Anda di halaman 1dari 22

KONSEP 5P

ABDULLAH BIN CHIK JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

PENGERTIAN 5P
Penggabungjalinan Penyerapan Penilaian Pemulihan Pengayaan

1. Penggabungjalinan
Proses yang penting dalam P&P Melalui proses ini beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak Berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan (interbidang) dengan bidang yang sama (intrabidang) Bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran

sambungan
Selain itu, aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa juga digabungjalinkan

Bagaimana Penggabungjalinan Dapat Dijalankan


Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis digabungkan dalam proses P&P, sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Misalnya kemahiran mendengar dan bertutur digabungjalinkan dengan kemahiran membaca.

sambungan
Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks, dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa. Misalnya aktiviti lakonan atau perbahasan; membaca teks yang mengandungi kosa kata dan peribahasa serta melalui latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan.

Penggabungjalinan Kemahiran Dalam Satu Mata Pelajaran


K1

K4

K3

K2

2. Penyerapan
Proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, dan kemahiran bernilai tambah dalam P&P

Bagaimana Penyerapan Berlaku?


Penyerapan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema dalam P&P bahasa Melayu Penyerapan semangat kewarganegaraan dan nilai murni dalam P&P Penyerapan kemahiran berfikir secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Kemahiran berfikir yang perlu diserapkan adalah seperti berikut:


Mencirikan Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan Membuat kaitan dan perhubungan Membanding dan membeza Menyusun atur Mengenal pasti kenyataan benar dan palsu Membezakan fakta dengan pendapat Menganalisis Mengesan kecondongan pendapat Mengenal pasti sebab akibat Meramal

sambungan
Mensintesis Mengitlak Membuat analogi Membuat inferens Membuat kesimpulan Menginterpretasi Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan Menilai Menjana idea Merumus, meringkas Membuat keputusan Menyelesaikan masalah Alat berfikir seperti penyusun grafik, soalan bertumpu dan bercapah, dan peta minda perlu digunakan dalam P&P

sambungan
Kemahiran bernilai tambah yang lain perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid serta sumber yang ada.

Rujuk rajah di bawah


KB

KM

KPS

3. Penilaian
Proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif Merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif dan hasil pembelajaran Dikategorikan kepada dua jenis: i) ujian formatif ii) ujian sumatif

Ujian Formatif
Penilaian yang dijalankan untuk mengukur kemajuan para pelajar setelah mereka mencapai hasil pembelajaran yang terhad. Contohnya, satu unit pelajaran atau satu bab dalam buku teks. Hasil yang diperoleh digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk memberi gred. Amat ditekankan dalam kelas KBSR dan KBSM

Tujuan Ujian Formatif


Mengesan kemajuan murid (kejayaan dan kegagalan) Melihat keberkesanan pengajaran guru Mengesan masalah pembelajaran murid (diagnostik) supaya dapat membuat alternatif pengajaran Menentukan kesediaan murid untuk menerima pelajaran guru

Analisa Hasil Pengukuran (kelemahan, kesalahan, masalah pembelajaran murid

Membuat Pengelasan (Pengelasan Murid) Tindakan dan Perancangan

Pengajaran Individu Pengajaran Pemulihan

Pengajaran Kumpulan

Ujian Sumatif
Merupakan ujian yang dijalankan pada akhir sesuatu tahap pengajian. Contoh-contoh ujian sumatif ialah Peperiksaan Pertengahan Tahun, Akhir Tahun, UPSR, PMR, SPM dan STPM. Ujian ini mementingkan bidang keupayaan yang lebih luas dan menyeluruh serta mengandungi semua aras kemahiran.

Tujuan Ujian Sumatif


Memberi gred-gred tertentu dan sijil-sijil Mengesan tahap pencapaian murid Menilai kesan pengajaran guru Membuat perbandingan pencapaian murid

4. Pemulihan
Program khas bagi memenuhi keperluan kanakkanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya berfungsi secara normal seperti murid yang sebaya dengannya dapat diatasi. Langkah khas untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah. Dilakukan dalam tempoh jangka masa tempoh yang pendek yang ditujukan khusus untuk mengatasi kelemahan mereka.

5. Pengayaan
Aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar waktu sekolah. Mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman murid serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Dapat memperkembang potensi mereka sesuai dengan bakat, minat kreativiti. Dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari, kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat

SEKIAN, TERIMA KASIH


JUMPA LAGI