Anda di halaman 1dari 17

APPLY ELECTRONIC CIRCUIT MAINTENANCE

TOPICS

Check electronic component Check printed circuit board Replace faulty component and cards

PENGENALAN KEPADA KAPASITOR


Kapasitor ialah suatu alat penyimpanan tenaga elektrik yang boleh mengecas dan menyahcas. Seperti perintang ,pemuat juga salah satu daripada komponen elektronik penting yang terdiri daripada dua pengalir yang diasingkan oleh satu penebat yang dinamakan dielektrik . Dielektrik ini boleh terdiri daripada udara,wax terpadat seramik,mika atau kertas terpadat dengan elektrolitik yang berkimia.Kapasitor juga dikenali sebagai pemuat.

OPERASI ASAS BAGI KAPASITOR

Apabila voltan dibekalkan kepada satu kapasitor melalui suatu litar yang lengkap, maka elektron akan mengalir dari terminal negatif bekalan untuk memberi elektron yang berlebihan kepada satu plat .Elektron tersebut terus mengalir ke plat yang bertentangan dengannya dan terus ke terminal positif bekalan dengan meninggalkan plat tersebut sebagai kekurangan elektron.Oleh itu, arus mengalir di dalam wayar litar tetapi ada arus yang mengalir menembusi dielektrik kapasitor.Setelah pemuat mengecas sepenuhnya,arus tidak akan mengalir lagi.

UNIT BAGI KAPASITOR

Unit asas bagi kapasitor ialah farad (F) .Kapasitor mempunyai kemuatan satu farad apabila arus pengecas satu ampere atau cas satu Coulomb per saat menyebabkan cas voltan bagi satu volt antara kedua-dua plat.Unit farad adalah terlalu besar untuk kegunaan pratik.Oleh itu unit ini dibahagi-bahagikan kepada unit-unit yang kecil seperti microfarad (F) dan pikofarad (pF).

KEMUATAN

Kemuatan ialah suatu sifat litar yang membolehkan tenaga disimpan dalam bentuk medan elektrik antara dua pengalir atau plat yang diasingkan oleh dielektrik.Kemuatan juga mempunyai sifat litar elektrik yang sentiasa menentang perubahan voltan.

JENIS-JENIS DAN CIRI-CIRI KAPASITOR

Kapasitor itu dikelaskan mengikut bahan dielektrik yang digunakan seperti udara, kertas, mika, polister, polisterina dan elektrolitik. Amnya, terdapat 2 jenis pemuat iaitu kapasitor tetap dan kapasitor boleh ubah

KAPASITOR TETAP

A) Jenis Kertas

Kapasitor jenis kertas adalah jenis biasa dan ringkas. Platnya terdiri daripada 2 bilah keranjang aluminium panjang yang diasingkan oleh bilah-bilah kertas wax yang bertindak sebagai dielektrik. Gabungan ini dilipat kedalam satu tiub yang kemudiannya dimasukkan dengan wax dan dipateri kedalam satu bekas logam atau kotak kertas. Nilai kemuatan kertas ini adalah diantara 250pF hingga 10F, pada voltan kendalian sehingga 150kV A.T. Untuk kadaran yang melebihi 600V, bekasnya dibuat daripada logam yang diisikan dengan minyak. Pemuat jenis ini yang lebih sofisikated menggunakan plastic dan tidak lagi menggunakan kertas. Ini boleh memberikan ketahanan yang lebih baik walaupun saiznya lebih kecil

B) Jenis Mika
Kapasitor ini berkualiti tinggi. Komponennya terdiri daripada beberapa plat keranjang logam yang dibentuk berlapis-lapis serta diselang-seli oleh mika sebagai dielaktrik. Susunan ini diletakkan didalam bekas plastic atau logam. Nilai kemuatannya adalah antara 25pF-0.25F pada voltan kendalian sehingga 2kV A.T.

c) Jenis seramik

Kapasitor jenis ini menyediakan nilai kemuatan yang rendah. Komponennya terdiri daripada satu cakera atau rod seramik sebagai plat. Nilai kemuatannya adalah antara 0.5pF-0.1F pada voltan kendalian hingga kepada 500V A.T.

d) Jenis Elektrolik

Kapasitor jenis ini digunakan untuk mendapatkan nilai kemuatan yang tinggi, iaitu lebih besar daripada 1F. Nilai kemuatannya adalah antara 1F-1000F dan secara am voltan kendaliannya menurun daripada 600V A.T sebaik sahaja kemuatannya meningkat. Pemuat jenis ini menggunakan elektrolit sebagai dielektrik. Elektrolit yang digunakan terdiri daripada jenis borax, fostat atau karbonat. Semasa pembuatan pemuat ini voltan A.T dibekalkan kepada plat dan proses elektrolisis berlaku. Satu bilah oksida bertindak sebagai dielektrik antara elektrod positif dan kasa. Nilai kemuatan yang tinggi ini disebabkan oleh lapisan oksida yang terlalu nipis. Oleh sebab binaannya begitu rupa, maka pemuat elektrolitik mesti disambung dengan betul. Terminal positif ditanda dengan +ve atau tanda merah

KAPASITOR BOLEH LARAS

a) Kapasitor Dwigang

Lazimnya kapasitor jenis ini terdiri daripada 2 set plat logam yang disusun secara berselang-seli dengan udara sebagai dielektriknya. Kapasitor boleh laras ini digunakan untuk menala penerima radio dari stesen yang tertentu. Variasi ini boleh diperolehi melalui pergerakkan plat yang berhubung antara satu sama lain supaya bahagian yang tertinggal dapat dilaraskan.

b) Pemuat Trimmer atau Preset

Kapasitor boleh laras jenis ini hanya membenarkan variasi kemuatan yang kecil. Ia dibuat dengan beberapa cara, antaranya ialah : i) Serupa dengan pemuat boleh laras dwigang tetapi saiznya lebih kecil. ii) Dua plat logam dengan satu bilah mika diantaranya. Jarak antara plat boleh dilaras dengan satu skru pelaras.

KEROSAKAN KAPASITOR

KEROSAKAN YANG SERING BERLAKU

Litar Buka (open circuit) Litar Pintas (short circuit) Kebocoran yang berlebihan (leakage)

KEROSAKAN

a) Litar Buka Litar buka biasanya disebabkan oleh bahagian terminal yang tertanggal dari plat kapasitor. kapasitor ini boleh dikesan dengan menggunakkan multimeter di mana jarum penunjuk multimeter akan menunjuk bacaan infiniti. b) Litar Pintas Litar pintas mungkin berlaku disebabkan oleh kerosakan pada penebat dielektrik kerana voltan yang berlebihan atau terlampau panas.Kerosakan ini boleh dikesan dengan melakukan ujian penerusan melalui multimeter dalam julat ohm.Jarum penunjuk multimeter bacaan yang paling rendah. c) Kebocoran Berlebihan Kapasitor disifat sebagai bocor berlebihan apabila ia tidak dapat menyimpan cas. Ia boleh diuji dengan menggunakan multimeter dalam julat ohm jarum penunjuk akan naik dan turun dengan cepat.Apabila satu kapsitor yang baik diuji dengan multimeter dalam julat ohm,jarum penunjuk meter akan turun ke bacaan rendah dan perlahan-lahan bergerak kebacaan yang tinggi (jenis elektrolitik).