Anda di halaman 1dari 4

UCAPAN PENGACARA MAJLIS RAMAH TAMAH HARI RAYA AIDILFITRI RIMUP SMK DEMAK BARU DAN SMK PADUNGAN

2009

LOBI INI MENJADI SAKSI PARA GURU DAN PELAJAR BERSERI-SERI PERKUKUHKAN PERPADUAN ITULAH VISI DI MAJLIS PROGRAM RIMUP AIDILFITRI. YANG KITA AKAN KITA MULAI

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM YANG BERBAHAGIA,ENCIK BEDUIE BIN UNEY,PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KUCHING. YG BERUSAHA EN RAMBLI BIN HJ HASBI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU YANG DIHORMATI PN MISIA BINTI HJ ZAINPENOLONG KANAN PENTADBIRAN,,EN MADZALAN BIN ZAWAWI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID ,EN SELAMAT BIN MASUNI PENOLONG KANAN KOKURIKULUM , EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN ,PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS, TN HJ BAHARUDDIN BIN MANSUR YG DIPERTUA PIBG SMK DEMAK BARU RAKAN-RAKAN GURU SMK DEMAK BARU DAN SMK PADUNGAN , STAFF SOKONGAN, TUAN-PUAN SERTA PARA PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM ,DAN SALAM SEJAHTERA.SALAM PERPADUAN.

BERTEMU KITA DI PAGI CERIA MENJALIN IKATAN DI AIDILFITRI PROGRAM RIMUP AKTIVITI MULIA BINA PERPADUAN DAN JATIDIRI.

BERBILANG KAUM HIDUP BERSAMA BERSOPAN SANTUN AMATLAH MESRA TAK KIRA BANGSA JUGA AGAMA AIDILFITRI DI SAMBUT DENGAN GEMBIRA

BAGI PIHAK PENGAJUR SMK DEMAK BARU DAN SMK PADUNGAN ,MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG DAN BERBANYAK TERIMA KASIH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA SEMUA KHUSUSNYA KEPADA YG BEBAHAGIA EN BEDUI BIN UNE KERANA SUDI HADIR PADA PAGI INI..MAJLIS YANG BEGITU CERIA,MERIAH DAN BERWARNA-WARNI INI ADALAH MANIFESTASI PERPADUAN DAN KERUKUNAN ANTARA KITA SMK DEMAK BARU DAN SMK PADUNGAN.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,.

MEMULAKAN MAJLIS PADA PAGI INI,HADIRIN DIMOHON BERDIRI UNTUK BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN. HADIRIN YANG DIHORMATI,DENGAN HARAPAN SEMOGA MAJLIS KITA PADA PAGI INI AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN AKAN LEBIH DIBERKATI OLEH ALLAH S.W.T, MAJLIS MEMPERSILAKAN USTAZ IBRAHIM BIN HALING UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ IBRAHIM BIN HALING KERANA BACAAN DOA SEBENTAR TADI.

PARA HADIRIN SEKALIAN,

SETERUSNYA ,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN EN RAMBLI BIN HJ HASBI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN. DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA E RAMBLI BIN HJ HASBI DI ATAS UCAPAN ITU TADI.

HADIRIN YANG DIMULIAKAN, MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA EN BEDUI BIN UNE UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS RAMAH TAMAH HARI RAYA AIDILFITRI RIMUP SMK DEMAK BARU DAN SMK PADUNGAN 2009. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA YG BERBAHAGIA EN BEDUI BIN UNE DI ATAS UCAPAN DAN PERASMIAN ITU TADI. NYANYIAN LAGU IBU PERTIWIKU

HADIRIN SEKALIAN SAMPAILAH KITA KE PENGHUJUNG MAJLIS.SEBELUM MAJLIS BERSURAI DIJEMPUT PARA HADIRIN BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU IBU PERTIWIKU PENUTUP

HADIRIN SEKALIAN..DENGAN BERAKHIRNYA NYAYIAN IBU PERTIWIKU ,MAKA SELESAI SUDAH MAJLIS KITA.

JARI DISUSUN MAAF DIPINTA .SALAH SILAP HARAP DIMAAFI TERKASAR BAHASA MAUPUN GURAU SENDA JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI INI SEKADAR PENGHIBUR HATI MENJADI KENANGAN YANG ABADI

SAYA BAGI PIHAK ASHLI JAWATANKUASA MMAJLIS MOTIVASI MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN-PUAN YANG SUDI HADIR BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS PADA HARI INI. JUTAAN TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA PIHAK2 YG TELAH MENGHULURKAN SUMBANGAN BAKTI SAMA ADA DLM BENTUK KEWANGAN HADIAH ,IDEA DAN SEBAGAINYABAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI.SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI PADA MAJLIS AKAN DATANG.

UBI MANIS UBI KELADI KALAU ADA DITAMBAH LAGI SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI KITA PASTI BERJUMPA LAGI

.TERIMA KASIH.SEKIAN

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT