Anda di halaman 1dari 20

BAGAIMANA MANUSIA BERINTERAKSI DENGAN AGAMA/SUPERNATURAL DAN BAGAIMANA AGAMA BERPERANAN DALAM MASYARAKAT

NAMA : NOR SHAZANA MAHAMAD GHAZI (AEL130011) NUR AXURICCA BINTI RAZALI (AEL130013) KOD KURSUS : ALEA1101 PENSYARAH : DR. SITI NOR BINTI AWANG TARIKH : 2 DISEMBER 2013

PENGENALAN Agama dalam bahasa asing ialah Religie atau Godsdienst dalam bahasa Belanda atau Religion dalam bahasa Inggeris. Menurut Sidi Gazalba , etimologi religi mungkin berasal dari istilah relegere atau religare dalam bahasa Latin. Relegere bermaksud berhati-hati. Menurut anggapan orang Romawi, religi bererti keharusan orang berhati-hati terhadap kudus (suci) juga dianggap sebagai tabu atau muharam. Namun, menurut Sidi Gazalba istilah religare bermaksud mengikat manusia dengan sesuatu kekuatan tenaga ghaib. Pada umumnya istilah religi mengandungi erti kecenderungan batin (rohani) manusia untuk berhubung dengan kekuatan dalam alam semesta, dalam mencari nilai dan makna sari sesuatu yang berbeza dari apa yang dikagumi kerana luar biasa. Kekuatan itu dianggap suci dan dikagumi kerana luar biasa. Manusia percaya bahawa yang kudus itu ada dan di luar kemampuan dan kekuasaanya. Oleh kerana-Nya manusia berusaha menghormati-Nya, meminta perlindungan kepada-Nya dan menjaga keseimbangan dengan berbagai cara dan upacara. Masyarakat dikatakan mempercayai bahawa yang luar biasa dan kudus itu adalah Tuhan atau Dewa yang wujud dalam benda, tempat atau manusia yang dianggap penjelmaan dari Tuhan atau Dewa. Cara dan upacara penyembahan diikuti sebagaimana ditentukan dalam setiap agama dan kepercayaan masing-masing. Ciri-ciri perilaku pengabdian manusia terhadap Tuhan atau Dewa ialah penghormatan, penyembahan, pemujaan, permohonan dan sikap perilaku keagamaan. Dalam pengertian yang lain istilah religi menunjukkan sikap dan perilaku kebiasaan yang tradisional berdasarkan tuntutan kitab-ktab suci yang merupakan himpunan peraturan keagamaan yang digunakan sebagai pendoman hidup manusia bagi meningkatkan mutu kerohaniannya mencapai kesempurnaan . Dengan demikian istilah agama ataupun religi yang bermaksud

menunjukkan adanya hubungan antara manusia dengan kekuasaan ghaib di luar kekuasaan manusia berdasarkan keyakinan dan kepercayaan menurut ajaran agama dan kepercayaan masing-masing, baik bagi masyarakat yang masih sederhana budayanya mahupun masyarakat yang sudah maju budayanya. Supernatural ialah mempunyai kuasa yang tidak boleh dilakukan oleh manusia dan ia tertakluk kepada aturan alam. Pengertian supernatural adalah berbeza bagi setiap masyarakat. Sesetengah perbezaan dipastikan oleh masyarakat sebagai aturan semula jadi. Contohnya sesetengah masyarakat percaya penyakit disebabkan oleh kuman iaitu akibat semula jadi . Namun bagi masyarakat lain, mereka percaya bahawa penyakit disebabkan oleh kuasa supernatural dan itu menjadi sebahagian daripada kepercayaan agama. Supernatural selalunya dipercayai sebagai suatu kuasa ynag tidak mempunyai sifat yang terdapat pada manusia. Kuasa supernatural yang impersonal 1disebut sebagi mana. Perkataan mana ini ialah pinjaman daripada perkataan yang digunakan dalam masyarakat Polynesian. Mana ialah sebagai satu kuasa ghaib yang terdapat pada objek dan manusia tertentu. Namun , tidak semua objek mempunyai mana. Mana adalah berbeza dengan pantang larang. Wallace mengatakan bahawa mana boleh disentuh manakala benda yang mempunyai patang larang tidak seharusnya dipegang. Sekiranya dipegang atau disentuh, kuasa tadi akan membahayakan seseorang dan menyebabkan seseorang itu jatuh sakit, kecelakaan dan sebagainya. Supernatural boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertamanya iaitu yang asalnya bukan manusia seperti dewa, roh dan jin. Keduanya yang berasal daripada manusia seperti hantu dan roh nenek moyang. Dewa selalunya dianggap jelmaan manusia ataupun dikatakan bentuk

Impersonal bermaksud tidak dipengaruhi atau melibatkan perasaan peribadi, tidak merujuk orang tertentu.

binatang atau alam semesta seperti matahari dan bulan. Setiap dewa dikatakan mempunyai tugastugas tertentu dan memberi pertolongan kepada masyarakat mengikut tugas-tugas tersebut. Golongan roh dan nenek moyang pula dikatakan lebih rapat dengan manusia. Kepercayaan ini adalah animism iaitu kepercayaan bahawa setiap kehidupan selepas mati mempunyai roh atau semangat. Sesetengah masyarakat percaya bahawa roh si mati tinggal terus bersama-sama ahli keluarganya kerana ia masih cenderung kepada kaum keluarga yang masih hidup. Istilah agama Buddha diambil dari nama Buddha Gautama manakala istilah agama Kristian merupakan nama bagi para pengikut Jesus Christ dari Nazaret yang mengakui Jesus adalah Kristian. Sedangkan bagi agama Islam, agama atau Al-Din disebut dalam kitab suci Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 3. Bagi umat Islam pengertian istilah agama sebagai cara atau jalan berhubung dengan Tuhan-Nya, maka yang disyariatkan Allah dengan perantaraan NabiNya, yang berupa perintah-perintah dan larangan-larangan serta pelbagai petunjuk untuk kebaikan hidup manusia di dunia dan akhirat. BAGAIMANA MANUSIA BERINTERAKSI DENGAN TUHAN/ SUPERNATURAL 1.SEMBAHYANG (PRAYER) 2. PENGORBANAN (SACRIFICE) 3. SIMULASI (SIMULATION) 4. PERAYAAN (FEAST)

CARA MANUSIA BERINTERAKSI DENGAN TUHAN / SUPERNATURAL MELALUI SEMBAHYANG Dalam agama Islam, muslim percaya bahawa segala perkara baik dan buruk adalah daripada ketentuan Allah s.w.t dan orang Islam tidak dibenarkan untuk mempercayai perkara-perkara seperti nombor ekor, zodiak, tangkal dan sebagainya. Adalah menjadi kewajipan bagi orang Islam untuk mengucapkan kalimah syahadah tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah untuk menjadi seorang Islam. Solat merupakan tiang agama Islam dan wajib ditunaikan lima kali sehari bagi semua umat tanpa mengira jantina. Solat bermula dengan pengambilan wudhu atau air sembahyang. Solat berasal daripada perkataan Arab sila yang memberi erti hubung. Oleh itu, solat adalah jambatan yang menghubungkan manusia kepada Allah. Seterusnya adalah Hinduism. Agama Hindu dikatakan sebagai agama tertua yang dikenali sebagai Sanatana Dharma iaitu agama yang berkekalan. Tuhan bagi agama Hindu adalah lembu. Oleh itu, penganut agama ini tidak dibenarkan sama sekali untuk memakan daging lembu dan kebanyakan mereka adalah vegetarian. Bagi yang bukan pengamal vegetarian, mereka akan mengambil ayam atau ikan sebagai sumber protein mereka menggantikan daging lembu. Upacara yang dilakukan di imej Tuhan mereka dipanggil puja yang melibatkan penawaran makanan, air dan colok. Upacara ini boleh dilakukan di rumah ataupun kuil. Kebiasaannya, upacara puja dijalankan oleh suri rumah. Mereka akan meletakkan lilin dan makanan mentah di sebelah kiri dan makanan yang telah dimasak di sebelah kanan patung tersebut. Imej-imej ketuhanan adalah satu cara yang membolehkan penyembah untuk mendekati, melihat, merasai dan menghormati dewa mereka. Penganut Hindu mempercayai bahawa imej-imej tersebut tidak memerlukan puja

kerana dewa mereka tidak akan merasa lapar, haus mahupun kotor seperti mana patung sebenar Hindu. Agama Buddha diasaskan oleh Siddharta Ghautama dan perkataan Budh atau Buddhi itu sendiri membawa maksud bijaksana. Agama Theravada diamalkan di kebanyakan negara Asia Tenggara manakala agama Mahayana diamalkan di Tibet, China, Taiwan, Korea dan Jepun. Mereka akan mempersembahkan makanan seperti buah-buahan dan lain-lain makanan mengikut jenis tuhan yang mereka sembah. Penganut agama Buddha berinteraksi dengan tuhan mereka dengan menggunakan colok. Makanan tersebut adalah sebagai suatu penghargaan dan hadiah kepada tuhan mereka. Agama Buddha juga terkenal dengan amalan meditasi. Tujuan meditasi dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada pengamal sebagai jalan untuk kefahaman tentang diri sendiri. Seterusnya adalah tefillin. Ia dikenali sebagai psylacteries adalah satu set kotak kecil berwarna hitam yang mengandungi ayat-ayat dari agama Taurat dan dipakai oleh penganut agama Yahudi. Terdapat dua set kotak ini iaitu tangan-tefillin atau shel yad yang dipakai di bawah lengan, tangan dan jari dan kepala-tefillin atau shel rosh yang dipakai di dahi. Joseph Caro (abad ke-16) menjelaskan bahawa tefillin diletakkan pada lengan yang bersebelahan dengan hati dan di kepala di atas otak untuk menunjukkan bahawa kedua-dua organ-organ utama bersedia untuk melaksanakan perkhidmatan kepada Tuhan mereka. Amalan Shinto pertama kali direkodkan dan dikanunkan dalam rekod sejarah bertulis daripada Kojiki dan Nihon Shoki pada abad ke-8. Kami adalah roh-roh atau fenomena yang disembah dalam agama Shinto. Mereka adalah unsur-unsur di alam, haiwan, kuasa-kuasa pencipta dalam alam semesta, dan juga roh-roh yang dihormati yang telah mati. Untuk menarik perhatian Kami atau roh, penganut agama Shinto akan meletakkan syiling ke dalam kotak koleksi kuil itu,

bertepuk tangan atau membunyikan loceng sebelum menimbang hasrat atau permintaan mereka secara senyap. Hasrat tersebut juga boleh ditulis dan ditinggalkan di kuil tersebut untuk Kami pertimbangkannya. Jika hasrat tersebut tercapai, penganut akan kembali semula ke kuil ini untuk meninggalkan mesej terima kasih kepada Kami. CARA MANUSIA BERINTERAKSI DENGAN TUHAN / SUPERNATURAL MELALUI PENGORBANAN Banyak upacara melibatkan korban atau persembahan sesuatu untuk pemindahan ke kuasa ghaib atau supernatural. Ia mungkin melibatkan pembunuha dan menawarkan haiwan, atau mengorbankan manusia yang melibatkan orang keseluruhan, bahagian-bahagian badan seseorang atau pertumpahan darah atau menawarkan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, bunga dan lainlain produk. Masyarakat membuat pengorbanan kepada Tuhan untuk mempengaruhi tindakan mereka sama ada untuk mengalihkan kemarahan mereka atau untuk menarik perhatian dan ada yang menetapkan imej muhibah di hadapan mereka. Pengorbanan melibatkan benda hidup dan bukan hidup yang ditawarkan kepada Tuhan. Pengorbanan juga termasuk dalam konteks memberi makanan, air, seks, kehidupan haiwan dan nyawa manusia. Upacara pengorbanan haiwan adalah sebahagian daripada tuntutan agama. Ia diamalkan oleh banyak agama sebagai satu cara untuk memujuk tuhan atau mengubah perjalanan alam semula jadi. Korban manusia telah diamalkan oleh banyak budaya purba. Orang secara amalan dibunuh dengan cara yang sepatutnya untuk memuaskan hati atau menyenangkan hati tuhan atau roh. Dalam konteks agama Ibrani, pengorbanan merangkumi pengorbanan darah (haiwan) atau tawaran tanpa pertumpahan darah (gandum dan wain). Pengorbanan darah dibahagikan kepada persembahan bakaran di mana seluruh haiwan dibakar, tawaran bersalah di mana sebahagian telah terbakar dan

sebahagian ditinggalkan untuk paderi dan persembahan damai di mana hanya sebahagian daripada haiwan itu dibakar dan selebihnya dimakan dalam keadaan suci. Dalam pengajaran Kristian trinitarian, Tuhan menjadi jelmaan Jesus Christ, mengorbankan anak sulung beliau untuk mencapai perdamaian antara Tuhan dan manusia. Dalam konteks agama Islam, pengorbanan haiwan ditawarkan hanya pada Hari Raya Aidiladha. Haiwan yang dikorbankan boleh menjadi kambing, lembu, biri-biri, unta dan lembu. Ia dilakukan untuk membantu golongan miskin dan dalam mengingati kesanggupan Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya Ismail atas perintah Allah S.W.T. Sanskrit Yagya pula sering kali diterjemahkan sebagai pengorbanan atau lebih umum sebagai penyembahan. Pada zaman Vedik, Yagya biasanya melibatkan pengorbanan susu, minyak sapi, dadih, bijirin dan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Soma. Pengorbanan yang melibatkan haiwan adalah kurang pada masa itu. Korban manusia boleh berlaku dalam kejadian-kejadian bencana alam yang dasyat. Kemarau, letusan gunung berapi, gempa bumi, tsunami dan lain-lain bencana alam dilihat sebagai tanda marah atau ketidakpuasan hati Dewa-dewa, Tuhan dan sebagainya dan pengorbanan ini sepatutnya dapat mengurangkan kemarahan Tuhan dan Dewa. CARA MANUSIA BERINTERAKSI DENGAN TUHAN / SUPERNATURAL MELALUI SIMULASI Simulasi adalah sesuatu perbuatan yang berasaskan atau menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat-buat tetapi lebih mirip kepada atau hampir dengan yang sebenarnya seperti memakai pakaian seperti dewa atau roh roh. Simulasi ini dilakukan adalah bertujuan bagi menyeru roh-

roh atau dewa bagi tujuan tertentu dan dianggap roh roh tersebut merasuk ke dalam badan ketika upacara berlangsung. Contohnya perayaan tarian Hudoq yang dilakukan suku Dayak Bahau dan Mudang di Kalimantan Timur, Indonesia. Tarian ini dilakukan selepas menanam padi yang diadakan pada bulan September hingga Oktober setiap tahun. Dalam festival tersebut Hudoq dilambangkan oleh penari yang mengenakan topeng yang mewakili hama dan rompi yang diperbuat dari pinang atau kulit kayu pokok pisang. Hudoq ini sebagai jelmaan dari roh roh para dewa yang merasuk ke dalam Hudoq dan diyakini bisa menghalau dan mengusir hama hama penyakit dan memberikan kesuburan. Acara Hudoq ini dimulai dengan upacara Napoq yang dipimpin seorang tokoh adat yang membacakan doa doa untuk mengundang roh roh para Dewa agar masuk ke dalam tubuh para Hudoq dan dilanjutkan dengan menari mengelilingi lapangan secara besama sama antara hudoq dengan warga tempatan. Tarian selesai ketika dua manusia Hudoq keluar dan mengejar Hudoq hama. Selain itu, Phi Tha Khon atau Festival Hantu di Thailand diadakan di antara bukan Mac hingga bulan Julai setiap tahun. Mengikut sejarah, festival ini diadakan bagi menyambut Raja Vessandorn yang dianggap sebagai kelahiran semula Buddha. Masyarakat dikatakan bergembira sehingga orang yang sudah meninggal dunia dikatakan bangkit kembali. Pada hari pertama festival Phi Ta Khon menampilkan orang-orang yang berkostum hantu dan memakai topeng kayu berukiran wajah seram. Mereka lantas menari-nari di dalam festival. Hari kedua festival sudah lebih tenang. Orang kampung pergi ke kuil untuk beribadat, namun suasana tetap seram. Ada permainan main bunga api, lumba menari, topeng dan kostum. Di hari terakhir, orang kampung masuk ke kuil untuk menghormati Buddha, dan bersilaturahim dengan sami atau para bhiksu.

Shamanisme Korea adalah kepercayaan asli Korean yang menggabungkan berbagai kepercayaan dan praktik yang dipengaruhi agama asli Korea, Buddha dan Taoisme. Shaman(bomoh) dipanggil Mu manakala pengamal shaman dipanggil Mudang. Tugas mudang biasanya dipegang oleh wanita yang menghubungkan antara dewa dan manusia. Shaman mengadakan gut atau upacara persembahan untuk melakukan penyembuhan, mendatangkan keberuntungan serta menjadi perantara antara dewa dengan cara merasuk. Upacara gut juga diadakan untuk membimbing arwah orang yang sudah meninggal menuju ke syurga. Gut adalah ritual shamanisme yang mengharuskan si mudang memberikan persembahan bagi dewa-dewa. Dengan menyanyi dan menari, mudang memohon berkat dari Dewa. Ia memakai pakaian yang berwarna-warni dan menukarnya beberapa kali. Di Satpura, India telah diadakan Bhooton ka Mela atau lebih dikenali sebagai upacara membuang atau menghalau hantu. Festival yang telah berusia 250 tahun ini diadakan di sebuah pekan di situ. Kepercayaan penganut Hindu di sini terhadap hantu adalah normal. Mengikut kepercayaan mereka setiap jiwa yang hidup dimestikan untuk melalui 8,400,000 "reincarnations" sebelum mencapai Moksha, atau ketenangan abadi. Ada juga yang mempercayai setiap roh-roh ini perlu hidup di dalam 8,000,000 nyawa sebagai hantu. Kebanyakan mereka yang dirasuk mempunyai kebolehan menguasai dan bercakap dalam bahasa pelik, menjerit, pengsan, dan menangis secara keterlaluan. Upacara menghalau hantu di lakukan dengan merenjis muka pesakit dengan air suci sebelum memukul badan mereka dengan batang penyapu. Penyapu dalam masyrakat India melambangkan kedudukan yang rendah (kasta), pawang mengandaikan hantu yang merasuk akan keluar dari badan kerana "nilai" penyapu tersebut yang hina. Upacara berakhir dengan membawa pesakit dalam satu perarakan kesyukuran.

CARA MANUSIA BERINTERAKSI DENGAN TUHAN / SUPERNATURAL MELALUI PERAYAAN Perayaan dari segi istilah bermaksud 'hari kebesaran'. Hari perayaan lazimnya kini merujuk kepada hari yang ditentukan suatu kerajaan atau kumpulan agama sebagai hari yang bermakna kepada mereka. Hari-hari ini biasanya merupakan hari kelepasan am di negara-negara yang menyambutnya. Pada hari perayaan inilah para penganut menunjukkan kesetiaan atau penyembahan Tuhan mereka dengan upacara-upacara tertentu. Sebagai contoh Hari Thaipusam merupakan hari merupakan hari perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Hari Thaipusam juga merupakan hari para penganut menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci. Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak, warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Lelaki Hindu mencukur rambut pada hari tersebut dan menyapukan campuran serbuk cendana dan air di atas kepala. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Mengunting rambut merupakan satu bentuk melepaskan dosa atau membayar nazar kepada Tuhan mereka. Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang

di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik, mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Pelbagai cara menyeksa diri dilakukan bagi memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Terdapat beberapa penganut yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang dan sesetengah mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Sesetengah mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu. Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar. Selain itu, China pula mengadakan Perayaan Sembilan Maharaja Dewa juga dikenali sebagai Kow Wong Yeh disambut pada hari kesembilan pada bulan sembilan dalam kalendar lunar Cina. Penganut kepercayaan, Taoist akan berkumpul di kuil untuk menyambut perayaan ini. Sembilan Maharaja Dewa merupakan bomoh kuasa halus "spirit-medium cult" yang dikenali sebagai 'Jieu Hwang Yeh'. Sembilan Maharaja Dewa ini dipercayai tinggal di syurga di langit di bawah pemerintahan 'Thien Hou' iaitu Ratu Syurga yang menjaga buku kehidupan dan kematian. Sembilan Maharaja Dewa ini juga merupakan anak kepada 'Thien Hou' Ratu Syurga ini. Mengusung tandu Maharaja Dewa dari laluan air. Pada petang bulan kesembilan, tokong Dewa mengadakan upacara untuk memuja dan menyambut 'Jien Hwang Yeh'. Pada sebelah petang hari kesembilan pada bulan sembilan dalam

kalender lunar Cina, satu tempat menyembah akan disediakan, sementara satu tempat khas akan ditanda dengan bendera. Orang ramai akan menyalakan lilin dan membakar gaharu ketika upacara sembahyang dilakukan dengan diiringi bunyi gong, gendang, dan sebatan. Selepas itu mereka akan bersiap sedia untuk menyambut ketibaan Sembilan Maharaja Dewa itu. Oleh kerana ketibaan Sembilan Maharaja Dewa dipercayai sampai melalui jalan air, perarakan diadakan dari kuil ke tepi pantai atau sungai sebagai lambang kepercayaan ini. Pengikut Taoist akan berpakaian serba putih, membawa gaharu dan lilin, menunggu ketibaan 'Maharaja.' Setelah rombongan yang membawa Sembilan Maharaja Dewa kembali daripada tempat mereka menjemput ketibaan Sembilan Maharaja Dewa, kerusi tandu tersebut akan diletakkan di dalam tokong di satu tempat khas. Dengan tamatnya upacara ini, bermulalah perayaan Sembilan Maharaja Dewa dengan rasminya. Tanglong akan dipasang di kemuncak tiang yang tinggi sebagai permulaan perayaan Sembilan Maharaja Dewa. Suasana berpesta menyelubungi kuil sepanjang perayaan sembilan hari. Dalam tempoh ini, bunyi loceng sembahyang dan penyembahan oleh para sami didengari secara berterusan. Kebanyakan pengikut Taoist tinggal di tokong, memakan sayur-sayuran sahaja dan menyembah secara berterusan. PERANAN AGAMA DALAM MASYARAKAT 1.FUNGSI PENDIDIKAN (EDUKATIF) Manusia percaya bahawa peranan agama dalam fungsi edukatif adalah sebagai mengajar serta membimbing mereka ke arah yang benar. Setiap agama menyampaikan ajaran mereka kepada masyarakat melalui petugas-petugas tertentu dengan mengadakan upacara perayaan, khutbah, meditasi, pendalaman rohani dan sebagainya. Petugas-petugas yang menyampaikan ajaran

agama mereka adalah seperti shaman, dukun, kyai, pedanda, imam, nabi dan sebagainya. Kebenaran ajaran yang mereka sampaikan haruslah diterima oleh masyarakat dan tidak mendapat kekeliruan. Penganut-penganut percaya bahawa mereka dapat berhubung secara langsung dengan alam ghaib. Tugas bimbingan yang diberikan oleh para petugas agama dibenarkan dan diterima berdasarkan kepercayaan yang sama. Pengalaman dari semasa ke semasa dapat mengukuhkan kebenaran ajaran tersebut. Masyarakat percaya bahawa manusia yang di bawah bimbingan agama akan menghasilkan kedewasaan peribadinya yang penuh melalui proses hidup yang telah ditentukan oleh hukum pertumbuhan yang penuh ancaman setiap masa. Marabahaya ini dapat menggagalkannya mulai dari masa kelahiran, kanak-kanak, remaja dan masa kedewasaannya. Bahkan pada saat-saat akhir manusia iaitu menghadapi kematian, para petugas akan membimbing mereka. Menurut buku sejarah lama sebelum kemunculan sekolah moden, setiap agama mempunyai pusat pendidikan atau institusi sebagai tempat memberi bimbingan kepada masyarakat seperti pondok, pesantren, biara, asrama, masjid dan sebagainya. Kunci keberhasilan pendidikan kaum agamawan apabila mereka mengamalkan nilai-nilai moral yang diajarkan dalam agama mereka. Nilai-nilai yang mempengaruhi para agamawan ialah makna dan tujuan hidup, mempunyai hati nurani, bertanggungjawab, dosa dan pahala, hukuman yang setimpal bagi pesalah serta menurut perintah Tuhan. Peranan agama dalam fungsi pendidikan mengajar masyarakat mengenai mana yang baik dan buruk, serta mengajak dan melarang yang harus dipatuhi agar pengikutnya menjadi seseorang yang baik dan benar.

2. FUNGSI PENYELAMATAN Setiap manusia menginginkan keselamatannya baik dalam hidup pada masa sekarang mahupun selepas mati. Manusia berusaha menjamin keselamatan hidup yang baik sepanjang masa dan perkara sebegini tidak boleh dipandang ringan begitu sahaja. Masyarakat menemui jalan jaminan untuk hidup selamat di dunia dan alam selepas mati adalah menerusi agama. Hal ini kerana agama mengajar dan memberi jaminan dengan cara-cara tertentu dapat menjamin kebahagiaan terakhir atau kehidupan selepas mati. Kebahagiaan dan keselamatan ini terletak di luar kemampuan manusia secara mutlak. Oleh itu manusia harus melakukan sesuatu untuk mencapai kebahagiaan terakhir menerusi agama. Manusia yang beragama percaya dapat memperoleh apa yang diinginkan. Mereka melakukan pelbagai upacara untuk meminta atau memohon daripada tuhan mereka seperti berdoa, memuja roh-roh, meditasi dan sebagainya. Contohnya apabila manusia mengalami bencana alam, masyarakat mula meminta pertolongan daripada tuhan mereka supaya mereka selamat dari bencana alam tersebut. 3. FUNGSI PENGAWALAN SOSIAL ( SOCIAL CONTROL) Fungsi kawalan soaial dalam agama adalah mekanisma atau kaedah yang digunakan untuk mengawasi tingkah laku individu dan kumpulan individu bagi menjamin kemakmuran dalam masyarakat. Kawalan sosial dianggap sebagai pemangkin utama dari sudut penjagaan keamanan, keselamatan, keselesaan dan sebarang bentuk ancaman kepada masyarakat. Oleh itu, kekukuhan ekonomi, kestabilan politik, keseimbangan sosiobudaya, perpaduan kaum dan integrasi nasional mudah dicapai. Walau bagaimanapun, keberkesanan kawalan sosial di dalam sesebuah

masyarakat banyak bergantung kepada tahap kesedaran yang tinggi, keakraban hubungan komuniti dan kerjasama yang wujud dalam masyarakat itu sendiri. Agama boleh mengekalkan order sosial (hukum-hukum yang mengatur keseimbangan sosial) dengan menggalakkan tingkah laku yang diingini dan menolak tingkah laku yang dilarang dalam masyarakat. Dalam semua agama ia membentuk sistem etika dengan memberi ganjaran kepada kebaikan dan mengenakan hukuman kepada kejahatan atau keburukan yang dilakukan. Contohnya kelahiran semula dalam agama Hindu, ganjaran syurga dan neraka. 4. FUNGSI MEMUPUK PERSAUDARAAN Agama dapat menyatukan masyarakat dalam merapatkan hubungan melalui nilai-nilai murni yang diajar dalam masyarakat. Masyarakat mematuhi peraturan tersebut untuk mendapatkan kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan alam selepas mati. Masyarakat juga dapat memupuk persaudaraan melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh setiap agama. Aktiviti-aktiviti ini dapat mengumpulkan masyarakat dalam satu masa agar dapat mengenali satu sama lain dan membentuk rasa kebersamaan di kalangan mereka. Oleh itu agama dapat mengukuhkan ikatan sosial dan identiti kumpulan dalam masyarakat. Melalui pengalaman dalam bidang agama mereka boleh berkongsi sesama mereka seperti kepercayaan, amalan, ritual, dan membentuk rasa kebersamaan. Terutama sekali dengan upacara amal bersama pada waktu tertentu. Contohnya ketika hari perayaan Hari Raya Aidil Fitri yang disambut oleh umat Islam setiap kali selepas bulan puasa. Pada hari tersebut masyarakat akan berkumpul dan melawat antara satu sama lain sambil memohon maaf. Perkara sebegini dapat mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan walaupun mereka sesetengah mereka tidak mempunyai hubungan kekeluargaan.

5. FUNGSI TRANSFORMATIF Agama juga berfungsi sebagai transformatif atau mengubah sesuatu ke arah yang lebih baik. Transformatif dalam agama bererti mengubah bentuk kehidupan masyarakat lama dalam kehidupan yang baru. Dalam konteks tersebut, hal ini bererti menggantikan nilai-nilai lama dengan menanam nilai-nilai baru. Sebelum agama hadir dalam masyarakat, sesetengah masyarakat telah mengamalkan adat-adat warisan mereka seperti membunuh manusia, makan benda yang terlarang seperti babi, anjing dan sebagainya. Selepas kedatangan agama baru, mereka perlu mengubah adat-adat tersebut agar bersesuaian dengan agama mereka. Contohnya agama Islam melarang pembunuhan antara satu sama lain. Jadi, masyarakat tersebut perlu mematuhi peraturan baru itu. Adat warisan masih lagi boleh dipakai selagi tidak melanggar peraturan agama tersebut. 6.FUNGSI PENYELESAIAN KONFLIK Agama juga berperanan dalam isu penyelesaian konflik atau masalah. Masyarakat seringkali mempunyai masalah yang tidak mendapat di selesaikan. Bagi umat Islam, untuk menangani sebarang masalah mereka akan berdoa, berzikir, melakukan solat sunat dan bertahmid. Cara sembahyang bagi umat Islam iaitu solat mampu memberi ketenteraman jiwa. Hal ini terbukti dalam kajian saintifik oleh pakar-pakar seluruh dunia. Selain itu, masalah yang dihadapi oleh masyarakat seperti masalah keluarga, sahabat dan sebagainya boleh berjumpa dengan para agamawan untuk mendapat nasihat serta dorongan. Masalah perkahwinan, kematian, kelahiran dan sebagainya juga boleh merujuk kepada para agamawan. Setiap agama mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan masalah yang dialami oleh masyarakat.Sebagai contoh bagi umat Islam, untuk mengetahui cara menyelesaikan masalah dalam sesuatu bidang hendaklah

berdasarkan Al-Quran dan hadis manakala penganut agama Kristian merujuk kepada Kitab Bible. 7.FUNGSI KOGNITIF Kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis dan membentuk konsep. Fungsi kognitif dalam agama adalah memberi sesuatu penjelasan yang tidak dapat dijawab oleh kajian saintifik yang dilakukan oleh manusia. Contohnya soalan kehidupan selepas mati, matlamat hidup, soal nasib dan sebagainya. Bagi kebanyakan manusia, soalansoalan ini adalah menarik dan untuk menjawabnya adalah perlu. Maka, agama itulah berfungsi untuk menjawab soalan-soalan ini. Sebagai contoh kitab Al-Quran merupakan salah satu mukjizat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Al-Quran mempunyai jawapan terhadap segala persoalan yang tidak dapat dijawab oleh masyarakat seperti bagaimana bulan dan bintang terbentuk. Al-Quran adalah satu kitab yang sahih yang perlu kita ikuti. Bagi penganut agama Kristian mereka merujuk melalui kitab Bible tentang segala permasalahan. 8.FUNGSI EMOSIONAL Masyarakat seringkali mendapat masalah dalam kehidupan mereka. Hal ini menyebabkan masyarakat mengalami kemurungan dan tekanan perasaan. Fungsi emosional dalam masyarakat adalah membantu individu menangani masalah seperti kematian, sakit dan sebagainya. Ajaran agama mengajarkan kita untuk mengendalikan emosi, perkataan dan tingkahlaku kita agar menjadi pengikut yang baik dan benar. Dengan fungsi ini, kita dapat mengambil tindakan atau keputusan tanpa terburu - buru dan dapat melihat situasi di sekeliling kita dengan tenang. Melalui jampi, mentera, berdoa dan sebagainya agama dapat memberi ketenteraman jiwa kepada

masyarakat dari segala masalah. Sebagai contoh dalam masyarakat yang beragama Buddha, melakukan meditasi untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan kebersihan dari segi batin. Hal ini membuktikan bahawa setiap agama mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan masalah. KESIMPULAN Agama adalah sebarang set sikap, kepercayaan dan amalan yang berkaitan dengan kuasa ghaib. Kepercayaan sedemikian boleh berubah dalam budaya serta di kalangan masyarakat, dan ia mungkin berubah mengikut masa. Kepercayaan agama adalah jelas dalam semua budaya yang diketahui dan disimpulkan daripada artifak berkaitan dengan Homo sapiens sejak sekurangkurangnya 60,000 tahun yang lalu. Teori-teori untuk menerangkan universaliti agama mencadangkan bahawa manusia mencipta agama sebagai tindak balas kepada keperluan sejagat tertentu atau syarat, termasuk keperluan untuk pemahaman, pengembalian kepada perasaan zaman kanak-kanak, kebimbangan atau ketidakpastian dan keperluan untuk masyarakat. Tuhantuhan dan roh mungkin tidak menentu atau diramalkan, menjauhkan diri daripada atau yang berminat dalam hal ehwal manusia, membantu atau menghukum. Dalam sesetengah masyarakat, semua tuhan adalah sama pangkat manakala dalam sesetengah masyarakat lain, terdapat hierarki dan kuasa di kalangan tuhan-tuhan dan roh, seperti di kalangan manusia. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk berkomunikasi dengan alam ghaib. Antaranya adalah solat, mengambil dadah atau sesuatu yang memberi kesan kepada tubuh dan minda, simulasi, perayaan-perayaan dan pengorbanan.

RUJUKAN http://en.wikipedia.org/wiki/Shinto http://en.wikipedia.org/wiki/Tefillin http://quizlet.com/20168462/religion-and-the-supernatural-chapter-10-flash-cards/ http://sabdalangit.wordpress.com/2011/10/28/indikator-interaksi-dengan-supernatural-being/ http://matadornetwork.com/bnt/photo-essay-how-people-pray-around-the-world/ http://indiananthropologist.blogspot.com/2012/10/interaction-with-supernatural.html http://en.wikipedia.org/wiki/Sacrifice http://en.wikipedia.org/wiki/Kami

Anda mungkin juga menyukai