Anda di halaman 1dari 3

Soalan; Pengelibatan diri dalam kegiatan seni mempertahankan diri banyak faedahnya .Bincangkan. . 1.

Pendahuluan mempunyai banyak faedahnya . 2.Pengatahuan berguna-mempertahankan diri-diserang. 3.Baik untuk kesihatan-fizikal kuat dan cergas-senaman. 4.Melatih diri berdisplin-mematuhi peraturan. 5.Mengisi masa lapang-menghindarkan diri-gejala kurang sihat. 6.Penutup-bahyak faedah-melibatkan diri. Fakta kegiatan seni mempertahankan diri. Seni mempertahankan diri merupakan salah satu kegiatan kokurikulum yang dijalankan di sekolah .Aktiviti ini banyak mempunyai faedahnya .Murid-murid digalakkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti seni mempertahankan diri . Seni mempertahankan diri seperti silat,tae kwan do,karate,kung fu,tomoi member pengatahuan

yang berguna kepada murid-murid dapat mempertahankan diri apabila diserang oleh musuh . Selain itu,pengelibatan diri dalam aktiviti seni mempertahankan diri ini baik untuk kesihatan.Segala gerak langkah yang dipelajari menjadikan fizikal lebih cergas dan kuat secara tidak langsung,kegiatan ini merupakan satu senaman dan latihan ketangkasan yang dapat menyihatkan badan . Di samping itu,kegiatan mempertahankan diri juga dapat melatih murid supaya berdisplin .Mereka perlu berlatih bersungguh-sungguh dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh jurulatih. Murid-murid juga dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.Justeru ,mereka dapat menghindari diri daripada terlibat dalam gejala kurang sihat seperti vandalisma ,mencuri,melepak,menghisap rokok atau dadah,minuman keras,merempit,merosakkan harta awam dan sebagainya. Sesunguhnya,dengan menyertai kegiatan seni mempertahankan diri ini memang banyak I

faedahnya .Oleh itu kita haruslah melibatkan diri dalam kegiatan ini.Agar diri kita sejahtera keluarga bahagia dan Negara maju jaya.

Anda mungkin juga menyukai