Anda di halaman 1dari 5

Tarikhul Islam : Peristiwa Perang di bulan Ramadhan

Oleh : M Zafiq (UNSW)

Pernahkah kita tertanya tentang sejarah yg pernah berlaku dlm bulan


Ramadhan? Percaya atau tidak hampir kebanyakan peperangan yg pernah
berlaku ketika dahulu dlm usaha menyebarkan atau mempertahankan Islam
berlaku pd bulan yg mulia ini. Drpd zaman Muhammad s.a.w sehinggalah
tersebarnya Islam dan menakluki 2/3 dunia, dan sehinggalah ke hari ini, siri2
peperangan yg cukup hebat dan bersejarah terus berlaku ketika tentera muslimin
sedang berpuasa. SubhanAllah. Cukup hebat tentera muslimin. Inilah cara
mereka berehat pada bulan Ramadhan, yakni dgn menyahut seruan jihad Allah.

Saya cukup berminat dgn sejarah terutamanya sejarah yg berkaitan dgn umat
Islam sbb ianya banyak bersangkut paut pd diri kita jika kita benar2
menghayatinya. Malulah kita kalau kita tdk mengetahui ttg usaha2 dan sejarah2
yg pernah tercoret dgn darah umat Islam suatu ketika dahulu hanya semata2
ingin memastikan Islam itu sampai kpd kita. Dan bertambah malulah kita ambil
acuh tak acuh ttg Islam yg telah sampai kpd kita pd hari ini.

Justeru, marilah kita ikuti beberapa siri peperangan yg sempat saya kupas dr
beberapa artikel, dari awal tahun hijrah sehinggalah yg terkini. Semoga ianya
menjadi ikhtibar dan semangat kpd kita menempuh Ramadhan yg mulia ini.

Perang Badr al-Kubra 17R/2H


Merupakan peperangan yg paling singkat, namun adalah peperangan yg paling
hebat dlm sejarah umat Islam. Ianya merupakan peperangan yg memisahkan
antara haq dan batil. 313 tentera muslimin vs 1000 kafir Quraish.

Permulaan panji Islam yang dijulang oleh Penghulu Syuhada Saidina Hamzah pada 4
Ramadhan tahun pertama Hijrah

Orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti mencapai


kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Ali ‘Imran ayat 123
hingga 125." Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar,
sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah
kepada Allah supaya kamu mensyukurinya".
Persiapan Rasulullah dlm Perang Ahzab
Dinamakan juga Perang Khandak (parit) kerana tentera Islam telah menggali
parit yg sgt dalam di sekeliling kota Madinah sepanjang Ramadhan untuk
menghalang tentera musuh dari menceroboh dan menyerang Madinah. Perang
ini berlaku pd awal bulan Syawal tahun ke 5 Hijrah dan ini ada diceritakan dalam
al-Qur'an di dalam Surah Al-Ahzab.

Pembukaan kota Mekah 10R/6H


Fathu Makkah. Umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan
darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba
yang ikhlas kepadaNya, dan manusia berbondong-bondong memasuki agama
Allah. Allah menyebutnya dalam Al Quran Surah Al Nasr.

Hari kehancuran berhala-berhala di Mekah 25R/9H


Nabi Muhammad SAW menyucikan Kota Mekah dengan memusnahkan 360
patung berhala di sekeliling Kaabah. Khalid Al Walid menghancurkan berhala yg
paling agung dan besar, Al Uzza, sementara Amru Al-As menghancurkan berhala
Suwa' dan Saad bin Zaid memusnahkan berhala Manat.

Perang Al-Qadisiyyah 9R/16H


Kemenangan besar Islam dalam peperangan Al Qodisiyyah yang dipimpin oleh
Saad bin Abi Waqas. Tentera islam seramai 10,000 vs tentera Parsi 120,000
orang. Sejak dari itu, hancurlah empayar Parsi yg gah dan terkenal, dan Umar r.a
memakaikan gelang Raja Kisra pada Suraqah bin Malik seperti yg dijanjikan oleh
Rasulullah.

Bermulanya era keemasan Andalusia selama 700thn 9R/92H


Kemenangan Islam di bawah pimpinan Thoriq bin Ziad ke atas raja Rudrik di
Sepanyol. 12,000 tentera Arab dan Barbar menetang 90,000 tentera Gothic
pimpinan Raja Rudrick. Selepas tiba di daratan Sepanyol, Thariq bin Ziad
membakar kapal2 tentera Islam dan menyahut "Kita telah membakar kapal2 kita,
dan sekarang tiada apa yg boleh menyebabkan kita lari dr bertempur dgn tentera
kufar, sekarang yg tinggal hanya kemenangan yg nyata atau syahid di jalan
Allah". Tentera muslim yg bersemengat meggempur tentera Rudrick sehabis-
habisnya sehinggalah mereka dikalahkan dgn teruk. Bukan shj raja Rudrick dan
tenteranya mati dibunuh, bahkan Tariq bin Ziad berjaya memerdekakan Spain,
Sicily (Itali) dan sebahagian Perancis.

Tariq ibn Ziyad, pembuka Andalusia


Peperangan Zallaqah di Portugal 10R/459H
Al-Muktamin dgn bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin memerangi
al-Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah
80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf
berjaya menguasai seluruh Portugal dan menyelamatkan umat Islam. Selepas
itu, Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

9R/559H
Tentera Islam di bawah pimpinan As-Sutan Nuruddin Az-Zanki mendapat kembali
negara Harim,barat Halab di Syria daripada tentera Salib. Salahuddin Al-Ayubi
kemudian menggantikan Nuruddin dlm siri peperangan Salib merampas kembali
tanah umat Islam di Palestin.

Perang Salib pimpinan Salahuddin al-Ayubi 22R/648H


Kemenangan Islam di bawah pimpinan Solahuddin Al Ayyubi dengan merampas
kembali Baitul Maqdis dan mengusir tentera Salibiyyah. Ahli sejarah
menceritakan tentera salib yg menguasai Baitul Maqdis di Palestin ketika itu
sungguh ganas dan kejam, membunuh sesiapa sahaja yg tdk memberi sokongan
kpd mereka, termasuk org2 kristian sendiri. Orang-orang Islam itu dipaksa terjun
dari puncak menara dan bumbung-bumbung rumah mrk, mereka dibakar hidup-
hidup, diheret dari tempat persembunyian bawah tanah, diheret ke hadapan
umum dan dikorbankan di tiang salib (Ketika peristiwa Ambun tahun 1999 di
Indonesia, org2 kristian Indonesia telah meniru kekejaman tentera Salib ini
terhadap umat Islam di Ambon).
Hasil usaha yg lama, tentera Islam pimpinan Salahuddin bertempur hebat dgn
gabungan tentera2 Salib dari Eropah. Perancis dan Jerman dgn jumlah yg sgt
besar. Tentera Islam mdpt kemenagan yg agung dan mengusir tentera Salib dari
Baitul Maqdis, yakni jantung umat Islam.

Perang Ain Jalut 24R/658H


Pada tahun 1258, tentera Mongol pimpinan Jeneral Hulagu Khan (cucu Genghis
Khan) merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah
(ketika Islam menakluki 2/3 dunia). Dalam serangan itu, berjuta-juta umat Islam
terbunuh sehingga diceritakan darah manusia mencecah ke paras lutut kuda dan
buku2 karangan sarjana Islam dr perpustakaan terbesar dunia Baitul Hikmah
dibuang ke dalam Sungai Furat sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.
Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Saifuddin al-Qutuz dari Dinasti
Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua
pihak bertemu di ‘Ain Jalut.
Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya
menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat
kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum
bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang
terkenal dengan keganasan barbarik akhirnya kalah kepada tentera Islam. Ahli
sejarawan menceritakan bhw jika ditakdirkan tentera Islam kalah pd ketika itu,
nescaya sudah tentu dunia ini telah ditawan oleh tentera Mongol.

Saifuddin Qutz, jeneral tentera Islam yg mengembalikan maruah Islam dr tangan


Mongol.

Perang Serbia 26R/927H


Kemenangan Islam di bawah pimpinan Panglima Othmani Murad dan
pembukaan Bandar Balgred di Serbia.

Perang Yakhliz 15R/1294H


Bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya
dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah
740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia
menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh
kerajaan Tzar di Rusia.

Perang 6 hari 10R/1393H


Kemenangan Islam ke atas Zionis dalam perang 6 Oktober yang melibatkan
negara Mesir. Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang
melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel
pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24
Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan
Arab-Israel 1973.
Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara
serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas
itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Israel
bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana
mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih.
Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel.
Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana
Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz
Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau
menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah.
Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar
Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa
menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.
Sebenarnya banyak lagi peristiwa2 menarik dan peperangan yg pernah berlaku
sepanjang bulan Ramadhan, cuma tiada kesempatan utk diceritakan di ruang yg
terhad ini. SubhanAllah, moga-moga dengan sejarah-sejarah yg terukir indah ini
dapat membangkitkan semangat kita utk terus berjuang menjulang agama Allah
di bumi ini.

Selamat menyambut Ramadhan 1430H

"Ramadhan yg dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk kepada


manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara haq dan
batil.." (2:185)

Anda mungkin juga menyukai