Anda di halaman 1dari 1

ADAKAH HATI KITA DEMAM?

Salah satu tanda badan kita demam atau kurang sihat adalah kita kurang berselera untuk makan. Malah bila kita dihidangkan makanan-makanan yang sangat sedap dan lazatpun bila dimakan kita tidak merasakan nikmat makanan itu. Mereka yang berpengetahuan tentang makanan telahpun menasihatkan kita nilai nutrisi makananmakanan tersebut dan telah disediakan dengan lazat. Walaupun kita tahu makanan itu berkhasiat dan makanan itu juga lazat tetapi oleh kerana badan kita demam kita kurang berhajat kepadanya dan bila dimakan juga makanan itu tidak dirasai sedap dan lazatnya.

Bilakah kali terakhir kita merasai sangat lazatnya shalat yang kita lakukan? Ketika kita laksanakan shalat, adalah kita merasa sangat nikmat dan setelah usai menghadapi hidangan itu kita merasakan kenyang dan bertenaga? Ataupun kita menghadapi dan melaksanakan shalat kita sebagaimana orang yang sedang demam menghadapi makanan lazat yang kita sebutkan di atas tadi.

Begitu juga hidangan Allah SWT dalam bentuk Al-Quran. Bilakah kita rasa berselesa dan rasa tidak pernah kenyang bila menjamahnya? Tiap-tiap muka surat Al-Quran dibaca sebagaimana suapan-suapan terpaksa, walaupun perlu disyukuri bahawa Allah SWT masih memberikan kekuatan untuk mendekati hidangan yang sangat lazat dan bernutrisi itu walaupun Al-Quran itu tidak dirasai kelazatannya dan terasa tidak menyelerakan.

Ini adalah dua tanda hati kita menghidapi demam. Sekiranya hati yang demam ini tidak dirawat dan dipulihkan, hati kita akan menjadi semakin parah dan terdedah kepada penyakit-penyakit hati lain yang akan menjangkitinya sehingga ianya menjadi semakin parah.

Anda mungkin juga menyukai