Anda di halaman 1dari 18

GEOGRAFI FIZIKAL

TAJUK: HAKISAN TANAH

AHLI KUMPULAN:

MUHAMMAD FAIZAL BIN CHE NAT


NURUL HAFIZAH BINTI KHMIS
NADHIRAH AMANINA BINTI ABDUL KARIM
SITI ASMIRA BINTI JUSOH
HAKISAN TANAH
Maksud hakisan tanah
 Proses penghausan atau pengukiran
permukaan bumi yang melibatkan
pemindahan bahan oleh agen-agen
hakisan seperti air hujan, air
mengalir,angin, ombak, glsier tu dan lain-
lain lagi..
JENIS-JENIS HAKISAN
HAKISAN PERCIKAN
-Giat berlaku di permukaan cerun yang terdedah
iaitu tiada litupan bumi.Proses hakisan lebih giat
sekiranya lapisan tanihnya kering dan longgar.
-Titik-titik hujan yang mula-mula jatuh berupaya
mengorek lalu menerbangkan sebahagian
daripada butiran tanah.
-Hakisan jenis ini hanya giat pada awal fenomena
hujan kerana hujan yang berterusan akan
melembapkan partikel-partikel tanah.
-Lapisan tanah yang lembap tidak boleh mengalami
hakisan percikan.
HAKISAN RILL

-Giat berlaku di permukaan cerun-cerun gunung dan bukit


akibat aliran permukaan.Lama –kelamaan aliran air
permukaan ini dapat mengguris lekukan yang halus di
permukaan bumi.

-Aliran pada rill hanya giat pada ketika hujan.Mengikut


masa bentuk rill akan didalamkan oleh aliran air
membentuk gulli.
CARA-CARA HAKISAN
TINDAKAN HIDRAUL
 Melibatkan penyerbuan dan hempasan yang mengalir ke dalam
struktur batuan yang lemah seperti rekahan, retakan dan lubang
ditebing dan dasar sungai.

 Hakisan ini amat berkesan apabila halaju air adalah tinggi.


Mencungkil keluar butiran batuan daripada struktur batuan yang
lemah.

 Aliran air yang deras akan menghasilkan kuasa yang kuat untuk
melakukan hakisan ini.

 Hakisan ini giat berlaku dikawasan hulu di bahagian air


terjun,jeram, lubang periuk.
PROSES LELASAN/LILIRAN
 Melibatkan kegiatan geselan antara muatan
sungai dan air sungai terhadap tebing dan dasar
sungai.

 Proses lelasan dapat melicinkan permukaan


batuan yang berbucu tajam kepada yang lebih
bulat.

 Bekalan muatan bergantung kepada


keberkesanan proses-proses luluhawa dan
pergerakan jisim disepanjang lurah sungai.
Lelasan boleh mendalam dan melebarkan alur
sungai.
PROSES LAGAAN
 Merujuk kepada pergeselan antara batuan atau muatan
sungai itu sendiri apabila berlaga sesama sendiri
semasa pengalirannya.

 Ketulan batuan besar boleh mengalami penghausan


sehingga menjadi kumin- kumin batuan yang kecil
apabila mengalami proses lagaan.
PROSES LARUTAN
 Air sungai bertindak balas secara kimia
terhadap batuan.

 Amat bekesan di lurah sungai yang terdapat


di kawasan batuan lemah seperti batu
kapur, dolomit atau batuan mudah lerut
seperti yang berunsur kalsium,
natrium’sulfat atau klorida.
FAKTOR-FAKTOR HAKISAN
TANAH
 IKLIM
 Hujan yang lebat menyebabkan isipadu air meningkat dan menyebabkan
kadar hakisan sungai meningkat dan menyebabkan air mengalir laju.

 Kawasan iklim panas– isipadu dan halaju air dalam lembangan saliran akan
berkurangan menyebabkan kadar hakisan berkurangan.

 GEOLOGI BATUAN
 Struktur batuan yang berbeza dari segi kekerasan, tekstur dan lain-lain.

 Contoh, batu kapur atau batu yang lembut atau berstruktur lemah,hakisan
mudah berlaku berbanding pada batuan yang berstruktur kuat atau keras.

 Menyebabkan lembah sungai menjadi lebar dan luas.


PERINGKAT SUNGAI
 Peringkat hulu- halaju air adalah deras. Ianya
bergantung pada kecerunan dasar sungai.
 Giat berlaku di hulu sungai berbanding di kawasan hilir
sungai.

LITUPAN BUMI
 Tebing sungai yang dilitupi tumbuhan yang padat akan
menghalang hakisan berlaku dengan giatnya.
 Akar pokok mencengkam tanah—berfunsi memegang
struktur tanah supaya menjadi kemas.
 Dahan yang condong melambatkan pergerakan air .
AKTIVITI MANUSIA

 Tindakan manusia boleh meningkatkan atau


mengurangkan kadar hakisan.

 Pembinaan petempatan,jalan raya,pelabuhan dan


sebagainya.Pembinaan seperti ini akan
melonggarkan struktur batuan atau tanih kepada
proses.proses pergerakan jisim dan seterusnya
oleh agen-agen laut seperti ombak dan air pasang
surut.
LANGKAH-LANGKAH
MENGURANGKAN HAKISAN
TANAH

1)Perhutanan semula

-penanaman benih-benih pokok hutan yang cepat


membesar .
-perhutanan semula dapat mengurangkan hakisan
permukaan dan hakisan percikan dari air larian permukaan
dan titisan air hujan.
-litupan bumi juga bertindak sebagai span kerana akar-
akar pokok menyerap air hujan.Ini secara tidak langsung
mengurangkan air larian permukaan.

2)Pembinaan teres di lereng bukit

-cerun-cerun bukit atau gunung yang telah ditarah untuk


tujuan pembinaan seperti jalan raya,lereng-lerengnya
seharusnya diteres mengikut garis kontur cerun.
-pada setiap teres, tumbuhan tutup bumi ditanam untuk
mengurangkan kesan air larian.Sistem peneresan ini
juga dapat nengawal proses hakisan berlaku secara
berleluasa.
3)Pembinaan longkang dan parit

-pembinaannya di cerun-cerun curam juga boleh


mencegah kejadian hakisan permukaan.
-Air larian permukaan yang berlebihan ini sekiranya dapat
mengalir dalam sistem parit dan longkang maka kadar
resapan air dalam tanah dapat dikurangkan.
-ini mengelakkan lapisan tanah dari menjadi berat lalu
terhakis oleh aliran air permukaan.
4)Penyimenan permukaan cerun atau permukaan bukit.

-Ini dapat mengatasi proses hakisan oleh air larian


permukaan.
-Faedahnya ,kaedah ini seringkali digunakan di lereng-
lereng bukit di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan.

5)Pembinaan benteng konkrit

-Di tebing-tebing sungai pula hakisan tebing boleh diatasi


dengan membina benteng konkrit.
-Benteng dapat mengawal cara-cara hakisan terutama
hidro dan hakisan jenis melebar.
KESAN-KESAN HAKISAN
TANAH
KESAN FIZIKAL

1)Tanah runtuh
2)Populasi haiwan dan tumbuhan dalam
hutan terancam
3)Sungai menjadi cetek
4)Populasi hidupan akuatik musnah
KESAN KE ATAS MANUSIA

1)Penempatan terganggu
2)Berlaku krisis bekalan air
3)Kegiatan pertanian tidak dapat dijalankan
4)Aktiviti pelancongan dan rekreasi terjejas
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai