Anda di halaman 1dari 5

Kata-Kata Inspirasi Selepas Mengalami Sesuatu Kegagalan

• Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan


daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang
lain.
• Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
• Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam
hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
• Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-
apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
• Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi
penghubung dengan anak-anak anda.
• Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja
yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika
mencuba kerja lain.
• Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba
membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
• Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita
pelajari selepas itu.
• Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang
dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
• Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak
berkesan.
• Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah
tindakbalas terhadap kesilapan itu.
• Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah
untuk terbakar.
• Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya
bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
• Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi
menjamin kejayaan yang bernilai.
• Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan
dia pernah gagal sebelumnya.
• Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha
bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna
anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
• Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita
mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.
• "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan
seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".
• Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda
lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
• Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
• Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya
tersangkut!
• Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang
terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!
• Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang
gagal,kecuali diri anda sendiri.
• Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia
mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.
• Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang
perlu kita pelajari.
• Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada
lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang
lain.
• Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi
untuk berjaya!!.
• Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu,
sebenarnya telah tewas!!.
• Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara
kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
• Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang
ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau
tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau
sebagainya.
• Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak
belajar daripada kegagalannya itu.
• Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda
hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
• Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK
mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT
sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya
itu.
• Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu
dilangsaikan sepanjang hayat.
• Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang
menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau
merungut atau berputus-asa.
• Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk
mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan
kegagalan dalam usaha tersebut.
• Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi
kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran
bagi setiap kejayaan.
• Terseradung bukannya terjatuh.
• Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu
yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan
menjadi orang berani kelak.
• Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap
cemerlang meskipun gagal.
• Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali
arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong
sampah.
• Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin
dahulu.
• Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.
• Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita
belajar untuk menjadi sempurna.
• Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam
hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.
• Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci
terakhirlah yang dapat membuka kumci.
• Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan
berikutnya kurang terasa pedih.
• Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui
kebenaran hakiki.
• Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan
yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan
perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas
ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.
• Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.
• Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi,
kenalah hujan dahulu.
• Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal
dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh
menerima orang yang tidak berani mencuba.
• Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa
perkara lagi.
• Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah
anda membetulkannya.
• Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal
sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.
• Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan
gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara
yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya
membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan
tidak belajar.
• Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang
seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan
kehebatan dalam diri sendiri.
• Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong
seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak
pernah dicuba sebelum ini.
• Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan
itu adalah pengajaran.
• Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi
kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan
kesilapan.
• Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah
seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini
berbanding dengan semalam.
• Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh
mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk
melihat apa yang tidak boleh dilakukan.

PERINGATAN!!!

INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KATA-KATA


PEMBANGKIT SEMANGAT SAHAJA DAN BUKANNYA
FALSAFAH ATAU HADIS ATAU AYAT AL-QURAN.ANDA
DINASIHATKAN SUPAYA MEMBACA KATA-KATA INI
SEBAGAI PENGETAHUAN SAHAJA.ASASNYA,APA-APAPUN
PEKERJAAN YANG ANDA LAKUKAN HENDAKLAH
DILAKUKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN TIDAK
BERPUTUS-ASA DAN BERSERAH KEPADA ALLAH S.W.T
APABILA ANDA TELAH BERUSAHA.INSYA-ALLAH ANDA
AKAN BERJAYA!!.
INSPIRASI
Mailing List ini berisi kata-kata mutiara yang bermanfaat sebagai
inspirasi dalam kehidupan rumah-tangga, pekerjaan, dan
pergaulan sehari-hari.
Setiap hari Anda akan menerima kata-kata mutiara melalui email
Anda.
Contoh:
"Nothing in the world can take the place of persistence.
Talent will not; nothing is more common than unsuccessful men
with talent. Genius will not; unrewarded genius is almost a
proverb. Education will not; the world is full of educated
derelicts."
--Calvin Coolidge

"Do a little more each day than you think you possibly can."
--Lowell Thomas

"There is always room at the top."


--Daniel Webster

"Winners never quit and quitters never win."


--Vince Lombardi

"Success ... seems to be connected with action. Successful men


keep moving. They make mistakes, but they don't quit."
--Conrad Hilton

Anda mungkin juga menyukai