Anda di halaman 1dari 4

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN MENJAGA GOL Kemahiran-kemahiran menjaga gol boleh dibahagikan seperti di bawah: 1.

Cara asas berdiri dan pergerakan melintasi gol. 2.Kemahiran menggunakan kaki atau ped-ped 3.Kemahiran menggunakan tangan atau sarung tangan 4.Kemahiran menggunakan tubuh badan 5.Kemahiran menggunakan kayu hoki.

POSISI BERSEDIA UNTUK PENJAGA GOL Posisi asas seorang penjaga gol diambil apabila dia mendapati jaringan akan dilakukanatau apabila penyerang sedang bergerak ke dalam kawasan Dadalah sangat penting. Cara berdiri dengan betul akan membolehkan dia menahan jaringan dengan senang dan jugAmembolehkannya bergerak ke hadapan atau ke belakang, meluncur, menerpa atau melompat dengan cepat untuk menyelamatkan gol. Di bawah adalah posisi yang dicadangkan

a)Berdiri menghadap bola b)Kaki rapat supaya kedua-dua ped bersentuhan ,membentuk satu dinding. c)Lutut-lutut dibengkokkan sedikit pada sudut 120-130 di belakang lutut.Ini akan membolehkan pergerakan yang lebih cepat. d)Badan dibengkokkan sedikit dengan pusat gravity di hadapan jari kaki. Jika posisi anda betul anda akan berdiri di atas bebola kaki anda.(dengan membengkokkanlutut-lutut anda akan membonkokkan badan dan menurunkan pusat gravityanda- ini membolehkan anda bergerak cepat ke mana-mana arah).Selaindaripada itu, adalah lebih senang memandang bola daripada posisi ini, terutama di dalam kumpulan ramai atau keadaan kelam-kabut.

e)Kayu hoki dipegang di tangan kanan dengan pegangan hampir di atas bahagian tengah .Ia sepatutnya memberi anda satu keadaan yang selesa untuk mengambil satu pukulan cepat dengan sebelah tangan. f)Tangan kiri berada dekat badan dengan siku menghadap ke bawah dan lenganbawah ke atas, dan buka dengan selesa untuk bermain jikalau berlaku apa-apa jaringan di udara

MENGHALANG ATAU MEREBUT BOLA Berikut terdapat beberapa panduan yang perlu semasa melakukan kemahiran menghalang atau merebut bola. 1.Berdiri melangkah dengan kaki kiri berada di hadapan badan. 2.Tangan kanan memegang kayu hoki pada bahagian hujungnya dan bentuk V yang dibuat oleh ibu jari menghala ke hujung kepala kayu hoki. 3.Tangan kanan berada di bawah tangan kiri sejarak lebih kurang 20cm dengan tapaknya di bahagian belakang kayu hoki. 4.Mata memandang pada kayu yang di gelecek. 5.Semasa bola berada pada jarak yang sesuai, tangan kiri mengayun kayu hoki dengan tangan kanan mengawasinya. 6.Kayu hoki hendaklah diayun dengan kuat dan tepat pada sasaran

KESILAPAN 1.Mengenakan bola yang berada di kayu pemain lawan 2.Menerpa kayu hoki kea rah bola dan bukannya menempatkan kayu hoki ke bola dengan pegangan yang kemas. 3.Bahu kiri tidak mendahului badan. 4.Kayu hoki berada secara bersudut kea rah depan.

MEMBUAT HANTARAN Membuat hantaran dalam permainan hoki mempunyai beberapa kemahiran yang berlainan. Di antara kemahiran tersebut termasuk memukul biasa, membuat pukulan sudut, membuat tolakan, menguis dan membuat pukulan penalty

MEMUKUL Berikut terdapat beberapa panduan yang sesuai untuk mendedahkan kemahiran memukul. 1.Berdiri dan mengangkang sedikit dengan bahu kiri menghala ke arah penujuan. 2.Kedua-dua belah tangan berada berdekatan, memegang kayu hoki berhampiran pangkalnya dengan erat. 3.Bahagian rata kayu menghala kea rah kiri badan. 4.Kedua-dua tangan dikilas ke dalam 5.Bola berada di hadapan kaki kiri sejarak yang agak selesa. 6.Kayu dan lengan diayun ke kanan dan berat badan berada di atas kaki kanan. 7.Kayu diayun kembali untuk melakukan pukulan. 8.Semasa memukul bola berat badan ditukar ke kaki kiri.

9.Kayu hendaklah pada setiap masa berada di bawah aras bahu dan mata hendaklah memandang bola. 10.Selepas memukul, kayu hendaklah dengan segera dilungkupkan dan berada dalam keadaan ikut terus serta menunjukkan arak bola dengan mata memandang kea rah bola

Anda mungkin juga menyukai