Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
setelah 2 tahun 4 bulan berada dalam tahanan. Lelaki berusia 85 tahun itu berhadapan dengan dakwaan bersubahat membunuh penunjuk perasaan yang berhimpun sewaktu revolusi 25 Jan 2011 yang lalu. Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara sepanjang hidup pada tahun lepas, namun satu perbicaraan semula telah dilakukan selepas rayuan beliau diterima yang telah menggugurkan beliau dari tuduhan korupsi dan juga tuduhan membunuh penunjuk perasaan pada revolusi 25 Jan 2011. Dengan penahanan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Dr Mohammad Badie dan juga pembebasan bekas Presiden, Husni Mubarak, semakin terserlah kepada dunia agenda sebenar rampasan kuasa tentera. Rampasan kuasa tentera yang kononnya ingin menegakkan demokrasi sebenarnya bertujuan mengembalikan semula kekuasaan tentera dan mengenakan semula tekanan ke atas Ikhwanul Muslimin. Ini merupakan konspirasi terancang oleh musuh-musuh yang ingin melihat kehancuran Islam di atas muka bumi ini. - MESIR KINI 1
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarganya, sahabat-sahabatnya dan orangorang yang mengikutinya. Sesungguhnya para perampas kuasa dan pembuat kerosakan telah melampau dalam menumpahkan darah rakyat yang tidak berdosa, mencabut roh-roh yang suci tanpa alasan yang benar. Mereka memekakkan telinga dan membutakan mata daripada mendengar dan memerhatikan ancaman Allah Ta'ala menerusi firman-Nya yang bermaksud: "... Bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya (Al-Maidah: 32) Mereka tidak menghiraukan janji Allah yang benar dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka Jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar. (An-Nisaa: 93) Mereka buat-buat lupa arahan dan peringatan Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya hancurnya dunia ini lebih enteng di sisi Allah daripada membunuh seorang lelaki beriman tanpa hak (tanpa alasan yang benar). Bersambung di muka 2...
Hari Selasa, 20 Ogos 2013 lalu menyaksikan penangkapan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Dr Mohammad Badie di sebuah kediaman pangsapuri di Madinah Nasr yang terletak di Timur Laut Kaherah pada kira-kira jam 2 pagi. Ini merupakan lanjutan siri penangkapan besarbesaran ke atas pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang bermula sejak beberapa hari sebelum itu dalam usaha melemahkannya. Namun ini sebenarnya langsung tidak melemahkan mereka. Buktinya sebelum ini Hassan Al-Banna dan Sayyid Qutb dibunuh, ramai pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang ditangkap, namun itu tidak menghentikan dakwah dan fikrah Ikhwanul Muslimin dari terus tersebar dan melebar. Ketika Dr Mohammad Badie ditangkap, tiada satupun senjata merbahaya yang ditemui bersama beliau. Ini sekaligus menyangkal dakwaan dan tohmahan yang mengatakan bahawa Ikhwanul Muslimin adalah pengganas. Selepas penangkapan beliau , pihak pendakwaraya Mesir telah mengarahkan penahanan selama 15 hari buat Dr Mohammad Badie atas tuduhan menghasut mengadakan keganasan dan membunuh para demonstran. Dr Badie merupakan Professor Patologi di Fakulti Perubatan Veterinar di Universiti Bani Suef dan beliau merupakan salah seorang daripada 100 orang saintis arab terhebat diperakui oleh Ensiklopedia Saintifik Arab yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Maklumat Negeri, Mesir pada tahun 1999. Bersambung di muka 4...
SUMBANGAN USAHA-USAHA KEMANUSIAAN DI MESIR BOLEH DIBUAT MELALUI AKAUN: 21245 - 76000 - 6543 (RHB BANK BANDAR BARU BANGI) PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA rawiyiah@ikram.my / 019 - 321 7461 (Pn Rawiyiah) / FAX: 03 - 8945 1772
R ISA LA H I N I D ITER B ITKA N O LEH: PERTU B U HA N I KRA M M A LAYSIA (I KRA M), N o. 9, Ja la n Daga n g SB 4 / 1 , Ta ma n Su n ga i B esi I n da h 433 0 0 Ser i Kem ba n ga n, Sela n g o r Da ru l Ehsa n . Tel: +6 03 - 8945 69 9 9, +6 03 - 8945 3 6 6 6 / Fax: +6 03 - 8945 1772 http://www.i kra m.o rg.my FB.co m/i kra m.ma laysia MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KEPADA:
M/s - 4
M/s - 1
Sambungan dari muka 1... Para perampas tidak cukup dengan gugurnya ribuan syuhada, ribuan mangsa disumbat di dalam penjara, malah mereka melakukan pelbagai jenis siksaan ke atas mangsa-mangsa yang ditangkap. Puluhan daripada mangsa diperlakukan dengan cara yang amat keji, terkeluar daripada batas undang-undang, yang menyayat hati setiap makhluk yang hidup dan ada perasaan.
Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: Inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan Rasul-Nya dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. (Al-Ahzab: 22) Sesungguhnya orang yang membawa risalah kebenaran memahami bahawa harga yang mahal akan dibayar sebagai bukti iman yang benar. Orang yang membawa risalah kebenaran akan memberikan harta, kerehatan, keselesaan dan dirinya. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah: 155) Namun dia tidak berputus asa daripada janji Tuhannya. Dia tidak akan menukar aqidah dan pendiriannya. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayat-Nya. (Al-Baqarah: 156 - 157) Demikianlah, mukmin tidak putus harapannya daripada rahmat Allah. Tidak goncang keyakinannya pada pertolongan Allah. Dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman. (Ar-Rum: 47) Kerana ayat ini dan lain-lain lagi kita tidak berputus asa wahai saudaraku yang disayangi. Apa sekalipun yang dilakukan oleh mereka yang zalim; sekiranya mereka tangkap atau bunuh para pemimpin, mereka tidak akan dapat menangkap iman kita atau membunuh fikrah kita kerana kita berhimpun atas dasar risalah dan prinsip bukan atas dasar pemimpin atau individu. Sekalipun betapa cintanya kita kepada pemimpin kita, betapa kita menghargai perjuangan mereka, kita sanjungi pengorbanan mereka, maka apakah kita takut risalah kita akan lemah atau tersungkur dengan tertangkapnya setengah pemimpin atau syahidnya mereka? Demi Allah, sekali-kali tidak! Sesungguhnya dakwah kebenaran tidak akan tersungkur dan tidak akan mati selama-lamanya. Bahkan ia dijanjikan kemenangan yang besar selepas mehnah (ujian). Maka berpegang teguhlah wahai saudara-saudara yang merdeka dengan dakwah kamu, dan tetapkan pendirian di atas agama kamu dan prinsip kamu. Pertahankanlah pendekatan aman kamu, dan yakinlah bahawa pendekatan aman kamu itu lebih kuat daripada peluru mereka. Yakinlah bahawa kemenangan dan keabadian adalah milik mereka yang paling baik akhlaknya dan paling kuat iman serta keyakinannya. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan. (Ar-Rad: 17) Berusahalah bersungguh-sungguh dalam menguatkan hubungan dengan Allah. Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat (Al-Baqarah:45). Peliharalah kesatuan kamu. Tumpukan kepada hadaf yang besar bagi gerakan kamu dan jihad kamu, iaitu membebaskan watan dan rakyatnya daripada kehinaan, penindasan dan diktator, serta mengembalikan Thaurah 25 Januari yang agung dengan segala isinya, kemuliaan, kesatuan dan kepuasan. Jangan kamu berputus asa kerana putus asa itu bukan daripada akhlak rijal. Allah bersama kamu dan Dia pasti menolong kamu. Allahu Akbar. Hidup Thaurah kita yang aman. Hidup Mesir, bebas dan stabil.
Jangan berputus asa kerana putus asa itu bukan daripada akhlak rijal (wira)
Sekiranya ujian bertimpa-timpa, bagi mukmin ujian itu tidak menambah kecuali keyakinan yang lebih utuh, lebih kukuh bahawa dia berada di atas jalan yang benar.
Dr Mahmoud Ezzat (Pemangku Mursyidul Am) Ikhwanul Muslimin; Kaherah 14 Syawal 1434H / 21 Ogos 2013
Diterjemahkan oleh: Ustazah Maznah Daud, Ketua Wanita IKRAM Pusat.
Sumber: http://zaadut-taqwa.blogspot.com/
M/s - 2
M/s - 3