Anda di halaman 1dari 6

TAMADUN ISLAM: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN KEJATUHAN. 1.

KELAHIRAN TAMADUN ISLAM

2. PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM Perkembangan Tamadun Islam dapat dibahagikan kepada 3 peringkat: a. Tamadun Zaman Awal (Zaman Awal zaman Nabi Muhammad SAW dan Khulafa al-Rasyidin), b. Tamadun Zaman Pertengahan (Zaman Kerajaan Bani Ummayah, Kerajaan Bani Abbasiyyah dan Kerajaan Uthmaniyyah) c. Tamadun Islam Zaman Kontemporari- termasuk perkembangan Islam di Nusantara dan Malaysia 2.1. Tamadun Zaman Awal

2.2. Tamadun Zaman Pertengahan Pembentukan kerajaan Bani Abbasiah melalui proses yang lama dan menggunakan strategi revolusi yang tersusun. Pertama: Gerakan Bawah Tanah yang telah disusun oleh Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas. Kedua: Usaha-usaha propaganda yang bersifat rahsia dan berterusan. Bagi mereka kuasa pemerintahan adalah hak Bani Hasyim bukan Bani UmaiYah. Ketiga: Manfaatkan Orang Bukan Arab Kaum Muslimin bukan Arab (mawali) yang sejak lama dipinggirkan perlu dimanfaatkan. Keempat: Pemberontakan Propaganda secara terang-terangan yang dilakukan selepas terjadi peristiwa gencatan senjata pada tahun 120 H. Abu Muslim al-Hurasani, salah seorang daripada Bani

Abbasiah mengumumkan pemberontakan ke atas Bani Umaiyah dan mengangkat bendera hitam sebagai simbol pemberontakan. Zaman pemerintahan dua khalifah yang pertama, Abu alAbbas al-Saffah (750-754 M) dan saudaranya Abu Jaafar al-Mansur (754-775 M) adalah pemerintahan secara berpusat. Antara dua khalifah ini, Abu jaafar al-Mansur yang gigih dalam membina Kerajaan Bani Abbasiah. Beliau menggunakan gelaran alMansur yang bermaksud 'yang dimenangkan.' Bagi memantapkan posisi kerajaary beliau memerangi lawanlawannya seperti Bani Umaiyatr, Khawarij dan Syiah dengan

bersungguh-sungguh. Beliau menyingkirkan tokoh-tokoh yang menjadi musuh politiknya. Beliau membunuhAbdullah bin Ali dan Soleh bin Ali, bapa saudaranya sendiri yang dilantik menjadi gabenor di Syiria dan Mesir oleh khalifah sebelumnya. Pembunuhan dilakukan oleh orang suruhannya Abu Muslim al-Khurasani. Al-Khurasani kemudian dihukum mati pada 755 M kerana khuatir akan menjadi musuhnya pada kemudian hari. Bagi meneruskan kerajaannya, al-Mansur mengambil strategi yang berbeza dengan Kerajaan Bani Umaiyah. Beliau menjalin hubungan dengan Parsi dan menyusun struktur pemerintahan. Pertama: Beliau memindahkan ibu kota dari Damaskus ke Baghdad,

berdekatan dengan ibu kota Parsi pada tahun 762M. 2.3. Tamadun Islam Zaman Kontemporari Perkembangan Islam yang amat pantas di seluruh dunia amatlah membimbangkan masyarakat Eropah yang majoritinya Kristian. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyekat pengaruh agama ini termasuk melalui usaha missionari, peperangan, dan malah

Islamphobia. Islam terus berkembang dan peningkatannya tidak pernah merosot mendadak naik terutama sekali selepas

kejatuhan Uthmaniyah. Pertumbuhan Penduduk

Islam mencapai 2.9% setahun, dibandingkan pertumbuhan penduduk dunia hanya 2.3% setahun. Ini menjadikan Islam sebagai agama dengan pertambahan pemeluk paling cepat di dunia. Angka kelahiran tertinggi di dunia adalah negara yang majoriti penduduknya Muslim.

Pertambahan penduduk Muslim semakin berkembang ke Barat. Meskipun pusat kekhalifahan di Baghdad dihancurkan oleh bangsa Mongol pada pertengahan abad ke-13, dengan takdir Allah askar Mongol sendiri berbondong-bondong memeluk Islam dan menyebarkan agama Islam di Rusia, Kaukasus dan Laut Kaspia. Genghis Khan sendiri menegakkan Kesultanan Mongol di India dari abad ke-16 hingga abad ke-19. Islam merupakan agama kedua terbesar yang dianuti di dalam Persekutuan Rusia. Terdapat kira-kira 21-28 juta penduduk Islam di Rusia, mewakili sekurang-kurangnya 15-20 % daripada jumlah penduduk negara Rusia dan membentuk agama minoriti yang terbesar. Kelompok masyarakat terbesar Islam tertumpu di antara warganegara minoriti yang tinggal di antara Laut Hitam dan Laut Caspian. Islam pertama kali dibawa ke China oleh sebuah rombongan yang dikirimkan oleh Khalifah Uthman bin al-Affan pada 651 M, lebih kurang dari dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad. Rombongan itu diketuai oleh Sa`d ibn Abi Waqqas bapa saudara Nabi sebelah ibunya. Yung Wei, maharaja Dinasti Tang yang menerima rombongan itu memerintahkan pembinaan sebuah masjid peringatan di Canton, yang merupakan masjid pertama di negara itu dibina. Zaman Dinasti Tang adalah zaman keemasan China yang membantu memperkenalkan agama Islam. Permastautinan orang Islam pertama di China terdiri daripada saudagar Arab dan Parsi. Di kawasan tersebut, kabilah Hui Chi menerima Islam, dan nama tersebut menjadi permulaan kepada rujukan terhadap hui hui atau Hui sebagaimana yang mereka dikenali hari ini. Terdapat kira-kira 40,000 buah masjid di China. China menjadi negara Asia Timur yang pertama menerima Islam dengan 500 tahun lebih awal dari Tanah Melayu. Orang China turut menyumbang menyebarkan Islam di Tanah Melayu. Pengaruh budaya China mempengaruhi binaan masjid di Tanah Melayu (Malaysia) seperti masjid-masjid di Melaka dan masjid Beijing di Kelantan. Di Eropah, banyak negara di sana mencatatkan Islam sebagai agama paling besar selepas agama Kristian, termasuklah di Itali, Sweden, Perancis dan Jerman. Sementara itu, di

sebelah timur Eropah terutamanya Bosnia, Albania, Republik Macedonia, Bulgaria dan Ukraine, komuniti-komuniti penduduk Islam berkulit putih sudah wujud sejak berkurunkurun lamanya dan selepas mendapat tentangan semasa zaman komunisme, sekarang sudah kembali aktif dalam menghidupkan semula Islam. Antara sebab Orang Eropah berminat dengan Islam: Eropah dilanda Zaman Kelam sebelum tiba Zaman Pembaharuan. Tempoh zaman ini selama 600 tahun, dan bermula antara zaman kejatuhan Kerajaan Rom dan berakhir dengan kebangkitan intelektual pada abad ke-15 M. Gelap juga bermaksud tiada prospek yang jelas bagi masyarakat Eropah. Keadaan ini wujud kerana tindakan dan cengkaman kuat pihak berkuasa agama. Gereja Kristian yang sangat berpengaruh. Gereja serta para paderi mengawasi pemikiran masyarakat serta juga politik. Mereka berpendapat hanya gereja sahaja yang berkelayakan untuk menentukan kehidupan, pemikiran, politik dan ilmu pengetahuan. Akibatnya kaum cendekiawan yang terdiri daripada ahli-ahli sains berasa mereka ditekan dan dikawal ketat. Pemikiran mereka ditolak. Sesiapa yang mengeluarkan teori yang bertentangan dengan pandangan gereja akan ditangkap dan didera malah ada yang dibunuh. Dalam politik, gereja sering bersaing dengan kuasa-kuasa kerajaan. Biasanya apa yang berlaku di Eropah pada abad pertengahan itu ialah kuasa gereja lebih kuat dan ada kalanya terjadi semacam kerjasama. Thomas Aquinas (m 1274) seorang ahli falsafah zaman ini mengeluarkan teori negara wajib tunduk kepada kehendak gereja. Golongan cendekiawan sentiasa memberontak terhadap pengawasan gereja tersebut. Pada abad ke-12, gerakan intelek telah mula berjalan. Cerdik pandai Eropah mula bersikap lebih berminat untuk tahu dan lebih ghairah terhadap kebudayaan bangsa Timur yang telah lama maju. Timur yang dimaksudkan itu ialah Timur Tengah. Beberapa kota besar di Timur Tengah telah menjadi kota ilmu pengetahuan seperti Iskandariah, Harran, Antioch dan Baghdad. Perbincangan akademik yang melibatkan tajuk besar seperti metafizik, perubatan, astronomi, etika, politik, fizik dan lain-lain dibahaskan secara terbuka dan ilmiah.

3. KEJATUHAN TAMADUN ISLAM Walaupun Bani Umaiyah pernah mengalami kejayaan namun pemerintahannya akhirnya mengalami kelemahan dan kehancuran. Para sejarawan menganalisis sebabsebab kelemahan dan kehancuran itu, baik yang disebabkan oleh tentangan-tentangan daripada pihak luar seperti pemberontakan mahupun persengketaan dari dalam. Pelbagai tentangan dari luar yang tidak henti-henti sejak fasa awal pemerintahannya hingga fasa akhir. Pertama, tentangan dan perlawanan sengit daripada kumpulan radikal Khawarij yang menganggap pemerintahan Bani Umaiyah tidak sah kerana pelantikan kerajaannya melalui cara tahkim yang menurut mereka bukan cara Islam. Kedua, tentangan dan serangan daripada kumpulan Syiah, penyokong Ali yang sejak awal lagi menjadi musuh Muawiyah. Serangan terhadap Bani Umaiyah dimulakan oleh Husairu khalifah di Kufah yang tidak setuju dengan pelantikan Yazid sebagai pengganti Muawiyah. Namury

pasukan Yazid memenangi peperangan dan Husain terbunuh dalam peperangan itu. Kepala Husain diserahkan kepada Yazid di Damaskus, manakala tubuhnya disemadikan di Karbala, Kufah,Iraq. Ketiga, tentangan daripada Abdullah bin Zubair dari Makkah yang ingin merebut hak khalifah daripada Bani Umaiyah. Perebutan ini dilakukan sebagai usaha meneruskan perjuangan ayahnya, Zubair dan Talhah yang terbunuh dalam Perang Siffin semasa berperang dengan Ali bin Abu Talib bagi merampas hak itu. Peperangan itu berlaku di kawasan Makkah dan Madinah. Akhirnya,Yazid terbunuh pada 683 M dan pasukannya kembali ke Damaskus. Pemerintahan Abdullah binZubatr berkembang pesat hinggalah al-Hajjaj berjaya menjatuhkan Abdullah bin Zubair pada 692M. Permusuhan antara suku Arab Utara (Bani Qays) dan Arab Selatan (Bani Kalb) yang berlaku sejak zaman sebelum mengakibatkan Islam semakin kuat pada zamafl Bani sukar untuk Umaiyah. Permusuhan ini bersatu. Di samping itu,

pemerintah Bani Umaiyah

sebahagian besar daripada golongan mawali (bukan Arab) terutama di Iraq dan wilayah

bahagian Timur lainnya tidak puas hati kerana sikap mementingkan kedudukan dan keangkuhan bangsa Arab pada zaman Bani Umaiyah. Sistem pelantikan khalifah

mengikut garis keturunan adalah tradisi baru bagi bangsa Arab yang lebih

Anda mungkin juga menyukai