Anda di halaman 1dari 16

UKUR

TRIANGULASI(KUMP.2)

PENGENALAN

Triangulasi adalah satu kaedah penentuan kedudukan beberapa titik yang


digunakan sebagai stesen kawalan geodetik yang bertaburan jauh diantara satu sama
lain tanpa memerlukan pengukuran jarak diantara stesen tersebut. Jika diketahui satu
sisi (garis asas) dan semua sudut dalam rangkaian segi tiga yang membentuk
triangulasi tersebut, maka sisi yang lain boleh dihitung dan seterusnya koordinat stesen
dapat ditentukan.
Pengukuran triangulasi dilakukan untuk mewujudkan jaringan kawalan geodesi
ufuk dan tegak (ketinggian) dengan membentangkan kaedah pengukuran sudut, jarak,
dan penentuan ketinggian. Pengukuran ini juga dilakukan untuk membentuk satu
jaringan kawalan yang boleh digunakan sebagai asas rujukan bagi cerapan dan
pengukuran yang digunakan bagi pemetaan topografi dan ukur kadaster, dan juga kerja-
kerja ukur kejuruteraan.
Data dan maklumat dari triangulasi digunakan bersama cerapan latitud dan
logitud astronomi berserta dengan nilai graviti untuk menentukan saiz dan bentuk bumi
serta perubahan jisim didalam bumi

POLITEKNIK UNGKU OMAR 1


UKUR
TRIANGULASI(KUMP.2)

LAPORAN

TAJUK : Ukur Kawalan Mendatar – Triangulasi

OBJEKTIF : Menyediakan titik kawalan yang itu untuk ukur geodesi, yang
terdiri daripada empat station tring di mana satu daripadanya
diketahui koordinatnya ( koordinat ambilan i.e 1000mU,
1000mT ).

ALAT-ALAT :
1. Teodolit Digital/Total Station
2. 3 Prisma dan 3 Tripod
3. Pita Ukur (tinggi alat)
4. Tukul
5. Parang

ATURCARA KERJA :

1. Tempoh masa adalah 6 minggu dari minggu 9 hingga minggu 14 mulai


pukul 8.00 pagi hingga 11.15 pagi.
2. Kawasankerja adalah seperti berikut:
Padang kampus A PUO dan sekitarnya.
3. Teori
Pengukuran geodetik yang dilakukan di permukaan bumi adalah
bertujuan menetukan posisi di atas permukaan rujukan Triangulasi
adalah satu kaedah penentuan kedudukan beberapa titik yang
digunakan sebagai stesen kawalan geodetic yang bertaburan jauh
diantara satu sama lain tanpa memerlukan pengukuran jarak antara
stesen.

POLITEKNIK UNGKU OMAR 2


UKUR
TRIANGULASI(KUMP.2)

Dasarnya, jika satu sisi dan semua sudut dalam rangkaian segitiga
diketahui, maka sisi yang lain boleh ditentukan atau dikira dan seterusnya
kodinit boleh dihitung. Titik-titik penjuru ini adalah titik rujukan atau
kawalan , juga dikenali sebagai stesen trigonometri atau stesen trig.

Daripada rajah atas, jika diketahui semua sudut, jarak garisan asas, latitud
dan longitud serta azimus, maka boleh dihitung semua jarak sisi, azimus
setiap garisan dan longitud dan latitud setiap titik.

4. Prosedur Cerapan
POLITEKNIK UNGKU OMAR 3
UKUR
TRIANGULASI(KUMP.2)
Cerapan boleh dibuat dengan beberapa kaedah, walaubagaimanapun
dalam amali ini kaedah PUSINGAN digunakan. Prosedur seperti
berikut:

i. 4 stesen yang saling nampak berjarak > 80m antara satu sama lain
telah dipilih.
ii. Dua daripada stesen itu ditentukan sebagai garis dasar.
iii. Pada garis dasar tersebut, jarak garis dasar diukur dan azimus
ambilan diberikan (guna P.C).
iv. Setelah itu,Total Station didirikan di salah satu stesen iaitu stesen
A, dan satu stesen lagi,B (paling kiri) didirikan prisma dan dipilih
sebagai rujukan, i.e R.O.
v. Alat pada penyilang kiri, satu nilai ke R.O disetkan ( contoh
120°00°00° dan seterusnya stesen-stesen lain dibaca sudut
ufuknya mengikut turutan dan mengikut arah pusingan jarum jam.
vi. Bacaan sudut dicatatkan dalam borang sehingga ke stesen terakhir.
vii. Pada stesen yang sama, alat ditukar penyilang kanan dan dibaca
bacaan sudutnya.
viii.Dengan memusingkan teleskop alat dalam arah lawan jarum jam,
stesen-stesen lain dibaca sehingga ke stesen mula (R.O).
ix. Langkah v diulang hingga langkah viii dengan setting bacaan yang
lain ( biasanya ikut sukuan bulatan sudut ).
x. Sekurang-kurangnya 4 set bacaan dibuat.
xi. Bacaan dilaraskan untuk mendapatkan purata bacaan sudut.

Jenis Rangkaian

POLITEKNIK UNGKU OMAR 4


UKUR
TRIANGULASI(KUMP.2)
Jenis yang digunakan adalah tertakluk kepada pertimbangan praktik di padang, supaya
sesuai dengan keadaan topografi.contoh jenis rangkaian di lampiran C

Perkara yang perlu diambilkira didalam pertimbangan untuk membuat keputusan adalah
seperti berikut:

 Setiap rangkaian triangulasi yang dibentuk hendaklah dapat memberikan


penyelesaian segitiga melalui dua kaedah yang bebas, melainkan jika
terpaksa menggunakan rangkaian segitiga selapis.

 Bagi menubuhkan rangkaian segitiga sekurang-kurangnya satu atau lebih


baik lagi jika kedua-dua kaedah digunakan supaya rangkaian itu adalah
dalam "keadaan kukuh", iaitu segitiga berdasarkan prinsip dan bentuk di atas.

 Garisan yang terlalu panjang dalam satu-satu segitiga perlu dielakkan. Yang
paling baik ialah kepanjangan semua garisan lebih kurang sama.

 Tertakluk pada perkara di atas, bentuk rangkaian hendaklah ditubuhkan


supaya kerja di padang yang terlibat adalah minimum. Bagi tujuan ini,
segienam berpusat dan bentuk yang lebih komplek adalah tidak sesuai.

Pemilihan Rangkaian

1. Di kawasan berbukit-bukau, rembat segiempat adalah yang paling sesuai.

2. Di kawasan yang mendatar, rembat segiempat sukar digunakan dan segitiga


berpusat adalah lebih sesuai.

3. Segitiga selapis hanya digunakan jika tidak ada cara lain yang sesuai.

Pemilihan Jarak dan Kedudukan Stesen

1. Dikawasan berbukit jarak antara stesen yang paling sesuai ialah dalam
lingkungan 50 km,
2. Di kawasan mendatar, purata jarak yang sesuai ialah 15 km. jika menara
cerapan didirikan.

Masalah-masalah yang dihadapi di lapangan

POLITEKNIK UNGKU OMAR 5


UKUR
TRIANGULASI(KUMP.2)
i. Kebaikan dan keburukan jarak jauh atau dekat di antara stesen-stesen
trigulasi:

1. Jika keadaan topografi, cuaca, peralatan dan kepakaran pencerap dan


pembantu baik, maka stesen yang berjarak jauh akan mempercepatkan kerja
dan menjimatkan perbelanjaan. Walau bagaimana pun masalah cuaca buruk
dan seliseh faham diantara pencerap dan pembantu di stesen yang dicerap
akan menyebabkan kerja tergendala

2. Jika cahaya hanya melengkung dalam arah satah tegak, masalah seliseh
pengukuran arah ufuk disebabkan oleh biasan tidak timbul.

3. Bagi jarak yang jauh keadaan sekeliling mungkin mengakibatkan biasan sisi

4. Jarak jauh akan mengurangkan kejituan perhitungan jarak yang berpunca dari
garis asas yang pendek

5. Jarak pendek memudahkan kerja triangulasi ditahap ketiga. Namun demikian


dengan jarak pendek, bilangan stesen akan bertambah dan memerlukan
cerapan dan perbelanjaan yang lebih

6. Bagi jarak yang terlalu pendek, seliseh pemusatan alat akan memberi kesan
didalam cerapan sudut

ii. Kedudukan Stesen

1. Pemilihan samada jarak diantara stesen jauh atau dekat adalah tertakluk pada
keadaan.

2. Adalah sesuai jika stesen terletak ditempat yang tertinggi di atas bukit.

3. Kedudukan stesen di lereng bukit hendaklah dielakkan, kerana jika lereng bukit
melintasi garis cerapan, perbezaan ketumpatan udara dikiri dan kanan garis
cerapan akan berlaku.

4. Ini akan menyebabkan cahaya melengkung dalam satah ufuk, iaitu biasan sisi
berlaku pada garis cerapan.

5. Biasan sisi ini sukar untuk diperbetulkan, oleh itu hanya perlukan dielakkan
daripada berlaku supaya kejituan arah ufuk tidak terjejas.

iii. Masalah biasan

○ Masalah biasan sangat ketara apabila garis cerapan menggeser atau hampir
menggeser permukaan bumi.

POLITEKNIK UNGKU OMAR 6


UKUR
TRIANGULASI(KUMP.2)
○ Di kawasan berbukit masalah ini dapat dielakkan, tetapi di kawasan mendatar
penggeseran ini menjadi satu masalah.

○ Ianya dapat dikurangkan dengan memendekkan jarak antara stesen atau


membina menara cerapan yang tinggi dan menggunakan lebih banyak
kawalan.

CONTOH PEMBUKUAN :
Sila rujuk hasil kerja.

HASIL KERJA :
1. Borang cerapan mestilah dilengkap dan bacaan sudut dilaraskan untuk dapatkan
sudut purata.
2. Sudut purata digunakan untuk melaraskan sudut-sudut dalam jaringan segitiga
dengan pelarasan kaedah ‘Equal Shif’
3. Bagi menghitung koordinat setiap stesen trig sudut-sudut terlaras digunakan
dengan menggunakan formula sinus,kosinus dan seumpamanya.
4. Gambarajah secara ringkas dilukis dalam borang cerapan bagi memudahkan
penyemakan.
5. Laporan keseluruhan amali di buat.

POLITEKNIK UNGKU OMAR 7


UKUR
TRIANGULASI(KUMP.2)
B
C

A D RAJAH A

POLITEKNIK UNGKU OMAR 8


UKUR
TRIANGULASI(KUMP.2)

HASIL KERJA

POLITEKNIK UNGKU OMAR 9


UKUR
TRIANGULASI(KUMP.2)

Hasil Kerja

POLITEKNIK UNGKU OMAR 10


UKUR
TRIANGULASI(KUMP.2)

POLITEKNIK UNGKU OMAR 11


UKUR
TRIANGULASI(KUMP.2)

KESIMPULAN

Untuk membentuk satu jaringan kawalan yang boleh digunakan sebagai asas
rujukan bagi cerapan dan pengukuran yang digunakan bagi pemetaan topografi dan
ukur kadaster, dan juga kerja-kerja ukur kejuruteraan. Data dan maklumat dari
triangulasi digunakan bersama cerapan latitud dan logitud astronomi berserta dengan
nilai graviti untuk menentukan saiz dan bentuk bumi serta perubahan jisim didalam bumi

Jumlah ketiga-tiga sudut yang dicerap mestilah bersamaan dengan 180̊ + ε + σ;


dimana ε adalah baki ellipsoid atau sfera dan σ ialah tikaian sudut segitiga yang
dibenarkan.suatu titik ditentukan oleh sekuarang- kurang nya oleh 3 garisan.skim
jaringan triangulasi perlu dirancangkan supaya setiap sisi boleh dihitung dari sekurang-
kurangnya dua segitiga yang berlainan.

Berdasarkan kepada cerapan triangulasi yang telah kumpulan kami lakukan,


didapati data-data yang kami perolehi boleh digunapakai walaupun pada awalnya data
yang diperolehi tidak begitu baik tetapi setelah dibuat pelarasan sama rata, data-data
tersebut boleh digunapakai. Faktor-faktor seperti cuaca, suhu, dan juga peralatan yang
dalam keadaan baik(telah dikalibrasi) juga memainkan peranan yang penting bagi
memastikan perolehan data-data cerapan yang tepat dan jitu.

POLITEKNIK UNGKU OMAR 12


UKUR
TRIANGULASI(KUMP.2)

LAMPIRAN

POLITEKNIK UNGKU OMAR 13


UKUR
TRIANGULASI(KUMP.2)

Lampiran A
PERALATAN

TOTAL STATION PRISMA

PITA UKUR
TUKUL

TRIPOD

POLITEKNIK UNGKU OMAR 14


UKUR
TRIANGULASI(KUMP.2)

PIKET

Lampiran B

JENIS RANGKAIAN

POLITEKNIK UNGKU OMAR 15


UKUR
TRIANGULASI(KUMP.2)
PRINSIP TRIANGULASI

POLITEKNIK UNGKU OMAR 16