Anda di halaman 1dari 6

Penghargaan Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kami

menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Md Radzi yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini .Selain itu juga, kami mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan- rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami kursus ini. Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam kepada masyarakat setempat khususnya. menyiapkan kerja

PENGENALAN Statistik (atau perangkaan) adalah sains dan aplikasi dalam membangunkan pengetahuan manusia melalui penggunaan data empirikal. Statistik berasaskan teori statistik iaitu salah satu daripada cabang matematik. Dalam teori statistik, kerawakan dan ketidakpastian dimodelkan berasaskan teori kebarangkalian. Statistik termasuk perancangan, meringkaskan, dan memahami pemerhatian yang tidak menentu. Statistik juga merupakan satu disiplin pembangunan dan aplikasi kaedah untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data. Moden kaedah statistik termasuk reka bentuk dan analisis eksperimen dan kaji selidik, kuantifikasi fenomena biologi, sosial dan saintifik dan aplikasi prinsip statistik untuk memahami lebih lanjut mengenai dunia di sekeliling kita. Sejak data yang digunakan di dalam kebanyakan bidang usaha manusia, teori dan kaedah statistik moden telah digunakan untuk pelbagai bidang. Beberapa kawasan yang menggunakan kaedah statistik moden dalam perubatan, sains biologi dan sosial, ekonomi, kewangan, penyelidikan pemasaran, pembuatan dan pengurusan, kerajaan, institut penyelidikan dan banyak lagi.. Tujuan statistik adalah menghasilkan maklumat "terbaik" daripada data yang ada, sesetengah orang menggolongkan statistik sebagai cabang teori keputusan. Jadi, kami sudah melakukan soal selidik bagi 50 orang responden. Kami memilih beberapa soalan berkenaan dengan fesyen oleh pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun untuk ditunjukkan di dalam tugasan ini. Borang soal selidik yang telah diedarkan boleh didapati di bahagian lampiran.

OBJEKTIF Antara objektif kajian dijalankan : 1. Soal selidik ini dijalankan untuk mengetahui cara peragaan fesyen oleh pelajar-

pelajar Ipg Kampus Tuanku Bainun. 2. Soal selidik ini dijalankan untuk mengetahui berapakah perbelanjaan pembeliaan

untuk barangan fesyen yang dibeli oleh pelajar-pelajar Ipg Kampus Tuanku Bainun. 3. Soal selidik ini dijalankan untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi fesyen

pelajar-pelajar Ipg Kampus Tuanku Bainun.

KAEDAH PELAKSANAAN KAJIAN Kami telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar. Kaedah yang telah kami gunakan ialah : 1. Pemerhatian

Kami telah membuat pemerhatian ke atas tajuk tugasan bagi soal selidik yang hendak dijalankan. Kami juga telah membuat pemerhatian akan soalan-soalan yang sesuai bagi tajuk tugasan kami. 2. Soal selidik

Kami telah mengedarkan borang soal selidik kepada 50 orang responden pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan kajian kami iaitu tentang fesyen yang diikuti oleh pelajar IPTB. 3. Rujukan teks dan buku-buku rujukan di perpustakaan untuk

Kami merujuk kepada buku

mendapatkan maklumat tambahan. Di samping itu, kami membuat rujukan internet melalui komputer untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat tentang kajian dan tajuk statistik.

SOALAN SOAL SELIDIK : Untuk menghasilkan borang soal selidik ini kami telah berbincang dan membuat penyemakan semula soalan- soalan tersebut dengan pensyarah lebih kurang seminggu. Melalui soalan soal selidik ini kami menyoal berkenaan fesyen yang menjadi pilihan hati kebanyakan pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun. Bukan itu sahaja, kami juga dapat mengetahui anggaran perbelanjaan yang pelajar-pelajar gunakan untuk membeli barangan untuk melengkapkan diri dengan fesyen dan kami juga mengetahui faktor yang mendorong para pelajar terpengaruh dengan fesyen. Contoh Soalan Kaji Selidik Yang Diedarkan

Rujukan BUKU RUJUKAN Cheang Chooi Yoong, K. b. (2005). Mathematics Form 4. Kuala Lumpur: Cerdik Publications Sdn. Bhd. mun, c. (2004). siri teks referens SPM matematik. Selangor: pearson malaysia sdn. bhd. Rahman, A. S. (1997). Matematik Matrikulasi Jilid 2. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. SUMBER INTERNET http://cheguzam.blogspot.com/2011/08/nota-matematik-tingkatan-3-bab-4.html www.amaljaya.com/guru/.../Statistik%20Asas.pdf http://cikgunaza-matematik45.blogspot.com/2011/11/matematik-4-5.html http://matematikkkktu.blogspot.com/2010/08/nota-statistik-untuk-pelajardiploma.html

Refleksi Muhamad Syafiq Bin Hussin Saya dan rakan- rakan sekumpulan saya telah menerima satu tugasan mengenai tajuk statistik. Pendapat awal saya apabila menerima tugasan ini adalah tugasan ini remeh dan tajuknya tidak menyeronokkan. Ini kerana, saya tidak berapa menggemari tajuk statistik sejak dari sekolah menengah lagi. Selain itu, sepanjang proses pembelajaran dalam kelas ia menyukarkan saya untuk memahami istilah-istilah dalam tajuk statistik tersebut kerana proses pembelajaran saya menggunkan bahasa Melayu sedangkan sewaktu sekolah menengah dahulu pembelajaran saya menggunakan bahasa Inggeris. Hal ini membuatkan saya kurang berminat untuk mempelajari dan memahami tajuk statistik dengan mendalam. Namun, dalam keterpaksaan membuat tugasan ini hadir juga keikhlasan untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam. Setelah berbincang dengan ahli kumpulan dan mengkajinya secara bersendirian, saya mula merasakan tajuk statistik ini adalah tajuk yang menyeronokkan sebenarnya jika difahami dengan lebih mendalam. Sepanjang perbincangan dengan ahli kumpulan untuk menyiapkan tugasan ini, banyak perkara baru yang saya belajar. Saya cuba belajar dan mengingatkembali cara bagaimana membina carta bar, carta pai dan histogram menggunakan aplikasi dalam computer riba. Sebelum ini, dalam kelas komputer saya hanya belajar acuh tak acuh sahaja apabila berkaitan dengan pembinaan carta. Sekarang, barulah saya sedar akan fungsi dan kepentingannya dalam kehidupan manusia. Saya juga mula belajar cara memindahkan, menganalisis data dan mentafsir data dengan lebih mendalam dan daripada maklumat-maklumat tersebut saya dan ahli kumpulan berbincang memindahkaanya ke dalam bentuk jadual dan pelbagai lagi persembahan data. Bukan itu sahaja, saya juga belajar dan cuba memahami konsep perbincangan yang sebenar dalam sesebuah kumpulan. Bukan sekadar untuk meyiapkan tugasan tetapi dalam masa yang sama mengamalkan nilai-nilai murni dalam kerja berpasukan seperti mendengar dan menerima pendapat ahli kumpulan. Bagi kumpulan kami, prinsip menerima dan mendengar pendapat orang lain merupakan

tunjang dan kekuatan utama. Saya mempelajari bagaimana cara menyesuaikan diri dengan ahli kumpulan yang berbeza dan cuba memahami dan menghormati cara ahliahli kumpulan saya bekerja. Mereka juga menghormati pandangan saya dan kami saling mengamalkan konsep bekerjasama, bersama-sama berkongsi buah fikiran dan berusaha untuk melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan kami bagi menghasilkan mutu tugasan yang berkualiti. Saya berharap semoga penghasilan tugasan kami ini dapat memberikan saya dan rakan-rakan suntikan semnagat agar jangan pernah mengalah selagi belum mencuba sesuatu perkara. Semoga usaha kami dalam penghasilan tugasan ini dapat

menjadikan saya dan rakan-rakan individu yang lebih berusaha untuk memperbaiki diri , mempunyai jati diri yang mantap dan menjadikan saya dan rakan- rakan bakal guru yang komited dalam menjalankan tugas selari dengan tanggungjawab yang

diamanahkan. Saya berharap agar segala usaha saya ini dapat diterima oleh pensyarah kami dan juga memberi inspirasi kepada saya untuk terus berjuang dalam bidang pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai