Anda di halaman 1dari 18

PENGUAT E3005/UNIT 4/1

UNIT 4 : PENGUAT

Objektif am : Mengenal litar , blok penguat dan mengesan


kerosakan yang berlaku .
Objektif khusus : Di akhir unit ini pelajar sepatutnya dapat :
• Mengenal blok-blok penguat audio.
• Melukis & melabel litar penguat audio.
• Menganalisa bahagian penguat audio seperti Pra-
Penguat ,Rangkaian Kawalan Nada, Pemuat Pemacu
dan Penguat Kuasa.
• Mengesan sesuatu kerosakan pada penguat audio.
• Mengenal jenis penguat audio seperti Penguat
Hujung Tunggal,Penguat Tolak-Tarik danPenguat
Simetri Pelengkap.

4.0 Pengenalan

Dalam peralatan elektronik satu bahagian yang sangat penting ialah


bahagian penguat. Secara am penguat berfungsi untuk menguatkan
(membesarkan) isyarat, voltan dan arus. Ia berguna dalam berbagai litar
seperti penguat pra kuasa, frekuensi RF dan IF, voltan tinggi dan
sebagainya.Setiap fungsi menentukan rekabentuk penguat tertentu terdiri
dari kelas A, B atau C.

i. Kelas A
PENGUAT E3005/UNIT 4/2

Rajah 4.0 : Penguat Kelas A


Kelas A ialah penguat yang berfungsi menghasilkan keluaran penuh iaitu ± 360°.
Contohnya penguat pra audio.

ii. Kelas B
Menghasilkan keluaran separuh fasa iaitu ± 180°.

Rajah 4.1 : Penguat Kelas B


Biasanya penguat Kelas B di bina dengan penguat kembar + ve dan – ve agar keluaran
menjadi 360°.Kebaikannya ia dapat menghasilkan keluaran dua kali ganda penguat Kelas
A. Contohnya penguat kuasa audio tolak-tarik dan simetri pelengkap.

iii. Kelas C
Kelas C adalah penguat yang menghasilkan bentuk denyut iaitu keluarannya berfasa
kurang dari 180°.
Contohnya penguat IF dan RF.
PENGUAT E3005/UNIT 4/3

Rajah 4.2 : Penguat Kelas C

4.1 Kerosakan pada blok-blok penguat audio

Seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini, setiap alat audio mempunyai peringkat-peringkat
tertentu bagi memghasilkan kawalan dan kualiti audio yang baik.

Contoh nya :

Rajah 4.3 : Blok-Blok Penguat Audio

4.1.1 Pra - Penguat Audio

Pra penguat audio di reka bentuk bagi fungsi :

i. Menguatkan isyarat kecil dari unit masukan


PENGUAT E3005/UNIT 4/4

ii. Menjodohkan galangan masukan


iii. Menghadkan nisbah hingar isyarat

Penguat yang di pilih Kelas A hujung tunggal.


Contoh:

Rajah 4.4: Pra-Penguat Audio


PENGUAT E3005/UNIT 4/5

4.1.2 Penguat Kawalan Nada

Di bahagian kawalan nada, binaan pra penguat isyarat diperlukan untuk menstabilkan atau gantian
isyarat pra yang akan susut di litar nada.Binaan ini terdiri dari kawalan-kawalan:

i. Treble
ii. Bass
iii. Bahana (volume )
iv. Balance

Contoh : Pra Penguat Kawalan Nada

Rajah 4.5: Kawalan Nada

Treble – adalah kawalan audio frekuensi tinggi atau lain perkataannya ‘kenyaringan’
bunyi.Litarnya di buat berasaskan litar penapis lulus frekuensi tinggi.
Bass – ialah kawalan audio frekuensi rendah yang di rekabentuk dari litar penapis lulus frekuensi
rendah bagi menambahkan bunyi ‘garau’.
Bahana – kawalan audio keseluruhan iaitu meninggi atau merendahkan amplitud isyarat.Ia di
bina bagi voltan atau ‘attenuator’ ( pengecil ).
PENGUAT E3005/UNIT 4/6

4.1.3 Pemacu / Pra-Penguat 2


Litar binaannya sama seperti pra penguat awal untuk memastikan isyarat keluaran dari litar’ tone’
tidak susut banyak.Ia juga di gunakan sebagai pemacu penguat kuasa keluaran.Sebagai pemacu ia
berlagak sebagai pemincang masukan penguat kuasa.

4.1.4 Penguat Kuasa


Dalam litar penguat kuasa audio asas terdiri dari beberapa jenis iaitu :
i. Penguat Hujung Tunggal (Single Ended)
ii. Tolak- Tarik ( Push – Pull )
iii. Simetri Pelengkap/Complementary
iv. Litar Sepadu

4.2 Kerosakan –kerosakan pada Penguat –penguat

4.2.1 Penguat Hujung Tunggal


Litar ini adalah penguat kelas A dan dijodohkan dengan pengubah keluaran agar sesuai dengan
speaker.Isyarat pincang (voltan a.t) di masukkan oleh pemacu samada dari litar transistor atau litar
sepadu untuk membolahkan transistor keluaran bekerja dalam
kelas A.

Rajah 4.6 : Penguat Hujung Tunggal


PENGUAT E3005/UNIT 4/7

Isyarat sin kecil yang masuk ke tapak Q301 akan bergerak di sekitar voltan pincang ini,seterusnya
Q301 beroperasi mengikut voltan isyarat T351 berlagak sebagai beban a.u (isyarat).Isyarat yang
susut di sini di turunkan bagi penyesuaian galangan speaker.C352 pula di tukar nilainya untuk
pelaras tonr tetap.Jika besar nilainya,suara lebih nyaring (lebih treble) begitu juga sebaliknya.
Kerosakan yang mungkin berlaku
C707- terbuka – suara menjadi dengung dan serak,isyarat keluaran bererutan
C353-terbuka/pintas-tiada suara/bekalan terputus
Q301-pintas/terbuka-tiada suara/bekalan terputus
T351-terbuka/pintas-tiada suara
Perintang –mana- mana perintang terbuka- tiada suara

4.2.2 Penguat Tolak-Tarik

Rajah 4.7 : Penguat Tolak-Tarik

Litar penguat ini bekerja dalam kelas B bagi tiap transistor keluaran.Bermula dari litar pemacu
,isyarat masuk melalui T7,kemudian di turunkan ke lilitan pendua yang di’tap’kan guna untuk
mengasingkan isyarat +ve dan –ve.Pincang bagi tapak kedua –dua transistor Q4 dan Q5 adalah
‘common’ iaitu R7,D3 dan Rth.
PENGUAT E3005/UNIT 4/8

Rajah 4.8 :Penguat Tolak Tarik


Dari rajah diatas ,isyarat +ve mengalir melalui lilitan pendua T7-A.Lilitan B tidak boleh
mengalirkan arus kerana berlawanan dengan laluan isyarat A dan pincang ke bumi melalui diod
D3.

Bagi isyarat –ve pula,lilitan B yang mengalirkannya masuk ke tapak transistor Q5 dan lilitan A di
potong ke bumi.
PENGUAT E3005/UNIT 4/9

Rajah 4.9 : Penguat Tolak -Tarik


Begitu juga dengan T8 yang mana ,tiap isyarat +ve dan –ve bekerja pada lilitan utama C dan D
sahaja.
Kerosakan yang mungkin berlaku
Transistor Q4 atau Q5 – pintas-keluaran bererutan amplitud rintangan R8 & R6 terbakar.
- terbuka- bererutan amplitud
T7 dan T8 - pintas/terbuka – tiada suara
Perintang pincang – bererutan silang ( cross-over )

4.2.3 Simetri Pelengkap


Satu lagi jenis penguat kuasa transistor ialah jenis simetri pelengkap.Ia berfungsi dalam kelas
B.Untuk melengkapkan isyarat dari 180 ke 360,transistor keluaran di sirikan samada
menggunakan dua transistor yang berciri sama atau jenis berlawanan (compliment).

Contoh 1: Litar masukan penjodoh pengubah


PENGUAT E3005/UNIT 4/10

Rajah 4.10: Litar masukan penjodoh pengubah


PENGUAT E3005/UNIT 4/11

Rajah 4.11 : Pincang Terus

Contoh 3 : Pincang Diod

Rajah4.12 :Pincang Diod

Dalam contoh 1 ,T605 di gunakan sebagai penjodoh masukan.Lilitan pendua di kenakan dengan
rintangan-rintangan pincang R616,R617,R618,R619 dan R622.Ketika tiada isyarat,voltan
pincang berada di aras tengah i.e di sekitar 6V.Apabila isyarat +ve lilitan A akan terjana dan
menghasilkan voltan susut.Voltan ini membuat voltan EB TR25 menjadi besar ,seterusnya
mengalirkan arus hasilnya vltan EC menjadi rendah.
Begitu juga ketika isyarat –ve lilitan B akan menyusutkan arus au sahaja dan menghadkan at.

Dalam contoh 2 ,voltan pincang bagi transistor keluaran Q205 dan Q206 adalah bergantung
kepada voltan pemungut transistor Q204. Manakala voltan pincang Q204 pula di ambil dari
bekalan melalui R231, Vbe dan R227.
Apabila tiada isyarat voltan pincang ,Q204 bekerja pada voltan at tertentu dan voltan ini di suap
ke tapak Q205 dan Q206.Aras voltan pincang ini berubah apabila ada isyarat masukan.Dengan
ini isyarat +ve dan –ve boleh di asingkanoleh transistor pemacu Q204.
PENGUAT E3005/UNIT 4/12

Dalam contoh 3 ,transistor keluaran di bina dengan pasangan ‘Darlington’ jenis komplimentari
(complimentary).Cara kerja pincang hampir sama seperti dalam
contoh 2,di mana ia bergantung kepada transistor pemacu TR1 dan isyarat +ve dan –ve di
asingkan menggunakan diod D1 dan D2.
Kerosakan yang mungkin berlaku
Transistor keluaran: Sekali imbas kita perhatikan transistor-transistor keluaran di sambung terus
dari bekalan melalui rintangan-rintangan rendah dan ke bumi.Jika di beri pincang ,transistor
berfungsi penuh iaitu mengalirkan arus maksimum.Ini membebankan transistor keluaran.Oleh itu
kerosakan yang paling kerap berlaku ialah pada transistor keluaran.

Keadaan kerosakan, boleh terbuka atau terpintas.Setengah-setengah rekabentuk litar ini di


lindungi oleh fius pada sambungan bekalan ke transistor keluaran.Jika salah satu transistor
keluran terpintas atau terbuka ,keluaran menjadi bererutan atau tidak berfungsi langsung.

Rajah 4.13 : Keadaan Transistor Samada Terbuka Atau Terpintas


PENGUAT E3005/UNIT 4/13

Pincang: Penguat pelengkap di pincang oleh transistor pemacu.Tanpa transistor ini, transistor
keluaran tidak boleh berfungsi dengan betul.Keluaran akan mati kerana tiada aliran isyarat di
hantar kemasukan penguat keluaran atau keluaran menjadi bererutan fasa.
Rintangan RE : Tiap transistor di rekabentuk dengan rintangan siri di pengeluar ,fungsinya selain
dari menghadkan pengeluar,ia juga berlagak sebagai fius.Jika kita dapati perintangan ini perlu di
tukar(ganti),perhatian perludi ambil terhadap kuasa (watt) perintangannya.Jika tidak sesuai ,ini
boleh merosakkan transistor keluaran.Kerosakan perintang ini membuat keluaran bererutan
amplitud.
Diod pincang : Bagi setengah reka bentuk,diod pincang di kenakan untuk menentukan keluaran
tepat pada fasa 180°.Jadi diod yang rosak harus di gantikan dengan nilai pincang bagi transistor
pemacu

4.3 Herutan

Beberapa jenis herutan boleh di dapati dari penguat yang tidak berkendalian dengan baik.Ini
adalah hasil dari pacuan lampau,penapisan,modulasi dan hingar.
4.3.1 Herutan Amplitud
PENGUAT E3005/UNIT 4/14

Rajah 4.14 : Herutan Amplitud

Isyarat keluaran menjadi rata di bahagian sebelah atas atau sebelah bawah atau kedua-dua
sekali.Ini di sebabkan masukan yang terlalu besar.Atau keadaan pincang yang telah berubah.Atau
keadaan ciri-ciri transistor yang tidak linear.

4.3.2 Herutan Frekuensi


Herutan ini berlaku pada litar penguat yang mempunyai rekabentuk bidang ruang yang kecil atau
tidak lineariti ciri-ciri penguat..Atau ciri-ciri penapisan dan suap balik yang tidak sesuai misalnya
pemuat penjodoh atau pemuat suap balikyang bertukar nilai.
Dalam ujian bidang ruang sebuah penguat ,sepatutnya kita dapati seperti dalam rajah A di
atas.Tetapi dalam rajah B, terdapat gandaan rendah semasa frekuensi rendah dan terdapat gandaan
yang lebih besar bila frekuensi tinggi di masukkan.Bentuk gelombang boleh di perhatikan dalam
ujian gelombang segiempat.
4.3.3 Herutan fasa
Keluaran berherutan fasa di rujukkan dengan fasa isyarat masukan.Setiap penguat mempunyai
bezafasa yang tertentu antara keluaran dan masukan.Misalnya 0 atau 180.Jika di dapati bezafasa
ini terkeluar dari sepatutnya ,ini di sebutkan sebagai herutan fasa.
Untuk menganalisa herutan ini adalah sukar kerana isyarat ,seperti isyarat audio mempunyai
hingar( harmonik ) yang membuat fasa berubah.Bagaimana pun gambaran herutan fasa boleh di
tentukan dalam ujian gelombang segiempat.
4.3.4 Herutan silang ( cross-over )
Biasanya herutan ini berlaku dalam litar penguat audio tolak-tarik atau simetri pelengkap.Isyarat
masukan yang keluar mempunyai fasa yang lebih kecil dari 180.Ini di sebabkan oleh pincang
yang tidak betul atau ciri-ciri komponen aktif bagi penguat yang hanyut (drift).
PENGUAT E3005/UNIT 4/15

Rajah 4.15: Herutan Silang

4.3.5 Herutan antara modulatan


Apabila sebuah penguat audio mempunyai ciri-ciri ketidak’linear’an frekuensi masukan yang
berbagai ,akan bercampur dan menghasilkan satu frekuensi keluaran.Contohnya ,jika masukan
terdiri dari dua frekuensi 1khz dan 400hz keluaran menjadi 600hz atau 1.4 khz.Ini boleh di uji
dengan menyambungkan litar seperti di bawah, hasilnya terdapat herutan harmonik ganjil dan
genap.Ujian ini juga boleh di gunakan untuk memerhatikan herutan-herutan yang lain.
PENGUAT E3005/UNIT 4/16

Rajah 4.16 : Herutan Antara Modulatan


PENGUAT E3005/UNIT 4/17

Rajah 4.17a : Ujian Gelombang Segiempat


PENGUAT E3005/UNIT 4/18

Rajah 4.17b : Ujian Gelombang Segiempat

Anda mungkin juga menyukai