Anda di halaman 1dari 24

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

Dalam Bab ini akan dimuatkan dengan Analisis Persekitaran, Pemilihan Strategi Kajian Literatur dan Proposal Program. 3.0 Model Perancangan Strategik Laporan Program Sandaran ini adalah dibuat berdasarkan Model Perancangan Strategik 7 Fasa oleh Bryson,J.M(2003) yang telah diperkenalkan kepada semua peserta kursus NPQEL dalam usaha melatih bakal pemimpin-pemimpin sekolah yang perlu melaksanakan perancangan dan kepimpinan strategik bagi meningkatkan prestasi organisasi yang dipimpin dan untuk masa depan pembangunan pendidikan. 3.1 Analisis Persekitaran TOWS/COWS Matriks Dalaman (S) KEKUATAN: S1- Guru opsyen BI, BM dan Matematik mencukupi dan komited. S2- Sokongan daripada pihak pentadbiran. Luaran S3- Kemudahan ICT dan bahan bacaan Pusat Sumber Strategi S + O S1 + S2 +S3+ O2 Mempelbagaikan strategi PdP (W) KELEMAHAN: W1- Guru kekurangan masa untuk membimbing murid yang lemah. W2- Murid kurang beri tumpuan berminat (Bilangan ramai) W3- PdP kurang menarik.

(O)PELUANG: O1- Sokongan PIBG O2- Ibubapa dan rakan sebaya yang prihatin.

Strategi W + O W1 + O2 Meningkatkan penguasaan Literasi Numerasi murid dengan bantuan ibubapa dan rakan sebaya. Strategi W + C

(C) Ancaman: C1- Latar belakang keluarga. C2- Kehadiran murid kurang memuaskan C3 Komitmen ibu bapa tidak menyeluruh.

Strategi S + C S2 + C2 Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa

16

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

3.1.1 Senarai Strategi Yang DiJana Bil. 1 Kod Strategi Strategi SO S1+S2+S3+O2 2 Strategi WO W1+O2 3 Strategi SC S2+C2 Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran Meningkatkan penguasaan Literasi dan Numerasi murid dengan bantuan rakan sebaya dan ibubapa. Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibubapa Strategi

3.1.2 Analisis Pemilihan Strategi Berdasarkan Pemberatan Kriteria Pemilihan


1 Tahap kesukaran proses

ST1 3 3 3 3 3 3

ST2 3 3 3 3 3 2

ST3 3 3 3 2 2 2

2 Kompetensi staf yang bertanggungjawab 3 Sumber kewangan dan kos 4 Kemudahan infrastruktur dan peralatan 5 Andaian keupayaan mengatasi halangan 6 Andaian hasil yang dijangkakan/impak untuk mencapai objektif, matlamat/isu,misi dan visi 7 Akur/kepatuhan dengan mandate/arahan 8 Kesesuaian dengan persekitaran terkini Jumlah Skor Keputusan Skala: 1 hingga 3, (1 = sukar 2 = sederhana 3 = senang)

3 3 24 1

3 3 23 2

2 3 20 3

17

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

3.1.3 Senarai Strategi Mengikut Keutamaan Keutamaan 1 2 Strategi yang telah dijana ST 1 Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran ST 2 Meningkatkan penguasaan Literasi dan Numerasi murid dengan bantuan rakan sebaya dan ibubapa. ST 3 Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibubapa

3.1.4 Penyesuaian StrategiMengikut Isu, Matlamat,Objektif, KPI dan Sasaran Bidang Isu Strategik Kurikulum Ramai murid tidak menguasai Linus -Meningkatkan penguasaan Literasi Bahasa Melayu Tahun 1. Peratus Pencapaian 50% 75% Mempelbagaikan strategi PdP Matlamat KPI Sasaran TOV ETR Strategi/Inisiatif

-Meningkatkan penguasaan Literasi Bahasa Inggeris Tahun 1.

58.3%

75%

Meningkatkan Literasi dan Numerasi murid dengan bantuan rakan sebaya dan ahli keluarga. Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibubapa

-Meningkatkan penguasaan Numerasi Tahun 1.

75%

80%

18

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

3.1.5 Pelan Taktikal Strategi 1 Mempelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Bil.

Program /Projek

Tanggung jawab

Tempoh

Kos/ sumber

Output

KPI

Pelan Kontigensi

Bacalah Sayang

Jawatan kuasa Linus

10 hari

RM50 Sekolah

Murid menguasai kemahiran Literasi dan Numerasi Murid menguasai kemahiran Literasi dan Numerasi

Bilangan murid menguasai LINUS

Kelas Pemulihan dijalankan oleh guru matapelajaran Kelas Pemulihan dijalankan oleh guru matapelajaran

Anak LINUS

Jawatan kuasa Linus

10 hari

RM20 Sekolah

Bilangan murid menguasai LINUS

19

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

3.1.6 Pelan Operasi


Projek Matlamat Bacalah Sayang Meningkatkan Penguasaan Literasi dan Numerasi Murid Tahun Satu Meningkatkan Peguasaan Linus Tahun 1 Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ke 75%. Meningkatkan Penguasaan Numerasi Tahun 1 ke 80% 2 Minggu Murid Tahun 1 PROSES KERJA -Mesyuarat Jawatankuasa kerja program -Menetapkan tarikh program -Bincang kos dan sumber. -Penentuan guru-guru pembimbing. -Bentang kertas kerja -Melantik AJK/Agihan tugas -Hal-hal lain Jadual Program Penyediaan tempat dan peralatan. Bahan Bacaan Pemulihan. Kad huruf/perrkataan Kad Angka/matawang Set Buku Bacalah Sayang Penempahan makmal computer dan Pusat Sumber Pelaksanaan program dari awal pagi hingga rehat pertama. Menyediaka jadual ganti kepada guru yang terlibat dengan program. Penilaian dan pelaporan KPI: Bilangan yang menguasai LINUS saringan 3. Bilangan yang tidak menguasai K1 - K2 Bilangan yang tidak menguasai K3-K12 TANGGUNGJAWAB Penyelaras Program, Guru-guru tahun 1 dan Ketua Panitia matapelajaran yang terlibat. TEMPOH 1 hari STATUS /PELAN KONTIGENSI

Objektif Tempoh Sasaran LANGKAH 1

2 3

Penyelaras Program Guru Media

1 hari 2 hari

Jawatankuasa pelaksana dan guru matapelajaran PK Pentadbiran Jawatankuasa kerja dan guru-guru matapelajaran.

2 minggu

Pemulihan oleh guru matapelajaran dalam kelas waktu biasa.

November 2013

20

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

3.1.7 Pelan Operasi Projek Matlamat Objektif Tempoh Sasaran LANGKAH 1 Anak Linus Meningkatkan Penguasaan Literasi dan Numerasi Murid Tahun Satu Meningkatkan Peguasaan Linus Tahun 1 Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ke 75%. Meningkatkan Penguasaan Numerasi Tahun 1 ke 80% 2 Minggu Murid Tahun 1 PROSES KERJA Mesyuarat Jawatankuasa kerja program Menetapkan tarikh Bincang kos dan sumber. Penentuan guru-guru pembimbing. Bentang kandungan penting kertas kerja Taklimat kepada guru pembimbing/Agihan tugas dan Hal-hal lain Jadual Program TANGGUNGJAWAB Penyelaras Program, Guru-guru tahun 1 dan Ketua Panitia matapelajaran yang terlibat. TEMPOH 1 hari STATUS/PELAN KONTIGENSI

2 3

Penyelaras Program

1 hari 2 hari

Penyediaan fail dan Guru Pembimbing dan rekod bimbingan. Penyelaras program. Instrumen saringan linus. Pelaksanaan dijalankan mengikut kesesuaian masa guru pembimbing.
Penilaian dan pelaporan KPI: Bilangan yang menguasai LINUS saringan 3. Bilangan yang tidak menguasai K1 - K2 Bilangan yang tidak menguasai K3-K12

Jawatankuasa pelaksana

2 minggu

Murid akan ikuti pemulihan dalam kelas ikut jadual biasa.

Jawatankuasa kerja dan guru-guru matapelajaran.

November 2013

21

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL


3.2 Latarbelakang Linus Satu daripada National Key Result Area (NKRA) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Pernyataan NKRA tersebut menuntut diadakan satu mekanisme untuk menentukan sama ada NKRA itu dapat dicapai atau tidak. Mekanisme ini juga dapat dijadikan asas untuk mengenal pasti murid yang tidak melepasi standard prestasi Literasi dan Numerasi, supaya intervensi dapat dijalankan tentang konstruk yang tidak dikuasai, mengapa tidak dikuasai dan bagaimana pemulihan dapat dilaksanakan supaya pada akhirnya semua murid berupaya untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah. Program LINUS 2.0 pada tahun 2013 diperluaskan supaya meliputi Bahasa Inggeris selain Bahasa Mealaysia dan Matematik yang telah dijalankan sejak 2010. Setiap murid Tahun 1akan disaring sebanyak dua kali setahun bagi memastikan kemajuan mereka dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Matematik. 3.3 Perbezaan Linus dengan Linus 2.0 LINUS Murid disaring 3 kali setahun Murid disaring Penilaian ke arus perdana lebih mudah Murid perlu melepasi 8 Konstruk untuk Literasi dan 10 Konstruk Numerasi untuk ke arus perdana. Hanya Literasi Bahasa Malaysia dan Literasi Bahasa Malkaysia, Literasi Numerasi Matematik Bahasa Matematik Inggeris dan Numerasi untuk arus perdana tiadak LINUS 2.0 Murid hanya disaring 2 kali setahun perlu Semua murid akan disaring walaupun sudah memasuki arus perdana. Murid perlu melepasi 12 konstruk Litterasi dan Numerasi untuk ke arus perdana.

22

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

LINUS 2.0 diwujudkan dalam Makmal GTP 2.0 pada Mei 2012 dan dijelmakan didalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) di bawah Pelan Tindakan untuk mewujudkan penguasaan bahasa secara meluas. Setelah LINUS 1.0 membawa hasil yang memberangsangkan maka LINUS 2.0 dibentuk dengan tujuan meningkatkan literasi Bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah disamping memberi sokongan tambahan bagi membolehkan murid yang mempunyai masalah literasi Bahasa Inggeris setara dengan rakan lain dalam arus perdana. Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan Instrumen Saringan.Tujuan penghasilan instrumen ini adalah untuk mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas Literasi dan Numerasi sepanjang tiga tahun mengikuti pendidikan rendah di Malaysia. 3.4 Agensi-agensi Utama 3.4.1 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi urusetia utama program LINUS dengan membina, mencetak, dan mengedarkan Modul Guru dan Modul Murid. 3.4.2 Lembaga Peperiksaan bertanggungjawab membina instrument dan

melaksanakan Saringan Baseline dan Saringan ke 2 di seluruh negara di mana guruguru di sekolah menjalankan saringan.Data yang diperolehi dianalisis oleh Lembaga Peperiksaan untuk menentukan pencapaian. Bahagian Pendidkan Guru menyediakan modul latihan untuk Jurulatih dan Guru. BPG juga bertanggungjawab melatih Jurulatih, Guru dan FasiLINUS. 3.4.3 Bahagian Pendidikan Sekolah Harian menyalurkan maklumat kepada

Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Negeri dan sekolah. 3.4.4 Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti pula memainkan peranan menjalankan pemantauan program ini berjalan dengan lancar dengan menentukan kualiti saringan diperingkat sekolah supaya setiap saringan yang dijalankan menggambarkan kedudukan yang sebenar.

23

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

3.5 Agensi Pelaksana Di peringkat negeri Jabatan Pendidikan Negeri melantik Jurulatih Utama LINUS 2.0 dan menjalankan pemantauan serta penyeliaan di peringkat negeri. Pejabat Pendidikan Negeri pula membantu guru-guru di sekolah merancang, memantau, menyelia dan menilai program LINUS di peringkat daerah. Sekolah merupakan agensi pelaksana yang paling penting memainkan peranan melaksanakan program dan membina hubungan dengan ibu bapa, komuniti serta NGO untuk melaksanakan Saringan LINUS dengan jayanya. 3.6 Instrumen Saringan Instrumen Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy dan Numeracy Screening atau LINUS) direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas Literasi dan Numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua instrumen saringan mengukur konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman kandungan.

3.7 Konstruk Bahasa Melayu 12 Konstruk Yang diUkur Dalam Saringan Literasi Bahasa Melayu Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dankonsonan. Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka. Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kataterbuka. Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup. Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup. Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ng Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong. Konstruk 8: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding. Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan ergabung Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhanawalan. Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah. Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

24

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

3.8 Konstruk Bahasa Inggeris 12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI BAHASA INGGERIS Construct 1: Able to identify and distinguish shapes of the letters of the alphabet Construct 2: Able to associate sounds with the letters of the alphabet Construct 3: Able to blend phonemes into recognizable words and segment words into phonemes Construct 4: Able to understand and use the language at word level Construct 5: Able to participate in daily conversations using appropriate phrases Construct 6: Able to understand and use the language at phrase level in linear texts Construct 7: Able to understand and use the language at phrase level in non-linear texts Construct 8: Able to understand and use the language at sentence level in linear texts Construct 9: Able to understand and use the language at sentence level in non-linear texts Construct 10: Able to understand and give simple instructions and directions with guidance Construct 11: Able to read and understand sentences with guidance Construct 12: Able to construct sentences with guidance 3.9 Konstruk Numerasi 12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka. Konstruk 2 : Keupayaan membilang. Konstruk 3 : Keupayaan membuat seriasi. Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia. Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu. Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas. Konstruk 8: Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia. Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu. Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya. Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat. Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.

25

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL


3.10 Kajian Literatur Murid murid yang gagal dalam ujian saringan LINUS dikenalpasti sebagai muridmurid pemulihan yang perlu dibimbing oleh seorang guru pemulihan yang

berpengalaman dalam bidang beliau. Murid-murid pemulihan ini memerlukan kaedah pengajaran pembelajaran yang lebih berfokus seiring dengan keupayaan kognitif mereka kerana mereka tidak dapat memahami dan mengikuti isi kandungan pelajaran dengan cepat seperti rakan mereka yang lain namun mereka tidak tergolong dalam kumpulan murid yang bekeperluan khas.

One of every six students that are in the classroom today has been classified as slow learners. Usually, this type of child is very difficult to recognize. Slow learners are students with below average cognitive abilities who are not disabled, but who struggle to cope with the traditional academic demands of the regular classroom According to research, the difference between the slow learner and other mainstream students is that their intelligence is usually only 75%-90% of other students their age. Their maximum mental age ranges from about 11 years to 13 1/2 years. They learn at a rate which is 4/5 to 9/10 of normal, and they learn to read approximately 1 year later than the majority of children (Lowenstein, 1).

Banyak pihak bersetuju bahawa kanak-kanak yang lambat pembelajaran akan menunjukkan penguasaan yang lemah dalam literasi dan numerasi namun mereka tetap berkebolehan untuk menjalankan aktiviti sukan dan sosial seperti rakan sebaya mereka yang lain. Pemikiran yang abstrak adalah sukar untuk kumpulan kanak-kanak ini dan mereka tidak dapat menumpukan perhatian dan tidak yakin serta menunjukkan pencapaian yang rendah dalam semua matapelajaran (Lowenstein, 1).

Lowenstein dan Dobson mengutarakan perkara yang sama mengenai usia awal kanakkanak yang perlu diberi perhatian yang mempunyai hubungkait dengan pembelajaran yang aktif. Mereka menyatakan guru harus sedari dari dapatan kajian dalam bidang ini bahawa, kanak-kanak yang diabaikan dari aspek pembelajaran awal adalah antara mereka yang menghadapi masalah pembelajaran apabila mereka menghadapi pembelajaran formal.

26

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL


There appears to be a critical period during the first three to four years of life when the potential for intellectual growth must be seized. There are enzyme systems in the brain that must be activated during this brief window. If the opportunity is missed, the child may never reach his capacity (Dobson, 1).

Pandangan dan kajian Dobson membuktikan bahawa kanak-kanak dalam lingkungan umur 3 hingga 4 tahun perlu dilibatkan dengan aktif dalam pembelajaran awal dan kegagalan berbuat demikian akan menimbulkan masalah literasi pada kanak-kanak tersebut apabila mereka memasuki alam persekolahan.

`Kerajaan sedar bahawa pendidikan awal adalah sangat penting bagi kanak-kanak di seluruh negara maka dengan itu pra sekolah telah menjadi salah satu daripada 5 sub NKRA yang yang diberi fokus dalam NKRA Pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidkan pada tahap awal kanak-kanak maka perkara-perkara berikut diberi fokus: Mengharmonikan sokongan kepada prasekolah kerajaan Penambahbaikan kualiti guru dan pembantu guru di prasekolah kerajaan Memperluas bilangan prasekolah khususnya di kawasan miskin bandar, luar bandar dan pedalaman melalui perkongsian awam - swasta

Dalam fokus GTP 2 kerajaaan terus memantapkan penambahan bilangan pra sekolah secara berterusan dan mengkaji semula pemberian bantuan yuran dan geran permulaan kepada agensi swasta dan kerajaan yang berhasrat menubuhkan pra sekolah. Disamping itu penekanan kepada kualiti dengan membangunkan piawai kebangsaan pra sekolah dan taska , serta meningkatkan kemahiran guru pra sekolah.

Walaupun kerajaan sedang dan telah melaksanakan asas yang kukuh dengan menyedari aspek pembelajaran kanak-kanak pada usia awal mereka namun kita tidak terlepas dari murid-murid yang memasuki pendidikan formal tanpa sebarang penguasaan yang kukuh dan seterusnya tidak dapat mengikuti pelajaran seperti rakan sebaya mereka yang lain. Maka dalam situasi ini LINUS memainkan peranan yang penting dalam melakukan saringan diperingkat awal bagi mengenalpasti murid-murid

27

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL


yang menghadapi masalah pembelajaran dan lambat penguasaan dalam Bahasa Melayu dan Matematik dan seterusnya LINUS 2.0 mulai tahun 2013 diperkenalkan dengan memberi penekanan kepada penguasaan Bahasa Inggeris. Menurut Roselan (2003), kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Usaha untuk mengenalpasti kebolehan dan kelemahan murid di peringkat awal usia kanak-kanak merupakan satu usaha bijak kerajaan dalam menangani isu-isu pendidikan, dan memantapkan kualiti pendidikan di semua sekolah dan institusi pendidikan. Kedudukan kanak-kanak yang tidak menguasai literasi dan numerasi sering menjadi cabaran yang besar kepada guru-guru yang terpaksa bertungkus lumus melayan pelbagai tahap pengusaan murid dalam satu-satu bilik darjah. Berikutan dari itu ramai juga murid yang tercicir disebabkan oleh tumpuan yang kurang dan kesukaran pengawalan murid yang sering berpunca dari murid-murid yang lambat menguasai pembelajaran. Oleh kerana mereka tidak memahami dan tidak dapat

mengikuti pelajaran maka kanak-kanak ini hilang tumpuan dan sering berinteraksi dan mengganggu rakan-rakan yang lain. Oleh yang demikian kanak-kanak yang lambat menguasai pembelajaran haruslah ditangani dengan strategi yang berbeza supaya perhataian mereka dapat difokuskan terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Yahya (2004), membaca merupakan proses interaksi antara teks dengan imaginasi pembaca. Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bacaan bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif, dan pengalaman membaca.

28

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL


Sementara itu, kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa.

Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM 2003), bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan. Oleh yang demikian, guru seharusnya memahami keperluan konsep pemulihan di dalam bilik darjah bagi mengatasi permasalahan menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid sekolah rendah. Pelbagai usaha telah dan akan dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Jabatan Pelajaran Negeri dengan Pejabat Pelajaran Daerah bagi merangka program kecemerlangan murid contohnya Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis (KIA2M), Program Literasi dan Numerasi (LINUS).

Program pemulihan merupakan satu pendekatan bagi mengatasi murid-murid yang mengalami kelemahan kemahiran yang tertentu. Perhatian guru yang serius dalam memenuhi tuntutan murid ini dapat membantu mengembangkan potensi dan meningkatkan keyakinan murid tersebut untuk bersaing dengan rakan mereka yang cerdas. Justeru, guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran membaca agar dapat menjadikan pengajaran lebih bervariasi, menarik serta dapat menimbulkan minat murid untuk belajar dengan lebih bersungguh sungguh. Walau bagaimanapun, masalah ini bukanlah penghalang kepada guru dan sekolah serta dijadikan alasan untuk tidak membantu murid yang bermasalah dalam pembelajaran. Guru sebagai pelaksana kurikulum perlu terus berusaha membantu murid bermasalah dan

mengambil berat tentang objektif kurikulum yang digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan tercapai.

29

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL


Permasalahan persekitaran merupakan suatu fenomena luaran yang berlaku akibat amalan sistem persekolahan dan pembentukan literasi murid. Sistem persekolahan yang sering mengamalkan kurikulum yang kompleks dan tidak prihatin terhadap keperluan murid yang berbeza-beza keupayaan, guru lebih terikat dengan waktu untuk menghabiskan sukatan pelajaran daripada menumpukan pembelajaran merupakan ketidak cekapan pengurusan pengajaran sekolah. Aspek kemampuan murid yang berbeza diabaikan, maka jurang perbezaan murid semakin ketara antara mereka.

Kelemahan menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid berasa rendah diri dan masalah disiplin diri merosot. Murid-murid ini beranggapan bahawa perlakuan yang melanggar norma amalan di sekolah bertujuan menarik perhatian guru dan rakan-rakan. Sifat rendah diri akibat kegagalan yang berterusan membawa kepada konsep kendiri yang rendah. Tingkah laku agresif, negatif, kebudak-budakan serta bermuram adalah petunjuk-petunjuk masalah emosi yang serius. Ini akan menjejaskan keupayaan mereka untuk menguasai kemahiran bahasa yang lebih berkesan

Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya. Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut. Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru.

Dalam penguasaan Bahasa Inggeris khususnya kajian menunjukkan bahawa latihan segmenting dan blendingdapat membantu murid murid yang menghadapi masalah membaca diperingkat awal kanak-kanak.

30

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL


Becoming phonologically aware prepares children for later reading instruction, including instruction in phonics, word analysis, and spelling (Adams, Foorman, Lundberg, & Beeler, 1998; Chard, Simmons, & Kameenui, 1998). The most common barrier to learning early word reading skills is the inability to process language phonologically (Liberman, Shankweiler, & Liberman, 1989). Moreover, developments in research and understanding have revealed that this weakness in phonological processing most often hinders early reading development for both students with and without disabilities (Fletcher et al., 1994).

Phonological awareness is a foundational ability underlying the learning of spellingsound correspondences (Stanovich, 1993-94). Although phonological awareness appears to be a necessary condition for learning to read (children who do not develop phonological awareness do not go on to learn how to read), it is not a sufficient condition. Adams (1990) reviews the research that suggests that it is critical for children to be able to link phoneme awareness to a knowledge of letters. Once beginning readers have some awareness of phonemes and their corresponding graphic representations, research has indicated that further reading instruction heightens their awareness of language, assisting then in developing the later stages of phonemic awareness mentioned above. Phonemic awareness is both a prerequisite for and a consequence of learning to read (Yopp, 1992).

31

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

KERTAS CADANGAN

PROGRAM PENINGKATAN PENGUASAAN LITERASI & NUMERASI (LINUS)

SEKOLAH KEBANGSAAN TAN SRI P.RAMLEE PULAU PINANG 2013

32

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

3.0

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

Murid-murid tahun satu di sekolah ini telah menjalani saringan LINUS sebanyak 2 kali seperti dijadualkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Hasil daripada kedua-dua saringan pihak sekolah mendapati bahawa penguasaan LINUS muridmurid tahun satu tidak memberangsangkan berdasarkan isu-isu berikut: 1. Penguasaan LINUS masih tidak mencapai sasaran 75.00% bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 2. Terdapat murid yang belum menguasai K1 hingga K2 dalam saringan pertama dan saringan ke dua 2013.

3. Murid yang menguasai konstruk bacaan tidak menguasai kontruk dalam penulisan dan sebaliknya bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menyebabkan mereka gagal melepasi saringan Linus. 4. Penguasaan yang lemah dalam 3M menyebab pencapaian band oleh murid-murid tahun satu bagi subjek Bahasa Melayu Bahasa Inggeris dan Matematik adalah rendah. Data dipetik dari Portal LINUS NKRA KPM (Tarikh kemaskini data 6hb April 2013) Bil Pelajar Matapelajaran Literasi Bahasa Melayu Numerasi Literasi Bahasa Inggeris 36 36 4 8 23 20 9 8 25.00 22.22 36 Tidak Menguasai (K1-K2) 14 Tidak menguasai (K3-K12) 16 Bilangan Menguasai 6 Peratus Menguasai 17.00

33

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

Bil Pelajar Matapelajaran Literasi Bahasa Melayu Numerasi Literasi Bahasa Inggeris 36 36 36

Tidak Menguasai (K1-K2) 8 3 8

Tidak menguasai (K3-K12) 10 6 10

Bilangan Menguasai 18 28 21

Peratus Menguasai 50.00 77.78 58.33

Data saringan kedua dari Jawatankuasa Linus (Tarikh kemaskini data 16hb Oktober 2013) Berikutan dari situasi ini Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee Pulau Pinang akan melaksanakan program peningkatan penguasaan LINUS untuk membantu

meningkatkan penguasaan murid-murid

yang masih tidak menguasai kemahiran

membaca, menulis dan mengira diperingkat tahun 1 selepas menjalani saringan kedua. Di samping menjadikan PdP lebih menarik dengan penggunaan kemudahan ICT, murid-murid juga akan dibimbing secara berfokus oleh guru-guru matapelajaran dan guru pembimbing untuk meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid.

3.1

OBJEKTIF

1. Memastikan 75% murid melepasi saringan LINUS dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selepas menjalani program intervensi dan saringan 3 pada penghujung bulan Oktober. 2. Memastikan 80% murid melepasi Matematik selepas Program Intevensi dan saringan 3 pada penghujung bulan Oktober.

34

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

3.2

KUMPULAN SASARAN

Program ini akan melibatkan 18 orang murid tahun 1 yang tidak melepasi saringan Linus yang kedua 2013. 3.3 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM Hajah Arifah bt Ariffin En Talib bin Abdul Rahman Pn Hamidah bt Hamzah Pn Nagore Meerabee bt S.N Masooth En.Suddakar Narayanan Pn. Hashidawati bt Hasan

Pengerusi Naib Pengerusi: Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Penyelaras: Setiausaha:

Ahli Jawatankuasa:

Ketua Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Inggeris Ketua Panitia Matematik Guru Pusat Sumber Guru Bahasa Melayu Tahun 1 Guru Bahasa Inggeris Tahun 1 Guru Matematik Tahun 1 Guru Pemulihan Khas Guru Kaunseling

3.4 3.4.1

KONSEP PELAKSANAAN PROGRAM Anak LINUS

Program Anak LINUS akan dijalankan selama 60 minit setiap sesi pada setiap hari mengikut waktu lapang guru pembimbing(Ibu/Bapa angkat). Murid LINUS(anak angkat LINUS) diagihkan kepada guru pembimbing seramai 18 orang. Setiap Guru Pembimbing akan membantu seorang murid LINUS. Bimbingan akan dijalankan selama 2 minggu (10 hari) satu jam setiap sesi. Guru pembimbing akan merekodkan kehadiran murid dan mencatatkan laporan ringkas tentang perkembangan murid pada setiap perjumpaan. Guru-guru pembimbing akan dibekalkan dengan modul saringan LINUS
35

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL


satu dan dua untuk membantu murid secara berfokus berdasarkan konstruk 1 hingga 12 untuk ketiga-tiga matapelajaran. Guru-guru digalakkan menggunakan bahan bacaan yang bersesuaian dengan tahap murid yang boleh didapati dari Pusat Sumber atau menggunakan bahan-bahan sendiri yang bersesuaian untuk membantu murid menguasai konstruk. 3.4.2 Bacalah Sayang

Guru matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik Tahun 1 akan menggunakan buku Bacalah Sayang, bahan video penguasaan phonics(Bahasa Inggeris) dan bahan bantu mengajar matematik untuk membimbing semua murid LINUS mengenal huruf, bacaan mudah dan asas matematik. Aktiviti dilaksanakan dalam kumpulan kecil di mana guru akan menggunakan bahan-bahan tersebut di atas untuk

membantu murid membaca, mengenali huruf, digit dan perkataan nombor. Murid juga akan dibantu oleh rakan murid tahun 6 yang dipilih khas untuk program ini. Guru-guru yang terlibat perlu diberi pengecualian untuk memberi laluan kepada mereka menjalankan program ini. (Jadual guru yang akan menjalankan tugas membimbing murid akan disediakan oleh jawatankuasa program).

3.5 PERINCIAN PROGRAM PENGUASAAN LINUS Masa Aktiviti Bahan / Peralatan Instrumen Linus 1 dan 2 Bahan-bahan lain yang bersesuaian.

Bersesuaian Anak LINUS: Murid dibawa oleh guru pembimbing dengan guru untuk menguasai konstruk K1 hingga K12 dengan pembimbing berpandukan instrumen yang dibekalkan secara 1 jam setiap individu atau dalam pasangan. sesi

7.45 9.45 2 jam

Bacalah Sayang: Guru Bahasa Melayu Guru Bahasa Inggeris dan Guru Matematik akan mengendalikan program di Pusat Sumber mengikut jadual yang

Buku Bacalah Sayang Video Phonics

36

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL


ditetapkan. Guru akan memberi fokus kepada 1 matapelajaran setiap hari. Contoh: Isnin Bahasa Melayu, Selasa-Bahasa Inggeris, Rabu Matematik, Khamis-Bahasa Melayu dan Jumaat- Bahasa Inggeris. Latihtubi membaca dengan bantuan rakan murid. Perkembangan murid direkodkan. Penguasaan murid adalah dijalankan berperingkat. Penggunaan kemudahan ICT untuk meningkatkan penguasaan. Bahan ABM matematik digunakan untuk menguasai kemahiran. PdP disulamkan dengan permainan matematik supaya lebih menarik. ABM Matematik Software MBMMBI

3.6 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM Tarikh 21.10.13 Pogram Intervensi Anak LINUS dan Bacalah Sayang Tarikh 28.10.13 Pogram Intervensi Anak LINUS dan Bacalah Sayang 22.10.13 Pogram Intervensi Anak LINUS dan Bacalah Sayang 29.10.13 Pogram Intervensi Anak LINUS dan Bacalah Sayang 23.10.13 Pogram Intervensi Anak LINUS dan Bacalah Sayang 30.10.13 Pogram Intervensi Anak LINUS dan Bacalah Sayang 24.10.13 Pogram Intervensi Anak LINUS dan Bacalah Sayang 31.10.03 Pogram Intervensi Anak LINUS dan Bacalah Sayang 25.10.13 Pogram Intervensi Anak LINUS dan Bacalah Sayang 01.11.03 Pogram Intervensi Anak LINUS dan Bacalah Sayang

3.7

JADUAL KOS
37

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL


Bil 1 2 Perkara Kertas A4 5 Rim Phototat Bahan dan Instrumen RM50.00 RM20.00 Perbelanjaan

3.8

PENILAIAN PROGRAM

Keberkesanan program ini akan dinilai berdasarkan keupayaan meningkatkan penguasaan konstruk pada Saringan Ketiga yang akan dijalankan oleh Jawatankuasa Program dengan menggunakan Instrumen yang telah dibina berdasarkan kontruk 1 hingga 12 oleh setiap panitia matapelajaran yang terlibat.

3.9

PENUTUP DAN RUMUSAN

Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan padu semua guru dan jawatankuasa yang terlibat kita dapat mencapai objektif yang disasarkan. Program ini dijangkakan dapat membantu murid meningkatkan penguasaan setiap konstuk dan mensifarkan bilangan murid-murid tidak menguasai K1-K2. Di samping itu program ini dapat menarik minat murid kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran disamping menyediakan mereka mengikuti proses pembelajaran yang berterusan. Program ini juga disyorkan supaya dapat mengenalpasti murid-murid yang belum menguasai LINUS dikenalpasti pada peringkat awal tahun 2014 dan menjalankan aktiviti/program intervensi yang perlu bagi melancarkan proses PdP.

38

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

Disediakan oleh: Suddakar Narayanan

untuk kelulusan:

.............................................................

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee

39