Anda di halaman 1dari 27

4.

0
Model dan Kaedah Pembelajaran Komposisi Badan (Models and Methods for Studying Body Composition)

4.1 Model Komposisi Badan

a) ahli biokimia

b)

mereka

yang

bertugas di klinik, pusat

bersama pusat

individu

pemakanan,

kecergasan dan sebagainya (model dua bahagian)

Ahli Biokimia
Secara biokimia, badan manusia daripada empat unsur utama: Air Protein Mineral Lemak terdiri

Walaupun model ini berfaedah untuk perbandingan umum, kegunaannya adalah terhad kerana data analisis biokimia yang diperolehi hanyalah dari sekumpulan individu yang kecil, yang mana mungkin tidak mewakili populasi norma.

Model dua bahagian

merujuk kepada pembahagian jisim badan kepada komponen lemak dan otot. . Komponen tanpa lemak adalah dirujuk sebagai jisim badan bebas lemak manakala komponen yang satu lagi dikenali sebagai jisim berlemak.

4.2 Kaedah Menganggar Komposisi Badan


1. Kaedah yang lazim digunakan bagi menganggar komposisi badan dalam individu adalah secara tidak langsung. 2. Kaedah timbangan dalam air (hydrostatic) menganggar ketumpatan

badan dan menukar nilai kepada peratusan lemak badan.


3. Kaedah pencairan isotop menganggar jumlah air di dalam badan, yang mana ini ditukar kepada jisim bebas lemak (fat-free mass). 4. Kaedah pengaktifan neutron menggunakan isotop nitrogen dan kalsium untuk menganggar tisu tanpa lemak dan mineral.

5. Kaedah pengkonduksian elektrik badan dan bioelectrical impedance

menganggar jisim bebas lemak (tisu tanpa lemak akan mengalirkan elektrik
lebih mudah berbanding tisu berlemak). 6. Kaedah ultrasound menganggar lemak, otot dan tulang. 7. Kaedah radiografi menganggar lemak, otot dan tulang. 8. Kaedah antropometri menganggar lemak dan meramal jisim bebas lemak.

9. Pengukuran ketumpatan badan:

Ketumpatan = jisim per unit isipadu.


Ketumpatan lemak = 0.90 g/cm3 dan adalah lebih rendah daripada air (1.0 g/cm3), dan lebih rendah daripada tisu tanpa lemak (1.10 g/cm3). Badan yang berketumpatan rendah mempunyai lebih lemak berbanding badan yang berketumpatan tinggi. Ketumpatan adalah berkadar songsang dengan lemak badan. Densitometri adalah merujuk kepada pengukuran ketumpatan badan.

Ketumpatan digunakan untuk menganggar peratus berat badan yang terdiri


daripada lemak.

10. Mengukur jumlah air dalam badan: Air adalah komposisi terbesar dalam badan.

Kebanyakan air di dalam badan adalah di dalam tisu tanpa lemak. Oleh
itu pengukuran jumlah air dalam badan memberi satu cara untuk menganggar jisim bebas lemak.

11. Mengukur kalium dalam badan Kalium banyak dijumpai dalam sel-sel, khususnya di tisu otot. Oleh itu pengukuran kepekatan kalium dalam badan boleh memberi satu

anggaran jisim bebas lemak.

Aplikasi kaedah pengukuran pada kanak-kanak


Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan adalah: .> Adakah ketumpatan lemak dan tisu bebas lemak, kandungan air dan kalium di dalam jisim bebas lemak sama dalam dewasa dan kanak-kanak? .> Bilakah ketumpatan, kepekatan air dan kalium dalam tisu tanpa lemak dicapai dalam dewasa?

.> Kaedah densitometri adalah lambat dan memerlukan subjek kajian


menjalani latihan keselesaan dengan prosedur. .> Kaedah ini hanya terhad kepada kanak-kanak berumur 7 atau 8 tahun dan bukannya lebih muda.

.> Penggunaan kaedah kalium adalah sangat mahal dan sensitif, dan tempoh pengukurannya amat bergantung kepada saiz subjek. .> Kanak-kanak mungkin tidak berupaya berada di dalam keadaan tetap untuk suatu tempoh yang lama semasa pengukuran dilaksanakan. .> Pengukuran jumlah air dalam badan memerlukan subjek berpuasa

semalaman sebelum pengukuran dapat dilaksanakan.

JISIM BEBAS LEMAK

Merupakan jumlah jisim badan tanpa lemak ketinggian,berat badan dan perbezaan jantina memainkan peranan yang penting semasa pertumbuhan remaja. - Pada peringkat awal, perempuan mencapai jisim bebas lemak lebih awal (umur 15-16 tahun) daripada lelaki (19-20 tahun) - Pada peringkat lewat remaja, lelaki pada puratanya mempunyai jisim bebas lemak 1.5 kali lebih berbanding perempuan.

JISIM LEMAK
-jisim lemak merupakan jumlah lemak yang dapat diukur dalam badan

- Jisim lemak perempuan meningkat dengan pesat berbanding lelaki di peringkat remaja dan mula malar apabila lelaki mengalami pertumbuhan pesat antara 13-15 tahun. - Perempuan pada peringkat bayi dan awal kanak-kanak mempunyai peratus lemak yang lebih sedikit berbanding lelaki. Tetapi pada tahun 5 hingga remaja,perempuan mempunyai peratus lemak yang lebih berbanding lelaki. - Lelaki mempunyai peratus lemak yang paling rendah pada 16-17 tahun dan meningkat apabila di peringkat awal dewasa.

JENIS TISU ADIPOS

TISU ADIPOS PUTIH

TISU ADIPOS PERANG

Terdiri daripada sel lemak (adiposit) yang mengandungi satu titisan lemak yang besar dalam bentuk trigliserida.

tisu ini banyak dijumpai di dalam ginjal, jantung,hati dan organ-organ lain, tetapi sebaran terbesar adalah di lapisan bawah kulit. merupakan tisu aktif metabolisme

merupakan tisu yang penting dalam metabolisme merupakan setor simpanan tenaga memberi perlindungan dan penebat (insulator) ke atas badan dan organ-organ penting

Bayi yang baru lahir dan mamalia mempunyai tahap lemak perang yang tinggi. fungsi utamanya adalah untuk menjana haba (thermogenesis) mempunyai lebih kapilari lemak daripada tisu adipos putih, kerana penggunaan oksigen yang lebih tinggi. terdapat pada haiwan yang tinggal di persekitaran sejuk dan haiwan yang berhibernasi lebih kecil daripada sel adipos putih (15-50 mikrometer)

warna perangnya adalah disebabkan kepekatan tinggi sitokrom dan enzem sitokrom dalam mitokondria serta kandungan hemoglobin dalam tisu
tisu didapati di bhgn belakang leher dan bahagian belakang interscapula bayi yang baru dilahirkan. menyimpan lemak untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk aktiviti metabolisme tisu lain.

Tisu adipos putih didapati di bahagian abdomen bayi semasa minggu ke-14 kehamilan. tidak terdapat perbezaan dalam tisu adipos putih antara jantina dalam perkembangan awalan bayi, sel lemak(adiposit) mempunyai beberapa titisan lipid yang bergabung untuk membentuk satu sel dengan satu titisan

selepas minggu ke-23 kehamilan, aktiviti utama yang menyumbang kepada pencapaian pesat berat badan adalah pengembangan adiposit dan pemberkasan tisu adipos.
tisu adipos dalam fetus kelihatan lebih kecil berbanding dewasa

selepas kelahiran, bayi perlu bergantung pada bahan metabolisme karbohidrat yang cepat kehabisan dan trigliserida yang tersimpan di dalam adiposit menjadi sumber yang penting.
oleh itu, tisu adipos di dalam bayi harus berupaya berfungsi dengan cekap untuk memenuhi keperluan tenaga.

TISU ADIPOS PERANG terdapat satu jumlah yang kecil tisu adipos perang dalam

bayi yang baru dilahirkan, iaitu sebanyak 1% berat badan atau 25 g di dalam bayi yang dilahirkan penuh seberat 3500 g. tisu berfungsi sebagai satu mekanisme perlindungan dalam bayi tidak cukup bulan kerana menghadapi persekitaran luar yang mencabar. sejurus selepas kelahiran, tisu ini akan hilang dari badan tetapi sebilangannya akan kekal berada di organ-organ dalaman seperti ginjal.

TISU ADIPOS PUTIH Tisu ini berkembang dengan suatu kuantiti simpanan lipid yang meningkat akibat perubahan interaktif dalam saiz adiposit dan sel organ tisu adipos. bilangan adiposit meningkat dari 5 billion semasa kelahiran ke 30-50 billion di peringkat dewasa

diamater purata adiposit meningkat dari 30-40 mikrometer semasa kelahiran ke 80-90 mikrometer di peringkat awal dewasa.
organ adipos terdiri daripada 0.5 kg lemak semasa kelahiran di dalam kedua-dua jantina. Ia akan meningkat ke 10kg di dalam lelaki dan 14 kg dalam perempuan di peringkat awal dewasa.

merupakan sebaran kilang-kilang lemak di dalam badan kilang-kilang lemak yang tersebar di tempat-tempat yang berlainan mempunyai sifat metabolisme yang tersendiri. Lemak dalaman dan lemak lapisan bawah kulit -Lemak dalaman dikenali sebagai lemak jantung - kadar pengumpulan lemak dalaman adalah lebih cepat berbanding lemak lapisan bawah kulit semasa kanak-kanak bagi kedua-dua jantina - selepas 13-14 tahun, nisbah yang meningkat bagi lelaki dan ini menunjukkan perubahan dalam penyebaran lemak lapisan kulit di bahagian hujung anggota dan badan lelaki.

Lemak lapisan bawah kulit dan topografi lemak Selepas peningkatan pesat lemak lapisan bawah kulit dalam tempoh 6 bulan pertama, kedua-dua jantina mengalami penurunan pada 6-7 tahun.

perempuan akan menunjukkan peningkatan linear sehingga remaja manakala lelaki menunjuk sedikit peningkatan antara 7- 12/13 tahun dan seterusnya penurunan semasa remaja.
perempuan mempunyai lebih lemak lapisan kulit berbanding lelaki di semua peringkat umur khususnya di peringkat remaja. lelaki mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit di badan berbanding hujung anggota.