Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DATO HARUN (1), 46000 PETALING JAYA, SELANGOR.

PENILAIAN PERTENGAHAN TAHUN (2012) TAHUN 3 PEMAHAMAN NAMA: __________________________________ KELAS: _____________ Markah

Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan yang betul sahaja.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Itu Cikgu Hamdan. _______ Guru Besar sekolah saya. A. Dia B. Kamu 2. _______kah nama adik kamu? A. Apa B. Siapa C. Bagaimana D. Berapa C. Beliau D. Kalian

3. Azlan _____ Azman saudara kembar.Mereka pelajar kembar Tahun Tiga Biru. A. dan B. lalu C. atau D. maka

4. Kita harus belajar dengan __________. A. baik-baik B. kuat-kuat C. hati-hati D. sungguh-sungguh

5. Tolong belikan saya dua ________ bola. A. biji B. buah C. ketul D. pasang

6. Hadiah-hadiah untuk para pemenang disusun di ________ meja. A. luar B. atas C. dalam D. depan

7. Silva berlari ________ menendang bola. A. dengan B. sambil C. sejak D. bagi

8. Kami yakin ________ Alia tidak bersalah. A. bahawa B. yang C. serta D. apabila

9. Kami __________ untuk menyertai pertandingan melukis. A. pencadang B. bercadang C. cadangan D. dicadangkan

10. Kita harus membantu orang yang berada dalam __________. A. susah B. disusahkan C. kesusahan D. menyusahkan

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11.

Wanita itu _________ anak kecilnya menuju ke perhentian bas. A. menjunjung C. mengelek B. mendukung D. menolak

12.

Nama negara kita Malaysia masyhur di __________ dunia. A. setiap B. semua C. seluruh D. tiap-tiap

13.

Elena makan __________ sebagai pencuci mulut. A. ubur-ubur B. agar-agar C. gula-gula D. jemput-jemput

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14. Murid-murid 3 Merah perlu beratur________loceng dibunyikan pada pukul 7.30 pagi sebelum masuk ke kelas. A. kerana B. apabila C. bila D. untuk

15. Kek coklat yang dimasak oleh Puan Kaur sangat __________. A. sedap B. nyaman C. indah D. cantik

16. Taman ini dibina untuk penduduk kawasan sekitar _____________. A. mengambil hati B. memeras otak C. mengambil angin D. mengasah bakat

17. Gadis itu menyapu air matanya dengan ___________. A. buku lima B. buah tangan C. sapu tangan D. tangan terbuka

18. Ayah membeli se________ pisang dan se________ tembikai. A. sisir ...buah B. sikat ...biji C. tandan ... potong D. buah ... kerat

19.

Ibu mengisar cili itu hingga lumat dengan _______________. A. mesin pengira B. mesin jahit C. mesin rumput D. mesin pengisar

Soalan 20 dan 21 Pilih perkataan yang seerti dengan perkataan yang bergaris. 20. Walaupun badannya masih lemah, dia tetap mahu ke sekolah. A. rendah B. sakit 21. C. kuat D. tinggi

Makanan di rumah lebih terjamin kebersihannya. A. terbaik B. terlindung C. terkawal D. terjaga

Soalan 22 dan 23 Pilih perkataan yang berlawan dengan perkataan bergaris. 22. Anak kucing itu dikurung oleh adik di dalam sangkar. A. dibiarkan C. disimpan B. dilepaskan 23. D. dibuang

Fikirannya menjadi semakin berkecamuk setelah mendapat tahu bahawa dia telah gagal dalam peperiksaan itu. A. tenang C. bercelaru B. risau D. teratur

Soalan 24 dan 25 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 24. A. Arus air sungai itu sungguh pendek. B. Ruang bilik tidurnya agak pendek. C. Aiza lebih pendek daripada adiknya. D. Kasut ini pendek untuk Azfar. 25. A. Saya suka melukis pada masa lapang. B. Baju yang dipakai abang terlalu lapang. C. Lapang kebun milik datuk ialah dua hektar. D. Kakak mempunyai pengetahuan yang lapang dalam Matematik.

Soalan 26 26. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Khairi berasa gembira kerana nenek dan datuk datang ke rumahnya. A. Mengapakah Khairi berasa gembira? B. Siapakah yang datang ke rumah Khairi? C. Bilakah nenek dan datuk datang ke rumah Khairi? D. Bagaimanakah perasaan Khairi apabila nenek dan datangnya datang ke rumah? Soalan 27 27. Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di bawah. Perlawanan bola tampar itu diadakan di mana? A. Perlawanan bola tampar itu diadakan pada hari Sabtu. B. Perlawanan bola tampar itu diadakan di gelanggang sekolah saya. C. Saya tidak pasti pasukan mana yang menang dalam perlawanan bola tampar itu. D. Saya tidak dapat menyaksikan perlawanan bola tampar itu.

28. Usahlah ceritakan perkara ini kepada Fandi. Dia itu __________, kata Hisham kepada Iwan. A. telinga lintah B. mulut tempayan C. mulut mura D. banyak mulut

29. Maria berasa ____________ apabila Nina menuduhnya mencuri buku ceritanya. A. patah hati B. baik hati C. ada hati D. kecil hati

Soalan 30 Pilih ayat yang betul. 30. A. Eh, tingginya bangunan itu! B. Oh, kakiku luka dan berdarah! C. Nah, ambillah wang ini untuk membeli buku! D. Aduhai, lama sungguh kita tidak berjumpa!

Soalan 31-35 : Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya.
Haikal, John dan Leong bersahabat baik semenjak kecil lagi. Mereka hidup sekampung dan bersekolah di sekolah yang sama. Ketiga-tiganya murid Tahun Enam. Mereka sentiasa berlumba-lumba dalam pelajaran. Masing-masing ingin menduduki tempat teratas dalam kelas. Dalam Peperiksaan Percubaan UPSR tempoh hari, ketiga-tiganya mendapat 4A. Di dalam kelas mereka, John muncul pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, manakala Leong mendapat markah tertinggi bagi Bahasa Inggeris. Haikal pula mendapat 100 peratus dalam Matematik. Guru kelas mereka sungguh bangga dengan pencapaian ketiga-tiga muridnya yang juga menjadi anak emas sekolah mereka itu. Walaupun mereka saling berlumba dalam pelajaran, mereka tidak bermusuhan antara satu sama lain. Malah, mereka saling membantu dalam menghadapi apa juga keadaan. Mereka belajar bersama-sama, bermain bersama-sama dan jika timbul masalah, mereka akan cuba menyelesaikannya secara muafakat. Di kampung, mereka terkenal sebagai budak-budak yang ringan tulang. 31. Perkataan 'berlumba-lumba' dalam petikan di atas bermaksud A. berlawan B. bersaing C. beriringan D. berkejar-kejaran

32. Antara berikut, manakah pernyataan yang salah? A. Haikal mendapat markah penuh dalam Matematik. B. John mendapat markah tertinggi dalam Bahasa Melayu. C. Leong mendapat markah penuh dalam Bahasa Inggeris D. Haikal, John dan Leong mendapat 4A dalam peperiksaan percubaan UPSR sekolah mereka. 33. Semua perkara di bawah dilakukan oleh tiga sahabat itu bersama-sama, kecuali A. bermain B. belajar C. menolong ibu bapa D. menyelesaikan masalah

34. Apakah simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan di atas ? A. anak emas C. ringan mulut B. masam muka D. ringan tulang
6

35. Apakah tajuk yang paling sesuai bagi petikan tersebut? A. Bakal Pelajar Terbaik UPSR B. Sikap Yang Harus Diteladani C. Ringan mulut D. Pelajar Pintar Sentiasa Berlumba-lumba

Soalan 36-40 : Baca berita di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya.
KUANTAN: Pantai Batu Hitam yang terletak 14 kilometer dari bandar ini, bukan sahaja terkenal sebagai pusat pelancongan, malahan menjadi tumpuan orang ramai yang gemarkan makanan laut. Resort dan gerai-gerai yang terdapat di sini menyediakan pelbagai masakan berasaskan sumber laut, misalnya kepah, remis, siput, ketam dan ikan. Di samping itu pantai ini sering dikunjungi oleh penduduk tempatan yang datang untuk memungut kulit-kulit siput. Kulit-kulit siput yang pelbagai warna danbentuk itu dijadikan perhiasan. Laut yang terbentang itu juga kaya dengan ikan yang menjadi punca rezeki kepada nelayan-nelayan di sekitar kawasan itu. Pantai Batu Hitam berbeza dengan pantai-pantai lain di negeri Pahang atau negeri Terengganu. Jika pantai-pantai di negeri lain berpasir, di sini pantainya dipenuhi dengan batubatu yang agak besar dan berwarna kehitam-hitaman. Barangkali kerana inilah pantai itu mendapat namanya. Pantai itu yang melengkung dan membentuk teluk serta dilatari dengan bukit 36. Pantai Batu Hitam menjadi tumpuan kerana yang menghijau menambahkan keindahanramai Pantai Batu sebab-sebab Hitam. Jadi berikut tidak kecuali, hairanlah jika setiap hujung minggu pantai ini sesak dengan para pengunjung. A. makanan laut yang pelbagai jenis B. di pantai itu terdapat kulit siput yang cantik C. lautnya yang kaya dengan pelbagai jenis ikan D. pantainya menjadi pusat pelancongan 37. Laut yang menghadap Pantai Batu Hitam mungkin sekali A. Laut Pantai Batu Hitam B. Laut China Selatan
7

C. Laut Pahang D. Laut China

38. Maksud frasa punca rezeki dalam petikan di atas ialah A. laut yang terbentang itu terdapat banyak ikan B. nelayan-nelayan di sekitar Pantai Batu Hitam mendapat rezeki dari laut. C. ikan merupakan sumber pendapatan semua penduduk Pantai Batu Hitam D. laut merupakan punca pendapatan kepada nelayan di kawasan Pantai Batu Hitam

39. Apakah yang membezakan Pantai Batu Hitam dengan pantai-pantai lain di negeri Pantai Timur itu? A. Keadaan pantai yang berpasir hitam B. Keadaan pantainya yang berbatu-batan hitam C. Keadaan pantainya yang melengkung D. Bukit yang menjadi latar belakang pantai

40. Semua perkara berikut benar tentang Pantai Batu Hitam kecuali A. pantai itu menjadi terdapat kemudahan penginapan B. terdapat banyak gerai makanan di kawasan pantai itu C. pantai itu berteluk, melengkung serta indah D. pantai itu kaya dengan dengan pelbagai jenis ikan

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

Disahkan oleh:

.......................................... (Cik Azritawani Ahmad) Guru Bahasa Melayu Sk. Taman Dato Harun (1)

............................................. (Pn. Faridah Bt Mat Zain ) Ketua Panitia Bahasa Melayu Sk. Taman Dato Harun (1)

............................................ (Pn. Nazilah Bt Mahamud) GPK Pentadbiran Sk. Taman Dato Harun (1)

Anda mungkin juga menyukai