Anda di halaman 1dari 3

Tajuk : Laporan Tentang Masalah Buli Siber Dan Langkah Langkah Mengatasi Nama : Ahmad Naqiuddin Bin Hasan

n Disediakan untuk : Menteri Pelajaran Malaysia Tarikh : 20 November 2013 1.0 Pengenalan Sejak kebelakangan ini, kes buli siber semakin meruncingkan dan menjadi kebimbangan kerana ia semakin menular dalam kalangan generasi muda pada masa kini. Segala hal peribadi mangsa kini tidak lagi terlindung kerana disebarkan oleh pembuli siber ini. Antara contoh serangan buli siber adalah seperti penghantaran Sistem Pesanan Ringkas (SMS), penyebaran gambar peribadi mangsa di internet, menceroboh akaun laman sosial mangsa dan sebagainya. 2.0 Tujuan Tujuan laporan ini dikemukakan adalah untuk: 2.1 Menerangkan permasalahan buli siber yang kian meruncing pada masa kini. 2.2 Mengemukakan alternatif penyelesaian yang terbaik dan tidak memberi kesan negatif pada mangsa. 3.0 Sinopsis Kes buli siber di kalangan pelajar datang dalam pelbagai bentuk. Antaranya ialah penyebaran Sistem Pesanan Ringkas (SMS), e mel, blog dan laman media sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace dan sebagainya seiring dengan perkembangan teknologi terkini yang dilakukan dengan tujuan untuk memalukan, menganggu atau mengancam atas sebab dendam atau sekadar suka suka. Akibat dari perbuatan yang tidak

bertanggungjawab ini akan menjatuhkan maruah mangsa dan mengakibatkan tekanan emosi sehingga boleh menyebabkan kemurungan dan mengakibatkan prestasi pelajaran mangsa merosot dan mengakibatkan penyakit kemurungan malah boleh membuatkan mangsa bunuh diri. 4.0 Isi Perbincangan 4.1 Terdapat pelbagai punca buli siber yang menular pada masa kini. Antaranya ialah : 4.1.1 Ibu bapa kurang mengawal penggunaan internet oleh anak anak dan tidak memantau bagaimana anak anak menggunakan internet. 4.1.2 Kemajuan internet yang pantas pada masa kini juga adalah punca kerana penggunaan media sosial tidak dapat dikawal penggunaannya. 4.1.3 Antara contoh kes yang terjadi ialah kes pelakon, Azhar Sulaiman yang mendakwa akaun laman social Facebook beliau telah diceroboh seperti dilaporkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 1 Mei 2013. 4.1.4 Satu lagi contoh kes yang terjadi adalah kes pergaduhan pelajar di sebuah sekolah di Selangor yang diceritakan sendiri oleh mangsa , Asraf (bukan nama sebenar) yang mengaku menjadi mangsa buli siber apabila sekumpulan pelajar menceroboh akaun mangsa dan mengemaskini akaun Facebooknya hampir setiap minit dengan kata kata lucah dan sebagainya. Kesan dari itu, dia menanggung malu tetapi tidak dapat berbuat apa kerana bimbang dibuli lebih teruk dan sentiada dalam kebimbangan dan ketakutan di sekolah dan memberi tekanan kepadanya. 4.2 Antara langkah yang dikenal pasti berkesan untuk mengatasi masalah ini ialah :

4.2.1

Mangsa

dinasihatkan

untuk

memberi

amaran

kepada

pembuli

untuk

menghentikan perbuatannya. 4.2.2 Mangsa perlu memaklumkan pihak sekolah atau guru atau kepada keluarga pembuli jika mengenali pembuli itu. 4.2.2 Mangsa juga diingatkan agar mencetak atau printscreen atau menyimpan bukti pembuli membuli mangsa walau dalam bentuk apa sekalipun untuk dijadikan bukti agar mudah tindakan diambil keatas pembuli. 4.2.3 Mangsa juga dinasihatkan membuat laporan kepada rangkaian internet yang terlibat dan media sosial dan juga kepada pihak yang berkenaan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 4.2.4 Jika buli masih berterusan dan mengandungi unsur seksual serta menjadi ancaman kepada mangsa, mangsa hendaklah membuat laporan kepada pihak polis. 5.0 Penutup Kes buli siber ini adalah satu ancaman yang besar kepada masyarakat, dan Negara kerana penularannya melibatkan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin Negara yang akan memacu Malaysia kepersada dunia. Semua pihak iaitu, ibubapa, guru dan masyarakat sekeliling harus peka dengan ancaman ini dan mencegah dari ia terus menular pada generasi muda.