Anda di halaman 1dari 21

ISI KANDUNGAN

Disclaimer & Legal Notice....................................................................... iii

Penghargaan.............................................................................................. iv

Bab 00 : Pendahuluan................................................................................ 1

Bab 01 : Mencipta Produk Informasi........................................................ 4

Bab 02 : Report Percuma......................................................................... 13

Bab 03 : Bukan Pakar Tapi Boleh Jadi Pakar........................................... 18

Bab 04 : Jangan Risau............................................................................... 22

Bab 05 : Berani Tanggung Risiko............................................................. 25

Bab 06 : “Memperalatkan” Pakar!............................................................ 30

Bab 07 : Kritikan....................................................................................... 34

Bab 08 : Rahsia Pemasaran Terbongkar.................................................... 37

Bab 09 : Kerjasama Dengan “Big IM”...................................................... 43

Bab 10 : 10 Cara Menggandakan Keuntungan.......................................... 55

Bab 11 : Mengagihkan Kerja..................................................................... 63

Bab 12 : Refund......................................................................................... 67

Bab 13 : Menangani Masalah Pelanggan................................................... 71

Bab 14 : Ringkasan Keseluruhan Bab........................................................ 75

Bab 15 : Penutup........................................................................................ 83

ii
E-Book Rahsia 10k ini adalah hak milik sepenuhnya Team FlareBiz. Jadi,semua
hak-hak penerbitan milik Team FlareBiz adalah hak milik syarikat kami sepenuh-
nya.E-Book ini ditulis untuk pembelajaran anda sahaja dan jika anda mengalami
kerugian,kami tidak akan bertanggung jawab kerana ia adalah kecuaian anda
sendiri.

Segala screenshot yang telah diambil dalam buku ini, telah dikreditkan kepada
link pemilik laman web tersebut. Kami bukan pemilik-pemilik beberapa laman
web tersebut. Ia adalahmerupakan hak cipta pemilik laman web itu sendiri.

Hakcipta Terpelihara : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian


rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa
cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebe-
lum mendapat izin sama ada dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada
penerbit TEAM FLAREBIZ.

Cetakan Pertama : 2008

Diterbitkan Oleh :
FlareBiz Network (KT0236135-D)
www.flarebiz.com

iii
PENGHARGAAN
Alhamdullilah, syukur tidak terhingga ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kur-
nia-Nya kami yang kerdil ini mampu untuk menghasilkan sebuah ebook yang ber-
tajuk “Rahsia 10k” yang kami rasa masih jauh ketinggalan dengan ebook-ebook
usahawan Internet lain. Namun dengan kecekalan yang dianugerahkan oleh-Nya
kami memberanikan diri untuk menerbitkan ebook ini sebagaimana sekarang.
Kewujudan ebook ini diharap dapat membuka jalan kepada semua usahwan In-
ternet untuk mendapat lebih duit melalui Perniagaan Internet khususnya produk
informasi.

Ini merupakan ebook ke-6 dan ebook ke-3 berbayar Team FlareBiz. Kami berharap
dengan penghasilan ebook ini juga dapat memeriahakan industri ebook tanah air.
Di harap juga ebook ini akan mendapat sambutan sepertimana ebook-ebook yang
dihasilkan sebelum ini.

E-book ini sebenarnya diilhamkan oleh kami setelah sesetengah pihak tidak per-
caya bagaimana Labanon seorang remaja berusia 17 tahun mampu untuk mem-
perolehi pendapatan RM10 ribu pada bulan Januari 2008 dengan hanya menggu-
nakan komputer dan sambungan internet. Jadi kami ingin mendedahkan SALAH
SATU cara bagaimana beliau mencapai pendapatan sebanyak itu.

Banyak cabaran yang kami hadapi sepanjang menyiapkan e-book ini dimana men-
tal dan komitmen kami sering tergangu dengan kesibukan projek kami. Jadi kami
mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan e-book ini. Kami berharap
perkongsian ikhlas ini tidak akan disalah tafsir oleh sesetengah pihak. Sudah ten-
tu kami tidak mampu memuaskan hati semua pihak namun kami mencuba untuk
memuaskan hati semua pihak yang membeli dan membaca e-book ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan ucapan terima kasih kami ingin ucapkan
kepada semua rakan-rakan di YM, ibu dan ayah kami, Azulaikha, Fezza, abang
dan kakak yang banyak memberi sokongan moral dikala nilai moral dalam diri
kami merudum. Tidak lupa juga kami ingin ucapkan terima kasih yang tidak terh-
ingga kepada semua usahawan Internet terutamanya warga WC yang sama-sama
terlibat dalam penghasilan ebook ini.

Terima kasih hanya Allah yang mampu membalas jasa anda.

Iklas dari,

Adly Zhafran

iv


If we wait for the moment when everything,
absolutely everything is ready,
we shall never begin.

- Ivan Turgenev

00
Pendahuluan
Pendahuluan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

4 angka dalam masa 24 jam adalah perkara yang amat luar biasa bagi se-
orang pelajar. Saya sendiri akui yang saya masih belum percaya bagaimana
saya lakukan hingga dapat mencapai RM1300 dalam masa 24 jam. Lebih
menguntungkan duit ini masuk ketika saya tidur! Apa yang perlu saya laku-
kan hanyalah cek email dan hantar link download produk informasi saya ke-
pada pelanggan. Namun ia adalah tidak semudah yang disangka.

Apa yang anda baca hanyalah sedutan daripada kisah kejayaan setelah saya
melancarkan produk. Dalam ebook ini nanti saya akan ceritakan step-by-
step apakah yang saya lakukan sehingga mendapat 4 angka dalam masa 24
jam. Step ini sudah tentu amat mudah kerana pelajar sekolah macam saya
pun mampu lakukanya dan sudah tentu anda lebih mampu untuk melaku-
kanya.

Ebook ini sebenarnya saya ingin menggabungkan 2 elemen yang berbeza


iaitu motivasi dan cara buat duit di Internet. Walaupun rakan-rakan me-
nasihati saya bahawa dua element tersebut amat sukar untuk digabungkan
namun saya rasa saya mampu lakukannya kerana wang dan motivasi adalah
perkara yang berjalan seiring. Percayalah tanpa motivasi anda tidak mampu
memperolehi wang dalam jumlah yang banyak.

Saya teringat kepada satu kisah dimana ada 3 kumpulan pemain basketball
di sebuah universiti dan tak silap saya ia adalah Universiti Harvard. Baiklah
saya namakan kumpulan tersebuat adalah kumpulan A,B dan C. Kumpulan A
sentiasa diajar tentang teori bagaimana ingin bermain basketball, Kumpulan
B sentiasa berlatih bermain basketball manakala Kumpulan C diberi motivasi
dan disuntik semangat untuk bermain basketball. Percayakah anda bila satu
pertandingan diadakan Kumpulan C muncul sebagai juara!

2
Pendahuluan

Di sinilah ingin dijelaskan bahawa motivasi bukanlah sesuatu perkara yang


membosankan kerana seorang yang bermotivasi lebih mudah untuk menca-
pai kejayaan. Motivasi akan menyebabkan kita akan lakukan sesuatu kerja
bukan hanya menggunakan fikiran sahaja tetapi menggunakan hati. Salah
seorang daripada Kumpulan C telah ditemuduga dan beliau ditanya kenapa
kumpulan beliau boleh memenangi pertandingan ini. Beliau menjawab “I
play basketball with all my heart not with all my might!!”.

Jelas bahawa motivasi mampu memberikan kelainan kepada kita. Baiklah


namun kita perlu akur motivasi tanpa sebarang tindakan adalah sia-sia. Oleh
hal yang demikian, saya cuba memuatkan 2 elemen yang berbeza iaitu moti-
vasi dan cara bagaimana untuk mencapai 4 angka dalam masa 24 jam dalam
ebook ini. Saya cuba menyampaikan segala maklumat secara mudah kepada
anda Insya-Allah.

Selamat membaca,
Labanon,
Team FlareBiz,
http://flarebiz.com

3


I’ve got a passion for solving a problem that
I think I can solve in a new way. And that maybe
it helps that nobody has done it before as well.

- Pierre Omidyar
eBay.com Founder

01 Mencipta
Produk Informasi
Mencipta Produk Informasi

Baiklah dalam bab 1 ini saya akan menceritakan secara ringkas kepada anda
bagaimana saya mencipta produk informasi ini. Produk informasi yang saya
maksudkan di sini ialah ebook dan ia dikategorikan sebgai produk digital.
Terdapat pelbagai jenis lagi produk digital seperti software,audio,video,tele
seminar dan sebagainya. Jika anda seorang pengaturcara komputer sudah
tentu anda juga mampu menerbitkan produk informasi yang lebih hebat
daripada ebook.

Ramai yang beranggapan produk informasi hanyalah tentang buat duit, cari
duit mudah, bagaimana buat duit semasa tidur dan apa-apa sahaja berkaitan
dengan duit. Sebenarnya, banyak lagi yang anda boleh tulis jika anda ingin
mencipta ebook. Tahukah anda bahawa ebook bagaimana untuk menjadi ku-
rus juga mendapat sambutan hangat? Tahukah anda bahawa ebook tentang
bagaimana menempuhi malam pertama juga mampu membuat orang tak
dapat tidur malam selagi tak beli ebook anda? Tahukah anda bahawa ebook
tentang mengurus ilmu kewangan juga mampu membuat pengunjung laman
web anda terus menekan butang “Order Now” tanpa berfikir panjang? Anda
nak tahu mengapa? Teruskan membaca.

Ada kisah dimana seorang budak berumur 17 tahun yang bergelar jutawan
setelah menjual produk digital di Internet. Beliau telah menjual video cara
untuk belajar bermain piano di Internet. Setelah melakukan sedikit pemasa-
ran terhadap produk beliau, akhirnya begitu banyak tempahan yang diterima
sehinggakan beliau bergelar jutawan dalam masa beberapa tahun sahaja.
Adakah anda sudah nampak dan jelas dengan potensi perniagaan produk
digital?

Apa yang anda perlu hanyalah menjadi seorang individu yang kreatif dan
berusaha keras untuk mencipta dan mempromosikan produk anda. Hanya
satu petua yang saya betul-betul praktikkan jika ingin menulis ebook. Saya
akan menulis ebook yang boleh menyelesaikan masalah orang lain. Itulah
rahsia saya. Produk sebeginilah yang akan memudahkan anda untuk mema-
sarkannya dan akan mendapat sambutan hangat.

5
Mencipta Produk Informasi

Saya telah tetapkan yang saya ingin menulis ebook tentang adsense. Saya
mendapat idea untuk mengumpulkan segala jenis tip adsense dalam satu
ebook. Ya, sememangnya tip adsense berlambak di Internet dan anda boleh
medapatkannya secara percuma sahaja jika anda rajin mencari namun saya
rasa saya dapat menjimatkan masa pembaca untuk mencarinya sendiri. Oleh
itu, terhasilah idea untuk menulis ebook yang bertajuk “101 Tip AdSense
Terbongkar”.

Namun adakah saya terus menulis ebook tersebut? Tidak! Saya cuba untuk
menulis report percuma terlebih dahulu. Kenapa? Dalam bab 2 nanti saya
akan terangkan mengapa saya tidak terus melancarkan ebook tersebut. Jika
anda ingin dapatkan 4 angka dalam masa 24 jam baik anda ikut cara saya!
:D

Untuk menerbitkan report percuma saya telah mencari apakah masalah


yang sering dihadapi oleh penggiat adsense tempatan dan akhirnya saya
telah temui banyak sebenarnya masalah berkaitan dengan adsense. Namun
saya cuba fokus kepada satu sahaja masalah iaitu masalah tentang ramai
penggiat adsense tempatan yang lemah dalam bahasa Inggeris termasuk
saya sendiri. hehe.

Oleh itu, saya telah mencari cara bagaimana untuk menyelesaikan masa-
lah tersebut. Setelah memikirkannya dalam masa seminggu untuk mencari
penyelesaianya, akhirnya saya terjumpa penawarnya. Saya sendiri juga telah
mencubanya dan wow! Ia betul-betul berkesan. Saya terus menulis report
ringkas bagaimana ingin menyelesaikan masalah tersebut. Oleh itu terhasi-
lah report ringkas bertajuk “Rahsia Penggiat AdSense Terbongkar”. Inilah
salah satu lagi tip saya iaitu menulis sesuatu report atau ebook berdasarkan
pengalaman sendiri.

6
Mencipta Produk Informasi

Tip yang boleh saya berikan kepada anda ialah terbitkan report pecuma yang
berkaitan dengan produk yang bakal anda lancarkan kelak. Ya, ia perlulah
berkaitan… kenapa? Nanti saya akan terangkan dalam bab 2. Contohnya lihat
bagaimana saya melancarkan report “Rahsia Penggiat AdSense Terbongkar”
dahulu sebelum melancarkan ebook “101 Tip AdSense Terbongkar”.

Saya telah terangkan bagaimana anda boleh mencari idea untuk menulis
ebook dan apakah yang saya lakukan sebelum melancarkan ebook yang ingin
dijual. Baiklah tentu ada pembaca ebook saya ini yang belum mengetahui
bagaimana ingin menulis ebook sendiri. Baiklah baca langkah ringkas dibawah
bagaimana untuk menulis ebook:

1. Tulis ebook anda dalam Microsoft word. Tulis macam mana


anda menulis karangan dalam Microsoft word.
2. Convert kepada PDF. Convert ebook anda kepada PDF
dengan menggunakan software-software tertentu seperti
Solid Converter, Cute PDF dan sebagainya. Anda boleh
mendapatkanya di Google dengan search menggunakan
keyword “PDF Converter”.
3. Siap! Kini ebook anda telah siap sepenuhnya.

7
Mencipta Produk Informasi

Saya harap anda telah mendapat gambaran bagaimana cara untuk menulis
ebook. Anda juga boleh menggunakan software “eWriterPro” untuk menulis
ebook dan saya ada sertakannya sebagai bonus. Sungguh mudah untuk
menghasilkan ebook… Cuma idea untuk menulis jer yang payah. Untuk
maklumat tambahan, saya akan berkongsi dengan anda 10 tip menulis ebook
yang sering saya praktikkan.

Intro

Semua orang layak untuk menulis dan menghasilkan ebook yang bagus.
Untuk menulis ebook, anda tidak perlulah menjadi seorang yang kacak,
cantik, muda, kaya, popular dan sebagainya kerana pembaca tidak akan
memandang semua itu. Mereka akan pandang info yang terdapat dalam
ebook kita. Kini antara dua jer… nak ke tak nak menulis ebook ni?
Saya pernah berforum dengan sesorang yang mengatakan beliau ni tidak
mempunyai bakat untuk menulis ebook, namun beliau sangat-sangat berminat
untuk menulis ebook. Baiklah sebelum anda meneruskan pembacaan ebook
ini, saya nak tanya anda satu soalan. Anda ingat saya ni berbakat sangat
ker nak tulis ebook? Hehe saya sendiri pun tidak mempunyai bakat untuk
menulis dan jika anda membaca ebook pertama saya pasti anda akan kata
“ebook sampah”.

8
Mencipta Produk Informasi

Di Antara Tip Menulis eBook yang saya praktikan ialah:

Mencari Tema Ebook

Baiklah perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mencari tema
ebook anda. Apa yang aku nak tulis dalam ebook? Apakah yang aku hendak
sampaikan kepada pembaca? Itulah sebenarnya tema anda. Apabila anda
memiliki tema yang tersendiri, maka ia akan memudahkan kerja anda untuk
menulis ebook anda. Contohnya anda ingin menulis tentang tema buat
duit, jadi setkan dalam minda anda “aku nak buat ebook tentang cara buat
duit“.

Buat Rangka

Oh… ramai yang lupa tentang tip ini kerana ramai yang beranggapan rangka
diperlukan apabila hendak menulis karangan untuk BM kertas 1 dalam PMR
ataupun SPM. Akibatnya ramai di antara kita yang hanya menulis ebook
setakat 3 muka surat dan terus kekeringan idea. Oleh hal yang demikian,
anda hendaklah merangka dahulu ebook anda berdasarkan tema yang anda
pilih.Dengan mempunyai rangka maka ebook anda akan lebih tersusun dan
lebih mudah untuk para pembaca menangkap maklumat daripada ebook
anda.

Jaga Gaya Penulisan Anda

Ini juga merupakan perkara yang sangat penting kerana gaya penulisanlah
yang menyebabkan pembaca ingin terus membaca ebook anda atau tidak.
Oleh itu, anda hendaklah sentiasa menggunakan bahasa termudah, ayat
tidak tergantung dan jangan meleret. Saya pernah membaca ebook yang
meleret-leret di mana nak hurai 1 isi sahaja namun huraianya sampai 3
muka surat, hasilnya saya hanya akan baca setakat mukasurat 3 sahaja. Ya
betul, setiap orang berbeza gaya penulisannya namun apa yang saya ingin
tekankan di sini be yourself! Tidak salah untuk anda meniru gaya penulisan
orang lain, namun anda hendaklah bijak dalam meniru.

9
Mencipta Produk Informasi

Anda hendaklah memilih dalam meniru, anda boleh meniru orang yang
mempuyai gaya bahasa penulisan yang baik seperti penulis buku luar negara
agar ebook anda lebih berkualiti kelak.

Jangan Menulis Ebook di Waktu Anda Sibuk

Anda dinasihatkan dan disarankan supaya tidak menulis ebook diwaktu anda
sedang sibuk. Ini agar anda dapat mengelakkan berhadapan dengan pelbagai
masalah. Contohnya apabila anda menulis ebook di waktu sibuk sudah tentu
anda tidak boleh memberi tumpuan untuk menulis dan sudah tentu anda
ingin menyiapkannya dengan cepat. Kesannya, anda akan mencipta ebook
yang tidak menarik kerana isi yang ada tidak diolah dengan baik. Analogi
paling mudah ialah macam kita makan, bilakah waktu paling sedap? Tentulah
waktu lapar bukan? Begitulah juga apabila anda menulis ebook kerana ebook
yang baik akan terhasil apabila isi diolah dengan baik. Isi diolah dengan baik
kerana anda menulis dengan selesa dan tidak berkejaran dengan masa.

Setiap Isi Sertakan Contoh

Ini merupakan perkara wajib dalam menulis ebook supaya pembaca dapat
memahami dengan lebih jelas apakah isi yang kita hendak sampaikan
terutamanya dalam term-term IT atau perniagaan Internet yang merupakan
perkara baru dalam kamus hidup kita. Sebagai contoh orang akan tertanya-
tanya apakah CTR? Apakah page impression? Oleh itu, anda perlu sertakan
contoh bagi menjawab terus persoalan pembaca ebook anda.

Masukkan Grafik

Ini lebih kepada membuatkan ebook anda agar lebih menarik. Anda perlu
masukkan grafik ke dalam ebook anda supaya pembaca anda tidak bosan
dengan ebook anda. Di samping itu grafik juga dapat menambah jumlah
muka surat ebook anda.

10
Mencipta Produk Informasi

Buangkan Sikap Buat Ebook Kerana Duit

Ini satu lagi barah yang perlu kita hakis yakni buat ebook kerana ingin
dapat duit. Memang tak salah jika kita mengharapkan sebegitu rupa namun
alangkah lebih jika anda mencipta ebook kerana ingin puaskan hati pembaca
dan memberi informasi kepada pembaca. Niat yang baik akan menghasilkan
produk yang baik. Produk yang baik akan menghasilkan wang yang lumayan
Insya-Allah. Anda juga akan kecewa apabila ebook yang anda buat tidak
mencapai target jualan anda.

Jangan Buat Sampai Ebook Anda Lengkap

Ini bukanlah satu trik namun ebook anda tidak akan lengkap buat selama-
lamanya! Ya… mesti ada jer rasa nak tambah. Jika anda nak tunggu ebook
anda lengkap maklumnya sampai tua ler menunggu. Inilah salah satu
kelebihan ebook. Ebook anda boleh diupdate dan pembaca boleh menerima
update ebook secara percuma Tidak seperti buku sebenar.

Tiru Ebook Orang Lain

Ya saya sarankan anda tiru ebook orang lain. Saya bukan bermaksud
menghasut anda agar meniru isi ebook orang lain tetapi ingin menyuruh
anda meniru cara penulisan,susunan format dan sebagainya ebook orang
lain.

Semak Ebook Anda

Akhir sekali semak ebook anda! Anda hedaklah menyemak ebook anda
daripada beberapa sudut seperti ejaan, cara penyusunan, isi yang ditampilkan
dan sebagainya. Anda hendaklah berwaspada kerana perkara-perkara remeh
sebegini boleh membawa impak besar terhadap kualiti ebook dan kredibiliti
anda.

11
Mencipta Produk Informasi

Begitulah 10 tip yang saya sering amalkan dalam menghasilkan ebook yang
berkualiti.Ramai yang bertanya “saya nak tulis ebook ape yer”? “Nak tulis
tapi takde idea” dan bermacam-macam lagi. Jawapan saya mudah… tulis
apa yang anda tahu. Jika anda pakar dalam penjagaan binatang, anda boleh
tulis tentang “Tip Padat Bagaimana Menjaga Haiwan Peliharaan”. Nanti
bab seterusnya saya akan bongkarkan bagaimana saya yang tidak pakar
dalam bidang adsense tetapi mampu memberi tip yang berkesan tentang
adsense.

Anda sepatutnya tidak lagi boleh memberikan alasan kenapa anda tidak
dapat menulis ebook lagi. Cuba baca kata-kata hikmah di bawah:

“Hentikan Memberi Alasan, Orang Lain Buat Duit, Kita Buat Alasan!”

Ringkasan Bab 1:

1. Buat ebook yang dapat menyelesaikan masalah orang


lain
2. Perlu kreatif untuk menulis ebook.
3. Ebook bukanlah hanya berkaitan bagaimana ingin buat
duit.
4. Terbitkan report percuma terlebih dahulu
5. Cara ringkas bagaimana untuk mencipta ebook.

12


A brand for a company is like a reputation for a
person. You earn reputation by trying to do hard
things well.

- Jeff Bezos
Amazon.com Founder

02 Report Percuma
Report Percuma

Dalam Bab 1 anda diberikan tip supaya menerbitkan report percuma terlebih
dahulu dan anda mesti tertanya-tanya mengapa, bukan? Baiklah terdapat
banyak kelebihan apabila anda menerbitkan report percuma dan sebenarnya
anda tidak rugi pun.

Ramai yang kata “Eleh.. buat apa lancar report percuma?”, “Bila nak kaya
asyik bagi free jerk?”, “Free..Free..Free..Tu jer keje ko!” dan macam-macam
lagi.

Namun tahukah anda mengapa nama Labanon dikenali? Secara seriusnya


saya memberitahu anda bahawa nama saya dikenali kerana ebook percuma.
Saya mula mengeluarkan ebook percuma semenjak saya berumur 16 tahun
lagi. Bermula dari situlah orang mula mengenali siapakah Labanon. Selepas
itu saya mengeluarkan ebook percuma lagi dan lagi.

Melalui cara ini, secara tidak langsung kredibiliti anda terbina. Semakin ramai
mempercayai anda dan agak mudahlah anda untuk membuat jualan selepas
ini.

Jika sebelum ini anda fikir anda menulis ebook hanya untuk mendapatkan
wang, saya nasihatkan anda ubah mindset anda supaya menulis ebook untuk
membina kredibiliti dan brand. Dan percayalah, kredibiliti dan brand ini lah
yang akan memberikan lebih banyak wang kepada anda kelak! Kebanyakan
usahawan Internet memandang remeh perkara ini dan mereka hanya fikir
untuk buat produk, buat sales letter dan jual. Tu jerk! Jika 1-2 tahun dulu
bolehlah anda bertindak begitu namun sekarang masyarakat kita sudah bijak.
Mereka akan tengok dulu siapa yang menulis. Jika diragui maka mereka
tidak akan membelinya.

Saya buat analogi mudah.. Jika anda dan Donald Trump mempunyai produk
yang sama, harga yang sama dan semuanya sama. Cuma yang berbeza
adalah penjual. Sudah semestinya lebih ramai yang akan beli produk tersebut
dari Donald Trump termasuk saya sendiri hehe kerana kredibiliti beliau lebih
tinggi. Anda faham bukan?

14
Report Percuma

Baiklah sebelum anda melancarkan sesuatu produk berbayar, anda perlulah


melancarkan report percuma terlebih dahulu. Dalam report percuma tersebut
anda letaklah sedikit maklumat di bahagian akhir report tersebut mengenai
produk berbayar yang anda akan lancarkan kelak. Contohnya saya masukkan
dalam page terakhir report percuma saya:

Sebenarnya alternative rahsia yang dibongkarkan ini adalah salah satu


daripada tip-tip yang kami akan bongkarkan di dalam ebook “101 Tip AdSense
Terbongkar”.

http://www.tipadsense.com
Ini akan membuatkan pembaca tersebut tertunggu-tunggu produk anda.
Bayangkan 1 tip yang anda sudah dedahkan dalam report percuma pun
cukup membantu mereka, sudah tentu mereka semua akan ternanti-nanti
pada ebook berikutnya. Inilah salah satu cara untuk menggandakan jualan
anda kelak.

15
Report Percuma

Perkara seterusnya yang anda perlu lakukan adalah lancarkan report percuma
terlebih dahulu untuk mengumpul senarai emel(mailing list). Saya ingin
tegaskan di sini sebaik-baiknya anda lancarkan report yang berkaitan dengan
produk anda seterusnya. Ini penting kerana anda dapat mengumpul mailing
list yang berkualiti. Berkualiti yang saya maksudkan di sini ialah mailing list
yang akan membeli produk anda kelak kerana mereka ini begitu berminat
untuk mendapatkan report percuma anda. Nampak mereka berminat dengan
niche tersebut! Tiada gunanya anda memiliki mailing list yang besar tapi
tiada respon. Ia hanyalah umpama pokok besar yang tidak berbuah. Kita
mahu pokok yang boleh menghasilkan buah tidak kiralah kecil atau besar.
Sudah tentulah lagi besar lagi bagus tetapi apa yang lebih penting adalah
buah. Anda faham maksud saya? ;)

Jika anda lancarkan report percuma tentang “Teknik Mudah Untuk


Menguruskan Badan” dan selepas itu anda lancarkan produk yang hendak
dijual bertajuk “Menjadi Guru Yang Berjaya Dalam Masa 3 Hari” sudah tentu
produk anda ini tidak laku kerana mailing list anda adalah berminat tentang
bagaimana ingin kurus. Faham tak?

Tentu ada yang masih kabur bagaimana nak kumpul senarai emel ni. Baiklah
saya jelaskan secara ringkas bagaimana ingin mengumpul senarai email
(mailing list) ni.

1) Lancarkan report/ebook percuma. Seperti yang saya telah terangkan


bagaimana nak lancarkan report/ebook percuma sebentar tadi.

2) Minta emel mereka terlebih dahulu sebelum anda berikan meraka link
untuk mendownload report tersebut. Untuk tujuan tersebut, anda perlulah
mempunyai system autoresponder sendiri tidak kisahlah sama ada percuma
atau berbayar. Cuma saya sarankan anda guna yang berbayar supaya tidak akan
kehilangan list. Autoresponder berbayar adalah sepeti Aweber,Getresponse
dan sebagainya. Anda hanya perlu copy paste code html ke surat jualan
anda. Untuk menggunakan sistem autoresponder berbayar anda biasanya
akan dicaj dalam angaran RM60 sebulan.

16
Report Percuma

Anda boleh lihat contoh dibawah:

Pelawat perlu memasukkan email dan nama mereka terlebih dahulu dan selepas itu mereka
akan mendapat link download untuk report tersebut. Semuanya berlaku secara automatik
dan anda hanyalah perlu mempunyai sistem autoresponder.

Saya sendiri berjaya kumpulkan lebih kurang 1500 list email yang berkualiti
melalui report pecuma saya. Mereka ini semuanya berminat tentang adsense
kerana report percuma yang saya lancarkan adalah berkaitan dengan adsense.
Bayangkan 25% daripada mailing list tersebut telah membeli produk saya
lancarkan seterusnya. Anda boleh nampak kan betapa berkesannya teknik
mailing list ini ;)

Ringkasan Bab 2:

1. Report percuma untuk membina kredibiliti


2. Report percuma juga untuk mengumpul mailing list
yang berkualiti
3. Anda juga akan membuatkan pembaca report percuma
anda tertunggu-tunggu dengan produk berbayar
yang anda akan lancarkan selepas itu.

17

Anda mungkin juga menyukai