Anda di halaman 1dari 8

1. S: Apakah yang ditafsirkan dengan Pepasangan?

J: Pepasangan ertinya keseluruhan mana-mana loji atau kelengkapan di bawah satu pemunyaan atau, jika pihak pengurusan ditetapkan, orang yang menjaga pihak pengurusan itu, yang direka bentuk bagi pembekalan atau penggunaan tenaga, atau kedua-duanya, mengikut mana-mana yang berkenaan; termasuklah penggerakpenggerak utama, jika ada, berserta dengan semua loji, bangunan dan tanah yang perlu yang berkaitan dengannya, talian paip, talian bekalan dan radas penggunaan, jika ada. Pepasangan Awam adalah pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen bagi membekalkan tenaga kepada mana-mana orang. Pepasangan Persendirian adalah pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen atau pemunya semata-mata bagi membekalkan tenaga kepada dan penggunaannya di atas harta atau premis kepunyaan pemegang lesen atau pemunya itu sendiri, atau, dalam hal seorangpengguna, yang mengambil tenaga daripada pepasangan awam atau pihak berkuasa bekalan, bagi kegunaan hanya di atas harta atau premis kepunyaan pemegang lesen atau pemunya sahaja. Pepasangan domestik adalah pepasangan di tempat kediaman persendirian yang bukan diguna pakai untuk mana-mana hotel atau rumah tumpangan atau bagi maksud menjalankan apa-apa perniagaan, perdagangan, profesion atau perkhidmatan. (Penjelasan lanjut boleh hubungi pejabat-pejabat ST berhampiran)

PENDAFTARAN PEPASANGAN
2. S: Apakah peranan pemunya atau pengurusan bangunan berkaitan keperluan pendaftaran pepasangan elektrik?
J: Adalah tanggungjawab pemunya atau pengurusan bangunan untuk mendaftar pepasangan elektrik di bawah tanggungjawabnya seperti kehendak Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Elektrik 1990. Kegagalan mereka mendaftarkan pepasangan mereka adalah satu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

3. S: Di manakah pepasangan elektrik perlu didaftarkan?


J: Permohonan pendaftaran pepasangan elektrik perlu dibuat di pejabat-pejabat ST Kawasan. Pejabat-pejabat ST Kawasan akan menerima dan memproses permohonan mengikut alamat pepasangan yang terletak di bawah kawasan masing-masing. Alamat pejabat-pejabat ST kawasan adalah seperti berikut:-

Pejabat ST Kawasan Pengarah Suruhanjaya Tenaga Tingkat 10A, Menara PKNS-PJ No. 17, Jalan Yong Shook Lin 46050 Petaling Jaya Selangor. Pengarah Suruhanjaya Tenaga Suite 18A, Aras 18, Menara Ansar, No. 65, Jalan Trus 80000 Johor Bharu Johor. Pengarah Suruhanjaya Tenaga Tingkat 7, Kompleks Teruntum Jalan Mahkota 25000 Kuantan

Negeri / Kawasan di bawah tanggungjawabnya Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur & Putrajaya sahaja) Selangor

Johor

Pahang

Pahang. Pengarah Suruhanjaya Tenaga Tingkat 1, Bangunan KWSP Jalan Green Town 30450 Ipoh Perak. Pengarah Suruhanjaya Tenaga Tingkat 6, Bangunan KWSP Jalan Padang Garong 15000 Kota Bharu Kelantan. Pengarah Suruhanjaya Tenaga Tingkat 10, Bangunan KWSP 13700 Seberang Jaya Pulau Pinang.

Perak

Kelantan Terengganu

Kedah Pulau Pinang Perlis Kudat Kota Kinabalu Beaufort Tuaran Tamparuli Ranau W. Persekutuan Labuan Sandakan Telupid Semporna Kunak Tawau Lahad Datu Beluran

Pengarah Suruhanjaya Tenaga Tingkat 7, Wisma BSN Sabah Jalan Kemajuan, Karamunsing 68000 Kota Kinabalu Sabah.

Pengarah Suruhanjaya Tenaga Tingkat 3, Wisma Saban KM 12, Jalan Labuk W.D.T. No. 25 90500 Sandakan Sabah.

Pengarah Suruhanjaya Tenaga Tingkat 4, Wisma Perkeso Jalan Persekutuan,MITC 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Melaka Negeri Sembilan

4. S: Siapakah yang boleh dilantik untuk menguruskan pendaftaran pepasangan elektrik?


J: Pemunya atau pengurusan pepasangan boleh melantik juruperunding atau kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga yang mempunyai Perakuan Pendaftaran Sebagai Kontraktor Elektrik Kelas (A/B/C/D) untuk membuat permohonan pendaftaran bagi pihak mereka.

5. S: Apakah prosedur dan syarat untuk pendaftaran pepasangan elektrik?


J: (a) Bagi pepasangan baru dibina atau lama yang ingin didaftarkan; (i) Pemunya atau pengurusan pepasangan hendaklah mengemukakannya kepada ST:Borang permohonan pendaftaran pepasangan [ST(KE)9] yang telah lengkap diisi. Borang ST(KE)9 ini boleh diperolehi terus sama ada dari pejabat ST Kawasan atau dimuat turun daripada laman web Suruhanjaya Tenaga di www.st.gov.my secara percuma Borang A (permohonan bagi pendaftaran pepasangan) yang ditandatangani oleh pemunya atau pengurusan sendiri Pelan, lukisan skematik dan spesifikasi seperti yang ditandatangani oleh orang-orang kompeten mengikut kadar had voltan/ampere pepasangan seperti berikut:(i) Pendawai 1 fasa Voltan rendah 1 fasa sahaja (ii) Pendawai 3 fasa Voltan rendah hingga 60A (iii) Penyelia Elektrik Voltan rendah hingga 100A (iv) Jurutera Elektrik - semua voltan rendah sahaja Kompeten tidak berdaftar dengan LJM (Lembaga Jurutera Malaysia) (v) Jurutera Elektrik - tiada had pepasangan Kompeten & Jurutera Perkhidmatan Elektrik yang berdaftar dengan LJM Borang G & H seperti di bawah:-

Borang G (Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan) yang diisi oleh: Pendawai 1 fasa bagi kerja-kerja pendawaian dan penyeliaan 1 fasa Pendawai 3 fasa bagi kerja-kerja pendawaian dan penyeliaan 3 fasa, di mana pendawai-pendawai tersebut hendaklah bekerja sepenuh masa dengan kontraktor elektrik yang berdaftar Borang H (Perakuan Ujian) yang diisi oleh: Pendawai 1 fasa atau 3 fasa yang diberi kuasa untuk menguji bagi kerja-kerja pendawaian dan pengujian 1 fasa Pendawai 3 yang diberi kuasa untuk menguji kerja-kerja pendawaian dan pengujian 3 fasa Jurutera Perkhidmatan Elektrik (JPE) yang bekerja sepenuh masa dengan kontraktor Perkhidmatan Elektrik bagi pepasangan voltan tinggi (b) Bagi pepasangan yang telah berdaftar yang ingin diperbesarkan atau diubahsuai, pemunya atau pengurusan pepasangan tersebut dikehendaki memberi notis kepada pejabat ST Kawasan di mana pepasangan itu didaftarkan dan hendaklah mengemukakan pelan tambahan kepada Suruhanjaya Tenaga untuk pendaftaran. (c) Setelah pepasangan elektrik itu diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk didaftarkan, maka suatu Perakuan Pendaftaran Pepasangan dalam Borang B akan dikeluarkan kepada pemunya atau pengurusan pepasangan.

6. S: Apakah penalti yang dikenakan kepada mereka yang gagal mendaftarkan pepasangan mereka dan membuat pembaharuan ke atas pepasangan mereka?
J: Mana-mana orang sama ada pemunya atau pengurusan bangunan yang gagal atau cuai untuk mendaftarkan pepasangan di bawah tanggungjawab mereka adalah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 37(8) Akta Bekalan Elektrik 1990 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000.00 atau denda tambahan tidak melebihi RM1,000.00 bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Kegagalan mana-mana pemunya atau pengurusan bangunan membuat pembaharuan dengan tidak membayar fi pepasangan adalah merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 122, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan apabila disabitkan, mereka yang bertanggungjawab boleh didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau di penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya. Adalah tanggungjawab pemunya atau pengurusan bangunan untuk mendaftar pepasangan elektrik di bawah tanggungjawabnya seperti kehendak Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Elektrik 1990. Kegagalan mereka mendaftarkan pepasangan mereka adalah satu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

KADAR KAPASITI PEPASANGAN DAN FI DIKENAKAN


7. S: Apakah kadar kapasiti pepasangan yang perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Tenaga dan adakah sebarang fi dikenakan?
J: Semua pepasangan [xx] perlu didaftar dan fi adalah mengikut keupayaan pepasangan tersebut. Mengikut kehendak Peraturan 4, fi yang perlu dibayar bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran Pepasangan seperti berikut:-

* ertinya tahap maksimum kuasa elektrik sesuatu pepasangan boleh diguna, dikerja atau dikendalikan dalam sesuatu tempoh tanpa mengakibatkan kerosakan pada mana-mana bahagian pepasangan itu. Walau bagaimanapun, untuk sistem penghantaran atau sistem pengagihan, keupayaan pepasangan itu adalah pada tahap kuasa elektrik yang maksimum, yang sistem itu dijangka atau dikehendaki untuk membekal dalam sesuatu tempoh, mengikut mana satu yang lebih tinggi. [xx] (i) janakuasa tunggu sedia yang dipasang bagi maksud membekal tenaga sekiranya bekalan daripada pemegang lesen terputus bekalannya; (ii) yang menerima tenaga daripada pemegang lesen pada voltan 11,000 volt atau lebih.

8. S: Adakah Suruhanjaya Tenaga akan membuat pemeriksaan ke atas pepasangan sebelum ia lulus untuk didaftarkan?
J: Suruhanjaya Tenaga boleh melakukan pemeriksaan dan ujian pepasangan setelah menerima Borang A yang dihantar bersama-sama borang permohonan oleh pemohon. Untuk itu, notis pemeriksaan permulaan (Borang D) dan susulan (Borang E) akan diberikan secara bertulis kepada pemunya atau pengurusan pepasangan terlebih dahulu sebelum hari pemeriksaan dibuat. Pemunya atau

pengurusan pepasangan setelah menerima notis berkenaan hendaklah membuat persediaan bagi pemeriksaan dibuat dan hadir pada masa pemeriksaan dan ujian itu. Suatu fi bagi pemeriksaan dan ujian pepasangan dikenakan pada kadar yang ditetapkan dalam Peraturan 6 seperti di bawah:-

PEMBATALAN PERAKUAN PENDAFTARAN PEPASANGAN


9. S: Apakah keadaan yang boleh menyebabkan pendaftaran pepasangan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga dibatalkan?
J: Suruhanjaya Tenaga boleh membatalkan Perakuan Pendaftaran pepasangan yang dikeluarkan kepada pemunya atau pengurusan pepasangan jika:pepasangan itu tidak lagi dikehendaki untuk digunakan; pepasangan itu didapati tak selamat untuk digunakan; orang yang padanya Perakuan itu dikeluarkan menggunakannya bagi tujuan yang berlainan dengan tujuan Perakuan itu dikeluarkan; atau orang itu telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta atau Peraturan-Peraturan ini.

10. S: Siapakah yang boleh mengendalikan sesuatu pepasangan elektrik?


J: Pemunya atau pengurusan pepasangan pada kadaran 100A dan ke atas hendaklah melantik orang kompeten untuk mengerja, mengendali atau mengawal apa-apa kerja ke atas pepasangan mereka. Bilangan dan sekatan skop kerja orang kompeten yang perlu dilantik hendaklah disyorkan oleh mana-mana orang kompeten seperti berikut:(a) Bagi pepasangan dikendali pada voltan yang tidak melebihi 600 V: seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik; seorang Jurutera Elektrik Kompeten; seorang Penyelia Elektrik; atau seorang Jurutera Elektrik Kompeten residen. (b) Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan melebihi 600 V tetapi tidak melebihi 132 kV: seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik; seorang Jurutera Elektrik Kompeten; atau seorang Jurutera Perkhidmatan residen. (c) Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan melebihi 132 kV, seorang Jurutera Elektrik Kompeten residen. Kategori kekompetenan dan sekatan skop kerja orang kompeten bagi Penjaga Jentera adalah seperti berikut:-

11. S: Adakah orang kompeten yang mengerjakan dan mengendalikan pepasangan elektrik perlu mendaftar Perakuan Kekompetenannya dengan Suruhanjaya Tenaga?
J: Ya, seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga hendaklah mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya seperti kehendak Peraturan 63(1) Peraturan-Peraturan Elektrik 1994. Fi pendaftaran Perakuan Kekompetenan adalah sah bagi tempoh tidak kurang 1 tahun dan tidak lebih dari 5 tahun dengan bayaran fi seperti ditetapkan di bawah:-

LAWATAN PEMERIKSAAN KE ATAS PEPASANGAN ELEKTRIK

12. S: Siapakah orang-orang kompeten yang boleh melawat pepasangan untuk pemeriksaan tetap?
J: Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan rendah:Jurutera Perkhidmatan Elektrik (JPE); Jurutera Elektrik Kompeten (JEK); atau Penyelia Elektrik (PE) Bagi pepasangan dikendalikan pada voltan tinggi:Jurutera Perkhidmatan Elektrik(JPE); atau Jurutera Elektrik Kompeten (JEK)

13. S:Berapakah kekerapan lawatan oleh orang kompeten ke atas pepasangan di bawah tanggungjawabnya?

PENYENGGARAAN / PENYELENGGARAAN PEPASANGAN


14. S: Siapakah yang boleh dilantik untuk melaksanakan atau menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan, baik pulih, servis penentukuran, ujian pada pepasangan dan pengesanan kerosakan kabel di pepasangan itu?
J: Seperti Peraturan 111, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menghendaki orang kompeten atau yang bertindak di bawah kawalan orang kompeten untuk menjalankan apa-apa kerja pembaikan, penggantian, penservisan atau pembersihan ke atas mana-mana kelengkapan yang menjadi sebahagian daripada pepasangan. Oleh yang demikian, untuk melaksanakan tugasan kerja seperti soalan di atas, ia hendaklah dilaksanakan oleh Jurutera Perkhidmatan Elektrik (JPE) yang bekerja sepenuh masa dengan Kontraktor Perkhidmatan Elektrik yang memegang Perakuan Pendaftaran yang sah seperti mana dalam Borang P.

15. S: Apakah tempoh penyenggaraan / penyelenggaraan perlu dilaksanakan ke atas pepasangan elektrik?

J: Seperti kehendak Peraturan 110(3), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan selain daripada pepasangan domestik, sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa dan diuji oleh orang kompeten sekurangkurangnya sekali setiap lima tahun, atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya.

16. S: Berapa kerapkah pengujian dan penentukuran perlu dibuat ke atas mana-mana geganti dan peranti pelindung sesuatu pepasangan?
J: Seperti kehendak Peraturan 110(4), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, ia hendaklah diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun, atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya.

Anda mungkin juga menyukai