Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Maksud Ekologi
Perkataan Ekologi dicipta oleh seorang pakar biologi dari German bernama Ernst Haeckel pada tahun 1866 yang berasal dari perkataan Greek iaitu oikos bererti " rumah" dan logos bererti "sains". Ekologi adalah cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi di antara benda hidup dengan alam sekitar. Ekologi manusia adalah suatu kajian antara disiplin mengenai hubungan di antara manusia dan alam sekitar semula jadi, persekitaran sosial dan alam ciptaan mereka. Model ekologi manusia yang akan dibincangkan adalah Teori Ekologi yang diperkenalkan oleh Urie Bronfenbrenner pada tahun 1979. Model ini mempunyai ciri tersendiri dan menerangkan konsep asas pendekatan ekologikal iaitu organisma, persekitaran dan saling tindak balas antara keduanya.
Persekitaran kanak-kanak terdiri dari satu set sistem sosial yang kompleks dan saling berinteraksi. Sistem sosial ini merupakan struktur berlapis yang bermula dengan mereka yang terdekat dengan kehidupan kanak-kanak dan beransur kepada mereka yang tidak terlibat dalam kehidupan
Teori Ekologikal
Mikrosistem Mesosistem Eksosistem Makrosistem
Kronosistem
MIKROSISTEM
Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Ia meliputi keluarga, guru, individu, rakan sebaya, sekolah dan persekitaran yang terlibat secara langsung dengan kanakkanak.
Sekolah
Ibu bapa
Adikberadik
Mikrosistem
(Individu)
Guru JIran
Rakanrakan
Ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak dan sebagai individu terdekat atau berhampiran
MESOSISTEM
Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain.
Ibu Bapa
Guru
Ibu Bapa
Rakan
Persekitaran di rumah
Persekitaran di Sekolah
Contoh: keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan personaliti seseorang individu ketika berada di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Hal ini akan menyebabkan emosi mereka terganggu dan implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka.
EKOSISTE M
Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang
Contohnya Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kualiti taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan mereka dalam perkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar di daerah tersebut.
MAKROSISTE M
Makrosistem ialah perubahan keadaan dalam tempoh suatu
masa.
Makrosistem merujuk kepada perkembangan individu yang di pengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat . Makrosistem terdiri daripada idelogi Negara, pemerintahan, agama, hukum, adat, tradisi, budaya dan lain-lain.
KRONOSISTE M
Persekitaran kita tidak kekal sama, ia berubah mengikut
peredaran masa.
Kronosistem merangkumi pembuatan pola kejadian lingkungan dan transisi sepanjang kehidupan.
Kesimpulan
Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989) menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan intelek dan rohani seorang pelajar.