Anda di halaman 1dari 3

SYIRIK

DALAM MASYARAKAT ISLAM

Oleh

MOHD KHAIRI BIN HASANUDIN

2008257208

Fakulti Perakaunan

Pensyarah

HAJAH NORRIHAH HJ MOHD NADZIR

Institut Perkembangan Pendidikan

Universiti Teknologi MARA


Prakata

Syirik dan kemudaratan dalam masyarakat adalah perkara yang amat penting untuk difahami
sebaiknya, kerana ada ketikanya tanpa disedari kita telah terheret sama dalam perbuatan syirik
kepada Allah s.w.t. Islam adalah agama tauhid untuk membantu sistem kehidupan manusia
menjadi sempurna dan mengarah kepada mentauhidkan Allah s.w.t. Tauhid yang berasaskan
keimanan kepada Allah yang Maha Esa ini, akan memberi kesan kepada jiwa dan tingkah laku
dengan sentiasa berwaspada dari terjebak dalam godaan syaitan dan tidak menyeleweng ke
arah selain beriman dengan Allah. Inilah inti pati dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad
s.a.w. ketika diutus menjadi Rasul iaitu untuk membersihkan bumi Arab dari amalan syirik
penyembahan berhala kepada mentauhidkan Allah s.w.t.

Kebanyakan orang yang terjerumus ke dalam perbuatan syirik, melanggar


persaksian mereka sendiri disebabkan oleh dua perkara, iaitu:

1. Jahil dan lalai dari memahami tauhid dan syirik.


2. Taqlid buta kepada adat dan amalan nenek moyang.

Kebanyakan bentuk syirik yang berlaku hari ini berpunca daripada dua
perkara di atas. Ianya sehingga dianggap sebagai amalan biasa dan lumrah
dalam kehidupan seharian.
Amalan yang membawa kepada seseorang itu melakukan syirik sama ada sedar atau tidak
akan diterangkan dalam tajuk ini. Semoga dapat kita menjauhi segala amalan yang
menjerumuskan diri ke dalam dosa syirik.
i | Page

Anda mungkin juga menyukai