Anda di halaman 1dari 11

Refleksi Pengajaran

Sebelum Pengajaran
Kami telah bersetuju untuk menyerahkan kepada kawan kami iaitu cikgu Nik Ibrizi untuk membuat rakaman rakannya mengajar bahasa Melayu tahun 3 untuk kami lihat dan berbincang bagi membuat reflefsi terhadap pengajaran beliau sebagai menyelesaikan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah. Di bawah ini kami paparkan apakah refleksi yang telah kami bincangkankan terhadap pengajaran yang telah kami lihat. Cikgu Norizan binti Salleh akan mengajar murid-murid kelas Tahun 3 cara-cara membuat Kad Ucapan Sempena Hari Guru. Kalau berkenaaan dengan topik membuat kad sangat mengujakan murid-murid ini. Jadi cikgu Norizan harus menyediakan BBM yang bersesuaian dengan kemahiran pengajaran ini. Berdasarkan contoh di dalam Buku latihan aktiviti muka surat 58, cikgu Norizan telah membuat salinan kad yang lebih besar. Kemahiran yang harus diajar ialah membaca teks dengan lancar dan menulis perkataan serta ayat dalam tulisan cantik.

Semasa Pengajaran
Pada awal pengajaran cikgu, menunjukkan contoh kad ucapan undangan ke Majlis Sambutan Hari warga Emas. Ini antara dialog yang terjadi semasa sesi tersebut. Murid : Waa.cantiknya kad. Cikgu : Pernahkah awak melihat dan membuat kad seperti ini? Murid-murid : Pernah cikgu. Cikgu : Apakah kad yang awak pernah buat? Murid : Kad Hari raya, cikgu!

Murid : Kad Krismas! Murid : Kad Hari Gawai! Cikgu : Suka tak, kalau kita membuat kad ucapan sempena Hari Guru? Murid-murid : Suka ! Suka! Buat sekarangkah cikgu? Cikgu : Belum lagi, sabar kita belajar dahulu selepas itu baharu kita buat, boleh? Murid-murid : Waaa. Baiklah, cikgu.

Sebelum membuat kad, murid-murid harus diajar membaca dan menulis perkataan serta ayat yang betul.

Cikgu : Cuba awak lihat ayat yang terdapat di dalam kad undangan Ke Majlis sambutan Hari Warga Emas ini. Murid-murid : Nampak, cikgu. Tak Nampak cikgu. Cikgu : Di dalam buku latihan aktiviti muka surat 58 ada contohnya. Sila buka buku awak! Murid-murid : Ya, cikgu! Cikgu : Sila baca kad ini. Murid-murid : Tak jelas cikgu, tak faham sangat cikgu. Cikgu : Baiklah, saya akan tulis di papan tulis. Murid- murid : Haabaru dapat baca, cikgu! Cikgu : Baiklah, boleh mulakan sekarang. Murid-murid : Undangan Ke Majlis Sambutan Hari warga Emas. Dengan segala hormatnya, Persatuan Penduduk Taman Seri Belat mengundang Encik Kamal Bahri dan isteri ke Majlis

Sambutan Hari Warga Emas . Tarikh : 1 Oktober 2005, Masa : 2.30 Petang, Tempat : Dewan Seri Belat. Cikgu : Baiklah, berhenti, terima kasih. Saya hendak Nurhidayah, tolong baca seterusnya. Nurhidayah : Yang mana, cikgu. Cikgu : Yang ini, (sambil menunjukkan di papan tulis). Nurhidayah : Warga Emas Ceria Negara bahgia. Cikgu : Bahagia! (memperbetulkan bacaan). Nurhidayah : Bahagia. Yang mengundang. Persatu..an. Cikgu : Yang mengundang. Persatuan (memperbetulkan bacaan). Nurhidayah : Yang mengundang. Persatuan Penduduk Taman Seri Belat, Kuantan, Pahang. (Dengan muka yang lega). Cikgu : Baiklah, terima kasih. Nurhidayah, lain kali banyak-banyaklah membaca ya! Sila duduk! Nurhidayah : Ya, cikgu. Terima kasih, cikgu! (Sambil duduk). Cikgu : Murid-murid semua, sila baca sekali lagi. Penekanan terhadap penegasan sebutan yang betul untuk membantu murid menyebut dan mengingati ejaan perkataan yang betul dalam konteks bacaan ayat. Murid-murid membaca ayat semula. Nada dan intonasi kira-kira sesuai. Aktiviti diteruskan membina ayat contoh bagi membuat kad ucapan Hari Guru. Penekanan menulis perkataan dan ayat dengan tulisan cantik diadakan. Murid dibenarkan menulis mengikut kemampuan masing-masing untuk memupuk semangat ingin mencuba. Sekiranya terlalu ditekankan ketepatan penulisan, dikhuatiri ada yang berasa putus asa kerana belum

menguasai secara menyeluruh. Memupuk minat terlebih dahulu adalah lebih penting untuk mengekalkan sikap ingin terus belajar.

Kemudian, murid menjalankan aktiviti membuat Kad Ucapan Sempena Hari Guru. Pada bahagian ini, mereka diajar dan dibimbing membuat corak-corak yang boleh mencantikkan kad tersebut. Murid menyalin contoh-contoh ayat yang telah di ajar ke dalam kad yang dibuat. Murid-murid menghasilkan kad mengikut kreativiti masing-masing. Semasa aktiviti ini dijalankan, didapati ada yang sudah dapat menulis dengan tulisan cantik dan ada yang perlu bimbingan.

Selepas pengajaran
Setelah aktiviti dijalankan, murid dapat membaca dengan lebih baik ayat yang dipelajari. Beberapa kad dalam tulisan cantik dapat dihasilkan bagi menambah kemahiran menulis. Sebelum keluar kelas, cikgu Norizan sempat menyuruh murid-muridnya melekatkan kad masing-masing di sudut Bahasa Malaysia di belakang kelas. Murid-murid itu berasa seronok kerana dapat melihat usaha masing-masing. Bangga betul mereka semua. Hasil usaha tadi adalah merupakan penghargaan sebagai motivasi diri .Diharap mereka akan terus berminat untuk memahirkan diri dalam kemahiran menulis. Pengukuhan akan terus dilakukan pada pengajaran pembelajaran akan datang.

Kekuatan Sebagai memulakan pelajaran, set induksi yang dibuat oleh guru iaitu dengan membawa satu sampul yang besar yang mengandungi kad ucapan di dalamnya telah pun menarik minat

murid untuk mengetahui apakah isi kandungannya dan apakah yang ingin cikgu ajar pada hari ini. Manakala pembukaan sampul pula, cikgu meminta ketua dan penolong kelas untuk membukanya telah melibatkan penglibatan murid dan seterusnya melahirkan rasa bangga kepada ketua dan penolong kerana mereka diberi penghormatan untuk membuka dan mempamerkan kepada kawan-kawan yang lain. Apa yang mereka pamerkan itu diikuti dengan tepukan oleh murid-murid lain. Cikgu telah dapat menarik minat murid untuk terus belajar. Manakala dalam sesi pengajaran pula, cikgu norizan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya dimana murid juga tidak dibenarkan menggunakan bahasa kampong dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Suara guru yang lantang dan jelas telah menyebabkan murid memberi perhatian yang serius terhadap apa yang diajar. Begitu juga semasa murid membaca, murid juga digalakkan membaca petikan dengan suara yang kuat dan jelas dengan sebutan yang betul sepertimana cikgu menegur norhidayah menyebut bahgia bukan bahagia. Guru juga membetulkan kesilapan sebutan atau bacaan murid dengan serta-merta untuk mengelakkan murid lain melakukan kesalahan yang sama. Pengawasan dan bimbingan kepada murid semasa latihan bertulis juga dilakukan. Keperihatinan cikgu, menyebabkan murid akan patuh dan berdisiplin dalam membuat sesuatu perkara. Penghargaan kepada murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran juga dilakukan. Penggunaan kata-kata seperti terima kasih, bagus, baik dan meminta murid lain bertepuk tangan merupakan penghargaan yang harus berikan untuk murid yang menjawab soalan serta untuk merangsang murid . Penerapan sistem bahasa juga telah lakukan dengan bersungguh-sungguh. penerangan dan contoh diberikan dengan jelas . Keadaan kelas terkawal dan ini merupakan

kekuatan yang paling ketara. Tidak kelihatan murid yang cuba menganggu rakan atau

menganggu proses pengajaran guru. Guru juga menunjukkan sikap yang professional dalam pengajarannya.

Kelemahan
Setiap kekuatan itu pasti ada juga kelemahannya. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh cikgu Norizan ini tudak dapat tidak, kelemahannya terletak pada pengurusan masa. Semua ini terjadi semasa sesi set induksi. Masa yang digunakan disitu telah melebi had yang ditetapkan kerana murid sangat teruja dengan apa yang guru ingin ajar dan pengalaman serta pengetahuan seeia ada mereka. Sesi soal-jawab mengambil masa yang agak lama .Dalam sesi bacaan pula,masa juga diambil kerana pembetulan sebutan bacaan kerana murid teragak-agak dan kurang kenyakinan diri dalam membaca petikan. Ini berlaku kerana guru menyuruh semua murid dari semua tahap membacanya samada yang cemerlang, sederhana mahupun lemah.. Selain itu masa yang diperuntukkan untuk membuat kad juga mengambil masa kerana guru memberi tumpuan kepada pelajar yang lemah dalam penulisan. Pengurusan masa yang tidak sistematik akan menyebabkan kita mungkin akan ketinggalan untuk mengajar sesuatu tajuk atau bab yang penting. Selain itu juga ianya akan menyebabkan guru tersasar ke dalam masa pengajaran guru yang seterusnya.

Penambahbaikan
Semasa set induksi, guru seharusnya boleh menggunakan murid iaitu semasa pembukaan sampul surat.,guru boleh meminta ketua dan penolong kelas untuk membukanya. Disini telah melibatkan penglibatan murid dan seterusnya melahirkan rasa bangga kepada ketua dan penolong kerana mereka diberi penghormatan untuk membuka dan mempamerkan kepada kawan-kawan yang lain. Apa yang mereka pamerkan itu diikuti dengan tepukan oleh muridmurid lain.Guru telah dapat menarik minat murid untuk terus belajar. Manakala guru juga perlu memberi galakkan dan motivasi pada murid agar mereka lebih yakin dan bergiat aktif dalam aktiviti pembelajaran. Berkaitan dengan cara menyebut atau menunjukkan sebutan dalam pembacaan guru harus lebih prihatin dan berhati-hati. Ini adalah kerana segala sebutan yang diajar akan menjadi ikutan murid . Pengajaran yang salah akan menyebabkan murid yang menanggung akibatnya. Pengurusan masa juga perlu diambil perhatian dan membuat penambahbaikan.Guru seharusnya pandai menggunakan masa dalam sesi beesoaljawab mahupun dalam menyertai cara murid berkarya.. Memadailah sekiranya guru menerangkan secara ringkas aspek tersebut.

Sebagai seorang guru, seharusnya dapat menanam kenyakinan murid dalam menjalankan aktiviti pembelajaran . Sikap murid yang teragak-agak dan kurang kenyakinan semasa menjawab soalan perlu diubah. Sifat kenyakinan ini boleh disemai melalui nasihat dan bimbingan. Sikap lebih prihatin sebagai seorang guru juga harus dimurnikan. . Segala kekuatan yang dikenalpasti harus dikekalkan malah ditambah untuk mewujubkan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna , berkesan dan mencapai objektif yang dihasratkan

BAHASA MALAYSIA TAHUN 3 INTAN MASA : 10.15 11.15 (1 JAM/2 WAKTU)

UNIT : 5 TEMA : MASYARAKAT PENYAYANG TAJUK : BAHAGIAN B- PRIHATIN DAN PENYAYANG LAWATAN KE RUMAH WARGA EMAS. (KAD JEMPUTAN ) FOKUS UTAMA : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar, serta memahami perkara yang dibaca. Aras 3 (i) Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan dan intonasi yang betul. FOKUS SAMPINGAN : 8.3 Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas. Aras 2 (i) Menulis ayat dengan menggunakan tulisan berangkai dengan kemas dan cantik. OBJEKTIF : (Pd akhir p/p murid-murid dapat ) 1. Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan dan intonasi yang betul.. Aras 3(i) 2.. Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas dan cantik. Aras 2(i) AKTIVITI : 1. Membaca bahan bacaan.-perbincangan 2. Memberikan maklumat tentang kad yang dilihat . 3. Memberi pandangan tentang bahan bacaan. 4. Menyatakan cara-cara membuat Kad Jemputan . 5. Latihan (1) Membuat Kad ucapan sempena Hari Guru.(BLA -MS 58)

SISTEM BAHASA : Tatabahasa Kosa Kata sempena, Hari Guru Pengisian Kurikulum KBT Kemahiran Berfikir (Menyelesaikan Masalah)

Kontekstual Ilmu P. Moral,PSV Nilai Kasih Sayang,menghargai,kreativiti BBM : BLA- MS 58 Refleksi : Murid-murid dapat menulis ayat mudah dalam kad ucapan menggunakan cantik. Langkah Set induksi ( 7 minit ) Isi kandungan Meneka apa guru bawa. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang 1.Bersoaljawab dengan murid mengenai apa yang guru bawa.. 2.Murid meneka apa kandungan sampul surat besar tersebut. 3. Guru mengeluarkan apa yang ada di dalamnya. 4. Murid menyebut beramai-ramai apa yang ditunjukkan oleh guru sambil memberi pujian. 5. Guru bersoaljawab dan mengaitkan sesi soal-jawab tersebut dengan tajuk pelajaran pada hari itu. Catatan/

Sampul besar.

surat

Kecerdasan pelbagai : kontekstual

Langkah 2 (20 minit )

Membaca petikan

1. Guru meminta murid membuka buku teks muka surat 58 yang bertema masyarakat penyayang. 2. Beberapa orang murid dipilih untuk membaca secara berintonasi. 3. Guru memberi rangsangan dan bimbingan kepada murid untuk membaca dengan betul dan berintonasi yang betul. 4. Murid membaca dan dibimbing oleh guru dengan betul. 5. Guru membetulkan dan memurnikan ayat yang dibaca oleh

Petikan bacaan
(buku teks)

Kecerdasan pelbagai: verballinguistik

murid 6. Murid juga diminta membaca perkataan/ayat dipapan putih. 7. Guru meminta murid menyalin perkataan/ayat yang hendak ditulis di dalam kad ucapan, berdasarkan apa yang dipaparkan dipapan putih. Langkah 3 ( 23 minit ) 1. Murid diminta membuat kad Kertas lukisan Membuat kad ucapan hari guru Ucapan Hari Guru. 2. Murid membuat kad ucapan hari guru dengan menggunakan tulisan yang cantik dengan berpandukan ayat yang diberikan oleh guru dipapan putih. 3. Guru membimbing murid yang lemah untuk menulis dengan baik. 4. Murid menjalankan aktiviti dengan bimbingan dan pengawasan guru. Penutup (10 minit ) Rumusan pelajaran 1.Beberapa orang murid diminta untuk menunjukkan kad ucapan mereka yang telah siap dihadapan kelas. 2. Guru memberi ulasan serta pujian disertai dengan tepukan oleh muridmurid lain. 3. Murid-murid akhirnya diminta menampalkan hasilan mereka di sudut bahasa melayu dibelakang kelas. 4. Guru memulainya dengan menampal yang terbaik dahulu.

CONTOH KAD UCAPAN HARI GURUYANG TELAH SIAP

Anda mungkin juga menyukai