Anda di halaman 1dari 19

ISI KANDUNGAN

Disclaimer & Legal Notice....................................................................... iii

Penghargaan.............................................................................................. iv

Bab 00 : Pengenalan.................................................................................. 1

Bab 01 : Cipta Produk Informasi Anda..................................................... 2

Bab 02 : Tiada Idea? No Problem............................................................. 13

Bab 03 : Dapatkan Webhosting................................................................ 16

Bab 04 : Cipta WebJualan + Surat Jualan................................................ 22

Bab 05 : Menerima Bayaran.................................................................... 26

Bab 06 : Miliki Sistem Autoresponder..................................................... 32

Bab 07 : Setup Sistem Affiliate Anda....................................................... 37

Bab 08 : Testimoni/Review Dari Pakar.................................................... 50

Bab 09 : Lakukan Pre-Launched.............................................................. 52

Bab 10 : Semak Sistem Web & Jualan Anda............................................ 53

Bab 11 : Lancarkan Produk Anda............................................................. 54

Bab 12 : Pasarkan Produk Anda............................................................... 55

Bab 13 : Penutup...................................................................................... 61
E-Book Rahsia 10k ini adalah hak milik sepenuhnya Team FlareBiz. Jadi,semua
hak-hak penerbitan milik Team FlareBiz adalah hak milik syarikat kami sepenuh-
nya.E-Book ini ditulis untuk pembelajaran anda sahaja dan jika anda mengalami
kerugian,kami tidak akan bertanggung jawab kerana ia adalah kecuaian anda
sendiri.

Segala screenshot yang telah diambil dalam buku ini, telah dikreditkan kepada
link pemilik laman web tersebut. Kami bukan pemilik-pemilik beberapa laman
web tersebut. Ia adalahmerupakan hak cipta pemilik laman web itu sendiri.

Hakcipta Terpelihara : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian


rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa
cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebe-
lum mendapat izin sama ada dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada
penerbit TEAM FLAREBIZ.

Cetakan Pertama : 2008

Diterbitkan Oleh :
FlareBiz Network (KT0236135-D)
www.flarebiz.com

III
PENGHARGAAN
Alhamdullilah, syukur tidak terhingga ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya
kami yang kerdil ini mampu untuk menghasilkan sebuah ebook yang bertajuk “Rahsia
10k” yang kami rasa masih jauh ketinggalan dengan ebook-ebook usahawan Internet
lain. Namun dengan kecekalan yang dianugerahkan oleh-Nya kami memberanikan diri
untuk menerbitkan ebook ini sebagaimana sekarang. Kewujudan ebook ini diharap dapat
membuka jalan kepada semua usahwan Internet untuk mendapat lebih duit melalui Per-
niagaan Internet khususnya produk informasi.

Ini merupakan ebook ke-6 dan ebook ke-3 berbayar Team FlareBiz. Kami berharap den-
gan penghasilan ebook ini juga dapat memeriahakan industri ebook tanah air. Di harap
juga ebook ini akan mendapat sambutan sepertimana ebook-ebook yang dihasilkan se-
belum ini.

E-book ini sebenarnya diilhamkan oleh kami setelah sesetengah pihak tidak percaya
bagaimana Labanon seorang remaja berusia 17 tahun mampu untuk memperolehi pen-
dapatan RM10 ribu pada bulan Januari 2008 dengan hanya menggunakan komputer dan
sambungan internet. Jadi kami ingin mendedahkan SALAH SATU cara bagaimana beliau
mencapai pendapatan sebanyak itu.

Banyak cabaran yang kami hadapi sepanjang menyiapkan e-book ini dimana mental
dan komitmen kami sering tergangu dengan kesibukan projek kami. Jadi kami men-
gambil masa yang agak lama untuk menyiapkan e-book ini. Kami berharap perkongsian
ikhlas ini tidak akan disalah tafsir oleh sesetengah pihak. Sudah tentu kami tidak mampu
memuaskan hati semua pihak namun kami mencuba untuk memuaskan hati semua pihak
yang membeli dan membaca e-book ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan ucapan terima kasih kami ingin ucapkan kepada
semua rakan-rakan di YM, ibu dan ayah kami, Azulaikha, Fezza, abang dan kakak yang
banyak memberi sokongan moral dikala nilai moral dalam diri kami merudum. Tidak lupa
juga kami ingin ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua usahawan In-
ternet terutamanya warga WC yang sama-sama terlibat dalam penghasilan ebook ini.

Terima kasih hanya Allah yang mampu membalas jasa anda.

Iklas dari,

Adly Zhafran

iv
BAB 00 PENGENALAN

PENGENALAN
Perniagaan produk digital adalah merupakan perniagaan Internet yang cukup popular
kerana produk digital seperti ebook adalah produk yang tidak memerlukan kos yang
tinggi untuk menciptanya. Malah lebih memeranjatkan lagi dengan hanya menggunakan
Microsoft Word, converter dan hanya beberapa perkara lagi sudah mampu untuk men-
cipta produk digital. Inilah kelebihan produk digital yang akan tetap mendapat sambutan
yang tinggi dalam pengguna Internet.

Ramai yang menanyakan saya bagaimana seorang budak sekolah mampu membuat
perniagaan Internet? Jawapanya mudah iaitu buatlah perniagaan produk digital. Produk
digital seperti ebook ini boleh dicipta oleh sesiapapun tanpa mengira umur, populariti,
harta kekayaan dan sebagainya. Anda hanya perlukan secebis idea untuk dihurai mengi-
kut kesesuaian.
Hatta seorang yang gagal dalam perniagaan pun boleh mengeluarkan ebook sendiri
yang mungkin tajuknya akan berbunyi begini “Ketahui Beberapa Punca Kegagalan Saya
Dalam Perniagaan Restoran”. Sudah tentu ramai pengusaha restoran ataupun yang
menyimpan hajat untuk membuka restoran akan membeli ebook tersebut agar mereka
tidak akan melakukan kesilapan yang sama sehinggakan membuatkan kedai mereka
ditutup.

Begitu indahnya seni perniagaan ini, siapa yang ikhlas pasti akan berjaya walaupun
agak lambat sedikit berbanding mereka yang tamak. Mereka yang tamak akan cepat
berjaya tetapi cepat juga mereka akan jatuh. Baiklah tanpa membuang masa mari ikuti
langkah demi langkah yang telah saya nukilkan buat anda untuk berjaya dalam perni-
agaan produk digital.

Tanpa membuang masa lagi… Ayuh kita mencubanya!

Rahsia10k : Versi Praktikal 01


BAB 01 CIPTA PRODUK INFORMASI ANDA

CIPTA PRODUK
INFORMASI ANDA
Baiklah sudah tentu anda semua tertanya-tanya… macam mana yer nak cipta produk
informasi? Bagaimana yer nak buat ebook? Dan bermacam-macam lagi persoalan yang
muncul di fikiran anda. Bagaimana saya tahu persoalan sebegini akan muncul dalam
fikiran anda? Sebenarnya sudah ramai para newbie yang mengajukan soalan kepada
saya soalan-soalan tersebut dan kerana soalan-soalan tersebutlah saya menerbitkan
ebook ini.

Terdapat pelbagai jenis produk informasi seperti video tutorial, audio, membership site,
coaching program dan sebagainya. Namun pada ebook kali ini saya lebih menumpukan
kepada bagaimana ingin mencipta ebook anda sendiri. Seperti biasa, jika anda masih
belum pernah menerbitkan mana-mana ebook maka masalahnya ialah idea. Biasalah
perkara pertama biasanya adalah sangat membebankan dan menyukarkan!

Contoh kepelbagaian produk digital

Rahsia10k : Versi Praktikal 02


BAB 01 CIPTA PRODUK INFORMASI ANDA

Tahukah anda bagi sesetengah orang, menulis merupakan satu perkara yang mustahil!
Ini kerana mereka dilahirkan dengan mempunyai kelebihan selain daripada menulis.
Namun, percayalah bahawa bakat menulis ini boleh diasah selagi anda mempunyai ke-
inginan yang tinggi untuk menghasilkan ebook anda. Nasihat terbaik yang saya dapat
berikan kepada anda ialah TULIS APA YANG ANDA TAHU!

Oh jangan! Jangan kata kepada saya anda tidak tahu apa-apa kerana setiap insan didu-
nia ini mengetahui sesuatu yang sangat berharga kepada orang lain. Contohnya, saya
tidak tahu memasak… anda mungkin pandai memasak. So, anda boleh terbitkan ebook
bertajuk “Buat Nasi Goreng Anda Sendiri”. Jika kita pergi lebih mendalam sudah tentu
anda mempunyai cara tersendiri untuk menghasilkan nasi goreng yang sedap sehingga
menjilat jari. So, walaupun dah terdapat beratus-ratus ebook yang mengajar tentang
cara membuat nasi goreng, namun cara penghasilnya adalah berbeza. Isi kandungan
ebook juga berbeza dan sudah tentu anda akan mempunyai pembeli yang ingin menge-
tahui cara memasak nasi goreng terbaik :)

So, pengajaranya… jangan risau sangat walaupun dah ada banyak ebook, special re-
port dan artikel dalam sesuatu topik kerana setiap satunya mempunyai caranya yang
berbeza. Jadi tak hairanlah jika anda melihat terdapat banyak ebook dalam sesuatu bab
dengan penulisnya yang berbeza.

Baiklah saya cuba sentuh sedikit pemilihan topik bagi ebook anda…

Tak kira ebook apa yang anda ingin tulis… pastikan anda menkaji samaada tajuk terse-
but mendapat demand yang tinggi ataupun tidak. Anda perlulah melihat tentang market
anda terlebih dahulu. Anda boleh mengkajinya dengan menggunakan link ini:

http://www.addme.com/keywordsuggest.htm

Senang jer.. taipkan keyword anda dan lihatlah berapa jumlah pengguna Internet yang
berminat terhadap keyword tersebut. Contohnya jika anda ingin menulis ebook tentang
“Cara Solat Yang Betul” maka keywordnya ialah “cara solat”. Lihat gambar dimukasurat
sebelah :

Rahsia10k : Versi Praktikal 03


BAB 01 CIPTA PRODUK INFORMASI ANDA

Lihat itulah yang berminat setiap bulan untuk belajar cara solat. Anda juga boleh meng-
hasilkan beberapa ebook daripada gambarajah diatas seperti ebook cara solat musafir,
cara solat hajat dan seterunya.

Kemudian kita perlu lihat daripada persaingan pula…

Langkah Pertama

Buat carian keyword “cara solat” untuk mendapat lebih idea untuk membuat ebook. Jadi
anda perlu kaji satu per satu keyword di atas.

Langkah Kedua

Cuba search menggunakan keyword “cara solat musafir” dan tekan “Search”.

Rahsia10k : Versi Praktikal 04


BAB 01 CIPTA PRODUK INFORMASI ANDA

Langkah Ketiga

Lihat 174,000 keputusan yang dijumpai untuk keyword “cara solat musafir”. Semakin
tinggi jumlah keputusan yang dijumpai maka semakin tinggi persaingan.

Langkah Keempat

Cuba buat sedikit kira-kira untuk melihat sama ada keyword ini sesuai ataupun tidak
untuk anda membuat ebook.

Jumlah disearch = 64
Jumlah keputusan = 174,000
Kiraan = 64 bahagi 174,000 = 3.678

Semakin kecil jumlah kiraan maka semakin sesuai topik tersebut untuk anda membuat
ebook.

Kini anda ulangi langkah-langkah di atas untuk keyword kedua iaitu “cara solat hajat”
dan anda akan dapati seperti berikut:

Jumlah disearch = 39
Jumlah keputusan = 395,000
Kiraan = 64 bahagi 174,000 = 9.873

Maka jumlah kiraan untuk “cara solat hajat” adalah agak besar berbanding kiraan “cara
solat musafir”. Maka di sini anda lebih sesuai untuk menumpukan kepada tajuk “Cara
Solat Musafir” kerana persaingan kecil dan bilangan yang mencarinya pula adalah
tinggi!

Inilah cara membuat research J

Sebelum anda ingin mulakan menulis sesuatu ebook, anda perlulah memiliki satu tools

Rahsia10k : Versi Praktikal 05


BAB 01 CIPTA PRODUK INFORMASI ANDA

yang membantu anda untuk menulis ataupun dikenali sebagai writing software. Writing
software ialah seperti Microsoft Word dan anda boleh gunkan ewriter pro yang diberikan
secara percuma kepada anda. Anda juga boleh menggunakan alternative lain seperti
Open Office. Ia adalah PERCUMA!

Download Open Office secara percuma di sini: http://www.openoffice.org/

Baiklah anda telah mempunyai tools ataupun alat untuk menulis… ayuh kita sama-sama
hasilkan produk informasi pertama anda. Pertama anda senaraikan terlebih dahulu
perkara yang anda suka dan tahu tentang perkara tersebut. Tak kiralah tentang kerja,
hobi, cara anda menjaga anak anda dan sebagainya.(Ehem-ehem pengalaman malam
pertama ker? J) Anda senaraikan dahulu dan kemudianya anda lakukan research sekali
lagi seperti yang diajarkan di atas.

Sekarang lihat terhadap list yang anda bina. Contoh beberapa list yang telah anda tu-
lis:

15 Sebab Kenapa Saya Gagal Dalam Perniagaan

Cara Menjadi Kerani Yang Baik

10 Tip Mengelakkan Ditipu Ketika Membeli Beg Tangan

101 Cara Memikat Hati Suami

Langkah Untuk Membeli Kereta Terpakai

Cara Menjaga Kucing Kesayangan Anda

Rahsia Menjadi Tukang Masak Yang Power

Kisah-kisah Para Ambia’

Tip Untuk Menjadi Usahawan Yang Berjaya

Tip Untuk Menjadi Insan Yang Bertakwa

Bagaimana Ingin Bermain Bola Sepak

Teknik Rahsia Dalam Permainan Catur

Cara Untuk Memancing Khas Untuk Newbie

Cara Memilih Karpet Yang Berkualiti

Rahsia10k : Versi Praktikal 06


BAB 01 CIPTA PRODUK INFORMASI ANDA

Kenapa Saya Gagal – UMUM


Kenapa Saya Gagal Dalam Perniagaan – KURANG SPESIFIK
Kenapa Saya Gagal Dalam Perniagaan Pasar Malam – SPESIFIK

Sekarang pilih salah satu topik yang anda rasa anda tahu dan mendapat sambutan yang
tinggi dalam pasaran. Setelah anda memilihnya, anda bolehlah mulakan menulis eb-
ook tersebut. Jangan takut, jangan gabra kerana anda mampu lakukanya. Caranya mu-
dah jer… tulis sesuatu perkara seperti mana anda cuba menerangkan sesuatu perkara
tersebut kepada orang yang tak tahu apa-apa dan tidak pernah dengar pun apa yang
anda cuba perkatakan dalam ebook anda.

Jangan risau tentang jumlah muka surat ebook anda. Jangan risau kerana diluar sana
banyak Internet Marketer yang menjual ebook yang hanya 5-15 m/s tetapi laku macam
goreng pisang panas. Ini kerana mereka mempunyai sesuatu yang unik untuk dikong-
sikan. Mereka juga lebih spesifik dalam tajuk tersebut dan memberikan informasi yang
berguna kepada pelanggan mereka. Pelanggan hanya mahukan sesuatu yang berguna
dan bukanya sesuatu yang panjang tetapi tidak berguna.

Anda perlu sentiasa ingat bahawa anda perlu menulis sebagaimana anda bercakap. Be
yourself! Jangan cuba meniru orang lain dan cuba tampilkan kelainan dan keunikan. Ini
akan membuatkan kerja anda lebih senang.

Oh ya… jika anda masih belum tahu.. saya ingin beritahu anda bahawa “Tiada Apa
Yang Sempurna Dalam Dunia Ini”. Hasilkan produk anda walaupun terdapat banyak

Rahsia10k : Versi Praktikal 07


BAB 01 CIPTA PRODUK INFORMASI ANDA

kelemahan. Itu bukanlah masalah… yang menjadi masalah ialah untuk memulakan dan
menyudahkan sesuatu ebook.

Baiklah saya sebenarnya telah membuat satu video khas kepada anda bagaimana ingin
mencipta ebook. Jadi eloklah anda menonton video tersebut dahulu kerana dalam video
tersebut saya terangkan langkah demi langkah bagaimana ini mencipta ebook. Oleh itu,
dalam ebook ini saya hanya akan menulis secara ringkas bagaimana ingin mencipta
ebook.

Tulis draft – Cipta draft dan catat apakah


tajuk-tajuk dan isi-isi yang perlu ada dalam eb-
ook anda tersebut.

Tulis berdasarkan draft - Tulis segala yang


anda catat tu dalam Microsoft Word.

Convert file – Anda perlu mendownload con-


verter dan convert file .doc kepada file .pdf

Lihat hanya 3 langkah mudah diatas anda mampu untuk mencipta ebook. He he he
Nampak memang mudah namun setelah anda mencubanya sendiri maka anda akan
ketahui bagaimana payahnya untuk menyiapkan sesuatu ebook. Maka tidak hairanlah
jika harga sesuatu ebook boleh melambung tinggi.

Ok, bab ini takde nak cakap panjang-panjang kerana saya telah siapkan video khas dan
saya sertakan video tersebut sebagai bonus. Dalam video tersebut anda bolehlah men-
dengar suara saya yang macho ho ho ho!

Selamat menonton!

Rahsia10k : Versi Praktikal 08


BAB 01 CIPTA PRODUK INFORMASI ANDA

Sebelum Itu… Tahukah Anda Apakah eBook?

Ebook adalah istilah kepada “electronic book” yang mana sama sahaja dengan
buku-buku fizikal. eBook juga merupakan sumber informasi yang sangat besar diera
globalisasi ini dan juga terbahagi kepada dua iaitu fiction dan non-fiction. Jadi sama
ada anda seorang novelist, penyair mahupun penyajak anda boleh menghasilkan
ebook anda sendiri. Jika di Jepun mereka sudah membaca ebook di dalam PDA
masing-masing ketika hendak pergi kerja, pulang daripada kerja dan sebagainya.
Lihat dunia sekarang sudah berubah! Apa sahaja yang boleh ditulis untuk buku bi-
asa anda juga dapat jadikanya sebagai ebook. Cuma terdapat beberapa perbezaan
antara ebook dan buku:

EBOOK BUKU BIASA


Biasanya dibaca dalam softcopy Dalam bentuk hardcopy dimana kita
dalam format .pdf,.doc,.exe dan seb- boleh menyentuh,melihat dan mera-
againya. sa.
Modal yang diperlukan untuk meng- Modal yang diperlukan agak tinggi
hasilkanya adalah murah dan senang. dimana untuk menerbitkanya memer-
lukan modal yang besar.
Boleh diupdate secara percuma ke- Agak susah untuk menambah info
pada para pembeli jika terdapat info terbaru dan mustahil info tersebut
terbaru. dapat disampaikan secara percuma
kepada pembeli terdahulu.

Lebih menarik kerana penulis boleh Kurang menarik kerana mungkin


meletakkan pelbagai gambar, link, Ja- gambar agak terhad dapat diletakkan
vaScript, audio, video dan sebagainya kerana kos percetakkan agak besar.
tanpa perlu memikirkan kos untuk
mengeluarkan ebook.
Lebih cepat untuk hasilkan dan Agak lambat proses untuk menghasil-
menerbitkanya. kan dan menerbitkanya.
Dan banyak lagi… Dan banyak lagi…

Jika anda seorang peminat tentang burung megapa anda tidak hasilkan ebook ten-
tang jenis-jenis burung? Jika anda seorang guru Matematik kenapa tidak keluarkan
ebook tentang cara mudah untuk skor A dalam Matematik? eBook akan menjadi satu
trend baru kepada masyarakat Malaysia pada 2-3 tahun akan datang dan ebook juga
akan menjadi keperluan kepada syarikat-syarikat dalam memberi maklumat kepada
para pelanggan. Anda masih takut ingin mencuba?

Rahsia10k : Versi Praktikal 09


BAB 02 TIADA IDEA? NO PROBLEM!

TIADA IDEA?
NO PROBLEM!

Tiada idea laa..?


Nak tulis apa yer?
Tau nak tulis ebook… tapi nak tulis
aper?
Erm.. takkan nak tulis pasal kucing kot?
Bagi cadangan sikit nak tulis pasal apa
ni…

DAN BANYAK LAGI!

Itulah beberapa soalan yang sering diajukan kepada saya. Bagaimana saya ingin men-
jawabnya sedangkan saya sendiri pun sering kekeringan idea ho ho ho! Apa jua ebook
yang ingin kita cipta, tidak kiralah samada ianya ebook percuma mahupun berbayar, ia
pasti bermula dengan secebis idea asas. Samada ebook kita itu bagus atau tidak, ia
bergantung kepada kebolehan kita sendiri untuk merangka, merancang, menyusun dan
akhirnya menjadikannya satu ebook yang benar-benar lengkap, mantap dan berpotensi
untuk mencipta kejayaan.

Persoalan ini seolah-olah cuba melumpuhkan kemampuan kita. Ramai yang mempu-
nyai kebolehan dan kemampuan untuk menulis tetapi tidak mempunyai idea. Seolah-
olah mencari idea ini amat sukar. Namun ia sebenarnya tidaklah sesukar yang anda
sangka.

Untuk menulis ebook anda sebenarnya perlu mencari masalah sesuatu golongan. Golon-
gan inilah yang akan menjadi target market anda. Anda perlu bergaul dengan golongan
ini dan kenalpasti apakah masalah mereka. Saya tunjuk contoh jika anda pergi ke seko-
lah dan anda tengok tidak ramai yang membeli makanan dikantin sekolah. Maka anda
perlu menyiasat kenapa tidak ramai yang pergi makan di kantin. Setelah menyiasat
anda dapati masalahnya

Rahsia10k : Versi Praktikal 10


BAB 02 TIADA IDEA? NO PROBLEM!

anda dapati masalahnya ialah kerana makanan dikantin adalah mahal. Maka, anda per-
lu mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah ini. Anda boleh membuat duit den-
gan menyelesaikan masalah ini. Anda bolehlah membeli nasi di kampung dan bawanya
kesekolah untuk menjualnya. Begitulah juga sebenarnya proses membuat ebook.

Pertama: Anda perlu mencari masalah ses-


uatu golongan.

Kedua: Cipta ebook cara bagaimana ingin me-


nyelesaikan masalah mereka.

Ketiga: Jual kepada mereka.

Itulah 3 langkah proses bagaimana ebook tercipta. Baiklah untuk menacari idea anda
boleh ikuti tips dibawah:
Anda boleh pergi ke forum-forum untuk mencari apakah masalah mereka.

Anda boleh cuba mencari masalah yang kerap ditanya oleh penduduk dise-
luruh dunia dengan menggunakan Yahoo Answer.

Gunakan kepakaran anda untuk menulis ebook kemudian barulah mencari


target market.
Lihat beberapa contoh ebook dibawah yang menyelesaikan masalah banyak pihak:

(Yang Pasti Bukan Ebook Tentang Cara Buat Duit Jer yer…)

Rahsia10k : Versi Praktikal 11


BAB 02 TIADA IDEA? NO PROBLEM!

Oleh kerana anda sanggup untuk membeli ebook ini maka saya pun sanggup untuk
berkongsi rahsia saya yang sangat berharga! Rahsia tersebut ialah 5 Langkah Untuk
Memilih Topik Bagi Ebook Anda!

Ini merupakan cara ringkas dan cepat yang sangat berkesan untuk digunakan. Saya
berkongsi rahsia ini dengan anda agar dapat memudahkan anda. Lihat dulu gambara-
jah dibawah:

Setelah anda perhatikan gambar rajah diatas.. ayuh kita mulakan!

LANGKAH 1: Brainstoriming Idea Anda!

Senaraikan semua tentang idea tentang ebook apa yang anda ingin terbitkan. Ya
SEMUANYA! Buat masa ini tiada idea yang tidak baik ataupun idea yang salah. Tulis
kesemua idea anda dalam ruangan idea… senaraikan walaupun anda mempunyai 30
idea ataupun 100 idea! Jika anda rasa dah cukup idea yang anda tuliskan iaitu sekitar
20-30 idea… maka boleh teruskan dengan langkah seterusnya.

LANGKAH 2: Tahap Kesukaran

Dalam kolumn “Tahap Kesukaran” letakkan tahap kesukaran sesuatu topik berdasar-
kan tahap anda sendiri. Sama ada topi tersebut Mudah,Sederhana ataupun Sukar. Ini
adalah berdasarkan skills dan pengalaman anda. Jangan pula anda tanya orang lain…
TANYA DIRI ANDA SENDIRI! Setelah anda senaraikan Mudah, Sederhana ataupun
Sukar dalam kolum tersebut… sila pergi ke langkah seterusnya.

LANGKAH 3: Siapa Yang Akan Menulis

Seterusnya senaraikan sama ada Pakar,Terhad ataupun Zero bagi kolumn “Level Pen-
getahuan Anda”. Ini juga adalah berdasarkan pengetahuan anda terhadap sesuatu
topik. Jika anda pakar maka taip Pakar dalam kolumn tersebut. Seterusnya pengiraan
jumlah!

Rahsia10k : Versi Praktikal 12


BAB 02 TIADA IDEA? NO PROBLEM!

LANGKAH 4: Level Pengetahuan Anda

Seterusnya senaraikan sama ada Pakar,Terhad ataupun Zero bagi kolum “Level Penge-
tahuan Anda”. Ini juga adalah berdasarkan pengetahuan anda terhadap sesuatu topik.
Jika anda pakar maka taip Pakar dalam kolum tersebut. Seterusnya pengiraan jumlah!

LANGKAH 5: Jumlah

Jangan risau kerana pengiraanya adalah SANGAT mudah! Ini cara pemarkahannya:
Tahap Kesukaran: Mudah (1 markah) Sederhana (2 markah) Sukar (3 markah)
Siapa Yang Akan Menulis: Saya (1 markah) Orang Lain (2 markah)
Level Pegetahuan Anda: Pakar (1 markah) Terhad (2 markah) Zero (3 markah)
Jadi anda tambah semuanya berdasarkan formula pemarkahan diatas… dan letakkan
jumlahnya dalam kolumn “Jumlah”. So, anda akan memperoleh markah 3(terendah)
dan 8(tertinggi). Jadi setelah anda mengetahui markah bagi kesemua idea anda… sila
gunakan topik yang anda dapat markah terendah kerana itu adalah topik yang paling
sesuai buat anda. Contohnya table dibawah:

Ebook yang paling sesuai untuk saya tulis ialah “Cara Ingin Memelihara Kucing” kerana
mendapat markah terendah. Jika mengikut cara ini… markah paling rendah adalah pal-
ing sesuai dengan anda.

Baiklah saya harap anda jelas ya tentang bagaimana ingin mencari idea untuk menulis
ebook. Seterusnya saya tahu tidak semua manusia mempunyai bakat untuk menulis. Ya
betul lihat sahaja di sekolah bagaimana begitu ramai yang tidak mampu untuk menulis
karangan dengan baik. ( Ehem… ehem saya A1 yer BM)

Baiklah tidak mengapa jika anda tiada bakat untuk menulis ebook. Anda tetap boleh
menjalankan perniagaan produk digital. Baiklah saya dedahkan rahsia kepada anda
bagaimana ingin menjalankan pernigaan produk digital walaupun anda tidak pandai
untuk menghasilkan ebook sendiri.

Rahsia10k : Versi Praktikal 13


BAB 02 TIADA IDEA? NO PROBLEM!

Anda boleh membuat audio interview dan jadikanya teleseminar. Ya, anda
boleh membuat temubual bersama artis ker, jutawan ker dan sebagainya dan
jual di Internet. Audio juga merupakan produk digital dan produk informasi.

Anda boleh menjual video. Yup, anda boleh merekod video musim bunga
ker bagi yang dok diluar negara dan jualnya di Internet. Jika anda suka pergi
jalan-jalan, rekodlah keindahan tempat pelancungan dan jualnya di Internet.
Mat salleh suka dengan benda-benda cam ni.

Anda boleh membeli produk Resell Right(RR), Master Resell Right(MRR)


dan Private Label Right(PLR). Ya, banyak produk sebegini di Internet dan
anda boleh beli dan jual semula ebook-ebook yang mempunyai hak jualan
semula ini.

Baiklah kali ini saya ingin tumpukan kepada cara ketiga iaitu membeli produk RR,MRR
dan PLR. Baiklah sebelum itu saya terangkan dulu kepada anda maksud RR dan MRR
ini.

Resell Rights : RR bermaksud anda boleh menjual produk ini balik dengan syarat-
syarat yang ditetapkan TETAPI anda tidak boleh memberikan Resell Rights kepada
orang lain. Bacaan Lanjut:
http://infopublishingsecrets.com/infopublishing-articles/content/category/6/22/37

Master Resell Rights : Produk yang menjual Master Resell Rights juga kebiasaa-
nya lebih mahal daripada produk-produk lain kerana anda bukan sahaja boleh menjual
produk tersebut malah BOLEH memberi lesen Resell Right kepada pelanggan anda.
Bacaan Lanjut: http://infopublishingsecrets.com/infopublishing-articles/content/catego-
ry/6/23/37

Tahukah anda bahawa kebanyakkan usahawan Internet yang terkenal seperti Gobala
Krishnan, Vince Tan, Zamri Nanyan dan banyak lagi sering menjual produk orang lain
yang mempunyai lesen RR,MRR dan PLR. Ini kerana perniagaan sebegini amat men-
guntungkan kerana anda tidak perlu bersusah payah memerah otak untuk menghasil-
kan produk sendiri.

Jadi saya rasa amat sesuai jika anda yang baru ingin bermula menjual produk yang
mempunyai lesen RR ini. Malah saya sendiripun bermula menjual produk RR ini ketika
mula-mula bergiat dalam perniagaan Internet. Yerlah, kita orang baru takkan masuk-
masuk dah ingin hasilkan produk sendiri. Kita jual dulu produk orang lain dan ini akan

Rahsia10k : Versi Praktikal 14


BAB 02 TIADA IDEA? NO PROBLEM!

membuatkan kita lebih matang untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti kelak.

Saya telah sertakan kepada anda beberapa produk RR khas buat anda pembeli ebook
Rahsia 10k ini. Anda boleh menjual balik segala ebook yang saya berikan ini. Sila dapat-
kan beberapa ebook dalam folder bonus dan saya nak anda jualnya! Dapatkan RM1
pertama anda daripada Internet ini.

Anda baca dulu ebook tersebut dan ambik dulu ilmu-ilmu yang disampaikan. Selepas
anda dapat segala ilmu, anda kenal pasti dahulu kelemahan produk di atas. Ya, setiap
kali anda membeli produk RR anda perlu kenal pasti dahulu kelemahanya dan baiki
kelemah tersebut agar lebih mudah anda dapat buat jualan selepas itu.

Anda boleh check kelemahan daripada beberapa sudut… contohnya:


Design – Kadang-kadang design cover ataupun minisite produk RR,MRR
dan PLR luar negara tidak sesuai dengan masyarakat dan budaya kita. Jadi
anda bolehlah tukar cover tersebut sama ada anda design sendiri ataupun
upah designer.

Kandungan – Kadang-kadang juga isi kandungan sesuatu produk tidak


lengkap. Oleh itu, anda boleh lengkapkanya… bagaimana? Anda boleh buat
satu report untuk melengkapkan produk tersebut dan letakkan dibahagian
bonus.

Sales letter – Kadang-kadang sales letter produk tidak berapa highlight-


kan kelebihan produk. Jadi, anda boleh menambah sendiri kelebihan produk
tersebut. Ini akan membuatkan sales letter produk tersebut lebih killer.
Dan banyak lagi sebenarnya.

Baiklah saya rasa cukup dah penerangan bab ini. Konklusinya, jika anda tiada bakat
untuk menulis, maka anda boleh asah bakat tersebut. Jika anda tiada idea, maka anda
boleh menggunakan beberapa alternatif yang saya senaraikan seperti menjual produk
RR,MRR dan PLR.

Oh ya, jika anda ingin lebih faham proses penjualan produk RR,MRR dan PLR ini anda
bolehlah membaca ebook saya iaitu “Menjana Wang Tanpa Produk” (Disertakan dalam
bonus)

Selamat Membaca! :)

Rahsia10k : Versi Praktikal 15

Anda mungkin juga menyukai