Anda di halaman 1dari 11

Tajuk 1: TUGASAN ISL BMM3101 KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN

PENILAIAN.

Pentaksiran adalah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat yang dimaksudkan dalam pentaksiran ini adalah hal-hal yang berkaitan topik, bukti dan prestasi.

Aspek penting dalam pentaksiran :

Instrumen

Kumpulan yang ditaksir

Skor.

Respon kumpulan yang menaksir

Proses pembelajaran dan aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Dalam bidang pendidikan pentaksiran adalah satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan penterjemahkan maklumat tentang pembelajaran bagi sesuatu tujuan tertentu.

Pentaksiran juga adalah satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran mesti dilakukan secara berterusan. Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah seri dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara sistematik. Satu cara mengukur tingkah laku seseorang individu. Dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran. Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku berturutan untuk mengumpulkan maklumat.

Ujian ini adalah ujian pra atau pre-test. Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan secara lisan ataupun bertulis. Ujian ini adalah bagi mengetahui kemajuan yang telah di capai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran guru. Ujian adalah satu alat. Ujian adalah bahan yang bertulis atau bercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak di uji.

Terry D. Tenbrink (1974:8) penilaian adalah sesuatu proses mendapatkan maklumat yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Penilaian satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ujian adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.

Proses menilai dapat memberikan maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentaksiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kuantitatif. Boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengjaran guru. Boleh juga dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurikulum.

Mengetahui keupayaan , kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajarpelajar dalam perkara yang hendak di ajar.. Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah di sampaikan. Membandingkan pencapaian seseorang individu dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.

Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka. Membolehkan guru-guru menilai bahanbahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka. Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera memperbaiki.

Anda mungkin juga menyukai