Anda di halaman 1dari 34

ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN ....................................................................................................... 2 1.0 PENDAHULUAN .................................................................................................. 3 3.1.2. Faktor Kemanusiaan .................................................................................. 5 3.1.3. Faktor Pentadbiran ....................................................................................

7 3.2.1. Menjaga Keselamatan Diri Sendiri ............................................................. 7 3.2.2. Menjaga Keselamatan Orang lain .............................................................. 8 3.2.3. Menjaga Keselamatan Alatan dan Mesin .................................................. 8 3.2.4. Mematuhi Lain-lain Peraturan Di dalam Bengkel ....................................... 8 3.2.5. Faedah Mengamalkan Keselamatan Dan Kesihatan ................................. 9 5.2. Alat kawalan kuasa ........................................................................................ 25 7.0. BAHAYA KEBAKARAN ..................................................................................... 27 7.2. Alat-alat pencegah kebakaran ....................................................................... 28 7.3. Langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan bahan yang mudah terbakar ................................................................................................................. 28 8.2. Merawat Kecederaan Ringan......................................................................... 30 8.3. Pemulihan Nafas ............................................................................................ 30 8.4. Mangsa Kejutan Elektrik ................................................................................ 31 BIBLIOGRAFI ........................................................................................................... 34

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan rahmatNya sehingga dapat kami menyempurnakan kerja kursus ini dengan jayanya. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kami Tn Hjj Hasan Asran bagi subjek Pengurusan Dan Keselamatan Bengkel di atas segala bimbingan, teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang kami menyempurnakan tugasan ini. Banyak panduan serta tip-tip yang berguna yang kami jadikan rujukan dalam menyiapkan tugasan ini Ribuan terima kasih jua buat rakan-rakan di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia dan juga kepada orang perseorangan yang turut membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penulisan ini. Sekali lagi kami memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Ilahi, agar segala usaha yang disumbangkan diberkati oleh Allah s.w.t di dunia dan akhirat.

Sekian,terima kasih.

1.0 PENDAHULUAN Langkah-langkah Keselamatan adalah satu aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh semua pihak, sama ada di sekolah, di pejabat walhal di rumah sekali pun. Langkah keselamatan yang dibincangkan di sini adalah merangkumi segala aspek keselamatan yang melibatkan penggunaan bengkel di sekolah-sekolah.

Keselamatan adalah suatu perkara yang sering dipandang ringan oleh semua orang, lantas langkah-langkah berjaga-jaga langsung tidak dipedulikan. Kita akan mengambil langkah-langkah keselamatan setelah mengalami sebarang kemalangan atau kecederaan. Seperti kata orang tua-tua , dah terantuk baru terngadah. Seharusnyalah kata-kata ini tidak digunapakai lagi di waktu sekarang kerana di zaman ini kita sentiasa terdedah kepada berbagai jenis bahaya yang ada di sekeliling. Hanya, jika kita tidak berhati-hati nasib tidak menyebelahi kita, kerana malang itu tidak berbau.

Langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diamalkan oleh semua orang melibatkan 3 aspek iaitu menjaga keselamatan diri sendiri, orang lain dan alatan mesin, mengetahui cara-cara pertolongan cemas dan mengetahui cara menggunakan alat pemadam api.

Semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan langkah-langkah keselamatan diamalkan di sekolah-sekolah. Kecuaian, sikap buruk dan kejahilan merupakan punca utama kemalangan. Gunakan peralatan yang berkeadaan baik dengan kaedah atau cara yang betul untuk mengelakkan berlakunya kecederaan atau kemalangan. Pakaian yang sesuai, disiplin diri dan mematuhi peraturan merupakan perkara penting dalam mencegah kemalangan. UTAMAKAN KESELAMATAN.

2.0 DEFINISI Mengikut kamus dewan, keselamatan ialah suatu perkara atau langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya peristiwa yang tidak diingini seperti kecederaan atau kehilangan nyawa. Keselamatan dapat dikelaskan kepada tiga iaitu;

1. Menjaga keselamatan diri sendiri, orang lain dan alatan serta mesin. 2. Mengetahui cara-cara pertolongan cemas. 3. Mengetahui cara menggunakan alat pemadam api.

3.0 KESELAMATAN AM 3.1. Punca-punca Kemalangan

Perkara pertama yang perlu difikirkan apabila melangkah masuk ke bengkel ialah keselamatan. Di dinding-dinding bengkel atau kawasan pembinaan seringkali terpapar papan tanda UTAMAKAN KESELAMATAN. Mencegah lebih baik daripada mengubati dan sebagainya. Sikap inilah yang mesti diamalkan oleh setiap pelajar pada setiap masa. Punca kemalangan boleh dibahagikan kepada tiga faktor iaitu;

3.1.1. Faktor Fizikal

a. Pendawaian elektrik

- pendawaian telah melebihi 40 tahun - pendawaian mengalami kecacatan pendawaian - pendawaian terbakar kerana beban lebih had (overload) - pendawaian terbakar kerana pendawaian tambahan tanpa kebenaran

b. Persekitaran - persekitaran tempat kerja/belajar yang tidak diambil perhatian. Contohnya tumpahan minyak yang tidak dibersihkan. - Pencahayaan tempat kerja/belajar yang tidak mencukupi.

c. Kebisingan - guru dan murid yang terdedah kepada persekitaran yang

mempunyai tahap kebisingan yang tinggi kebisingan yang melebihi tahap tertentu akan menyebabkan kehilangan pendengaran.

d. Peralatan dan mesin

- kemalangan yang berpunca daripada peralatan dan mesin didalam bengkel adalah disebabkan oleh susun atur yang tidak sesuai. - Kemalangan juga boleh berpunca daripada keadaan mesin yang lama dan tidak diservis. - Kemalangan juga boleh berlaku disebabkan oleh ketiadaan sistem pengurusan peralatan seperti cara mengguna dan menyimpan.

3.1.2. Faktor Kemanusiaan

a. Kecuaian - kurang tumpuan kepada kerja - mengelamun atau berkhayal ketika bekerja/belajar

b. Kurang kemampuan - memaksa diri melakukan kerja

c. Kurang pengetahuan - tiada latihan - sikap tidak ambil tahu atau malas mempelajari suatu yang perlu dalam pekerjaannya

d. Disiplin - bergurau sambil bekerja/balajar - gagal mematuhi aturan yang disediakan

- tidak mematuhi tertib (short-cut)

e. Kesihatan - gangguan kesihatan ketika bekerja seperti mengantuk, sakit, letih, fikiran terganggu dan lain-lain.

f. Emosi - keadaan psikologi yang terganggu - perasaan takut, benci, marah, hampa dan kecewa terhadap guru atau pentadbir.

g. Pengulang - seseorang yang mengalami lebih daripada sekali kemalangan yang sama. Godec (1966) menyatakan

7 faktor yang berkaitan dengan pengulang kemalangan;

gangguan kurang cermat bebas kurang peka/sensitive kurang bertindak kepada rasa kesakitan jamin diri keinginan menguasai.

h. Cenderung Kemalangan

- seseorang yang mudah mengalami kemalangan disebabkan tingkah laku dan emosi - Karl Menniger mengatakan the most accepted belief is that accident-proneness is something each of us possesses

- Marbe (1926) menyatakan person with one accident is more likely to have another than the person who has had never any

3.1.3. Faktor Pentadbiran

a. Peraturan - pentadbir yang tidak menguatkuasakan peraturan yang telah sedia ada - kurangnya mengeluarkan arahan-arahan keselamatan dikawasan bengkel dan sekitarnya - tidak ada latihan yang berkaitan dengan pencegahan kemalangan

b. Sikap pentadbir - sikap ambil jalan mudah - lebih mementingkan peratus kelulusan peperiksaan - kurangnya hubungan di antara guru dan murid

3.2. Cara-cara Untuk Mencegah Kemalangan

Setiap kemalangan akan mengakibatkan sama ada hartabenda ataupun nyawa. Mencegah adalah cara untuk meminimumkan peratus berlakunya kemalangan.

3.2.1. Menjaga Keselamatan Diri Sendiri

Mempastikan diri kita berada dalam keadaan sihat dari segi fizikal dan rohani Berdisiplin dan mematuhi peraturan yang ditetapkan Mengetahui kaedah penggunaan atau cara mengendalikan sesuatu mesin yang selamat Pakaian hendaklah kemas dan sesuai dengan kerja yang akan dilaksanakan Memakai dan menggunakan alat perlindungan keselamatan seperti mask, google, sarung tangan jika perlu, topi dan tali pinggang keselamatan.

3.2.2. Menjaga Keselamatan Orang lain

Menandakan kawasan bahaya dengan warna yang terang merah Memastikan bengkel sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas Memastikan cahaya yang cukup semasa membuat kerja amali Memagar kawasan yang merbahaya Papan tanda amaran perlu diletakkan seperti AWAS, LANTAI LICIN, MESIN ROSAK, UTAMAKAN KESELAMATAN dan sebagainya.

3.2.3. Menjaga Keselamatan Alatan dan Mesin

Menajamkan mata alat Meletakan alatan di tempat asal selepas digunakan Meminyakkan alatan dan mesin supaya tidak berkarat Melabelkan atau mengasingkan mesin yang rosak atau sedang diselenggarakan atau dibaiki. Sentiasa membuat pemeriksaan alatan atau mesin sebelum digunakan.

3.2.4. Mematuhi Lain-lain Peraturan Di dalam Bengkel

Sentiasa peka dan mematuhi peraturan yang ditetapkan Sentiasa bersikap bertimbang rasa dan sedia membantu rakan sekelas atau rakan sekerja Menyediakan peralatan yang berkaitan sahaja dengan kerja amali yang dilakukan. Hendaklah melaporkan dengan segera kepada guru jika terdapat alatan atau mesin yang digunakan rosak dan merbahaya kepada orang lain jika digunakan. Kesemua jenis alat yang tajam hedaklah dibawa dengan matanya sentiasa menghala ke arah bawah. Membawa barang yang merbahaya atau yang panjang melalui laluan yang luas supaya tidak merbahaya kepada diri sendiri, orang lain dan objek itu sendiri

3.2.5. Faedah Mengamalkan Keselamatan Dan Kesihatan

Dapat membendung dan mencegah risiko kemalangan, keracunan dan penyakit pekerjaan (kematian dan kecederaan). Mengelakkan kerugian dan kerosakkan dan kemusnahan hartabenda. Pekerjaan dan P&P dapat dijalankan dengan tekun, efisyen dan produktif.

3.3. Kod-kod Keselamatan Yang Berkaitan

- Kod-kod keselamatan biasanya telah disediakan oleh pihak yang memberikan sesuatu perkhidmatan , misalnya bekalan elektrik dinegara kita mematuhi peraturanperaturan elektrik berdasarkan Institut Kejuruteraan Elektrik United Kingdom (I.E.E), Peraturan Elektrik 1951, Peraturan Keselamatan Ordinan Elektrik 1949, Peraturan Elektrik Lembaga Bekalan 1949 dan Akta Jemaah Pemeriksan Elektrik 277 1983, 1984 dan SIRIM. - Sebuah bangunan mestilah mempunyai peraturan keselamatan yang disediakan oleh pihak bomba. - Antara lain, peraturan itu berkehendakan perkara yang berikut:

a. Pintunya mestilah tahan kebakaran b. Disediakan alat pemadam kebakaran c. Diadakan dua pintu masuk dan keluar dan arah yang berlainan d. Bangunan yang menggunakan lif mestilah disediakan dengan tangga dan dua arah yang berlainan

- Sebelum memulakan sesuatu kerja pemasangan atau membaiki alat kelengkapan, seseorang juruelektrik mestilah memahami dan membiasakan diri dengan peraturanperaturan keselamatan yang terlibat untuk melindungi pengguna, peralatan, bangunan dan pemasangan daripada bahaya dan kemalangan.

- Berikut disenaraikan beberapa contoh kod-kod pemasangan dan baik pulih alatalat elektrik. - Kod ini berdasarkan buku peraturan I.E.E. edisi ke 15 dan akta 277, jemaah pemeriksa elektrik 1984

a. Pemeriksaan dan pengujian hendaklah dijalankan terhadap pemasangan berikut: Pemasangan elektrik yang baru Pemasangan tambahan atau ubahsuaian Pemasangan sementara setelah tamat tempohnya Pemasangan sedia ada mengikut permintaan dan arahan

b. Pengalir dan perkakas yang digunakan mestilah sesuai saiznya pada kadar arus yang diperlukan

c. Pengalir itu mestilah mempunyai penebatan yang baik dan diberikan perlindungan tambahan jika difikirkan perlu

d. Fius atau pemutus litar mestilah dipasang pada setiap litar akhir, bagi melindungi arus lebih atau kebocoran arus di litar itu.

e. Suis satu kutub dipasang hanya pada pengalir hidup

f. Setiap pemasangan mestilah mengadakan suis pemencil yang dapat memutuskan kesemua bekalan sewaktu berlaku sesuatu kemalangan.

g. Di kawasan lembap dan berair pembumi rangka dan kerja logam tetap mesti diadakan, misalnya paip air, paip gas dan sebagainya.

h. Pendawai elektrik mestilah memperolehi Sijil Pemasangan daripada pihak

berkuasa sebelum memasang sesuatu pendawaian.

4.0. KESELAMATAN DI BENGKEL KERJA KAYU.

Jaga semua alat supaya bersih dan tidak berkarat. Laporkan sekiranya terdapat keadaan bengkel yang merbahaya atau ada alat-alat yang rosak . Jaga kawasan kerja supaya bersih, tidak bersepah dan tiada reja-reja kayu. Lindungi diri dan rakan kerja dari terdedah kepada bahaya terkena alat-alat yang tajam.

Bawa alat-alat tajam seperti pahat, pisau atau senggerik dengan memegangnya hampir pada mata atau hujungnya yang tajam itu dan membawanya rapat ke sisi badan dengan matanya yang tajam itu menghala ke bawah. JANGAN bawa alat-alat tersebut di dalam saku.

Jangan bawa terlalu banyak alat di dalam tangan. Ianya boleh tergelincir atau terjatuh. Pilihlah alat-alat yang sesuai bagi kerja yang hendak dibuat.

Susunkan potongan kayu-kayu yang boleh dipakai dengan teratur di dalam peti rejareja kayu.

Letakkan potongan kayu-kayu yangtidak boleh digunakan dan tatal-tatal ke dalam kotak untuk dibuangkan.

Masukkan semua kain yang berminyak ke dalam bekas logam yang bertutup rapat. Kedua-dua peti buangan dan bekas untuk kain-kain berminyak itu hendaklah dikosongkan setiap hari.

JANGAN menggunakan udara mampat (compressed air) untuk membersihkan alatalat dan kawasan kerja dari habuk-habuk dan tatal-tatal.

Bersihkan dan keringkan sebarang minyak , gris, glu atau cat yang tertumpah di lantai. Pakai pakaian yang sesuai dengan kerja. Gulungkan lengan baju ke atas, sisipkan baju ke dalam dan buangkan tali leher.

JANGAN masukkan paku dalam mulut.

JANGAN berlari atau bergurau di dalam bengkel.

Alatan Tangan Alat-alat Mengukur dan Menanda Gunakan alat-alat ini dengan cara yang tidak akan merosakkan kejituannya.

Alat-alat Memotong. Jaga alat-alat pemotong supaya tajam. Alat-alat yang tumpul boleh tergelincir dan menyebabkan kemalangan.

Tempatkan alat-alat bermata dan berhujung tajam, yang tidak digunakan, ke dalam alur meja kerja atau di tengah-tengah meja kerja itu.

Elakkan dari menyentuh alat-alat yang tajam dengan jari. Unjukkan alat-alat yang tajam menerusi hulunya.

Letakkan tangan di belakang mata alat-alat yang tajam seperti mata pahat atau pemutar skru semasa menggunakannya.

Elakkan dari menggunakan alat-alat berputing tanpa hendal , seperti kikir dan kikir parut. Potonglah mengarah ke hadapan, tidak ke arah badan. Jangan berdiri di hadapan rakan sekerja yang sedang menggunakan alat yang tajam atau alat tukulan .

Pegang benda kerja kecil di dalam ragum atau jig apabila meraut. JANGAN pegang benda kerja itu dengan satu tangan sahaja.

Bawa gergaji dengan memegang hendalya dan hujungnya menghala ke bawah.

Mulakan menggergaji dengan melejangkannya (menariknya ) ke belakang dahulu dan gunakan kuku ibu jari tangan yang bebas itu sebagai pemandunya.

Alat-alat Tukulan. Pastikan kepala penukul atau gandin terpasang ketat dengan baji kepada hendalnya. Gunakan gandin untuk mengetuk masuk alat-alat berhendal kayu, dan gunakan penukul untuk mengetuk alat yang mempunyai hendal yang kepala yang diperbuat dari logam. Periksa untuk memastikan kepala penukul tidak retak dan permukaannya tidak terserpih. JANGAN gunakan alat-alat yang mempunyai hendal yang berselumbar.

Alat-alat Pengapit Dan Pencengkam.

Apabila ragum tidak digunakan, rapatkan rahang-rahangnya tanpa terkena antara satu dengan yang lain. Pastikan hendalnya juga menghala ke bawah. Elakkan dari memberi daya atau tuilan yang berlebihan pada hendal sebarang alat pengapit atau pencengkam. Hendalnya mungkin menjadi bengkok atau rahangrahang pengapit itu patah. Gunakan alat-alat pengapit atau pencengkam yang sesuai supaya kedua-dua tangan dapat bebas mengendalikan alat-alat lain.

Pemutar Skru Dan Perengkuh

Gunakan pemutar skru yang mempunyai bilah yang sempurna dicanai dan sendat dengan lubang alur skru. Apabila memulakan skru kecil yang dipegang dengan tangan, JANGANLAH menekan kuat pada hendal pemutar skru itu. Ianya boleh tergelincir dan menembusi tangan atau jari. Pilihlah spana yang sendat pada kepada bol atau nat. Spana mestilah ditarik. JANGAN ditolak. Jika berasa ianya mesti ditolak, tolaklah dengan tapak tangan.

Meja Kerja Kayu Alaskan sekeping reja kayu di antara bendakerja dengan permukaan meja sebelum menggerudi lubang, atau apabila memotong terus lebihan kayu dengan pahat.

Pergerakan Gunakan hanya lorong lalulintas. JANGAN berlari . lihat ke mana hendak pergi. Elakkan dari mengganggu orang lain yang sedang bekerja JANGAN berseloroh.

Kawasan Kerja Jaga lantai dan meja kerja supaya jangan bersepah-sepah , bersih, dan tidak berminyak , tiada tatal-tatal,. Reja-reja logam , besi bulat yang pendek-pendek dan kain-kain yang berminyak.

Benda-benda Buangan

Simpankan kain-kain yang berminyak dan bergris di dalam tong logam yang mempunyai tutup yang rapat. Tatal-tatal logam adalah tajam dan ianya mudah melukakan atau terbenam di dalam kulit badan. Gunakan berus untuk membuangkan tatal-tatal ini dan masukkannya ke dalam tong tatal. JANGAN beruskan tatal-tatal itu ke lantai. Tong untuk kain-kain yang berminyak dan bergris itu hendaklah dikosongkan setelah

selesai kerja seharian. Tatal-tatal dan reja-reja logam yang tidak dapat dijual hendaklah ditanam atau dibuangkan ke dalam lubang lupusan.

Pakaian

Pakailah pakaian yang sesuai dengan jenis kerja. Pakaian yang longgar , baju lengan panjang, tali leher, cincin, rantai tangan, dan pembengkung adalah puncapunca bahaya. Ianya mungkin diragut oleh bahagian-bahagian mesin yang mengunjur keluar atau yang sedang berputar.

Perlindungan mata yang sesuai adalah keperluan mutlak di dalam sebarang kerjakerja pengendalian, di mana habuk, serpihan, zarah atau titisan-titisan mungkin termasuk ke mata.

Kasut yang bertapak tebal dan tidak boleh tergelincir dan mempunyai bahagian atas dan hadapan yang kuat dapat melindungi kaki dari kecederaan. Rambut yang panjang mungkin boleh diragut oleh bahagian-bahagian mesin yang sedang berputar atau yang bergerak dan boleh menyebabkan kecederaan pad kulit kepala. Ini boleh dielakkan dengan memakai sarung kepala.

Mesin-mesin

Jaga semua mesin supaya bersih dan tidak berhabuk, serpihan-serpihan dan tidak berkarat. Lincirkan semua mesin sebagaimana yang disyorkan oleh pembuatnya. Semua bahagian mesin yang bergesel, berputar dan bergelongsor perlu dilincirkan.

Bersihkan , lincirkan dan buat penyelarasan pada alat pemotong atau benda kerja hanya apabila mesin sedang pegun.

Cuma jurumesin sahaja boleh dibenarkan mensuiskan mesin. Sebarang pemerhati hendaklah beradai di luar kawasan selamat yang ditandakan untuk mesin berkenaan.

Fahamkan mesin tersebut dengan mendalam sebelum menggunakannya.

Biasakan/fahamkan kawalan-kawalannya sekali. Bertanyalah sekiranya berasa raguragu. Minta guru memeriksa persiapan kerja sebelum mensuiskan kuasa. Jika boleh, gerakkan mesin itu satu kitar (cyle) dengan tangan sebagai cubaan.

Ketepikan semua alat, alat pengukur dan perengkuh dari mesin itu sebelum mensuiskan kuasanya.

JANGAN cuba memberhentikan mesin dengan tangan. Berhentikan mesin sebelum membuangkan serpihan-serpihan. Gunakan berus

JANGAN cuba menggunakan jari untuk membuangkan serpihan yang terlekat antara mata alat dengan berndakerja semasa mesin sedang berjalan.

JANGAN menggunakan sesuatu mesin jika penghadang keselamtannya tiada, jika pesawatnya rosak atau ianya mempunyai kerosakan elektrik. Laporkan semua kerosakan pada guru dengan serta merta. Belajarlah untuk mengenali bunyi dengung atau bunyi mesin yang berjalan dengan sempurnanya. Sebarang perubahan bunyi dari mesin yang sedang dikendalikan itu hendaklah dilaporkan kepada guru.

JANGAN tinggalkan mesin yang sedang berjalan tanpa dijaga walaupun untuk seketika.

JANGAN biarkan mesin terdedah kepada tegasan yang tidak wajar, umpamanya mengikat terlalu kuat atau memotong terlalu dalam. Jika serpihan berterbangan , gunakanlah perlindungan mata. Pakailah pakaian yang sesuai untuk kerja berkenaan.

Alat-alat Tangan Menggegas.

Pahat

Kepala pahat hendaklah dirawat dengan mencanainya kembali kepada bentuk asalnya. Selalu kembalikan pahat ke tempatnya dalam keadaan yang baik. Pahat mestilah dikeraskan semula dan dicanai kepada sudut pemotong yang sesuai apabila ianya telah tidak lagi mempunyai mata pemotong yang tajam.

Alat-alat Mengukir

JANGAN pegang alat mengukir pada sudut yang terlalu rendah. Ianya boleh tergelincir. Kedua-dua tangan hendaklah berada pada sebelah belakang mata alat itu. Arahkan potongan mengukir itu ke hadapan. Jangan memotong ke arah diri sendiri.

Kikir-kikir. Selalu sapukan kapur pada kikir-kikir yang baru kerana ianya dapat menahan gigigigi kikir itu dari diisi penuh oleh serbuk logam. JANGAN mengikir terlampau cepat, kerana mengikir dengan cepat tidak dapat menghasilkan pemotongan yang cekap dan baik. Kikir-kikir hendaklah dibersihkan selalu kerana serpihan-serpihan biaanya terselit pada gigi-gigi kikir itu dengan mengurangkan keupayaannya untuk memotong. Kikir-kikir TIDAK boleh dihabakan kerana kekerasannya akan hilang. Pilih kikir yang sesuai dengan benda kerja. JANGAN gunakan kikir tanpa hendalnya.

Gergaji Besi Apabila menggunakan gergaji besi, hendaklah berhati-hati supaya gigi gergaji TIDAK terlurut atau patah terus. Sekiranya pita besi atau kepingan logam hendak dipotong, tentukan iaitu sekurangkurangnya dua gigi gergaji itu bersentuh dengan permukaan yang hendak dipotong.

Ikatkan kerja supaya garisan potongan yang hendak dibuat itu berada jaraknya dari rahang ragum. Pelincir tidak perlu apabila memotong dengan tangan. Apabila memasang mata gergaji kepada bingkainya, mustahaknya mata gergaji itu dilaraskan kepada tegangan yang sesuai bagi maksud tersebut. Jangan gunakan mata gergaji baru pada potongan yang lama. Sementara menghabiskan pemotongan gergaji besi, kurangkan tekanan untuk mengelakkan dari pemutusan potongan yang mengejut menerusi bahan tersebut, yang mana boleh menyebabkan luka teruk atau tercalar.

Gunting Besi Plilih gunting besi dengan berpandukan kepada saiz dan jenis yang sesuai dengan benda kerja. Apabila menggunakan gunting besi hendaklah berjaga-jaga supaya tapak tangan dan jari TIDAK disepit oleh hendalnya. Dawai TIDAK boleh dipotong dengan gunting besi. Gunting besi jenis tangan hendaklah diminyakkan dengan baik dna dilaraskan supaya ia senang memotong. Jika matanya piuh atau terlalu renggang antara satu dengan yang lain, gunting besi itu mestilah dilaraskan semula. Gunting besi hendaklah dipegang bersudut tepat dengan kepingan yang hendak dipotong.

Berus Dawai Dawai berus itu hendaklah standing dengan logam yang hendak diberus. Contohnya gunakan berus keluli kilat untuk memberus keluli kilat juga. Perhatian hendaklah diberikan supaya bunga-bunga api dari kejra pengimpalan atau pemotongan tidak terjatuh di atas dawai berus itu menyebabkannya lebur dan bertaup berketul-ketul menjadikan berus itu tidak berguna lagi. Simpankan berus-berus itu supaya dawai-dawainya tidak menjadi bengkok atau rosak kerana ditindih oleh alat-alat yang berat.

Ragum Meja Jaga ragum itu supaya bersih. Minyakkan skru ragum itu dari semasa ke semasa. Hendaklah berhati-hati apabila mengapit supaya bahagian yang nipis tidak retak

atau yang bulat menjadi bujur. Mengetatkan ragum dengan mengetukkan hendalnya dengan penukul adalah satu amalan yang tidak baik. JANGAN biarkan hendal ragum tangan terjatuh ke bawah. Ianya boleh menyakitkan apabila ia mencubit jari.

Playar Apabila memotong atau pengepit dengan playar JANGAN biarkan alat tersebut kepada tegasan yang diluar keupayaannya. Rahang atau hendalnya mungkin patah.

Alat-alat Pembentuk

Alat Ribet Perhatikan pada hujung alat ribet itu apabila mengetuknya. Jika kepala alat ribet itu bergerigis, canaikan ianya dulu sebelum menggunakannya. Hendaklah berhati-hati apabila memegang alat ribet itu supaya ianya terletak bersudut tepat dengan bendakerja untuk mengelakkannya dari mencakar bendakerja itu.

Alat-alat Mengukur dan Menanda.

Alat-alat Mengukur Semua pembaris besi hendaklah diminyakkan dari semasa ke semasa untuk mengelakkannya dari berkarat. Bagi pita pengukur pula, ianya haruslah dipastikan supaya tidak berpasir atau apaapa kotoran yang mana menentukan pergerakannya yang bebas di dalam sarungnya.

Penebuk Penebuk mestilah tajam dan dipegang dengan betul. Kepingan yang ditebuk hendaklah dibaringkan rata sama ada di atas ketul plumbum atau pada hujung keratin satu blok kayu. Jika kepala penebuk itu telah bergerigis , ianya mesti dicanai sebelum menggunakannya.

Apabila menggunakan penebuk tangan, kedua-dua pemandu dan penebuknya mestilah ditukarkan setiap kali lubang yang berlainan hendak ditebuk.

Alat Tukulan

Penukul Selalu periksa penukul untuk memastikan kepalanya terpasang teguh pada hendalnya. Selalu pandang pada tempat hentaman semasa menukul. JANGAN ketukkan dua permukaan yang telah dkeraskan, umpamanya kepala penukul dengan permukaan andas. Apabila keluli keras mengetuk sesame keluli keras, ianya boleh mengeluarkan serpihan yang tajam berterbangan seperti peluru lajunya.

Gandin Periksa supaya kepala gandin itu terikat kuat pada hendalnya. Tukulannya pada benda kerja hendaklah rata bagi mengelakkan ianya merosakkan bendakerja itu. Gunakan satu permukaan gandin itu untuk membengkokkan tepian yang tajam dan biarkan permukaan lain yang tidak rosak itu digunakan untuk kerja-kerja yang rata permukaannya.

Pemutar Skru Jika daya yang berlebihan dibekalkan kepada skru-skrunya, kepala skru itu akan pecah. Pilih pemutar skru yang gegas sendat dengan lubang alur skru. Periksa pemutar skru itu. Jika hujungnya tidak berkeadaan sempurna, ianya mestilah dipepatkan dan dicanai. JANGAN gunakan pemutar skru sebagai baji atau pahat.

Perengkuh Berjaga-jagalah apabila melonggarkan atau mengetatkan nat. menolaknya atau menariknya hendaklah dengan satu cara supaya terelak dari tergelincir.

Pilihlah perengkuh yang sesuai dengan nat atau kepala bol. Perengkuh yang tidak sesuai boleh tergelincir menyebabkan buku tangan terkoyak kulitnya atau kecederaan lain. Tempatkan perengkuh itu pada kedudukan yang boleh memberi tuilan yang paling baik. Jika nat atau bol itu berada di dalam tempat yang sempit, terbalikkan perengkuh itu selepas tiap-tiap pusingan untuk melonggar atau mengikat nat atau bol. Tempatkan perengkuh boleh laras pada bahagian yang hendak digerakkan, dengan rahang menghala ke arah pusingan yang hendak dibuat. Laraskan rahangnya sehingga ianya gegas dengan ketatnya.

Keselamatan Yang Khusus Dalam Bengkel Kerja Kayu

Jointer Gunakan blok penolak yang dibenarkan, terutama untuk kepingan pendek yang mana hujungnya dengan senang boleh terjungkit di hujung meja penyua atau apabila mengetam muka rata kayu itu. Tolak kakyu yang diketam melepasi dari pisau-pisau dan biarkan pengadang menutup pisau dahulu sebelum mengutip kayu itu. Jangan letak tangan terlalu dekat dengan hujung kayu. Jangan biarkan jari-jari berjalan sama dengan kayu permukaan kecil bila ia diketam atas jointer. Bila kayu itu tiba-tiba atas pisau, angkatkan tangna dan letakkan di sebelah hadapan selepas matanya. Tolak kayu itu dengan kayu penolak atau blok penolak. Tentukan murid-murid dapat kebenaran dari guru berkenaan untuk menggunakan mesin, dan membuat kerja tertentu seperti mengetam lebih dari 1/8 inci , potrong serong tirus dan bersudut. Gunakan tekanan ringan kepad pagar dengan tangan kiri semasa mengetam. Tekan ke bawah perlahan-lahan dengan kayu penolak. Pengadang penyelamat hendaklah berada di atas pisau-pisau semasa penggunaan mesin. Apabila hendak menukar pagarnya, tentukan kedua-dua belah pihak ada pengadang. Buat penyesuaian pagar apabila mesin betul-betul berhendi. Periksa dengan cermat tiap-tiap keeping yang hendak diketam, tentukan ianya tanpa

buku-buku yang longgar, paku-paku , skru-skru atau benda melekat dan pasir. Mesin itu mestilah disetkan untuk membuat potongan ringan. Apitkan satu blok penahan kepada pagar semasa memotong serong atas jointer. Hadkan tebal potongan kepada 1/8 atau kurang. Potongan yang tebal mungkin menyebabkan kayu menendang ke belakang. JANGAN mengetam kayu yang tebal kurang dari tebal. Ianya mungkin serpih dan mata pemotongnya mungkin mencangkup dan menendangnya keluar dari pegangan. Tentukan bahawa tiap-tiap kayu yang hendak diketam itu mencukupi lebar permukaan dasarnya untuk menghindarkan ianya dari tergolek apabila kepingan itu ditolak ke hadapan di atas mata pisau. Selalu ketam kayu yang tebal d 14. Kayu pendek biasanya boleh terjungkit hujungnya ke dalam pisau-pisau dan ditolak ke belakang di bawah jari-jari.

Mesin Gergaji Berkuasa Mudah alih

JANGAN menggunakan mesin ini di atas lantai yang basah atau lembap. Jauhkan talikod sambungan dari menjadi basah. JANGAN biarkan talikod sambungan berbelit. JANGAN letakkan talikod di mana alat kelengkapan berat boleh menindihnya. Gunakan gergaji mudahalih ini hanya pada kerja yang ditentukan sahaja. Jauhkan kepala dari laluan habuk-habuk yang keluar dari mata gergaji. Dinasihatkan supaya memakai cermin mata keselamatan atau pelindung-pelindung mata yang lain-lain semasa mengendalikan gergaji tersebut. Tentukan bahawa pengadangnya di dalam keadaan yang betul. Tanggalkan penyambung kuasa elektrik sebelum mencuci dan menukar matanya atau membuat sebarang penyesuaian. Hembuskan habuk-habuk gergaji dari semasa ke semasa, terutama pada lingkungan pengadang untuk menghindarkan dari tersumbat. Gunakan tuil apabila perlu meninggalkan pengadang pada jenis potongan tertentu , seperti memotong kay tebal.

Mesin Gergaji Bulat

Gunakan mata gergaji kerat hanya untuk mengerat. Mata gergaji belah boleh digunakan untuk kedua-dua tujuan. Selalulah gunakan pisau pembahagi atau perenggang apabila membelah. Gunakan kayu penolak apabila membelah kayu yang kecil. Jangan menjangkau atas atau bawah mata gergaji. Semasa memotong kayu, janganlah menolak kayu itu dan berjalan keliling memungutnya. Dapatkan seorang penolong untuk memegang di hujung lain kayu itu. Penolong atau pembantu yang memegang hujung lain kayu semasa membelah papan panjang , jangan sekali menarik kayu itu. Mintalah guru memeriksa semua set persediaan untuk memotong putting-putting, sesumpit, rencong dan potongan bersudut sebelum menggunakan mesin itu. Gunakan kayu penolak untuk membuang sampah kayu yang terdapat di keliling mata gergaji semasa mesin itu digunakan. Bercermat semasa mengerat. Peganglah kayu itu dengan kemas berlandas pada pemandu rencong. Jangan pegang atau biarkan kepingan potongan itu kena pada pagar membelah. Apabila banyak kepingan pendek yang hendak dipotong sama panjangnya, kapitkan satu blok kayu legaan kepada pagar membelah sebagai penahan. Tinggikan mata gergaji lebih kurang di atas tebal papan yang hendak dipotong. Jangan cuba membelah papan secara bebas kecuali ianya ada mempunyai tepian lurus berlandas kepada pagar mesin. Jangan mengerat kayu yang tidak duduk tetap pada pemandu. Dapatkan nasihat guru untuk memotong kayu yang tidak rata duduknya di atas meja. Untuk memotong putting-putting , sediakan setap berkait dengan pagarnya supaya bendakerja yang telah dipotong masih boleh berlandas selepas potongan. Ini juga menghindarkan kepingan-kepingan dari jatuh ke dalam lubang mata gergaji. Guru mestilah menyelia dengan teliti apabila bendakerja itu perlu dikebawahkan pada mata gergaji smasa membuat pemotongan yang terlindung, gunakan penahan untuk mengelakkan ia dari menendang ke belakang. Tukarkan mata gergaji yang retak dengan segera. Mata gergaji yang baik berbunyi

nyaring apabila memotong, tetapi mata gergaji yang retak tidak demikian. JANGAN berhentikan mata gergaji yang sedang berputar lajak dengan menahannya dengan sekeping kayu pada tepinya. Mintalah bantuan apabila memotong kayu panjang. JANGAN dekatkan pagar belah kepada mata gergaji kurang dari . Apitka n sekeping kayu kepada pagar untuk melindung pagar itu. Berdirilah di sebelah tepi mesin. JANGAN benarkan sesiapa jua berdiri sejajar dengan pusingan gergaji. Sekiranya kayu itu menendang ke belakang dengan sebab terkepit, ianya tidak akan terkena sesiapa pun. Apabila mesin gergaji itu mempunyai meja kekesut , tentukan bahawa ianya telah dikuncikan kemas pada tempatnya sebelum menjalankan mesin. Meja yang tidak dikunci boleh bergerak ke hadapan tanpa disedari, menyebabkan tangan kena pada mata gergaji. Amalkan pengawasan yang teliti apabila menggunakan meja atau abor yang berkedudukan senget. Jauhkan jari-jari dari lorong mata gergaji, JANGAN lintaskan tangan di hadapan mata gergaji semasa mesin berjalan. Apabila memandu papan, bongkokkan jari-jari tangan dan tidak terletak rata. Sekiranya tapak tangan diletakkan rata, ibu jari mungkin tersentuh pada mata gergaji. Tentukan meja gergaji tanpa sebarang perkakas-perkakas atau kayu sebelum mesin itu dijalankan. Getaran mesin boleh menyebabkan barang-barang ini kena pada bahagian-bahagian mesin yang bergerak. Gunakan kekesot tolok rencong apabila mengerat kayu. Biarlah pengadang gergaji di tempatnya bila mesin sedang digunakan. Pengeculian ini hanya dibuat dengan kebenaran yang khas dan penyeliaan dari guru.

5.0. ALAT-ALAT KESELAMATAN ELEKTRIK 5.1. Fungsi pelbagai alat keselamatan elektrik

Di antara alat- keselamatan elektrik ialah: Pelindung arus lebih, iaitu fius atau pemutus litar yang ditempatkan dalam kotak fius agihan Pelindung beban lebih yang dipasang dalam alat pemula motor atau mesin

Pelindung arus bocor ke bumi yang dipasang pada permulaan litar pengguna Pemencil yang memutuskan bekalan keseluruhan litar dan dipasang di permulaan litar pengguna Pelindung kilat yang melindung pemasangan kabel di bahagian atas bangunan daripada disambar kilat Pelindung tanpa voltan yang melindung mesin daripada dihidupkan semula secara automatik setelah berlaku gangguan bekalan elektrik Pelindung suhu lebih

5.2. Alat kawalan kuasa

Setiap beban alat dan mesin elektrik mempunyai suis yang memutus dan menyambungkan litar itu ke bekalan. Suis-suis ini biasanya ditempatkan berhampiran dengan alat beban atau mesin itu kecuali ia mempunyai suis kawalan dari beberapa tempat lain. Misalnya suis lampu tangga yang dipasang pada kaki tangga dan juga di tingkat atas. Suis-suis kawalan kuasa atau lebih dikenali sebagai jujukan kawalan pengguna biasanya dipasang berkumpulan bersama di dalam sebuah bilik, misalnya stor atau di tepi dinding sebelah pintu masuk ke rumah atau bangunan. Tujuannya ialah untuk menyenangkan pengguna memutuskan bekalan sewaktu berlaku kemalangan, membuat tambahan litar atau membaiki sesuatu litar. Antara alat-alat kawalan ialah kotak fius agihan, pemutus litar bocor ke bumi dan suis utama. Alat-alat kawalan ini hendaklah diperiksa dan diuji dari semasa kesemasa, terutamanya pemutus litar bocor kebumi bagi memastikannya dalam keadaan baik. Kadaran fius-fius dalam kotak fius agihan hendaklah ditentukan kadarannya dengan betul, sebarang penambahan kadaran fius boleh mengakibatkan litar itu tidak dapat dilindungi daripada kadar arus yang berlebihan. Suis kawalan alat atau kadar arus yang sedang dibaiki atau tidak boleh digunakan (rosak) mestilah diberikan tanda amaran bahaya supaya pengguna lain tidak menghidupkannya. Jika boleh fius kawalan ke litar kawalan ke litar itu ditanggalkan dan disimpan di tempat yang selamat. Jika terdapat sesuatu alat keselamatan yang telah diusik atau ditanggalkan atau

ditukar dengan kadaran yang salah atau diragui keberkesanannya, segera laporkan hal ini kepada guru atau penyelia kerana guru tidak dapat memperhatikan semua keadaan yang berlaku dalam satu masa.

5.2.1 Mematikan suis kuasa

Mematikan suis kuasa bagi alat atau beban yang tidak digunakan amat baik kerana kita dapat menjimatkan tenaga elektrik. Tetapi sebelum mematikannya berundinglah terlebih dahulu dengan pengguna alat berkenaan, mungkin dia sedang menjalankan sesuatu percubaan atau kerja dan apabila bekjalan diputuskan kerja itu akan tergendala.

6.0. BAHAYA ELEKTRIK 6.1. Pengenalan Kejutan elektrik terjadi apabila badan seseorang menjadi laluan pengaliran arus elektrik kerana bersentuh dengan pengalir yang membawa arus. Arus sebanyak 15 miliampere sudah memadai untuk memberikan kesan kejutan elektrik. Kejutan elektrik boleh berlaku disebabkan oleh kerosakkan perkakas elektrik perkakas elektrik, alat pelindung arus kebocoran bumi atau kecuaian manusia dalam mengambil langkah keselamatan, mengubahsuai peralatan tanpa pengetahuan dan menggunakan alat yang telah rosak. Kebakaran elektrik biasanya disebabkan oleh pengaliran arus berlebihan pada kabel atau sambaran kilat atau pelindung arus bocor ke bumi.

6.2. Langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan alat-alat elektrik

Lantai dan meja kerja seboleh-bolehnya terdiri daripada jenis penebat. Sebarang baikpulih, tambahan dan pemasangan elektrik hanya dijalankan oleh mereka yang berkelayakan sahaja. Sambungan pengalir yang dibuat mestilah ketat dan baik, jangan dirosakan pengalir atau mengecilkan saiznya kerana ini

boleh mengurangkan kemampuan membawa arus pengalir itu. Sebelum kerja membaiki atau menokok tambah sesuatu litar dilakukan tutup suis utama yang berkenaan dan kuncikannya. Tanggalkan fius berkaitan dan simpan atau tutupkan pemutus litar bocor ke bumi itu. Uji litar itu sebelum kerja dimulakan. Semasa bekerja pada litar hidup - bekerja hanya pada satu litar sahaja - gunakan sarung tangan penebat dan berdiri di atas benda bukan logam - semua alat-alat yang digunakan mestilah kering Gunakan papan-papan tanda yang sesuai di tempat-tempat yang dirasakan merbahaya misalnya papan tanda `sedang dibaiki diletakkan pada suis di mana alat itu dibaiki. Alat-alat pelindung arus lebih mestilah betul kadarannya dan jika perlu ditukar, penggantinya mestilah mempunyai kadaran yang serupa. Jika berlaku kejutan elektrik, putuskan bekalan ke litar itu atau yang paling baik mematikan suis utama. Hubungi pihak yang berkenaan bagi membantu anda misalnya Bulan Sabit , guru dan sebagainya. Panaskan badan simangsa dengan memicitmicitkannya atau sebarang cara yang sesuai. Alat-alat elektrik yang rosak hendaklah diasingkan daripada yang baik. Dengan pengguna-pengguna lain tidak mengalami apa-apa kemalangan yang mungkin terjadi sebelumnya. Alat-alat pemadam kebakaran yang hendak digunakan mestilah daripada jenis karbon dioksida (CO2) dan alat ini mestilah diuji dari semasa ke semasa agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan bersiap sedia.

7.0. BAHAYA KEBAKARAN 7.1. Punca-punca kebakaran

Membuang puntung rokok di merata-rata tempat Kecuaian mengasingkan bahan mudah terbakar dan tidak membersihkan lantai daripada tumpahan bahan api

Menukar kadaran arus fius dengan yang lebih besar Sambungan pendawaian terdedah atau rosak Penangkap kilat yang rosak Percikan bunga api disambungan pendawaian yang terdedah

7.2. Alat-alat pencegah kebakaran

Buih (busa) untuk kebakaran bahan api yang sukar dikawal seperti petrol Karbon dioksida (CO2) untuk kebakaran yang disebabkan oleh arus elektrik Air untuk kebakaran bahan pepejal seperti bangunan kayu, sampah sarap dan sebagainya. Cecair berwap (BCF) untuk kebakaran pada enjin Serbuk kering atau pasif untuk kebakaran petrol yang sedang mengalir

7.3. Langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan bahan yang mudah terbakar

Bahan-bahan yang mudah terbakarhendaklah disimpan di tempat lain yang selamat dan apabila telah digunakan kembalikan ke tempat asalnya. Alat-alat pemadam kebakaran janganlah tersorok, ia hendaklah diuji dari semasa kesemasa dan disediakan mengikut jenis kebakaran yang mungkin terjadi Jangan nyalakan api semasa bekerja terutamanya di bilik pengecas bateri atau stor menyimpan bahan-bahan yang mudah terbakar dan meletup Bekas-bekas, tong, tin atau botol bahan yang mudah terbakar hendaklah dibersihkan dengan segera. Jika terdapat kabel, perkakas atau pendawaian yang pecah, ia hendaklah dibaiki dengan segera sebelum digunakan. Gunakan pakaian dan alat-alat yang mempunyai ketahanan haba atau kebakaran jika bekerja di kawasan yang mudah terbakar. Adakan latih tubi kebakaran supaya anda tahu bagaimana menyelamatkan diri apabila berlaku sesuatu kebakaran.

7.4. Latih tubi kebakaran

Antara perkara penting dalam latih tubi kebakaran ialah mengenali bunyi tanda amaran kebakaran, biasanya bunyi loceng berterusan. Kemudian mereka yang terlibat dikehendaki berkumpul di satu kawasan lapang yang selamat, misalnya padang di mana arahan-arahan selanjutnya akan diberikan. Untuk sampai ke sana mereka perlulah melalui pintu dan jalan yang dikhaskan untuk waktu-waktu kecemasan. Pintu-pintu jangan dikunci atau dihalang Mereka yang terlibat perlulah menghubungi orang-orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka dan meminta bantuan kecemasan daripada pihak bomba, ambulan dan sebagainya. Sebaik-baiknya hubungi mereka secara terus atau menggunakan panggilan telefon. Sewaktu menggunakan alat pemadam kebakaran, mereka mestilah mengetahui bagaimana menggunakannya dan jeni yang hendak digunakan. Berikan pertolongan cemas seberapa segera kepada mangsa-mangsa yang terlibat dan jangan tunggu kehadiran pasukan pertolongan cemas atau ambulans.

8.0. PERTOLONGAN CEMAS 8.1. Kotak Pertolongan Cemas

Kotak ini hendaklah diletakkan di tempat yang mudah diperolehi, biasanya di bilik guru atau penyelia Bahan-bahan dan alat-alat yang terdapat dalam kotak ini mestilah disimpan dengan baik dan ditokok tambah jika berkurangan. terutama sewaktu berlaku kecemasan. Kotak ini biasanya berwarna putih, di hadapan pintu terpapar symbol bulan sabit. Pengguna kotak ini hendaklah mengetahui cara memberikan rawatan kecemasan yang hendak diberikan.

8.2. Merawat Kecederaan Ringan

Rawatan yang diberikan kepada kecederaan hendaklah dilakukan dengan segera agar mangsanya tidak menanggung kesakitan yang berpanjangan dan membawa kesan yang merumitkan. Di dalam kotak pertolongan cemas, kain-kain pembalut bersih dan alatan berikut telah disediakan untuk menghadapi kemungkinan kecederaan

8.3. Pemulihan Nafas Pemulihan nafas bererti memulihkan pernafasan atau memberikan bantuan pemulihan nafas atau oksigen agar mangsa itu boleh bernafas seperti keadaan sediakala. Pernafasan boleh berhenti disebabkan oleh kejutan elektrik, cemas, saluran udara tersumbat, tercekik, sakit jantung dan sebagainya. kejadian ini menyebabkan udara yang masuk ke paru-paru dan darah berkurangan yang mengakibatkan fungsi jantung dan paru-paru terjejas. Kesusahan bernafas, bernafas dengan kencang dan berbunyi dan mulut berbuih merupakan tanda-tanda awal seseorang mengalami kepayahan bernafas. Masa yang dapat seseorang itu bertahan adalah dalam tepoh 5 hingga 6 mnit sahaja., dengan segera, besar kemungkinan masngsa itu akan pengsan atau mati. Berikut ialah langkah-langkah untuk memulihkan pernafasan seseorang yang terhenti akibat kejutan elektrik:

a. Keluarkan segala air muntah atau benda-benda lain dari mulutnya yang mungkin boleh menyekat pernafasannya.

b. Longgarkan bajunya supaya pernafasannya lancar

c. Terlentangkan simalang itu dan letak benda lembut atau tangan anda di bawah tengkoknya. Kemudian sendengkan kepalanya ke belakang

d. Pegang liku rahang di bawah kedua-dua belah telinga dan kemudian anjurkan ke hadapan dagunya. Pastikan lidahnya tidak tertarik ke belakang kerongkong

e. Picit hidungnya dengan jari anda dan hembus ke dalam mulutnya sehingga dadanya kelihatan naik. Kemudian biarkan udara keluar dari paru-parunya.

f. Sementara itu, dapatkan bantuan orang ramai untuk menghubungi seorang doktor atau memanggil ambulans untuk rawatan selanjutnya.

8.4. Mangsa Kejutan Elektrik

o Apabila seseorang mendapat kejutan elektrik langkah-langkah berikut hendaklah dilakukan dengan tenang dan segera: a. Mematikan bekalan elektrik sama ada dengan mematikan suis litar yang terlibat, mematikan suis utama, menanggalkan suis atau padam, mematikan suis pemutus litar dan sebagainya. b. Jika suis bekalan tidak dapat dimatikan mangs itu hendaklah dipindahkan ke tempat yang tidak bersentuh dengan punca bekalan. tarikh keuar mangsa dengan menggunakan bahan penebat, misalnya sarung tangan getah atau menggunakan kain tebal yang kering. Jangan sentuh mansa ata mengangkatnya dari tempat kemalangan tanpa cukup penebatan. c. Jauhkan kawasan itu daripada bahan basah atau lembap atau bahan pengalir seperti besi, zink dan sebagainya. d. Jika pernafasannya terhenti lakukan proses pemulihan nafas dengan segera. e. Laporkan kepada pasukan pertolongan cemas untuk mendapatkan rawatan lanjut. bantuan pemulihan pernafasan hanyalah merupakan rawatan sementara. f. Rawat mangsa jika dia mengalami kecederaan. g. Hindarkan orang ramai daripada mengerumuni mangsa itu dan panaskan badannya dengan selimut atau memicit-micit seluruh badannya.

KESIMPULAN 1. Kecuaian, sikap buruk dan kejahilan merupakan punca utama kemalangan. 2. Pakaian yang sesuai, disiplin diri dan mematuhi peraturan merupakan perkara

penting mencegah kemalangan. 3. Sentiasa menggunakan alat yang baik dan betul untukmenjamin keselamatan. 4. Latih tubi merupakan amalan yang baik untuk memperolehi tabiat kerja yang baik. 5. Patui kod-kod keselamatan kerja. 6. Adakan laporan di tempat kerja 7. Alat keselamatan perlu diperiksa dan dijamin sempurna kendaliannya. 8. Kemalangan elekrik bole menyebabkan :

a. lumpuh b. cacat anggota c. luka d. letupan e. kebakaran f. kematian g. kejutan elektrik

9. Bekerja hanya dengan litar elektrik yang dimatikan. 10. Uji sebelum dan selepas menggunakan sesuatu alat. 11. Perangkap kilat adalah untuk melindungi bahaya kilat, elindung arus lebih untk melindungi arus berlebihan, elindung tanpa voltan mematikanlitar setelah bekalan diberi semula, pelindung arus bocor ke bumi, pelindung suhu lebih untuk melindungi suhu lampau, pemencil untuk memutuskan litar bekalan. 12. Api, bahan api dan udara apabila hadir bersama boleh mengakibatkan kebakaran. 13. Jenis-alat pemadam api kebakaran ialah: a. Buih untk kebakaran bahanapi b. Karbon dioksida (Co2) untuk kebakaran elekrik c. Cecair berwap (BCF) untuk kebakaran umum atau dienjin. d. Serbuk kering untuk kebakaran petrol e. Air untuk kebakaran bahan pepejal. 14. Kaeah pemulihan nafas a. Mulut kemulut b. Holger Nielson c. Silverster

d. Pemulihan jantung dari luar

15. Kejutan elektrik diatasi dengan a. memutuskan bekalan b. memberikan pemulihan nafas c. menghantar mangsa ke hospital 16. Mengadakan latih tubi kebakaran sebagai langkah keselamatan untuk menghadapi kebakaran.

BIBLIOGRAFI

1. c. Ray Asfahl , (1995) , Industrial Safety And Health Management, Prentice Hall, Inc. , New Jersey.

2. Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, (2003) , Keselamatan Bengkel SPE 1032 / SPK 2032, UTM.

3. Jawatankuasa Keselamatan Bengkel Sekolah, Kementrian Pelajaran Malaysia, (1977), Panduan Keselamatan Bengkel Sekolah, DBP, Kuala Lumpur.

4. James Co Van, (1995) , Safety Engineering, John Wiley And Sona. Inc., Kanada.

5. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Darul Khusus , Buku Panduan Khusus Keselamatan Kebakaran Asas, Negeri Sembilan.