Anda di halaman 1dari 20

SULIT [78/1]

JABATAN PELAJARAN PERAK

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
78/1
PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
PERTANIAN
Kertas 1
Ogos
1½ jam Satu jam tiga puluh
minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi
tiap-tiap soalan, Pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas
jawapan objektif yang disediakan.

4. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram.

Kertas soalan ini mengandungi 20 halaman bercetak

[ Lihat
sebelah
78/1 © 2009 Hak Cipta JPN PERAK

2009@HakciptaJPNPERAK 2
SULIT [78/1]

1. Antara berikut, padanan yang manakah betul?

Individu Tugas
A Guru Membantu pelajar menjalankan tugasan kumpulan
B Formen Menilai tugasan yang dibuat oleh pelajar
C Pembantu formen Memastikan tugasan kumpulan dipatuhi dengan sempurna
D Pelajar Mengambil alih tugas formen semasa ketiadaan formen

2. Antara berikut, yang manakah maksud reka bentuk?

A Susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu produk atau impak
B Pengajian dan pengetahuan dalam usaha mencipta pelbagai alat, sumber dan sistem
C Proses penyelesaian masalah yang dapat memperbaiki kefungsian serta rupa bentuk
sesuatu produk
D Penghasilan sesuatu produk baru atau pengubahsuaian sesuatu produk bagi
memenuhi kehendak pengguna

3. Apakah proses terakhir yang dilakukan semasa pembinaan sesuatu produk?

A Melelas
B Menanda
C Membentuk
D Membuat kemasan

4. Rajah 1 menunjukkan sejenis alat tangan.

RAJAH 1
Antara berikut, yang manakah sesuai dipotong dengan menggunakan alat itu?

A Perspek
B Aluminium
C Papan lapis
D Mounting board

5. Apakah kelebihan menggunakan mounting board dalam proses reka bentuk?

A Keras
B Kalis api
C Mudah dibentuk
D Ira yang menarik

2009@HakciptaJPNPERAK 3
SULIT [78/1]

6. Antara berikut, bongkah yang manakah menunjukkan pandangan sudut perspektif?

A B

C D

7. Jadual 1 menunjukkan sebahagian carta alir proses perekaan projek.

Idea terbaik

Lakaran

Lukisan Kerja

Model Awal

Tidak
Sesi kritik

Ya

JADUAL 1
Apakah X?

A Prototaip
B Pemasaran
C Dokumentasi
D Perbincangan

2009@HakciptaJPNPERAK 4
SULIT [78/1]

8. Rajah 2 menunjukkan satu projek reka cipta.

RAJAH 2

Antara berikut, alat yang manakah digunakan untuk membentuk bahagian X?

A Mesin pelelas
B Mesin gergaji jig
C Mesin gerudi lantai
D Mesin gerudi mudah alih

9. Rajah 3 menunjukkan kaedah mencabut paku.

Benda kerja

RAJAH 3

Apakah fungsi X?

A Mengelakkan kerosakan tukul


B Mengelakkan hulu tukul daripada patah
C Memberi ketahanan kepada kepala tukul
D Mengelakkan benda kerja daripada rosak

10. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya prototaip yang dihasilkan menghadapi masalah?

A Menguji semula projek


B Mengadakan sesi kritik
C Membuat pengubahsuaian
D Melakukan kemasan semula

2009@HakciptaJPNPERAK 5
SULIT [78/1]

11. Apakah yang perlu dilakukan setelah lakaran dipilih dalam proses reka cipta?

A Membina projek
B Membuat pengubahsuaian
C Menghasilkan lukisan kerja
D Mengumpul maklumat dan data

12. Jadual 2 menunjukkan kos untuk menghasilkan seunit produk.

Bil Bahan Kos (RM)


1 Kayu 2.00
2 Kepingan aluminium 0.70
3 Papan lapis 0.80
4 Paku panel 0.20
5 Bahan kemasan 0.50
Jumlah 4.20

JADUAL 2

Kos upah = RM1.20


Kos overhed = RM0.20

Berapakah kos pengeluaran untuk menghasilkan 30 unit produk itu?

A RM126
B RM132
C RM165
D RM168

13. Susun langkah pengenalpastian masalah dalam proses reka cipta mengikut urutan yang
betul.

I Menganalisis maklumat
II Mengenalpasti masalah
III Menyelesaikan masalah
IV Mengumpul maklumat

A I, III, IV, II
B I, II, III, IV
C II, III, I, IV
D II, IV, I, III

2009@HakciptaJPNPERAK 6
SULIT [78/1]

14. Rajah 4 menunjukkan pendawaian plag 3 pin 13 Ampere.

RAJAH 4

Antara berikut, padanan yang manakah betul?

Tamatan P Tamatan Q Tamatan R


A Hijau / kuning Perang Biru
B Hijau / kuning Biru Perang
C Biru Hijau / kuning Perang
D Perang Biru Hijau / kuning

15. Jadual 3 menunjukkan kadar tarif kediaman dan bacaan meter kWj.

Bacaan meter bulan Jun

Kadar tarif 3 6 2 7 0 4

0.218 sen bagi 200 unit pertama


0.258 sen bagi 800 unit berikutnya Bacaan meter bulan Mei
3 6 1 6 0 2

JADUAL 3

Berapakah kadar bayaran yang dikenakan pada bulan Jun?

A RM22.24
B RM23.98
C RM26.32
D RM28.38

2009@HakciptaJPNPERAK 7
SULIT [78/1]

16. Antara berikut, padanan yang manakah betul?

Alatan Motor
A Sander AC

B Gerudi lantai DC

C Mesin canai DC

D Gerudi cordless AC

17. Antara berikut, alat yang manakah digunakan untuk membentuk kaki komponen?

A B

C D

18. Rajah 5 menunjukkan simbol bagi satu komponen elektronik.

C
B

RAJAH 5
Apakah nama komponen itu?

A Buzer
B Kapasitor
C Perintang
D Transistor

2009@HakciptaJPNPERAK 8
SULIT [78/1]

19. Rajah 6 menunjukkan lukisan skematik satu projek.

RAJAH 6

Berapakah bilangan komponen aktif yang digunakan dalam projek itu?

A 1
B 2
C 3
D 4

20. Rajah 7 menunjukkan sebuah tangki simpanan air.

RAJAH 7

Apakah fungsi bahagian P?

A Membenarkan pengaliran air masuk


B Membekalkan air kepada tangki simpanan air
C Menyalurkan air keluar sekiranya injap bebola rosak
D Membekalkan air dari tangki ke kelengkapan perpaipan

2009@HakciptaJPNPERAK 9
SULIT [78/1]

21. Rajah 8 menunjukkan sejenis penyambung paip.

RAJAH 8
Apakah nama penyambung itu?

A Soket penjodoh
B Puting heksagon
C Penyuai soket PT
D Penyuai soket injap

22. Rajah 9 menunjukkan lukisan pelan satu objek.


P

RAJAH 9

Antara berikut, yang manakah garisan binaan?

A P
B Q
C R
D S

23. Apakah alat yang digunakan untuk membina garisan mendatar dalam lukisan teknik?

A Sesiku T
B Pembaris
C Sesiku set
D Jangka lukis

2009@HakciptaJPNPERAK 10
SULIT [78/1]

24. Rajah 10 menunjukkan sebuah bongkah.

RAJAH 10

Antara berikut, yang manakah menunjukkan pelan bongkah itu?

A B

C D

25. Rajah 11 menunjukkan bahagian mesin jahit.

RAJAH 11

Apakah fungsi bahagian X?

A Mengawal gerakan jarum jahitan


B Menolak fabrik semasa menjahit
C Mengawal pergerakan mesin jahit
D Memegang fabrik semasa menjahit

2009@HakciptaJPNPERAK 11
SULIT [78/1]

26. Antara berikut, padanan yang manakah benar tentang bahagian mesin jahit dan fungsinya?

Bahagian mesin Fungsi


A Roda imbang Mengawal gerakan jarum jahitan
B Penekan jahitan Mengawal ketegangan mata jahitan
C Pelaras mata jahitan Melaras mata jahitan
D Ceper penegang benang Menetapkan kedudukan fabrik

27. Apakah maksud hidangan sepinggan lengkap?

A Pilihan menu berpandukan piramid makanan


B Makanan yang disediakan mengikut perbelanjaan
C Hidangan seimbang mengandungi semua nutrien
D Makanan yang mudah diperolehi dan berkhasiat

28. Apakah kegunaan kain maslin ?

A Mengangkat mangkuk panas dari ketuhar


B Mengesat dan mengeringkan tangan yang basah
C Menutup makanan sebelum dan selepas dimasak
D Mencuci pinggan mangkuk dan mengelap peralatan

29. Antara berikut, yang manakah menghasilkan jenis pencahayaan am?

A B

C D

30. Antara berikut, yang manakah menerangkan tentang fungsi ruang persendirian?

A Ruang untuk menjamu selera


B Bilik untuk menyimpan pakaian
C Tempat berinteraksi bersama keluarga
D Kawasan untuk menyediakan makanan

2009@HakciptaJPNPERAK 12
SULIT [78/1]

31. Rajah 12 menunjukkan pembahagian jenis keratan batang.

RAJAH 12

Apakah jenis keratan pada bahagian X?

A Keratan kayu hijau


B Keratan kayu keras
C Keratan kayu perang
D Keratan kayu sederhana

32. Apakah tujuan membaja keratan kayu berakar dalam beg politena?

A Mengekalkan kelembapan medium penanaman


B Memulihkan kandungan nutrien di dalam tanah
C Memperbaiki sistem pengudaraan dan pengairan
D Mengurangkan persaingan untuk mendapatkan nutrien

33. Apakah yang perlu dilakukan pada tanaman hiasan dalam pasu yang terkeluar akarnya?

A Memasu semula
B Menambah medium
C Mencantas akar lama
D Menutup lubang saliran

34. Antara berikut, pernyataan yang manakah menerangkan maksud kompos?

A Sisa tanaman sayuran yang terdapat di kawasan ladang


B Najis haiwan kesayangan yang telah mereput sepenuhnya
C Bahan lebihan makanan yang dibiarkan mereput secara semulajadi
D Baja organik hasil pereputan sisa tanaman, makanan, dan najis haiwan

2009@HakciptaJPNPERAK 13
SULIT [78/1]

35. Apakah keadaan batang kayu penguji jika timbunan kompos yang diuji sedang terurai?

A Sejuk dan kering


B Panas dan kering
C Lembap dan kering
D Panas dan lembap

36. Susun langkah menguji timbunan kompos mengikut urutan yang betul.

I Cucuk kayu penguji di tengah timbunan kompos


II Biarkan kayu penguji selama 10 hingga 15 minit
III Keluarkan kayu penguji dan rasa dengan tangan
IV Sediakan kayu penguji yang panjang dan licin

A I, III, II, IV
B I, II, III, IV
C IV, I, II , III
D IV, II, I, III

37. Rajah 13 menunjukkan ukuran tinggi dan lebar batas sayuran.

15 - 25cm

100 cm

RAJAH 13

Apakah ukuran pada bahagian X?

A 25 cm
B 35 cm
C 45 cm
D 55 cm

38. Apakah tujuan meletakkan sungkupan pada batas?

A Merendahkan suhu tanah


B Memperbaiki pengudaraan tanah
C Menghalang anak pokok menjalar
D Mengelakkan batas dari dibasahi air

2009@HakciptaJPNPERAK 14
SULIT [78/1]

39. Antara berikut, yang manakah sayuran jenis akar?

A B

C D

40. Rajah 14 menunjukkan keadaan biji benih kacang yang diuji selepas 5 hari.

Biji benih bercambah

Piring petri

RAJAH 14

Berapakah peratus percambahan biji benih itu?

A 50 %
B 60 %
C 70 %
D 80 %

41. Apakah yang dimaksudkan dengan giliran tanaman?

A Menanam sayuran secara bergilir di kawasan yang sama


B Menanam tanaman yang sama di kawasan yang berlainan
C Menanam sayuran secara serentak di kawasan yang sama
D Menanam tanaman secara berperingkat di kawasan yang sama

2009@HakciptaJPNPERAK 15
SULIT [78/1]

42. Rajah 15 menunjukkan sejenis haiwan kesayangan.

RAJAH 15

Apakah kumpulan haiwan itu?

A Unggas
B Reptilia
C Amfibia
D Mamalia

43. Maklumat berikut, menunjukkan tanda-tanda haiwan kesayangan yang menghidap sejenis
penyakit.

Demam
Kepala berpusing
Kaki bengkak
.
Apakah penyakit itu?

A Penyakit hati
B Penyakit puru
C Penyakit sampar
D Penyakit leukimia

2009@HakciptaJPNPERAK 16
SULIT [78/1]

44. Antara berikut, haiwan kesayangan yang manakah boleh menyebabkan penyakit rabies
kepada manusia ?

A B

C D

45. Apakah punca yang menyebabkan penyakit tuberculosis pada manusia?

A Jangkitan dari kucing yang berpenyakit


B Akibat gigitan anjing yang berpenyakit
C Memakan ayam sabung yang berpenyakit
D Kulat yang menyerang haiwan kesayangan

46. Antara berikut, haiwan kesayangan yang manakah sesuai dilatih untuk tujuan melakukan
tugas khusus?

A Ayam
B Anjing
C Hamster
D Ikan hiasan

47. Antara berikut, ikan yang manakah boleh mencapai saiz pasaran dalam tempoh yang
singkat?

A B

C D

2009@HakciptaJPNPERAK 17
SULIT [78/1]

48. Apakah tujuan utama menabur kapur semasa proses penyediaan kolam tanah?

A Menjernihkan air
B Mematikan rumpai
C Merendahkan pH air
D Mengeraskan dasar kolam

49. Rajah 16 menunjukkan sejenis ikan air tawar.

RAJAH 16
Apakah nama biasa ikan itu?

A Keli
B Patin
C Tilapia
D Lampam

50. Jadual 4 menunjukkan spesies ikan dan kadar pelepasan benih dalam kolam tanah.

Kadar Pelepasan
Spesies Ikan
( ekor/meter persegi )
X 50
Sepat siam 30
Baung 5
Jelawat 2

JADUAL 4
Apakah spesies ikan X?

A Keli
B Patin
C Lampam
D Tilapia merah

51. Antara berikut, yang manakah makanan semulajadi ikan yang diternak di dalam kolam
tanah?

A Ikan hancur
B Zooplankton
C Hampas kelapa
D Tumbuhan segar

2009@HakciptaJPNPERAK 18
SULIT [78/1]

52. Apakah kaedah pungutan hasil yang paling sesuai digunakan untuk sistem penternakan
sangkar terapung?

A Menjala
B Memukat
C Menangguk
D Mengeringkan kolam

53. Jadual 5 menunjukkan jenis tanaman dan kumpulannya.

Jenis Tanaman Kumpulan Tanaman


P Bunga matahari Renek
Q Cekur Herba
R Resam batu Lendair
S Bunga raya Semusim

JADUAL 5

Antara berikut, padanan yang manakah betul?

A P dan Q
B P dan S
C R dan Q
D R dan S

54. Antara berikut, yang manakah rupa bentuk kumpulan pokok naungan?

A B

C D

55. Antara berikut, yang manakah digunakan sebagai garis panduan untuk merancang
susunan bagi sesuatu kawasan landskap?

A Pelan induk reka bentuk


B Lakaran gambarajah buih
C Pandangan perspektif satu titik
D Simbol tanaman dan elemen landskap

2009@HakciptaJPNPERAK 19
SULIT [78/1]

56. Rajah 17 menunjukkan satu simbol tanaman landskap.

RAJAH 17

Apakah kumpulan tanaman bagi simbol itu?

A Palma
B Renek
C Naungan
D Penutup bumi

57. Antara berikut, yang manakah dapat mewujudkan satu reka bentuk landskap yang formal?

58. Antara berikut, cara jualan yang manakah membolehkan pembeli membeli barangan
dengan menangguhkan bayaran?

A Prabayar
B Sewa beli
C Jualan kredit
D Pesanan Mel

2009@HakciptaJPNPERAK 20
SULIT [78/1]

59. Rajah 18 menunjukkan logo sebuah agensi kerajaan yang membantu usahawan.

RAJAH 18

Apakah jenis bantuan agensi itu?

A Prasarana
B Pinjaman kewangan
C Bimbingan dan latihan
D Kajian dan penyelidikan

60. Antara berikut, yang manakah jenis perniagaan milikan tunggal?

A Kedai Baju Tina dan Ayu


B Kedai Buku dan Alat Tulis Ramli
C Kedai Basikal Karim Bersaudara
D Peguambela dan Peguamcara Ramu & Lim

KERTAS SOALAN TAMAT

2009@HakciptaJPNPERAK 21

Anda mungkin juga menyukai