Anda di halaman 1dari 16

TITAH PERASMIAN DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH IBNI

SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN YANG KEDUA BELAS

TARIKH: 30 MAC 2010 (SELASA) JAM: 10.00 PAGI TEMPAT: DEWAN UNDANGAN NEGERI, ARAS 2, BANGUNAN PERAK DARUL RIDZUAN JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB, IPOH

Bismillahi Rahmani Rahim Segala puji milik ALLAH Subhanahu Wataala. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wassalam, demikian juga ke atas ahli keluarga dan para sahabat Baginda, seterusnya ke atas para Tabiin dan para ulama; semoga memperoleh ihsan di hari kebangkitan.

Yang Di Pertua Dewan Negeri

2.

Alhamdulillah, dengan penentuan ILAHI juga, Beta bersama

Raja Puan Besar dapat berangkat ke Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Ketiga, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Kedua Belas.

3.

Setiap kerajaan berkewajipan memenuhi tanggung jawab besar

menyempurnakan amanah yang ditentukan ILAHI, demikian juga memenuhi harapan yang disandarkan oleh rakyat. Asas-asas utama yang perlu dipenuhi adalah menjamin bahawa kerajaan diuruskan secara amanah lagi telus, adil lagi saksama, keselamatan negeri serta ketenteraman awam terjamin dan rakyat berada dalam kesejahteraan. Kebijaksanaan kepimpinan sesebuah kerajaan

adalah satu kemestian untuk dapat mengimbangkan keperluankeperluan rakyat yang berlatar belakangkan pelbagai agama, budaya, kumpulan etnik dan tahap pencapaian ekonomi.

4.

Iklim ekonomi dunia memperlihatkan tanda-tanda pemulihan

sedang berlaku. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku tahun keempat 2009 mencatatkan pertumbuhan positif 4.5 peratus. Berdasarkan petunjuk-petunjuk ekonomi semasa, diunjurkan KDNK negara bagi tahun 2010 berupaya mencapai sekurang-kurangnya pertumbuhan lima peratus.

5.

Kerajaan Beta sedang dan akan terus mengatur strategi untuk mendapat sebaik-baik manfaat dari

pembangunan

perkembangan positif yang sedang berlaku ini. Dalam hasrat untuk memenuhi tanggung jawab membangunkan sebuah negeri yang stabil lagi sejahtera, Kerajaan Beta telah merangka Gagasan Pelan Pembangunan Perak AMANJAYA. Dalam hasrat mengisi

kesejahteraan hidup warga, Gagasan tersebut meletakkan tiga teras utama; pertama: kehidupan berkualiti, kedua: peluang berkualiti dan ketiga: pendapatan berkualiti.

6.

Di samping peruntukan pembangunan yang disediakan oleh

Kerajaan, usaha-usaha lebih agresif akan dilaksanakan untuk menarik pelaburan swasta dari dalam dan luar negara. Asas-asas ekonomi sedia ada akan terus diperkukuhkan. Sektor-sektor

biodiversiti , bio-teknologi dan sumber tenaga hijau akan dipelopori untuk mewujudkan teras baru bagi memenuhi keperluan akan datang terutamanya dalam hasrat menarik minat para pelabur baru.

7.

Dalam tahun 2009, MIDA telah meluluskan pelaburan bernilai

893 juta ringgit di negeri Perak. Perkembangan ini telah meletakkan negeri Perak berada di tangga keempat dari segi bilangan projek pelaburan yang diluluskan di seluruh negara. Dari jumlah tersebut, 494.3 juta ringgit adalah pelaburan tempatan sementara 399.6 juta ringgit merupakan pelaburan asing. Diunjurkan 3268 pekerjaan baru akan dapat diwujudkan melalui pelaburan tersebut.

8.

Dalam tempoh masa yang sama, Kerajaan Beta turut

meluluskan beberapa cadangan pelaburan, melibatkan pelaburan bernilai 11.6 bilion ringgit, merangkumi kilang memproses bijih besi, penghasilan produk farmasi, kilang spirulina, pengusahaan air bawah tanah, pengeluaran produk solar cell, pembinaan kolej perubatan berkembar dan limbungan pembinaan kapal. Dengan izin ALLAH jua, apabila pelaburan yang telah diluluskan itu menjadi realiti, rakyat di negeri Beta akan mendapat manfaat darinya.

9.

Walaupun menghadapi kemelut ekonomi, Kerajaan Beta dalam

tahun 2009 telah berjaya meningkatkan kutipan hasil, dari 639.2 juta ringgit dalam tahun 2008 kepada 642.2 juta ringgit. Pada tahun ini, Kerajaan Beta menganggarkan kutipan hasil dapat mencapai 667 juta ringgit. Di samping mengenal pasti beberapa sumber baru untuk meningkatkan hasil negeri, kaedah pungutan hasil akan dipercekap dan kaedah pembayaran hasil akan dipermudahkan. Pembayaran

cukai tanah kini boleh dilakukan di kaunter Pos Malaysia Berhad ataupun secara on-line melalui Maybank dan Bank Islam.

10.

Hasil negeri yang bertambah, memungkinkan Kerajaan Beta

melaksanakan lebih banyak program pembangunan untuk manfaat rakyat. Program-program yang berteraskan rakyat akan diberikan Program-program pembasmian kemiskinan, sifar

keutamaan.

setinggan, pencegahan banjir, pendidikan, taska, pengupayaan generasi muda, pembangunan Orang Asli dan pembangunan hal ehwal bukan Islam diberikan prioriti.

Yang Di Pertua Dewan

11.

Rancangan Malaysia Kesembilan telah sampai ke tahun akhir Sehingga Februari tahun ini, dari jumlah 1,670

pelaksanaannya.

projek bernilai 10.34 bilion ringgit di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan, 820 telah disiapkan, 717 projek masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan, sementara 133 projek dicadangkan semula untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Bagi

381 projek dengan peruntukan 824.8 juta di bawah Kerajaan Negeri, 707.2 juta ringgit, ataupun 85.7 peratus telah pun dibelanjakan dan projek-projek tersebut berada di pelbagai peringkat pelaksanaan.

12.

Kerajaan Beta menghargai jasa baik Kerajaan Persekutuan

meluluskan projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah


4

bernilai 60 juta ringgit dan projek naik taraf Jalan Changkat Jering ke Manjung bernilai 700 juta ringgit. Dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam, terminal bas bernilai 38 juta ringgit akan dibina di Meru Raya. Penghargaan turut dirakamkan kepada PLUS EXPRESSWAYS BERHAD atas persefahaman Syarikat berkenaan memberikan keutamaan untuk membina satu lagi interchange Lebuh Raya Utara Selatan di Alor Pongsu Perak, sekali gus memenuhi wawasan Kerajaan Beta mahu memajukan kawasan Lembah Beriah dan melonjakkan pembangunan di daerah Kerian.

13.

Sektor pertanian yang merangkumi subsektor, tanaman, Di samping

ternakan dan perikanan, kekal berperanan penting.

memberikan sumbangan kepada KDNK Negeri, sektor pertanian memastikan bahawa sumber makanan rakyat terjamin mencukupi sekali gus membantu mengurangkan penggantungan kepada import. Bagi menggalakkan penghasilan produk berasaskan pertanian, pembangunan secara berskala besar melalui kaedah pengezonan kawasan pengeluaran pertanian sedang dilaksanakan. Pendekatan ini dipercayai berupaya menarik minat penyertaan sektor swasta serta memenuhi usaha untuk memodenkan sektor tersebut apabila jentera moden pertanian dapat digunakan. Di samping itu, ia juga membolehkan Kerajaan menumpukan khidmat sokongan mengikut jenis aktiviti pertanian yang dilaksanakan di zon-zon berkenaan. Zon-zon tersebut termasuklah zon perindustrian akuakultur, zon tanaman kekal pengeluaran makanan, zon pengeluaran ternakan dan
5

kawasan integrasi ladang.

Kawasan seluas tiga puluh (30) ribu

hektar untuk empat puluh sembilan (49) Taman Kekal Pengeluaran Makanan telah diluluskan untuk aktiviti-aktiviti pertanian, ternakan dan akuakultur.

14.

Kemudahan asas prasarana nelayan seperti jeti dan pusat Di bawah Pakej Rangsangan

pendaratan ikan akan terus dibina.

Ekonomi, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan 2.7 juta ringgit untuk pembinaan tiga puluh dua (32) jeti pendaratan ikan di sepanjang pantai negeri Perak untuk membolehkan aktiviti

pendaratan dan pemasaran dapat berlangsung dengan lebih sistematik.

15.

Alhamdulillah, Terminal Makanan Negara dengan kos 99.82

juta ringgit telah siap dibina di Gopeng. Di samping menyediakan ruang niaga lebih selesa yang dapat menempatkan 220 pemborong, terminal ini dilengkapi dengan kemudahan stor, kemudahan bilik sejuk serta khidmat sokongan perbankan. Kemudahan serba

lengkap, moden dan mesra pelanggan, membolehkan sistem pemborongan yang lebih teratur dapat berlangsung. Ingatan Beta agar Terminal Makanan Negara yang serba moden ini, yang telah dibina dengan belanja yang besar akan diurus dengan baik, melalui kaedah pengurusan moden, dengan mengutamakan faktor-faktor kebersihan yang tinggi dan penyelenggaraan yang rapi.

16.

Industri pelancongan mempunyai potensi yang amat besar dan

belum diterokai sepenuhnya. Usaha untuk membangun, menambah baik dan mempromosikan produk pelancongan akan terus

dipergiatkan.

Projek kereta kabel Bukit Larut dengan pelaburan

swasta enam puluh (60) juta ringgit, apabila siap akan menjadi tarikan baru di bandar Taiping yang telah sedia kaya dengan pelbagai produk. Kerajaan Beta amat peka terhadap kesan kepada alam sekitar berikutan perlaksanaan projek tersebut. Untuk itu,

syarat-syarat yang ketat dan pemantauan yang rapi akan dilakukan demi menjamin kualiti alam sekitar dari segi tumbuhan, penghidupan, air dan hakisan akan terkawal. Usaha-usaha Pihak Berkuasa

Pelaksanaan Koridor Utara untuk membantu membangunkan produkproduk pelancongan di Taiping, Kuala Kangsar Bandar Diraja dan Royal Belum amatlah bertepatan dan perlu disegerakan. Usaha-

usaha akan terus dirintis untuk menambah nilai bagi produk-produk sedia ada di Pangkor dan Lumut terutama dari segi meningkatkan kualiti perkhidmatan. Beta gembira dengan peranan pihak swasta melakukan pelaburan besar di Tambun Hot Spring. Pada hemat

Beta, Banjaran merupakan produk pelancongan bertaraf dunia yang dapat memberi kebanggaan kepada Negeri Perak. Kerajaan Beta akan terus berusaha menarik pelaburan dan kepakaran swasta membantu membangunkan secara lebih profesional produk-produk pelancongan yang unik di negeri ini antaranya Gua Tempurung di Kampar dan Hutan Paya Bakau di Matang.

Yang Di Pertua Dewan

17.

Berasaskan fakta akan asal usul bumi, tanah air, penduduk dan

budaya, Islam mempunyai talian dan ikatan sejarah yang istimewa dan lama dengan penduduk di negeri ini. Islam adalah tunjang dalam pembentukan minda dan budaya khususnya di kalangan orang Melayu hinggakan Islam dan Melayu itu begitu sinonim dan tidak boleh dipisahkan. Berdasarkan latar belakang sejarah tersebut,

Islam diterima dan diiktiraf sebagai Agama Persekutuan; status Islam jelas termaktub di dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri, diberikan status istimewa diletakkan terus berada dibawah payung naungan dan perlindungan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan.

18.

Lantaran itu Kerajaan ada obligasi kewangan, berkewajipan

menyediakan peruntukan bagi membiayai aktiviti-aktiviti Islam. Dalam tahun 2010, Program Jawi, Al-Quran dan Fardu Ain (J-QAF) dilaksanakan di 469 sekolah (J-QAF) yang melibatkan 124,458 murid di bawah bimbingan 1,382 orang guru J-QAF. Tujuh belas

perpuluhan sembilan (17.9) juta ringgit disediakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi pembangunan fizikal dan keguruan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, sementara 9.4 juta ringgit disediakan untuk pengurusan dan pembangunan Sekolah Agama Rakyat dan Kelas Fardu Ain.

19.

Seramai 3120 guru KAFA (Kelas Agama dan Fardu Ain) manfaat tambahan apabila Kerajaan Beta turut

mendapat

memperuntukkan 4.68 juta ringgit untuk menambah elaun guru KAFA daripada 575 ringgit kepada 700 ringgit sebulan. menghargai dan mengiktiraf peranan Bilal dan Siak Sebagai dalam

mengimarahkan masjid di seluruh Negeri Perak,

Kerajaan Beta

menyediakan peruntukan 5.99 juta ringgit untuk elaun bulanan 2,496 orang Bilal dan Siak.

Yang Di Pertua Dewan

20.

Generasi muda dan generasi remaja adalah modal insan yang

merupakan aset penting. Adalah menjadi hasrat Kerajaan Beta untuk memastikan potensi setiap remaja dapat dibangunkan. Kemiskinan keluarga tidak harus menjadi sebab menidakkan peluang manamana remaja untuk mengikuti latihan dan pengajian di peringkat tinggi. Peluang latihan dan pendidikan yang saksama wajib Program berteraskan pembinaan modal insan dan

disediakan.

pembinaan masyarakat berilmu akan diberikan penekanan. Untuk itu, dalam tahun 2009 Yayasan Perak telah memberikan sumbangan sepuluh (10) juta ringgit berbentuk Dermasiswa Pendidikan kepada lebih tiga belas ribu (13,000) pelajar yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Untuk

tahun 2010, peruntukan lapan (8) juta ringgit telah disediakan untuk dapat dimanfaatkan kepada 9,200 pelajar. Dalam usaha membantu
9

pencapaian akademik pelajar-pelajar di peringkat sekolah, Yayasan Perak turut melaksanakan program-program peningkatan

kecemerlangan pendidikan seperti Tuisyen Gemilang dan Program Kecemerlangan Murid Orang Asli. Kerajaan Beta turut menyediakan dua (2) juta ringgit dalam bentuk pinjaman pendidikan untuk 160 pelajar peringkat tertiari dalam sesi pengajian 2009/ 2010.

21.

Fasa Pertama UiTM Kampus Tapah yang melibatkan kos 130

juta ringgit telah siap 60 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini. Maktab Rendah Sains MARA Trolak telah

mula beroperasi pada Januari 2010 dengan pengambilan 700 pelajar pertama yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak peneroka FELDA. Kedua-dua projek tersebut yang dibiayai di bawah

peruntukan Kerajaan Persekutuan, akan melimpahkan nikmat secara langsung dan tidak langsung khasnya kepada rakyat di daerah Batang Padang.

22.

Terdapat 54,416 Orang Asli di Negeri Perak. Bilangan tersebut

merupakan 38.5% dari jumlah Orang Asli di Malaysia meletakkan Negeri Perak mempunyai bilangan Orang Asli yang kedua teramai di negara ini. Kerajaan Beta amat insaf betapa usaha-usaha yang lebih gigih dan aktif perlu digerakkan bagi membangunkan masyarakat Orang Asli secara komprehensif dan mampan. Bagi tujuan tersebut, Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Orang Asli Negeri Perak

10

telah ditubuhkan, berperanan sebagai pemudah cara di antara Kerajaan Beta dengan masyarakat Orang Asli.

Yang Di Pertua Dewan

23.

Negeri Perak mempunyai rekod berjaya melahirkan tokoh-

tokoh sukan negara yang tersohor hingga ke peringkat antarabangsa. Beta menzahirkan penghargaan kepada atlet dari negeri Perak yang telah berperanan mengharumkan nama negara di kejohanankejohanan sukan peringkat antarabangsa. Kerajaan Beta berbangga kerana 13 atlet dari Negeri Perak telah berjaya meraih lima (5) pingat emas, dua belas (12) pingat perak dan tujuh (7) pingat gangsa semasa berlangsungnya Sukan SEA kedua puluh lima di Vientiane pada Disember 2009 yang lalu. Beta menghargai usaha-usaha

pelbagai badan dan organisasi sukan yang telah memainkan peranan penting dari segi mengenal pasti, mendidik, melatih, membimbing dan memberikan motivasi hingga dapat melahirkan bintang-bintang sukan yang ternama. Perkhidmatan, dedikasi dan komitmen para peneraju badan-badan sukan senantiasa dihargai. Kerajaan Beta

akan menjalinkan kerjasama dan akan memberikan segala dorongan untuk memajukan sukan dan ahli-ahli sukan di negeri ini.

24.

Di samping membantu melahirkan bintang-bintang dalam acara

sukan masing-masing, Beta menyeru supaya sukan dijadikan platform yang dapat membina semangat berpasukan, kesabaran,
11

ketekunan, disiplin, keperibadian dan kepimpinan di kalangan anakanak muda termasuk menyemaikan semangat perpaduan satu warga-satu negara. perlu diperlengkap Dalam meraih kemenangan, ahli-ahli sukan dengan watak kematangan, berupaya

mencerminkan sifat tertib dan memperlihatkan budi pekerti tinggi terutama ketika menghadapi kekalahan. kesukanan. Hormatilah semangat

Bahawa kemenangan bukan segala-galanya, kerana

sifat tertib dan budi pekerti yang tinggi semasa menghadapi kekalahan akan memperlihatkan tahap tamadun, ketulusan budi dan adab tertib seseorang insan dan sesuatu bangsa.

25.

Kerajaan Beta menghargai peranan pelbagai badan amal,

badan kebajikan dan badan sukarela di negeri ini terutama kepada mereka yang senantiasa bermurah hati memberikan pemikiran, masa, tenaga dan material untuk melaksanakan kerja-kerja amal dan kebajikan. Semoga mereka senantiasa diperkaya dengan kegigihan semangat dan kekuatan sumber untuk terus berupaya membantu meringankan pertolongan. tanggungan rakyat yang amat memerlukan

Yang Di Pertua Dewan

26.

Mengurus tadbir sesebuah Kerajaan adalah tanggung jawab

kolektif yang memerlukan kerjasama, rangkaian kerja, perhubungan dan sokongan pelbagai pihak. Kerajaan Beta akan terus menjalinkan
12

hubungan

kerjasama

dan

persefahaman

dengan

Kerajaan

Persekutuan, agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan demikian juga dengan sektor swasta. Kerajaan Beta amat mengalu-alukan peranan badan-badan bukan Kerajaan, media massa, ulama, cendekiawan, akademia dan individu yang dapat membantu membangunkan Negeri Perak Darul Ridzuan dan memastikan Gagasan Pelan Pembangunan Perak AMANJAYA menjadi realiti.

27.

Ketenteraman dan keamanan adalah komponen penting untuk

menjamin kestabilan negara dan kesejahteraan hidup rakyat. Program-program perpaduan kaum dan perpaduan ummah akan dipertingkatkan. Keamanan negeri amatlah penting dipelihara.

Usaha-usaha berkesan membanteras jenayah adalah penting. Perangkaan penyalahgunaan dadah amatlah membimbangkan. Memerangi wabak dadah memerlukan penglibatan semua pihak dan setiap rakyat. Kehadiran pendatang asing tanpa izin perlu disekat melalui langkah berkesan dan tindakan tegas. sama-sama membantu usaha-usaha Rakyat hendaklah keselamatan

pasukan

membanteras jenayah dengan menyampaikan maklumat serta kesediaan untuk mengadakan aktiviti kawalan di kawasan-kawasan perumahan dan perkampungan masing-masing. negara hendaklah sentiasa dipatuhi. Undang-undang

13

28.

Beta amat menghargai peranan dan pengorbanan anggota

pasukan keselamatan, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Pasukan Pertahanan Awam, Bomba, RELA, Kastam Diraja Malaysia serta semua pasukan beruniform dalam melaksanakan tugas mereka menguatkuasakan undang-undang, mempertahankan kedaulatan negara dan mengekalkan suasana negara yang aman, damai lagi harmonis.

29.

Beta menghargai hasrat Mamanda Menteri Besar dan Ahli-ahli

Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk mentadbir urus Kerajaan Beta secara adil lagi saksama, telus lagi berhemah. Beta juga menghargai peranan Ahli-ahli Dewan Negeri, Ahli-ahli Dewan Negara, OrangOrang Besar Negeri, Anggota Perkhidmatan Awam, Pegawai Perkhidmatan Pelajaran, Pegawai Majlis Agama Islam dan Pegawai Tadbir Agama, Penghulu, para Imam dan Pegawai Masjid, Jawatankuasa Kemajuan Kampong yang masing-masing telah melaksanakan tugas - memenuhi amanah, saling membantu, saling melengkapi untuk membangunkan negeri dan memastikan kehidupan rakyat terus terbela. Beta menyeru supaya semua pihak

memperkukuhkan azam dan kesungguhan untuk menjadikan negeri Perak Darul Ridzuan terus aman, makmur dan sejahtera.

30.

Semoga

Mesyuarat

Pertama,

Penggal

Ketiga,

Dewan

Undangan Negeri Kedua Belas ini mendapat petunjuk dan hidayat

14

ILAHI, berupaya mencetuskan pandangan dan idea bernas untuk manfaat rakyat dan negeri.

31.

Dengan lafaz Bismillahi Rahmani Rahim, BETA dengan

sukacitanya merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kedua Belas.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .

15

Anda mungkin juga menyukai