Anda di halaman 1dari 1

CHAPTER 2 : TOWARDS A DEFINITION OF CIVILIZATION Secara ringkasnya, tamadun terdiri daripada pencapaian kompleks manusia seperti proses pembandaran,

skrip dan sistem tulisan , kesenian dan kebudayaan , seni bina, pegangan agama dan kepercayaan , undang-undang ,pemerintahan dan pentadbiran pusat serta kemajuan teknologi.Bagi sesetengah sejarahwan seperti Edward Taylor contohnya,beliau berpendapat bahawa ketamadunan tidak akan wujud jika tidak adanya sistem tulisan.Namun begitu,ketinggian sesuatu tamadun itu juga diukur melalui peningkatan daripada proses pembandaran dan kemajuan teknologi. Selain itu, tamadun juga salah satu jumlah yang terhad bagi kemuncak sesuatu budaya atau peningkatan kepada pencapaian sekelompok manusia.Walau bagaimanapun,proses pembandaran merupakan faktor yang paling penting dalam kemunculan sesebuah tamadun.Pembandaran sesuatu tamadun itu akan menunjukkan tahap kemahiran dan teknologi sesesbuah masyarakat tamadun itu.Contohnya ,bagi tamadun India bandar terancang mereka dibina lengkap dengan infrastruktur seperti saliran air dan angin,berpetak dan menggunakan sepenuhnya dari batu bata berkualiti tinggi.Apabila sesuatu bandar menuju kemuncak kegemilangan tamadun ,organisasi sosial masyarakat dan penyusunan pentadbiran akan menjadi lebih teratur dan licin.Kesimpulannya,ketamadunan ini boleh diukur melalui 10 kriteria iaitu melalui kependudukan masyarakat yang luas dan padat,pembahagian kerja antara penduduk,hasil lebihan pertanian yang dijadikan bahan perdagangan ,ketinggian teknologi untuk pembinaan sesuatu tanda sejarah,hierarki penduduk ,kemunculan sains dan teknologi,seni kebudayaan dan berlakunya permulaan bagi perdagangan antarabangsa .