Anda di halaman 1dari 11

Kanak-kanak Di Dalam Aktiviti Fizikal dan Sukan

Nurul Amiliani Binti Azmi Syahida Binti Ali

Atlet Kanakkanak

Arah aliran pertumbuhan, kematangan dan prestasi kanakkanak Kanak-kanak di dalam aktiviti fizikal dan sukan

Didefinisi berdasar kejayaan di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa

Peranan jurulatih adalah penting dalam pemilihan sukan kanakkanak di peringkat kemahiran dan pertandingan yang lebih tinggi.

Atlet KanakKanak
Pemilihan berdasarkan keperluan kemahiran sukan yang diceburi

Lazimnya terdiri daripada mereka yang telah melalui sesuatu proses pemilihan

Pemilihan Sukan
Dibuat berasaskan keperluan kemahiran sukan yang diceburi Saiz dan ketinggian menjadi faktor pemilihan tambahan bagi sesetengah sukan.

Peluang

Ekonomi

jurulatih

Bentuk perkembangan atlet kanak-kanak adalah bersifat piramid . Di mana-mana terdapatnya ramai atlet di peringkat novis( permulaan )

Antara tahap kemahiran dan pertandingan paling tinggi lazimya dikenali sebagai atlet alit.

Sukan kanak-kanak adalah popular dari 9-16 tahun dan tempoh ini memberi variasi sigifika terhadap saiz bentuk komposisi badan dan prestasi motor yang berkait dengan status kematangan biologi.

Arah aliran pertumbuhan, kematangan dan prestasi kanak-kanak


Secara puratanya ,status kematangan awal berkait dengan saiz badan yang besar(Lelaki dan perempuan),jisim otot dan bebas lemak yang besar lelaki dan lebih lemak dalam perempuan. Lelaki awal matang adalah lebih kuat berbanding lelaki normal atau lewat matang,dan lebih baik dari aspek prestasi motor. Perkaitan antara status kematangan biologikal,kekuatan dan prestasi motor di dalam perempuan adalah perempuan lewat matang menunjukkan prestasi motor yang lebih baik.

Perempuan awal matang lebih awal gemuk di peringkat lewat remaja manakala perempuan lewat matang lebih kurus dan kurang lemak. Oleh yang demikian ,ciri-ciri pertumbuhan dan kematangan atlet kanak-kanak perlu dilihat dari dua perspektif iaitu: i. Semasa awal dan pertengahan remaja (9 -14 atau, 15 tahun) apabila variasi berkait kematangan dalam saiz jelas. ii. Semasa lewat remaja ( 15 17 tahun) apabila kumpulan lewat matang mengurangkan jurang variasi berkait kematangan.

Pelbagai faktor terlibat dalam kejayaan prestasi atlet semasa kanak-kanak dan remaja,dan perbandingan ciri-ciri fizikal atlet kanak-kanak ini mempunyai hadnya. Pertumbuhan dan status kematangan kanakkanak adalah penting, tetapi bukan satu-satunya penentu kejayaan prestasi . Lazimnya, kemahiran dan ciri-ciri fizikal akan memberi kanak-kanak kelebihan dalam penglibatan sesuatu sukan dan pertandingan . Status kematangan biologikal awal , disertai dengan kelebihan saiz dan kekuatan , merupakan aset kepada kejayaan dalam sukan di peringkat awal remaja .

Contoh : Atlet kanak-kanak dalam sukan besbol ,ragbi , renang dan larian sering kalinya menunjukan kemajuan di dalam kematangan rangka dan seksual . Prestasi dalam sukan ini banyak bergantung pada kekuatan dan kuasa ; saiz badan dan jisim otot yang besar yang berkait dengan status kematangan awal adalah satu aset . Atlet kanak-kanak perempuan di dalam gimnastik , figure skating dan ballet mula membuat latihan kerap dan pertandingan menjelang 6-7 tahun . Dalam gimnastik , figure skating dan ballet mempunyai umur haid yang lewat berbanding perenang dan bukan atlet.

Kajian dalam liga sofbol antarabangsa untuk kanakkanak perempuan 9-12 tahun mendapati mereka yang mempunyai saiz badan dan kematangan awal adalah lebih berjaya dalam permainan ini. Ini dapat dilihat dari aspek kemahiran memukul dan membaling bola . Bentuk dan komposisi badan perempuan lewat matang adalah lebih sesuai untuk sukan yang mencabar. Atlet perempuan mempunyai kurang lemak berbanding bukan atlet khususnya semasa remaja , dan ini adalah lebih dalam perempuan berbanding lelaki . Kuasa aerobik maksimum mutlak dan relatif adalah lebih di dalam atlet kanak-kanak yang berlatih kerap dalam sukan daya tahan mempunyai isipadu jantung yang lebih besar , kadar denyutan jantung nadi yang rendah , isipadu darah yang tinggi , hemoglobin darah yang tinggi dan isipadu paru-paru yang besar .

Sekian, Terima Kasih