islam dengan raja Pasai dan Melaka. Pengislaman Merah Silu yang dilakukan oleh faqir Muhammad yang belayar ke Pasai bersama-sama dengan Syeikh Ismail. Merah Silu diajarkan mengucap dua kalimah syahadah dan diislamkan oleh Faqir Muhammad, baginda pun bermimpi dalam tidurnya bahawa baginda bertemu Rasulullah. Baginda kemudian diludahi oleh Rasulullah dan apabila bangkit daripada tidurnya, didapati badanya berbau wangi dan dapat membaca al-Quran dengan lancar. Nama baginda kemudiannya ditukar kepada Sultan Malikul saleh. Peristiwa ini dapat dilihat dalam petikan di bawah: Hatta, telah sampai ke Samudera, maka fakir Muhammad pun naik ke darat. Maka ia bertemu dengan Merah Silu berkarang di pantai. Maka fakir Muhammad pun bertanya kepadanya, Apa nama negeri ini?. Maka sahut Merah Silu, negeri ini Samudera. Maka kata fakir Muhammad, Siapa nama tuannya di dalam negeri ini?. Maka sahut Merah Silu,hambalah tuannya sekalian mereka itu. Maka oleh fakir Muhammad Merah Silu itu diislamkannya, dan diajarnya kalimah syahadat.telah Merah Silu sudah Islam, maka Merah Silu pun tidur, maka ia pun bermimpi dirinya berpandangan dengan Rasulullah s.a.w. Maka sabda Rasulullah pada Merah Silu, Hai Merah Silu ngangakan mulutmu. Maka dingangakan oleh Merah Silu mulutnya, maka Merah Silu pun jaga daripada tidurnya. Maka diciumnya bau tubuh seperti narwastu.

13

(Sulalatus Salatin : 57) Jika diamati petikan di atas, umumnya menyedari bahawa pengarang mengambarkan satu situasi yang luar biasa telah berlaku ke atas Merah Silu. Beliau telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah dan Rasulullah meludah ke dalam mulutnya, akibat daripada itu Merah Silu pandai mengaji atau membaca al-Quran. Peristiwa yang luar biasanya, bagi pengarang perlu dimasukkan dalam teks Sejarah Melayu untuk meletakkan martabat sultan atau raja itu berada di atas dan jauh berlainan dengah rakyat biasa. Sebagai kita ketahui, hanya mereka yang tertentu sahaja dan istimewa akan bermimpi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. secara keseluruhan dapat diketahui bahawa tujuan utama pengarang ialah untuk menguatkan rasa taat dan hormat golongan bawahan kepada golongan atasan. Kisah mitos pengislaman yang seterusnya ialah pengislaman Raja Kecil Besar di Melaka. Raja Kecil Besar telah bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. baginda mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah dan menukar namanya kepada Sultan Muhammad Syah. Raja Kecil Besar menurut segala yang dikatakan. Keesokan harinya apabila Raja Kecil Besar bangun dari tidur, baginda mendapati tubuhnya berbau narwastu dan kemaluannya sudah berkhatan. Semua perkara yang dinyatakan dalam mimpi itu menjadi kenyataan kerana pada petang itu selepas solat asar berlabuh sebuah kapal yang membawa Syeikh Abdul Aziz turun bersembahyang di pantai Melaka.

maka dilihat Bendahara raja tiada henti menyebut La ilaha Il Allah. Muhammad ar Rasulullah. Maka kata Bendahara, Bahasa mana yang disebut raja ini? titah raja semalam beta berpandangan dengan keelokan hadrat junjungan, Rasulullah s.a.w. Maka segala mimpi baginda itu semuanya dikatakan oleh Bendahara. Maka kata Bendahara, jikalau benar mimpi raja itu apa alamatnya? Maka titah Raja Besar, alamatnya kalam beta seperti dikhatamkan orang, itulah tanda sah hamba bertemu Rasulullah ( Sulalatus Salatin : 73) Sekali lagi pengarang mengaitkan kedatangan Islam di Melaka dengan unsur mitos melalui mimpi Raja Kecil Besar yang diislamkan oleh Rasulullah. Ini adalah antara lain adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi kedudukan raja sebagai manusia pilihan yang ditugaskan untuk mengetuai manusia lain. Rasional di sebalik peristiwa ini ialah, mimpi dianggap benar dan hanya orang tertentu sahaja yang berpeluang bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w. Inilah antara

14

kelebihan sultan atau raja yang digambarkan oleh pengarang untuk membezakannya dengan golongan bawahan. Dengan cara demikian, pembaca dapat mengetahui bahawa raja sememangnya golongan istimewa dan wajar dihormati. Gambaran peristiwa berjumpa dengan Rasulullah s.a.w telah dipaparkaan dalam Hikayat Raja Pasai dan juga Sulalatus Salatin. Kedua-dua karya ini telah melukiskan gambaran kehadiran Nabi Muhammad s.a.w dalam mimpi Sultan Malikul Salleh dan juga Sultan Muhammad. Dalam Hikayat Raja Pasai, Sultan Malikul Salleh bermimpi melihat seorang menampung dagunya dengan jari dan matanya pun ditutupkan dengan empat jarinya. Beliau diajar mengucap oleh Nabi Muhammad s.a.w dan diberi nama sebagai Sultan malikul Salleh. Sesedar daripada mimpi itu, beliau juga mendapati kemaluannya dikhatankan. Mitos gambaran ini juga mempunyai persamaan dengan peristiwa yang dialami oleh Sultan Muhammad Syah dalam Sulalatus Salatin. Sultan Mahmud Syah juga telah bermimpi berpandangan dengan Nabi Muhammad s.a.w, diajar mengucap dan kemaluannya juga dikhatankan. Persamaan ini mempunyai signifikannya yang tersendiri. Jika dilihat dari sudut mimpi, manusia pasti menganggap mimpi adalah mainan syaitan atau mainan tidur. Tidur yang disaluti oleh mimpi merupakan gangguan daripada syaitan. Namun demikian, apabila melihat dari mimpi yang dialami oleh kedua-dua orang raja ini ternyata terdapat unsur persamaan mitos. Ketibaan agama Islam telah membawa kepada pengislaman raja-raja Melayu. Fungsi mitos di dalam penulisan sastera sejarah adalah untuk membezakan bagaimana rakyat dan raja memeluk Islam. Raja mempunyai cara istimewa jika dibandingkan dengan rakyat jelata memeluk Islam. Keistimewaan Raja melambangkan kemuliaan baginda sehinggalah memeluk Islam melalui tokoh nabi yang amat mulia dalam islam. Seterusnya menunjukkan Raja menduduki taraf yang tinggi dalam masyarakat. Sebab itulah apabila Raja memeluk Islam, Raja diislamkan oleh tokoh yang mulia dan menduduki taraf yang sangat mulia di sisi agama Islam. Melalui penulisan ini, ia memberi pengetahuan berkaitan denagn perkembangan Islam di alam Melayu. Islam berkembang dan bermula daripada peringkat pemerintahan atau di peringkat raja. Kemudian barulah Islam tersebar dalam kalangan pembesar-pembesar dan akhirnya sampai kepada rakyat jelata.

15

Untuk meninggikan kedaulatan Raja, dikatakan bahawa sebelum tiba syeikh pada esoknya, Raja bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad SAW. Nabi SAW yang sebebarnya mengislamkan raja itu. Kedua-dua, Hikayat Raja Pasai dan Sejarah Melayu, menggunakan unsur mimpi dalam mitos pengislaman ini. Tujuannya adalah sama, iaitu Raja sebagai ketua dan pembimbing adalah orang yang mula-mula sekali memeluk agama Islam.

2.4 MITOS BERHUBUNG DENGAN SESUATU PERISTIWA ANEH Wujud juga mitos lain-lain walaupun tanapa diberi penekan yang kuat. Ini dapat dilihat melalui kisah Singapura dilanggar todak di dalam Sejarah Melayu, kisah ini dalah suatu yang bersifat simbolik iaitu bertujuan untuk mengkritik sikap dan kezaliman pihak pemerintah atau golongan raja. Peristiwa kezaliman raja Singapura iaitu Paduka Seri Maharaja yang telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Tun Jana Khatib kerana disebabakan oleh perasaan cemburu. Tun Jana Khatib telah menunjukkan kebolehannya menilik sebatang pokok pinang sehingga terbelah dua di hadapan permaisuri dan telah menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja. Tindakan zalim yang dilakukan itu telah membawa kepada serangan ikan todak ke atas Singapura. Contohnya dapat dilihat berdasarkan petikan di bawah: maka dipandangnya di pintu peranginan raja itu, ada seorang perempuan dilindung oleh pohon pinang gading; oleh itu Tuan jana Khatib ditiliknya pohon pinang itu belah dua. Setelah dilihat oleh Paduka Seri Maharaja perihal itu baginda pun terlalu murka; titah baginda, Lihatlah kelakuan Tuan Jana Khatib, diketahuinya isteri kita ada di pintu maka ia menunjukkan ilmunya. Maka di suruh baginda bunuh; Tuan Jana Khatib pun dibawa orang akan dibunuh . Hatta tidak berapa lama antaranya,maka datanglah serangan todak menyerang Singapura berlompatan lalu ke parit (Sulalatus Salatin: 67-68) Ramai rakyat mati terkorban akibat serangan todak tersebut kerana rakyat telah diperintahkan berkubukan betis untuk menahan peristiwa serangan todak itu. Kemudian muncul seorang budak memberikan pendapat agar menggunakan batang pokok pisang. Berkubukan batang pokok pisang digunakan untuk menahan serangan ikan todak yang ganas dan berbahaya. Cadangan yang diutarakan itu telah berhasil dan Singapura slamat daripada bahaya tetapi kerana sifat hasad dengki para pembesar Singapura, budak itu telah difitnah dan dibunuh. Disini jelah

16

menunjukkan kezaliman yang dilalakukan oleh pihak raja. Hukuman bunuh yang dijatuhkan adalah tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan apatah lagi yang disebut sebagai kesalahan itu adalah fitnah semata-mata. Contohnya dapat dilihat berdasarkan petikan di bawah: Syahadan pada antara itu, datanglah seorang budak berkata, Apa kerja kita berkotakan betis ini? Mendayakan diri kita. Jika berkotakan batang pisang alangkah baiknya?.. sedang ia lagi budak sekalian ada akalnya, jikalau sudah besar betapa lagi? Baiklah kita bunuh, tuanku. Maka titaah raja, benarlah bagai kata tuan hamba sekalain itu, bunuhlah ia!... (Sulalatus Salatin: 68-69) Seterusnya mitos mengenai Puteri Gunung Ledang. Peristiwa ini juga merupakan suatu mitos yang bertujuan untuk mengkritik kezaliman raja dan sifat buruk yang dimiliki oleh Sultan Mahmud Syah. Baginda seorang raja yang zalim, kuat nafsu dan sanggup melakukan kekejaman dan pembunuhan demi memuaskan nafsunya terhadap perempuan tidak kira isteri orang, tunangan atau lebih-lebih anak gadis. Dalam teks Sejarah Melayu diceritakan bagaimana Sultan Mahmud Syah mempunyai keinginan terhadap seorang perempuan yang cantik melebihi kecantikan yang dimiliki oleh seorang perempuan daripada manusia biasa. Sebab itulah Sultan Mahmud terlalu ingin memperisterikan Puteri Gunung Ledang yang termashyur dengan kecantikannya. Kritikan kepada baginda jelas dapat dilihat daripada barang-barang hantaran yang tidak masuk akal diminta oleh Puteri Gunung Ledang sebagai syarat peminangannya diterima. Semua permintaan Puteri Gunung Ledang itu sanggup disediakan oleh Sultan Mahmud kecuali darah Raja Ahmad walaupun jumlah yang diekhendaki hanyalah semangkuk sahaja. Dengan meneliti secara halus permintaan Puteri Gunung Ledang ini serta kesanggupan Sultan Mahmud Syah menyediakan barang-barang yang tidak masuk akal jelas menunjukkan kritikan halus terhadap sikap Sultan Mahmud. Semua barang yang sanggup disediakan oleh Sultan Mahmud itu membebankan dan menyiksa rakyat jelata kerana golongan inilah yang akan ditinda dipaksa untuk menyediakan keperluan tersebut sedangkan apabila kepentingan diri dan keluarga baginda terlibat, baginda tidak sanggup menyediakannya. Contohnya dapat dilihat berdasarkan petikan di bawah:

17

Maka titah Sultan Mahmud, jikalau kita hendak beristerikan sama anak raja, raja yang lain adalah; yang kita hendaki barang yang tiada pada raja-raja yang lain. Itulah yang hendak kita peristerikan. Akan sekarang kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung Ledang; laksamana dan Sang Setialah kita titahkan (Sulalatus Salatin: 213) Selain itu, peristiwa Badang menjadi gagah. Pengarang menceritakan bagaimana seorang rakyat biasa yang akhirnya menjadi orang penting raja dan menjadi kuat hanya kerana memakan muntah hantu. Badang yang bekerja menahan lukah di sungai, mendapati ikan-ikan yang memasuki ke dalam lukahnya telah dimakan oleh hantu, dan akibat terlalu marah dia berusaha menangkap hantu berkenaan. Setelah tertangkap oleh badang akan hantu tersebut maka hantu tersebut menawarkan sesuatu kepada Badang. Akhirnya Badang meminta untuk jadi kuat dan bertenaga. Syarat yang diberikan oleh hantu tersebut ialah dengan memakan muntahnya. Badang akhirnya menjadi kuat setelah memakan muntah tersebut. Dalam hal ini, pengarang masih lagi mengambarkan bagaimana masyarakat feudal zaman lampau yang terlalu percaya kepada tahyul dan khurafat. Masyarakat bukan sahaja percaya kepada hantu tetapi juga beranggapan bahawa hantu yang lebih kuat daripada manusia. Sebab itulah pengarang mengambarkan hanya dengan memakan muntah hantu, Badang telah memiliki kekuatan yang luar biasa. Petikan di bawah lebih memperincikan mengenai mitos Badang: maka oleh Badang dimakannya muntah hantu itu sampai habis semuanya, dan janggut hantu itu dipegangnya juga. Setelah itu Badang dicubanya segala pohon kayu hampirnya yang besar-besar itu, dengan sekali bantunnya habis patah-patah; maka janggut hantu itu dilepaskannya, lalu ia berjalan pulang datang ke tempat huma tuannya. Maka segala kayu yang besar-besaran dua tiga pemeluk itu habis dibantunya dengan umbi dan akarnya. (Sulalatus Salatin : 48-49) Kepercayaan masyarakat ini mendapat perhatian dari pengarang, meskipun mendapat kekuatan luar biasa daripada hantu, namun Badang ditegah daripada berkahwin. Dalam hal ini, pengarang menyindir sinis kepada kepercayaan masyarakat kepada perkara yang tahyul, akhirnya membawa kepada masalah diri sendiri. Biarpun Badang kuat tetapi tidak seperti manusia biasa yang menjalani kehidupan berkeluarga. Cerita mitos yang bersifat simbolik amat jelas digunakan sebagai suatu dakyah untuk mengecam penyelewengan yang selalu dilakukan oleh golongan raja. Selain itu, ia bertujuan

18

sebagai alat untuk mengkritik raja. Penyelewengan dan kekejaman raja dikritik secara berselindung disebalik unsure mitos agar ia tidak begitu ketara. Keadaan ini seperti ini terpaksa dilakuakn sedemikian kerana masyarakat Melayu tradisi, mengkritik golongan raja tidak dibenarkan sama sekali dan dianggap menderhaka.

3.0 LEGENDA Legenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat Melayu yang kerap digunakan oleh pengarang sastera sejarah. Tidak seperti mitos, legenda kurang memperlihatkan unsur-unsur keajaiban daripada aspek rohaniah, tetapi sebaliknya lebih menekankan keistimewaan-keistimewaan luaran seperti ketangkasan, kepahlawanan, kebal, kekuatan dan sebagainya. Oleh yang demikian tarikannya atau penerimaannya adalah segi kemungkinan ia berlaku di alam nyata lebih daripada hubungan dengan adat dan kepercayaan agama. Tambahan pula lagenda lebih senang wujud di dalam pengalaman pembaca-pembaca kerana unsur ini kerap tumbuh di mana-mana dan sepanjang waktu. Ia lebih bersifat tempatan dan mendekati kepada tanggapan sejarah, walaupun pada tahap persepsi masyarakat yang kurang mementingkan rasional. Legenda di dalam sastera sejarah dapat dikaji daripada peranan watak-watak yang boleh dibahagikan mengikut stratifikasi sosial yang tertentu. Cerita legenda adalah satu genre cerita rakyat berbentuk prosa yang wujud dalam mana-mana masyarakat atau budaya. Robert a. Georges (dalam Mohd. Khalid 1989) merumuskan beberapa ciri cerita legenda iaitu sebagai sebuah cerita atau naratif yang berunsurkan sejarah yang baru berlalu dan dipercayai benar berlaku oleh pencerita dan pendengarnya. Berdasarkan penjelasan George ini, Mohd. Khalid Taib mengemukakan pula satu definisi legenda yang disesuaikan dengan ciri tempatan yang berikut: Legenda adalah sebuah penyataan yang selalunya bercorak cerita, berlatarkan masa atau sejarah yang masih boleh diingati oleh masyarakat berkenaan; yang mungkin menghubungkan pengalaman masa lampau dengan yang kekinian. Lagenda dipercayai benar oleh penyampainya dan oleh mereka yang menerima penyampaian cerita itu, terutama sekali apabila wujudnya tanda-tanda di muka bumi yang seolah-olah mengsahihkan sesuatu cerita legenda.

19

Sehubungan dengan pandangan di atas, Low Kok On (2001) menyimpulkan bahawa cerita legenda ini sebagai sebuah cerita atau naratif dalam bentuk pengucapan lisan yang kisahnya mungkin berkenaan dengan manusia yang diterima benar oleh masyarakat tempatan. Kisah legenda itu biasanya adalah cerita yang bercampur aduk antara fakta sejarah dan unsur imaginasi yang dimiliki oleh masyarakat yang berkomunikasi tentangnya. Latar tempatnya benar-benar wujud dan latar masanya masa pula meliputi zaman kontemporari, baru berlalu dan juga zaman lampau. Cerita-cerita ini juga dikaitkan dengan tanda-tanda alam sebagai bukti kebenaran untuk mengsahihkan sesuatu kisah yang dituturkan oleh pemiliknya. Sungguhpun terdapat cerita lagenda yang agak panjang tetapi kebiasaannya, isi kandungan cerita ini ringkas dan pendek serta tidak mempunyai plot yang skematik kerana ia tidak berorientasikan penceritaan (story oriented). Legenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat Melayu yang kerap digunakan oleh pengarang sastera sejarah. Tidak seperti mitos, legenda kurang memperlihatkan unsur-unsur keajaiban daripada aspek rohaniah tetapi sebaliknya lebih menekankan keistimewaan luaran seperti ketangkasan, kepahlawanan, kebal, kekuatan dan sebagainya. Oleh yang demikian tarikannya atau penerimaannya adalah dari segi kemungkinan ia terjadi pada alam nyata lebih daripada hubungan dengan adat dan kepercayaan agama. Tambahan pula legenda lebih senang wujud di dalam pengalaman pembaca-pembaca kerana unsur ini kerap tumbuh. Ia lebih bersifat tempatan dan mendekati kepada tanggapan sejarah. Secara ringkasnya, legenda dapat dijelaskan kisah-kisah mengenai keperibadian dan keunggulan dalam peribadi yang dimiliki oleh tokohtokoh manusia tertentu yang kemungkinan besar pernah hidup dalam sejarah. Lantas, keunggulan tokoh ini dikaitkan dengan watak-watak istimewa seperti gajah berani, kuat, pintar dan bijak, mempunyai kebolehan dan kekuasaan batin yang luar biasa dan sangat masyhur pula pada sejarah tempatan sesuatu masyarakat. Pada masyarakat setempat, tokoh legenda selalunya dipercayai wujud tanpa menilai sama ada kewujudannya itu terbukti atau tidak. Terdapat dua jenis lagenda dalam sastera sejarah iaitu lagenda tokoh dan lagenda nama tempat. Legenda tokoh ini memfokuskan kepada keistimewaan yang ada pada seseorang tokoh yang benar-benar wujud manakala lagenda nama tempat pula ialah cerita-cerita yang berkaitan dengan bagaimana sesebuah tempat itu mendapat nama. Di dalam legenda tokoh pula, terbahagi kepada lima bahagian iaitu legenda kepahlawanan, pemimpin yang berkarisma, legenda orang alim, lagenda pendosa dan akhir sekali lagenda yang mempunyai sifat istimewa.

20

3.1 LEGENDA TOKOH PEMIMPIN Legenda berhubung tokoh pemimpin ini dapat dilihat dalam Sulalatus Salatin, melalui watak Sultan Alaud Din Riayat Syah. Diceritakan baginda telah keluar menyamar dan menyerang pencuri-pencuri yang bermaharajalela di Melaka. Hal ini menunjukkan kepintaran yang dimiliki oleh seorang raja dalam menyelesaikan masalah rakyatnya. Baginda sanggup keluar menyamar sebagai orang biasa dan menangkap sendiri pencuri-pencuri yang begitu ramai sewaktu pemerintahannya. Tindakan yang dilakukan itu telah berjaya menghalang pencuri-pencuri bermaharajalela di Melaka dan menjadikan kehidupan rakyat Melaka kembali aman. Sikap bertanggungjawab dan kecekapan yang dimiliki oleh baginda sebagai seorang pemimpin menyebabkan beliau dihormati dan disanjungi oleh seluruh rakyatnya melalui kepimpinan yang ditunjukkannya. Contoh sikap kepintaran dan kecekapan dapat dibuktikan melalui petikan di bawah: Sebermula maka tersebutlah dalam Melaka pencuri terlalu buas, orang kehilangan pun tiada berhenti lagi sentiasa malam. Setelah Sultan Alaud Din Riayat Syah mendengar pencuri terlalu ganas itu, maka baginda pun terlalu mashygul, setelah hari malam, maka baginda pun memakai terlalu mashygul, setelah hari malam, maka baginda pun memakai cara pakaian para pencuri. Maka baginda berjalan menyamar, tiada membawa teman; ( Sulalalatus Salatin: 173)

3.2 LEGENDA TOKOH KEPAHLAWANAN Setiap bangsa dan negara di dunia ini mempunyai tokoh yang menjadi teladan. Setiap setiap tokoh lagenda sering dijadikan sebagai rujukan peribadi melalui paparan citra manusia. Jati diri Melayu telah disorot melalui tokoh Hang Tuah lima bersaudara, lebih-lebih lagi Hang Tuah sebagai wira unggul Melayu. Sikap Hang tuah telah dipaparkan oleh pengarang dalam berbagai-bagai segi sama ada fizikal, mental dan rohaniah. Kemantapan ketiga-tiga aspek ini menjadikan Hang Tuah sebagai seorang tokoh yang berwibawa. Perlukisan watak Hang Tuah sebagai hero yang digambarkan begitu gagah, berani, setia, bijak dan amat patuh kepada pemerintah, biarpun kadang-kadang sudah dianggap keterlaluan bagi pemikiran masyarakat masa

21

sekarang. Perlu difahami bahawa segala reaksi dan tindakan Hang Tuah yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah memang dianggap bertepatan dengan pandangan dan sikap masyarakat pada zamannya. Kisah Hang Tuah bukan sahaja disampaikan dalam bentuk sebuah karya epik berbentuk prosa iaitu Hikayat Hang Tuah, tetapi dirakamkan juga dalam karya sastera sejarah yang popular pada zamannya, iaitu Sejarah Melayu. Sifat kepahlawanan dan kewiraan tokoh merupakan tanda pengenal tokoh tersebut di mata masyarakat. Peranan pembesar raja adalah amat ketara hingga terlihat seolah-olah peranan merekalah yang sebenarnya meningkatkan imej Melaka. Hang Tuah merupakan seorang tokoh hulubalang Melaka bergelar Laksamana yang menjadi lambang kegagahan orang Melayu Melaka seluruhnya. Orang-orang Melayu begitu mengagung-agungkan kekuatan dan kesetiaan tokoh pahlawan yang terbilang ini. Hang Tuah dikatakan memainkan peranan yang penting sebagai pembesar Melaka dalam meningkatkan imej Melaka. Ketokohan Hang Tuah dapat digambarkan dalam petikan bergelar Laksamana imej Melaka. Ketokohan Hang Tuah dapat digambarkan dalam contoh petikan berikut: Syahadan akan Hang Tuah janganlah dikatakan lagi, pertama rupa dengan sikapnya, cerdik lagi perkasa dengan hikmatnya, lagi berani, tiada dapat seorang pun menyamainya;dialah sahaja yang lebih daripada yang lain. Apabila ada orang mengamuk dalam Melaka itu, apabila tiada terkembari oleh orang lain, maka Hang Tuahlah dititahkan Sultan mengembari dia. Diceritakan orang empunya ceritera selama Hang tuah dalam Melaka itu, ia membunuh orang mengamuk tujuh puluh empat orang, barang yang tiada dapat siapa-siapa mengembari dia, maka ialah mengembari; demikianlah peri Hang Tuah dalam Melaka. Jikalau ia bergurau sama muda-muda disingsinya lengan bajunya, maka ia memengkis katanya, Laksamana akan lawanku, Maka jadi disebut-sebutlah namanya oleh samanya Laksamana. Maka Sultan Mansur Syah pun turut menyebut Hang Tuah itu Laksamana. ( Sulalatus Salatin: 119) Hal ini jelas menunjukkan kebesaran dan kegagahan Melaka adalah kerana mempunyai tokoh seperti Hang Tuah. Kegagahannya diagung-agungkan sehingga pengarang Sejarah Melayu cuba meyakinkan bahawa manusia yang bernama Hang Tuah itu benar-benar wujud dalam sejarah Melaka. Selain itu, kehadiran Hang Tuah memperkuatkan lagi konsep daulat, tuah, dan derhaka masyarakat Melayu. Hang Tuah menjadi simbol kepada ketiga-tiga konsep ini. Hal ini jelas dapat dilihat daripada kesanggupan Hang Tuah membunuh sahabat karib yang telah

22

dianggap sebagai saudara sendiri iaitu Hang Jebat telah menderhaka demi menunjukkan taat setia kepada raja.

3.3 LEGENDA TOKOH SIFAT ISTIMEWA ORANG BIASA Kekuatan, keberanian dan keistimewaan yang dimiliki oleh golongan rakyat biasa juga turut diagungkan. Badang merupakan antara tokoh yang dianggap sebagai legenda kerana beliau adalah seorang tokoh yang gagah dan pahlawan di Singapura. Kekuatannya mengatasi kekuatan yang pernah dimiliki oleh seorang manusia biasa. Dengan menggunakan kekuatannya, akhirnya Badang menjadi seorang yang terkenal. Dari seorang hamba ia dibebaskan menjadi rakyat biasa kerana berjasa kepada tuannya. Kemudian Badang dilantik oleh raja Singapura sebagai Raden dan seterusnya dilantik menjadi hulubalang. Kemasyuran Singapura hingga dikenali di benua India dan Perlak dibina daripada kegagahan Badang, dapat dicapai apabila jaguh kuat dari benua Keling iaitu Nadi Bijaya Pikrama dan Benderang dari Perlak. Pengarang Sejarah Melayu sengaja mewujudkan tokoh-tokoh kuat legenda tersebut sebagai satu daya untuk menunjukkan kekuatan mental dan fizikal orang-orang Melayu di Singapura berbanding dengan orang dari Perlak dan Benua Keling sendiri. Kekuatan dan kegagahan Badang dapat dilihat dalam contoh petikan di bawah: Maka oleh seri Rakna Wikrama disuruh bergusti dengan Badang, maka barang main pahlawan Keling itu semuanya tewas juga. Maka ada sebuah batu di hadapan balairung itu terlalu besarnya, maka kata Nadi Bija Niakra pada Badang, Mari kita berkuat-kuatan pada mengangkat batu ini; barang siapa tiada terangkat ialah alah. Maka sahut Badang, Baiklah, angkat oleh tuan hamba dahulu. Maka oleh Nadi Bija Niakra diangkatnya, tiada terangkat. Maka disungguh-sungguhnya, terangkat hingga ke lutut, lalu dihempasnya ke tanah. Maka katanya kepada Badang, sekarang berganti tuan hambalah pula. Maka kata Badang, baiklah. Maka oleh Badang diangkatnya batu itu dengan sebelah tangannya, dilambung-lambungnya, lalu dilontarkannya di kuala. Itulah batunya tersandang yang ada sekarang di hujung tanjung Singapura itu. Maka oleh hulubalang Keling isi ketujuh buah kapal serta dengan kapalnya sekali, diserahkan kepada Badang. Maka ia bermohom kepada duli baginda, lalu belayar ke benua Keling.

( Sulalatus Salatin: 51)

23

Kehebatan orang biasa juga dapat dilihat pada watak seorang budak dalam kisah Singapura diserang todak. Dalam Sejarah Melayu diceritakan muncul seorang budak yang pintar dalam peristiwa Singapura dilanggar todak. Peristiwa itu telah mengorbankan ramai rakyat kerana tidak dapat menahan serangan todak yang banyak itu dengan hanya berkubukan betis seperti yang diperintahkan oleh raja. Kehadiran seorang kanak-kanak itu mencadangkan supaya digunakan batang pisang bagi menghalang serangan todak tersebut sekali gus dapat mengelakkan ramai lagi rakyat yang akan berkorban akibat peristiwa serangan todak tersebut. Hal ini dapat dilihat bahawa kepintaran akal yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut begitu dikagumi masyarakat dalam menyelesaikan serangan todak yang melanda Singapura. Namun begitu, kehebatan yang dimiliki oleh kanak-kanak itu dicemburui oleh pembesar-pembesar Singapura sehingga menimbulkan fitnah ke atas dirinya. Akibat fitnah yang dilemparkan itu, kanak-kanak tersebut telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Raja Singapura.

3.4 LEGENDA ORANG ALIM Masyarakat Melayu tradisional sangat memandang tinggi terhadap orang yang berilmu terutamanya yang tahu mengenai ilmu akhirat. Mengikut cerita orang Melayu Singapura. Pada suatu hari terdapat seorang pedagang dan Ulama dari negeri Pasai bernama Tun Jana Khatib telah datang ke Singapura untuk membuka lembaran kehidupan baru disamping berdagang. Ketika di Singapura beliau sangat disegani oleh rakyat Singapura kerana sikapnya yang lemah lembut dan berbudi bahasa di samping melakukan kerja-kerja amal dan membantu penduduk-penduduk tempatan. Dalam historiografi Melayu, orang alim biasanya digambarkan dengan sifat-sifat yang luar biasa. Pada suatu hari Tun Jana Khatib telah berlalu disebelah Istana Raja Singapura. Permaisuri baginda sedang melihat Tun Jana Khatib yang sedang berdiri di sebatang Pokok Pinang. Lantas Permaisuri Raja melihat keadaan Tun Jana Khatib yang sedang merenung mata kearah pokok pinang, lalu dilihatnya Tun Jana Khatib menghampiri dan menyentuh batang pokok pinang tersebut. Tiba-tiba, pokok pinang terbelah dua lalu tersungkur ke tanah. Permaisuri raja berasa amat terkejut melihat keajaiban yang berlaku pada pokok pinang itu. Kemudian Tun Jana Khatib pun beredar.

24

Dalam Sulalatus Salatin, tokoh legenda alim iaitu Tun Jana Khatib merupakan seorang pendakwah daripada Pasai dikatakan mempunyai ilmu yang tinggi. Beliau dapat membelah dua sepohon pinang dengan hanya merenungnya. Akibat daripada kekuasaan dan perbuatan inilah, beliau telah dihukum bunuh oleh raja Singapura iaitu Paduka Seri Maharaja kerana menunjukkan kepandaian dan kehebatan di hadapan permaisuri baginda. Apabila Tun Jana Khatib dibunuh, sebaik sahaja darahnya menitik ke bumi badannya telah ghaib. Hal ini dikatakan kononnya dijumpai di Langkawi sehingga dikarang orang pantun: Telur itik dari Singapura, Pandan terletak dilangkahi; Darahnya titik di Singapura, Badannya terhantar di Langkawi.

Akibat daripada itu, Singapura telah diserang oleh ikan todak sehingga menghuruharakan Singapura. Hal ini telah menunjukkan tokoh Tun Jana Khatib sebagai orang alim telah mendapat pengiktirafan yang tinggi di mata masyarakat Melayu.

3.5 LEGENDA PENDOSA Legenda yang tergolong dalam kategori ini ialah tokoh-tokoh yang tersebut dalam historiografi Melayu sebagai individu yang digambarkan mempunyai sifat atau sikap yang istimewa yang dapat meninggalkan kesan kepada masyarakatnya. Legenda pendosa mampu memberikan pengajaran terhadap masyarakat. Perbuatan yang dibenci dan akan membeerikan iktibar kepada masyarakat mengenai baik atau buruk sesuatu perbuatan. Kederhakaan Hang Jebat dikatakan kerana ingin balas dendam ke atas Sultan yang telah menganiayai Hang Tuah yang begitu setia sekali dengan Sultan tapi telah difitnah oleh pembesar pada masa itu. Perbuatannya dianggaop menderhaka oleh Hang Tuah kerana sanggup melawan Sultan namun dibelik perbuatan Hang

25

jebat jelas memperlihatkan sikap Sultan yang yang tidak adil terhadap keadilan. Kederhakaan Hang Jebat sehingga telah mengakibatkan Hang Jebat bertarung dengah Hang Tuah iaitu teman baiknya sendiri. Gambaran yang jelas dapat dilihat melalui petikan di bawah : Maka kata Laksamana, Ceh, si Jebat derhaka! Mati engkau olehku! Maka Hang Jebat pun segera menutup pintu istana itu seraya berkata, Siapa engkau yang datang hendak bertikam dengan aku itu dan siapa namamu? Maka kata Laksamana, Hai Si Jebat derhaka, takutkah engkau akan aku bertanya? Akulah laksamana, baharu datang dari berguru di hulu Melaka. Maka sahut Jebat, Hai Laksamana, bahawa aku tiada takut akan engkau. Kudengar engkau sudah dibunuh oleh Bendahara; sebab itulah maka aku hairan. Maka kata Laksamana, Akulah Hang Tuah dititahkan Duli Yang Dipertuan membunuh engkau, kerana aku tiada mati; aku ditaruh oleh Bendahara di hulu Melaka. (Hikayat Hang Tuah, 1975: 338-339)

4.0 KESIMPULAN Rumusannya, wujudnya unsur-unsur lagenda dan mitos dalam Sejarah Melayu dapat

memberikan kita penafsiran yang berbagai-bagai. Tidak hairanlah ramai daripada sarjana-sarjana sastera khususnya daripada kalangan orientalis memberi nilaian yang rendah terhadap sastera sejarah. Mereka yang menganggap sastera sejarah sebagai hasil yang sepatutnya mencatatkan data-data sejarah mempunyai perspektif yang salah terhadap konsep sejarah dari kaca mata pengarang Melayu tradisional. Di dalam pemikiran masyarakat Melayu, kejadian berdasarkan fakta kemas kini tidak bererti apa-apa tanpa dihubungkan dengan kepercayaan yang berkaitan

26

dengan perhubungan raja dan rakyat. Oleh itu, mitos dan lagenda amat diperlukan bagi memperjelaskan martabat raja dan kedudukan di dalam sistem masyarakat Melayu lama. Berdasarkan gambaran peristiwa yang telah dipaprkan dalam karya-karya ini dapatlah dililihat betapa kaya minda pengarang masa dahulu dalam mencoretkan perjalanan ceritanya. Kemasukkan unsur mitos, khayalan, alam ghaib dan sebagainya mencerminkan betapa minda orang Melayu pada masa itu sangat kreatif. Walaupun disangkal oleh sarjana-sarjana Barat namun ianya masih signifikan dan bias dibahas dengan falsafah yang terdapat di dalamnya. Dengan kata lain. Walaupun cerita-cerita tersebut dianggap tidak masuk akal, namun ianya masih lagi mempunyai maksud yang tersembunyi disebaliknya. Di samping itu, kewujudan mitos dan lagenda bukan sahaja melahirkan kesan kepada imej watak-watak raja dan bangsawan Melayu tetapi juga mempunyai fungsi di dalam melahirkan perspektif waktu dan juga memperjelaskan sesuatu fenomena. Mitos dan lagenda wujud bersama-sama fakta sejarah dan berpadu dalam memenuhi tujuan berkarya. Cara ciri-ciri ini dibina dapat dilihat dengan jelas apabila tiap-tiap karya itu diteliti dari sudut kesusasteraan dan tidak dari sudut ilmu lain. Hal-hal ini sengaja diwujudkan dengan tujuan tertentu. Menghubungkan sesuatu tokoh, raja, pahlawan, ulama dan sebagainya dengan unsur-unsur ghaib adalah satu hal yang istimewa, sebab masyarakat ketika itu amat menyanjung raja. Sanjungan itu lahir sesuai pula dengan fungsinya memperbesar-besarkan taraf, keturunan dan kedudukan raja yang disanjung. Di sebaliknya unsur-unsur ini juga dijadikan sebagai fungsi yang bertentangan dengannya, mengkritik pihak-pihak yang berkenaan dengan cara yang amat sinis, halus tetapi penuh dengan cara amat sinis, halus tetapi penuh dengan unsur simbolis.

5.0 RUJUKAN A.Samad Ahmad (ed.) 1970. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ali Ahmad. 1987. Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

27

Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kaeh dan Jamilah Ahmad. 2000. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hooykaas, C. (1981). Perintis Sastera, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd Kamal Ariffin. t.t. Iktisar sejarah sastera Melayu klasik dan moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Taib Osman. (ed.) (1991). Pengkajian Sastera Rakyat Bercorak Cerita, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mustafa Mohd Isa. 1999. Kajian teks Melayu klasik terpilih. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Safian Hussain (ed). 1988. Glosari Istilah Kesusasteraan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hawa Salleh. 2009. Kelompok Pemikiran Sastera Melayu. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Zahrah Ibrahim (ed.). 1986. Sastera Sejarah: Interpretasi dan penilaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.